Dia
terus memandang ke muka pintu yang masih lagi tertutup rapat.
“
Finance Managing Director, Luqman
Hakim.”
Tertera
tulisan itu di muka pintu itu. Siapakah Luqman Hakim itu? Adakah abang Man, abang
kandung Sarah yang belajar di luar Negara atas tajaan arwah bapanya suatu masa
dahulu? Ah kali terakhir dia bertemu dengan lelaki itu ketika dia berusia dua
belas tahun. Selepas itu lelaki itu tidak pernah pulang ke Malaysia.
Tiba-tiba
pintu bilik dibuka secara perlahan-lahan. Seorang gadis keluar dari bilik temuduga.
Pintu tertutup semula. Seminit kemudian, seorang perempuan membuka pintu dan
memandang mereka bertiga.
“
Cik Mariam Qistina?” Ujar wanita yang sedang berdiri di pintu bilik temuduga.
Dia sedang memandang ke arah mereka bertiga.
Balqis
mengangguk dan dengan pantas dia mencapai beg tangan dan sampul surat yang
berisi sijil SPM yang baru didudukinya pada tahun lepas. Dia melangkah dengan
tenang. Di dalam hati dia berdoa agar keluarga Pak Long Sahak tidak
mengenalinya.
Ada
seorang lelaki di dalamnya manakala wanita yang memangggilnya sebentar tadi
segera keluar apabila mempersilakannya duduk. Dia terus memerhatikan lelaki
itu. Badannya tegap seperti badan Pak Long Sahak manakala wajahnya pula ada
iras-iras wajah Mak Long Esah terutama sekali kening dan hidungnya. Tetapi
wajah itu nampak lebih relaks dan manis tidak seperti wajah Mak Long Esah yang
bengis itu. Oh inilah rupanya Luqman Hakim, salah seorang ahli keluarga yang
telah memusnahkan hidupnya suatu masa dahulu.
“
Jangan terlalu selesa dengan kedudukanmu itu sebab kini Mariam Qistina sudah datang
untuk menebus kembali apa yang telah dirampas oleh keluarga kau!” Kata Balqis di
dalam hatinya.
Perasaan
benci kepada lelaki itu mula bersarang di dadanya. Ah di mana Pak Long Sahak,
Mak Long Esah dan Sarah? Dia tidak sabar untuk bertemu muka dengan mereka.
“
Pertama sekali, biar saya perkenalkan diri saya. Saya Luqman Hakim bin Sahak.
Anak kepada pemegang syer terbesar di syarikat ini. Saya adalah Finance Managing Director di sini dan
akan menjadi bos awak jika awak dipilih sebagai kerani kewangan kelak,” kata
lelaki itu cukup sopan sekali.
Tetapi
entah kenapa bagi Balqis kata-kata lelaki itu seperti menunjukkan
keangguhannya. Ah bergembiralah dengan harta-harta haram itu selagi kau boleh
menikmatinya!
Sedaya
upaya Balqis cuba mengukirkan senyuman walaupun sebenarnya hatinya sudah
dikepung dengan perasaan marah yang semakin berkudis. Nampaknya lelaki ini
tidak mengenali dirinya. Bagus! Sekurang-kurangnya misi untuk merampas balik
syarikat ini akan berjalan dengan lancar kalau tiada siapa yang mengesyaki
siapa dirinya yang sebenar.
“ Well, Mariam Qistina….mmm
macam familiar je nama awak ni. But saya tak tak ingat le nama siapa.
Boleh perkenalkan diri awak,” kata lelaki itu sambil tersenyum mesra.
Balqis
tersenyum walaupun hatinya berdebar dengan ucapan lelaki itu.
“
Saya lebih suka kalau dikenali sebagai Balqis sahaja kerana menurut ibu saya
nama penuh saya ini banyak mendatangkan sial kepada keluarga kami. Jadi saya
harap Encik Luqman faham,” kata Balqis berpura-pura sedih.
Kalau
boleh dia mahu terus menyembunyikan identitinya yang sebenar. Lagi pun nama itu
akan memudahkan keluarga itu mengenali dirinya. Ah alangkah bagusnya kalau dia
boleh menukar namanya di dalam kad pengenalannya itu. Tentu perkara ini tidak
akan menjadi sukar.
Luqman
Hakim mengangguk. Seolah-olah faham dengan situasi gadis dihadapannya ini.
“
Jadi awak mahu dikenali sebagai Balqis sahaja?” Tanya Luqman Hakim agak pelik
sedikit. Tetapi ada sesuatu membuatkan dia semakin tertarik untuk mengenali
gadis dihadapannya ini.
Pantas
Balqis mengangguk. Dia terus menunjukkan kesedihan di wajahnya. Cuba meraih
simpati daripada musuh ketatnya itu.
“
Baiklah. Saya menghormati pendirian awak, Balqis. Mana sijil-sijil yang lain?
Hanya ada sijil SPM sahaja ni? Well
keputusan SPM awak bagus sekali. Kenapa awak tidak sambung belajar?” Tanya
Luqman Hakim.
“
Saya tidak pernah bersekolah sebab itulah saya tidak mempunyai apa-apa sijil.
Malah baru tahun lepas saya menduduki peperiksaan SPM. Seperti yang saya
katakan nama saya membawa sial dan orang kampung tidak membenarkan saya
bersekolah. Takut sial itu akan menjangkiti anak-anak mereka. Encik Luqman
percaya tak disebabkan nama saya ini menyebabkan ramai orang terbunuh
termasuklah bapa saya sendiri. Sebab itulah emak menukar nama saya dengan
panggilan Balqis sahaja. Sejak dari itu tiada perkara-perkara malang berlaku
kepada keluarga kami atau penduduk kampung lagi. Alangkah bagusnya kalau saya
boleh menukar nama sebenar saya di dalam kad pengenalan ini. Saya takut
kalau-kalau nama saya ini akan menimbulkan sial kepada syarikat ini juga,” tipu
Balqis lagi.
Luqman
Hakim mengangguk. Amat payah untuk dia mempercayai perkara tahyul begini. Namun
dia harus menghormati kepercayaan orang lain.
“
Oh rupanya begitu. ”
“
Saya dibesarkan di sebuah kampung yang
terpencil. Saya berhijrah ke Kuala Lumpur demi untuk menyara ibu saya yang
sudah tua. Amat susah untuk saya mendapatkan pekerjaan disebabkan saya tiada
SPM dan disebabkan itulah saya mengambil SPM secara persendirian,” cerita Balqis.
Teringat
dia kepada Puan Rafidah yang sudah dianggapnya seperti ibunya sendiri. Tanpa
tiupan semangat daripada wanita tua itu tidak mungkin dia akan menjadi sekental
ini.
“
Wah hebatnya awak. Walaupun tidak pernah bersekolah tetapi keputusan
peperiksaan awak cukup cemerlang. Mmm awak mendapat A dalam prinsip akaun dan
ini merupakan advantagekepada awak
berbanding calon-calon yang lain,” ujar Luqman Hakim lagi terus meneliti wajah
manis dihadapannya itu.
Entah
kenapa apabila wanita manis itu tersenyum hati kecilnya berdebar hebat bagaikan
tidak keruan. Apa yang sudah berlaku kepadanya saat ini?
“
Oh yer ke? Maafkan saya bolehkah saya bertanya apakah tugas utama seorang
kerani akaun?” Tanya Balqis yang cukup gembira dengan ucapan Luqman Hakim itu.
Nampaknya
tidak lama lagi misinya akan terlaksana jua. Dia tidak sabar menunggu hari itu.
Sekali
lagi dada Luqman Hakim berdebar hebat tatkala terpandang senyuman yang cukup
manis itu. Ah dia bagaikan terpukau dengan kecantikan gadis manis dihadapannya
ini. Bukannya dia tidak pernah berhadapan dengan gadis cantik tetapi entah
kenapa hatinya bagaikan sudah jatuh cinta dengan gadis yang cukup mempersonakan
ini. Dia mula rasa tidak keruan.
“
Senang sahaja. awak cuma bantu dalam urusan pengkeranian akuan. Selain itu banyak faedah yang awak terima
kalau diterima bekerja di sini seperti caruman wang simpanan pekerja, rawatan
perubatan dan bonus. Apa-apa lagi yang Cik Balqis ingin tahu?” Soal Luqman
Hakim lagi.
Mariam
Qistina menggeleng.
“
Kalau begitu, welcome to Cemerlang
Holdings,” kata Luqman Hakim sambil menyuakan tangannya untuk bersalam
dengan Balqis.
Eh!
Aku dapat ke ni? Balqis sedikit terkejut dengan ucapan itu.
“
Apa maksud Encik Luqman?” Tanya Balqis masih mahukan kepastian.
Luqman
Hakim tersenyum lebar dengan kekerutan yang terpamer di wajah gadis manis itu.
Cukup comel dan mempersonakan.
“
Tahniah kerana awak berjaya dipilih sebagai kerani akaun.” Kata Luqman Hakim
lagi.
Ah
dia sendiri tidak faham dengan dirinya sendiri. Mengapa secepat ini dia membuat
keputusan sedangkan ada dua orang lagi yang masih belum ditemuduga. Kegilaan
apa yang sudah melanda dirinya ini?
Buntang
biji mata Balqis mendengarnya. Tidak disangka perjalanan untuk menakluki
Cemerlang Holdings begitu mudah sekali dan dia sendiri tidak menyangka bahawa
Luqman Hakim akan terus mengambilnya bekerja pada hari ini.
“
Betul? Terima kasih Encik Luqman. Terima kasih banyak-banyak. Alhamdullillah…”
Kata Balqis cukup gembira sekali.
Luqman
Hakim tersenyum. Ternyata dia begitu gembira melihatkan keriangan di wajah
gadis itu.
“
Bila awak boleh start kerja?” Tanya
Luqman Hakim yang tidak sabar bekerja dengan gadis pujaan hatinya itu.
“
Esok pun boleh!” Sorak Balqis riang sekali.
“
Ok..awak boleh start kerja esok,”
kata Luqman Hakim tersenyum.
Balqis
membalas senyuman Luqman Hakim tetapi tidak lama. Ada sesuatu yang sedang
menganggu fikirannya saat ini. Dia semakin resah. Kalau boleh dia tidak mahu
identitinya terdedah.
“
Encik Luqman, boleh tak kalau Encik Luqman rahsiakan nama sebenar saya. Saya
takut kalau-kalau nama saya itu akan membawa sial di pejabat ini,” ujar Balqis
berpura-pura sedih. Di dalam hati dia berdoa agar lelaki di hadapannya ini akan
menurut permintaannya itu.
Luqman
Hakim tersenyum.
“
Baiklah. Demi keselesaan awak saya akan merahsiakan nama sebenar awak. Awak
boleh gunakan nama Balqis di sini,” ujar Luqman Hakim lagi.
Ah
bodohnya lelaki dihadapannya ini! Fikir Balqis sendirian. Dia tersenyum penuh
makna.
Terlayang
wajah-wajah yang cukup membencikan di dalam kotak fikirannya ketika itu. Sahak,
Esah dan Sarah, aku sudah kembali untuk menebus kembali apa yang sudah kamu
semua rampas dari aku. Bisik Balqis sendirian.