NUHA membalas senyuman pak guardNepal yang menjaga pintu masuk
flat tempat dia menyewa. Duduk di shah alam tetapi bekerja di Kuala Lumpur.
Tiada masalah bagi Nuha berulang-alik setiap hari. Rumah flat yang berdekatan
dengan Pasaraya Giant tu majoritinya didiami oleh budak-budak kolej dari MSU.
Sewanya pun boleh tahan tetapi environment
tidak menyedapkan mata. Flat terbabit antara kawasan tempat nyamuk aedes
bersarang. Hampir dua minggu dia berada di hospital kerana diserang demam
denggi. Ada juga niat mahu berpindah ke kawasan perumahan yang berdekatan
dengan tempat kerjanya tetapi bukannya mudah untuk mencari rumah sewa sekarang
ni.
Lesu…
Nuha terus bersandar pada sofa sebaik melangkah masuk ke rumah flat sewanya itu. Damia yang sedang bersila
santai menonton drama Lakorn di lap-topnya itu mengalihkan pandangan. Mulutnya
masih ligat mengunyah Mr. Potato.
“Hari
minggu pun kerja ke, beb?”
“Biasalah
tolong adik kesayangan aku kat kafe dia sekejap. Lepas tu minah sorang tu callminta bantuan kecemasan kononnya. Kecemasan jadi kuli tak bergaji.”
“Kau
pun baik hati sangat, nape?”
“Takdelah baik hati sangat. Lepas aku letak
barang-barang dia dalam but kereta dia, aku kasi kunci kereta dia pada guardkat situ. Pandai-pandailah dia
nanti.” Nuha senyum meleret.
“Eloklah
sangat. Biar kasi ajar sikit minah tu.” Damia menghulurkan ‘Mr Potato’ kepada Nuha. Kalau menonton mesti ada saja makanan
ringan untuk dikunyah. Macam menonton dalan panggung wayang, tak lupa popcorn di tangan.
“Aku
jumpa Harraz Aryan.”
“Sapa tu? Boyfriend baru kau ke?”
“Pelakon
dan model tu.”
“Aku
drama tempatan kurang sikit menontonnya. Aku peminat Lakornlah, beb.”
“Berlagak
kau.”
“Kalau
Nadech Kugimiya aku kenallah.”
Loyar
buruk betul Damia.
“Dia
bukan hero drama tapi terkenal dengan watak villain
dalam drama. Gangsters, samseng, anak orang kaya jahat, pembunuh bersiri,
watak-watak tu memang sinonim dengan dialah.”
“Handsomeke?” Kening Damia menari-nari.
“Kalah
Nadech Kugimiya kau tu.”
“Kejap.”
Nuha bingkas masuk ke biliknya kemudian kembali bersama sebuah majalah di
tangan. Dia selak helaian majalah berbentuk hiburan terbabit. Nuha menayangkan
wajah Harraz Aryan kepada Damia.
“Uiks,
memang handsomelah. Kalah Nadech
aku.” Damia jadi teruja. Dia cuba menganalisis gambar Harraz yang bergaya
santai dengan jeans dan t-shirt itu.
Nuha
tergelak kecil. Damia memang hantu Lakorn. Dalam lap-top dia ada pelbagai siri
drama Lakorn yang di ‘download’ oleh
Damia. Kata Damia, cerita-cerita Lakorn ni kena dengan jiwa karat dia.
“Dia
ada darah kacukan, beb. Darah kacukan melayu-thailand-jepun. Mata pun
sepet-sepet sikit.”
“Ooo…
patutlah muka ada macam mix.” Muncung ke depan bibir Damia.
“Kau
tengok cerita apa tu?”
“Rang
Pratana. Dah lima kali aku tengok citer
ni tanpa jemu.” Damia tersengih. Nuha geleng kepala.
“Kau
layanlah Lakorn kau tu. Aku nak masuk dapur masak sekejap.”
“Kalau
kau masak megi goreng tu buat lebih sikit tau.” Laung Damia.
“Iyalah.”
Nuha menyahut.
Damia
memang jenis berat punggung kalau nak ke dapur.
NUHA membuka facebook. Dia antara golongan
yang tak berapa nak rajin membuka laman sosial terbabit. Ala… dia tak ramai
kawan macam artis-artis. Berapa keratlah sangat rakan facebooknya itu. Kalau
bulan puasa memang kencang dia mempromo biskut chips more untuk tempahan. Lebat
juga dapat duit tambahan untuk Raya.
Kebanyakkan
pengguna laman sosial menggunakan nama sebenar di facebook tetapi dia
menggunakan nama samaran Cik Chips more untuk facebook peribadinya. Biar
misteri sikit.
Sahabat maya yang sering berkongsi
pendapat dan luahan rasa dengannya adalah Mr. Oreo. Mr. Oreo pun tak ramai
kawan macam dia. Jadi, mereka kira serasilah dalam alam maya. Tapi kebelakangan
ini Nuha jarang menerima PM atau komen dari Mr. Oreo. Sakitkah dia? Nuha
menongkat dagu. PM yang semalam pun Mr. Oreo tidak balas. Status terakhir yang
pada laman facebook Mr. Oreo menulis yang dia kurang sihat.
Nuha
log out dari facebook. Nuha
mengalihkan kepala ke arah Damia. Damia masih sibuk melayan cerita Lakorn di
lap-top. Minah seorang itu selagi tak habis cerita selagi itu sanggup
bersengkang mata. Macamlah tak boleh sambung tengok esok.
“Makcik!
Tidurlah!” Nuha balingkan bantal ke arah Damia.
“Sibuklah
kau. Kau nak tidur, tidurlah. Aku tengah layan part paling penting.”
“Esok
kerja kan? Tidur!”
“Esok
aku ambik half day.”
“Eloklah
sangat. Amalkan selalu. Kalau dapat notis amaran padan muka kau.”
“Dah-dah
jangan mula nak bebel macam mak nenek. Kau pi lah masuk beradu dulu. Aku akan
beradu kemudian.”
Damia
bercakap langsung tak menoleh. Matanya macam sudah melekat dekat skrip lap-top.
“Kalau
kau jumpa hantu nanti jangan cuba-cuba kejutkan tidur aku!” Sengaja disakatnya
Damia.
“Nuha!”
Damia menjerit. Tengah malam begini Nuha gatal mulut buka cerita fasal hantu.
Nuha
cepat-cepat masuk ke bilik sebelum Damia baling bantal semula kepada dia. Tahu
pun takut.
“NUHA… I nak you ambil job ni. I mahu muka mamat stone ni dalam iklan komersil kita. I
tak mahu muka lain.”
Puan
Ramona sudah terpacak di depan mejanya. Majalah hiburan yang muka hadapan
berwajahkan Harraz Aryan itu dihempaskan atas meja Nuha.
Nuha
tersentak.
“Saya…”
Dia menghalakan jari telunjuk ke arah dirinya sendiri. Macam tak percaya pulak
mendengar kata-kara Puan Ramona.
“Ya,
you akan ambil alih job ni dari Fiona. Lagipun you yang bagi
kertas cadangan tu. Mr. Aaron sudah bersetuju dan”
Nuha
menelan air liur. Sempat dia mengerling sekilas ke arah Fiona. Fiona sudah
menarik muka masam. Mr Aaron pun sudah bersetuju untuk bayar separuh payment untuk iklan komersil tu. You
tiada pilihan untuk mengelakkan diri!"
“Tapi
puan…”
“I
tak mahu dengar sebarang bantahan. Kalau you tak dapat pujuk Harraz Aryan
bekerjasama untuk iklan komersil tu dalam masa tempoh 7 hari, so… you boleh get out dari company I
ni!”
Uit,
ayat memang takde belas kesian. Tak
bagi muka langsung. Bos yang cukup kejam bagi Nuha.
Nuha
duduk di mejanya dengan muka keruh. Bab ayat-mengayat pun dia gagal inikan pula
nak pujuk rayu orang. Ugutan Puan Ramona sudah cukup menyeramkan. Dia perlu
menkaji semula serba sedikit tentang Harraz Aryan tu.
“Ini
nombor phone P.A Harraz Aryan. You
boleh cuba deal dengan P.A dia untuk
aturkan pertemuan. Pandai-pandailah you nak aturkan temujanji.” Fiona
menghulurkan sekeping kertas kecil kepada Nuha.
“Nombor
phone Harraz takde ke? Lagi senang kalau saya contact
terus dia?”
“Hm…
Nombor phoneHarraz I takde.” Fiona berlalu. Minah seorang ini
kalau jalan takde lenggok gediks nya
memang tak sah. Kalau muka cantik tapi hati busk pun tak berguna.
Nuha
tahu Fiona menipu.
Takpe-takpe. Nuha Alwani tidak akan takut dengan cabaran. Harraz Aryan tu
manusia. Manusia tak makan manusia. Iya tak?
Nuha
meletakkan ganggang telefon pada telinga. Dia menekan-nekan nombor telefon P.A
kepada Harraz Aryan.
Panggilan
anda tidak dapat disambung buat masa ini. Ganggang telefon diletakkan semula.
Nuha menghantar pesanan ringkas melalui telefon bimbit. Harap-harap P.A Harraz
Aryan akan membalas mesejnya.