Restoran
masakan Thailand menjadi pilihan Luqman Hakim kali ini. Nyata kali ini hanya Balqis
yang dibelanja oleh Luqman Hakim. Tidak pula dibawa sesiapa sebagai orang
ketiga untuk mengelak daripada tercetusnya gossip hangat di pejabat. Balqis mula
berasa pelik dengan kelakuan lelaki itu. Adakah lelaki itu sememangnya tidak
peduli tentang gossip yang bakal tercetus nanti?
“
Balqis, berapa usia awak?” Tanya Luqman Hakim setelah mereka selesai membuat
pesanan makanan.
Balqis
tersenyum. Ah semuanya ini lakonan semata-mata.
“
Dua puluh tujuh tahun. Dah tuakan?” Jawab Balqis.
Luqman
Hakim membalas senyuman manis gadis jelita di hadapannya. Anak matanya tidak
lepas daripada memandang kepada keayuan di wajah itu. Sungguh cantik dan
mempersonakan. Milik siapakah gadis jelita ini? Adakah dia hanya sekadar mampu
memuja dari jauh sedangkan hatinya sudah pun dimiliki?
“
Mana ada tuanya. Saya lagi tua. Balqia tahu berapa umur saya?”
Balqis
menggeleng cuma. Berpura-pura tidak tahu sedangkan jelas dan nyata lelaki itu
hanya enam tahun lebih tua daripadanya. Dia ingat dengan sejelas-jelasnya.
Hanya mereka sahaja yang lupa tentang itu.
“
Tahun ini umur saya dah masuk 33 tahun,” balasnya.
Balqis
berpura-pura terkejut.
“
Oh..saya sangkakan umur Encik Luqman sekitar dua puluhan. Encik Luqman tak
nampak tua langsung,” puji Balqis langsung tidak ikhlas.
Lagi
lebar senyuman Luqman Hakim.
“
Pandai awak ambil hati saya ye,” kata Luqman Hakim yang sudah berbunga hatinya.
Balqis
tersenyum lagi. Ah mudahnya hati lelaki ini disentuh.
“
Betul. Saya serius,” beria-ia sekali Balqis mempertahankan pendapatnya.
Lagi
lebar senyuman Luqman Hakim kali ini. Suka benar dia apabila mendapat pujian
sebegitu daripada gadis pujaan hatinya itu.
“
Hai abang.”
Tiba-tiba
seorang wanita datang menyapa mereka. Tidak mudah untuk Balqis melupakan
wajahnya. Lebih-lebih lagi wanita itu kini semakin popular di layar perak.
Wajahnya pula sering menghiasi muka hadapan majalah-majalah hiburan tanah air.
” Aku nak kau cium kaki
aku sekarang!” Tergiang-giang bicara Sarah suatu masa dahulu.
Balqis masih ingat lagi
bagaimana maruahnya dipersendakan apabila dia dipaksa mencium kaki Sarah
semata-mata untuk menyelamatkan Irdina. Menitik airmatanya setiap kali dia mengingati
peristiwa itu. Murah benar maruah Mariam Qistina tatkala itu.
Balqis menunduk. Sebak
mengharungi jiwanya namun debaran hebat tetap setia mengetuk dadanya. Adakah
wanita ini akan mengenalinya?
“
Eh Sarah? Lunch di sini ke? Datang
dengan siapa?” Tanya Luqman Hakim ramah sekali.
Balqis
masih menunduk. Entah kenapa hatinya tiba-tiba rasa tidak bersedia untuk
bertemu dengan Sarah sedangkan selama ini detik inilah yang dinantikan saban
waktu.
“
Tu, dengan Smith,” kata Sarah sambil menunding jarinya kepada seorang lelaki
berbangsa Inggeris yang sedang duduk di meja berhampiran mereka.
Luqman
Hakim melambai tangan kepada lelaki itu. Mungkin juga mereka sudah saling
mengenali.
“
Siapa ni?” Tanya Sarah sambil menjuihkan bibirnya kepada teman Luqman Hakim
yang sejak dari tadi menunduk. Tak de hidung ke minah ni asyik menunduk dari
tadi.
Balqis
menarik nafasnya dalam-dalam. Cuba mencari kekuatan dalamannnya sebelum
mengangkat mukanya untuk bertemu dengan musuh ketatnya yang sudah sekian lama
tidak bertemu. Ya dia mahu melihat reaksi Sarah apabila melihatnya semula.
Dengan
selamba Balqis menghulurkan senyumannya dan masih berpura-pura tidak mengenali
siapa Sarah sebenarnya. Balqis tahu Sarah agak terkejut melihatnya dari lirikan
matanya yang agak tersentak apabila mata mereka bertemu. Tetapi cepat-cepat
Sarah menyembunyikannya dengan melemparkan wajah mencuka dan tidak mesra. Ah
sikap dan perilaku Sarah nyata masih tidak berubah. Malah Balqis rasakan wanita
itu semakin sombong dan bongkak dengan kedudukannya kini.
Balqis
membisu sahaja. Sedikit pun dia tidak mahu memperkenalkan dirinya. Dia mahu
tengok setinggi mana kesombongan dan keriakan yang ada di hati Sarah itu.
“
Kenalkan ini Balqis pekerja abang. Balqis baru mula bertugas di syarikat kita
hari ini,” kata Luqman Hakim.
Sarah
yang masih berdiri sambil berpeluk tubuh terus meneliti setiap inci wajah Balqis
yang dirasakan pernah ditemuinya tetapi entah di mana. Langsung tiada segaris
senyuman tercalit di wajahnya.
“
Hai, saya Balqis,” kata Balqis sambil menghulurkan salam.
Sedaya
upaya dia cuba melemparkan wajah yang cukup manis sedangkan hatinya terus
bergelora dengan perasaan benci dan dendam.
“
Sarah,” kata Sarah tanpa menyambut huluran salam Balqis.
Balqis
hanya tersengih dengan sikap sombong Sarah itu. Perasaan benci dan meluat
semakin berkudis apabila dia dipersembahkan dengan sikap tidak sedarkan diri
Sarah itu. Tidak sabar rasanya menunggu saat kejatuhan wanita angkuh
dihadapannya ini.
“
Kau kerja sebagai apa dekat officebapa
aku tu?” Tanya Sarah sombong sekali.
Entah
kenapa hatinya tidak menyenangi gadis yang bernama Balqis itu.
“
Kerani,” jawab Balqis bangga sekali.
Dia tahu tujuan sebenar Sarah bertanya begitu.
Begitu hinakah kedudukannya saat ini sedangkan suatu masa dahulu keluarga Sarah
juga pernah berada di kedudukan ini juga. Kalau tidak kerana simpati arwah
bapanya pastinya hidup mereka terus merempat hingga kini. Ah Sarah, begitu
mudah kau melupakan asal usulmu itu.
Sarah
segera menceber bibirnya. Dia rasa mahu ketawa dengan perasaan tidak sedap hati
yang tiba-tiba hadir di dalam kelopak hatinya saat ini sedangkan wanita
dihadapannya ini bukan tandingannya langsung.
“
Oh kerani je ker. Abang, lain kali setakat pekerja bawahan begini tak payahlah
nak dibelanja. Buat habis duit kita je,” perli Sarah tanpa rasa simpati.
Balqis
menunduk. Tercalar hatinya dengan ucapan Sarah itu. Perasaan bencinya semakin
membisa. Namun dia terus bermunajat. Dia tahu dia perlu bersabar kerana suatu
hari nanti dia akan membuatkan mereka yang sombong itu jatuh tersungkur di
telapak kakinya. Dia mahu Sarah sujud di telapak kakinya seperti mana Sarah
pernah lakukan kepadanya suatu masa dahulu.
“
Sarah! Apa yang kau cakapkan ni?” Marah Luqman Hakim yang sudah merah wajahnya.
Mungkin
lelaki itu juga tidak suka dengan sikap Sarah itu atau lelaki itu sengaja
berpura-pura baik dihadapannya. Begitu sukar sekali Balqis mahu membuat telahan
kerana baginya tiada sesiapa pun dari keturunan Sahak putih hatinya.
Sarah
hanya menjungkitkan bahunya dan terus berlalu tanpa ada perasaan bersalah. Balqis
mengetap bibirnya. Geram, benci, dendam, semuanya telah dianyam menjadi satu.
“
I’m sorry Balqis. Adik saya tu memang
begitu,” kata Luqman Hakim yang semakin serba
salah.
Balqis
tersenyum hambar. Dia mula sedar hatinya tidak setabah mana untuk melayan sikap
sombong keluarga Sahak itu.
“
Saya faham Encik Luqman. Tak perlah Encik Luqman, saya minta diri dulu,” kata Balqis
yang sudah semakin pilu.
“
Tak nak makan dulu?” Tanya Luqman Hakim yang sudah mula gelabah.
Balqis
tersenyum lagi. Kali ini semakin hambar.
“ tak perlah. Nanti membazir duit Encik
Luqman sahaja,” kata Balqissebelum
meninggalkan Luqman Hakim yang nyata termanggu-manggu dengan luahanBalqisitu.
Tanpa membuang
masa lagiBalqisterus bergegas
keluar.Balqistidak peduli
lagi dengan tanggapan keluarga Sahak
padanya. Dia mahu pergi jauh. Dadanya sempit. Fikirannya tertekan. Dia
bagaikan seekor semut di mata Sarah. Dia sebenarnya masih ada maruah lagi
walaupun suatu masa dahulu dia pernah meletakkan maruahnya di telapak kaki
Sarah. Dia tidak sanggup lagi terus-terusan di pandang hina oleh Sarah dan
keluarganya.
Dek
kerana tidak tahan dengan kepiluan hati, Balqis segera meluru ke tandas. Di
dalam tandas dia mula menghamburkan airmata pilunya. Airmata yang sering
menjadi teman setianya selama ini. Dia tahu dia tidak boleh selemah ini kerana
perjuangannya masih lagi belum bermula. Sedangkan dia bakal menghadapi beberapa
lagi episod derita yang pastinya akan terus menguji ketahanan mental dan
fizikalnya.