MULUT
Jinny dari tadi berkicau tanpa henti bertanya itu ini. “Hensem ke? Ada
iras-iras pelakon? Penyanyi? Kau dah jumpa dia? Bila kau jumpa dia? Macam mana
orangnya? Baik ke? Blah... blah...
blah...”
Penat
dia hendak menjawab. Nasib baik Jinny tak ada di sebelah. Kalau tak, dah lama
dia tampal plaster mulut teman baiknya itu.
“Bila
kau kenal dia Aivy? Skandal gila kau... kelllasss... sekarang baru teringat nak
bagitahu aku?”
Saat
itu dia boleh bayangkan tangan Jinny mengipas-ngipas mukanya. Gaya baru dapat
cerita gosip terhangat. Macam dia pula yang dipinang orang.
“Sampai
hati kau berahsia dengan aku. Sekarang baru nak cerita, kenapa tak tunggu tahun
depan? Tak pun tunggu lepas kau dengan dia dah nikah. Tunggu naik pelamin baru
kau ingat kawan kau yang nama Jinny ni,” hambur gadis itu panjang lebar. Sampai
tak sempat nak tarik nafas.
“Oi
cik kak... kau dengar dulu apa aku nak cerita boleh tak?” Suara Aivy sudah naik
satu oktaf.
Gulp!
Jinny di seberang sana tercekik. Terkebil-kebil dengan suara Aivy yang melantun
tiba-tiba. Membuatkan akalnya yang teruja overdosesebentar tadi,
kembali ke dunia nyata.
“Aku
tak pernah kenal dengan dia. Jumpa pun belum. Hensem ke... muka senget ke...
ala-ala selebriti ke aku tak tahu.”
Jinny
diam bila kena libas.
“Arrr?!”
Jinny jadi lebih saspens.
“Aku
pernah cerita dengan kau pasal Uncle Ibrahim...”
“Uncle
mangkuk tingkat tu?” Dengan tak sabarnya, Jinny memotong.
“Biar
la aku habiskan cerita dulu. Kau jangan potong boleh tak? Nanti aku offaje
telefon ni.”
“Oh...
ya... yalah...”
“Yang
aku tahu nama dia Kamal... Kamal Noah bin Ibrahim. Umur... dia lebih tua. Aku
tak pasti sangat, mungkin lima atau enam tahun.”
Aivy
mula buka cerita dari A sampai Z. Bagaimana dia kenal dengan Uncle Ibrahim.
Bagaimana lelaki itu bertanya soalan yang hampir membuatkan dia tumbang. Tapi
ironinya, hanya salah sangka.
Dan
yang paling penting, perbualannya dengan lelaki bernama Kamal semalam. Ada
sesuatu tentangnya yang membuatkan dia tertarik. Bahkan permintaan untuk
bertemu keluarganya membuatkan dia berat mahu menolak.
“Jadi,
kau nak aku temankan kau?”
Aivy
mengangguk perlahan-lahan seolah-olah Jinny boleh nampak apa yang dia sedang
buat.
“Aivy!”
Suara Jinny melantun bila temannya diam.
“Yalah...
kau tolong temankan aku jumpa Kamal dengan keluarga dia nanti. Ibu aku tu bukan
setakat beri green light, disuruh-suruh lagi adalah.”
Aivy
masih teringat-ingat suara ibu pagi tadi.
“Elok
sangatlah tu. Pergilah berkenal-kenalan dulu. Manalah tahu kalau dah jumpa
nanti, ada chemistry. Bila?”
“Esok...”
“Lah...
ingatkan malam ni jugak. Kenapa lambat sangat? Kenapa kena tunggu sampai esok?”
“Ibuuu...”
Dia pula yang walang.
Senyuman
manis bergula ibu memang tak boleh diselindungkan lagi. Sampai tersungging
semua gigi depan.
“Kau
tak menyesal ajak aku?”
Suara
Jinny menghalau kenangan pagi tadi. “Kau sahaja orang kanan dan orang harapan
aku.”
“Okay,
confirm!”
Jinny terjerit riang. “Cuma...”
“Aku
pantang betul kalau kau mula dengan perkataan saspens macam tu. Jangan nak buat
spoil moodaku boleh tak?”
“Khairy...”
Nama
itu membuatkan Aivy diam membisu. Buat seketika, wajah lelaki itu menjelma.
Segera ditepis.
“Kau
dah boleh lupakan dia?”
"Kalau boleh sebut nama dia pun, aku tak mahu dah.”
“Eloklah.
Aku pun nak tengok kau bahagia, Aivy.”
Hakikatnya
dia terpaksa melupakan Khairy. Dengan payah! Nanar juga hidupnya bila cinta
yang disulam sejak di bangku sekolah berakhir dengan tragis. Sebuah perpisahan
yang begitu menyakitkan!
Dia
hanya mendoakan lelaki itu bahagia. Moga berkekalan dengan cinta barunya.
Dengan rumah tangga yang telah dibina dengan gadis lain.
“Kau
okey?”
Suara
Jinny menarik Aivy kembali ke alam realiti. “Aku tak apa-apa.”
Sebaik
memutuskan talian, Aivy menghela nafas panjang. Kamal.
Mungkin ada baiknya dia beri peluang kepada dirinya untuk mengenali lelaki itu.
Betapa dia rasa gementar untuk bertemu dengan lelaki itu. Dalam dadanya
huru-hara. Bagai popcorn tengah meletup-letup dalam microwave.
Tubuhnya
direbahnya ke tilam Dreamland. Dengan posisi yang cukup santai, akalnya
mencongak sendiri. Rasa cukup selesa walaupun hanya tilam secondhand.
Hasil ehsan Mak Cik Sakinah, bekas jiran sebelah rumah. Katanya anak dara dia
nak beli tilam baru untuk majlis nikahnya nanti.
Aivy
mendesah panjang. Menepuk tilam Dreamland itu dua, tiga kali. Mengharap agar
dia akan mimpi yang indah-indah malam ini. Mungkin termimpikan Kamal Noah.
Bagaimanakah orangnya?