Home Novel Keluarga Kerana Cintanya
Kerana Cintanya
NaimTamdjis
10/8/2014 21:01:20
17,159
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 2

Bab 2

Keesokan harinya di pejabat Razif tidak dapat menumpukan terhadap kerja-kerja pejabat. Razif membatalkan mesyuarat mingguan jabatan pemasaran pada pagi itu. Tumpuannya hilang… banyak dokumen yang perlu disemak diketepikan begitu sahaja. Razif banyak mengelamun dan berfikir apakah syarat yang ingin diberikan oleh mamanya apabila berjumpa dengan Amilia? Adakah syarat-syarat itu mampu dituruti olehnya mahupun Amilia.

“Jangan syarat macam nak pinang Puteri Gunung Ledang udah. Mana nak cari hati nyamuk,” monolog Razif seorang. Eh! Apa yang aku merepek ni? Itu syarat seorang perempuan kepada lelaki yang meminang. Aku yang hendak meminang si Amy tu. Ah! Serabut. Pintu diketuk. Razif tersedar daripada lamunan lalu membuka dokumen yang ada di hadapan mejanya. Berlakon seolah-olah sedang sibuk bekerja.

“Masuk,” kata Razif. Pintu dibuka… tersembul wajah Razman.

“Ha Man. Kamu nak apa? Masuklah… yang terngendap-ngendap itu kenapa?” tanya Razif yang pelik dengan perlakuan Razman. Salah seorang eksekutif kanan di jabatannya. Razman masuk dan menutup pintu.

“Takde bos. Sahaja hendak melawat bos sihat ke tidak,” jawab Razman tentang tujuannya datang ke dalam bilik Razif.

“Duduklah. Saya sihat jelah. Siapa kata saya tidak sihat?” Razman duduk di kerusi meja kerja Razif.

“Iyalah. Kan tadi mesyuarat mingguan dibatalkan. Sayapun pelik sebab tak pernah pula sepanjang kerja 7 tahun bersama bos… mesyuarat dibatalkan secara tiba-tiba kecuali bos outstation. Saya takut bos tak sihat. Bospun asyik berkurung dalam bilik ni. Makan tengahari pun tak keluar bilik. Bini saya merangkap setiausaha bos pun hairanlah. Itu yang saya datang jenguk ni,” jelas Razman panjang lebar.

“Susah betul kalau setiausaha aku ni bini kau… dapat je hidu apa yang tak kena dengan aku. Eh! Tak payahlah hendak saya kamu sangat. Berapa lama kita berkawan… sejak belajar di Englandkan. Jangan hendak skema sangat. Saya konon,” tingkah Razif.

“Ala Bos. Bos bukan tidak tahu. Sayakan dulu pernah kena tegur dengan Chairman A.k.a Datin Emelda pasal hal aku kamu ni. Buat-buat lupa pulak. Sejak datin tahu hal itu. Setiap kali mesyuarat dengan pengerusi, Datin akan ingatkan mengenai budaya menghormati orang atas. Tidak dibenarkan orang bawah memanggil kau aku di dalam pejabat hatta kawan-kawan. Malu saya bos setiap kali mesyuarat. Mana hendak letak muka saya yang hensem ni?” Razman menghalakan jari telunjuk ke mukanya.

“Hahaha. Itulah, padan muka kau,” Razif ketawa terbahak-bahak.

“Saya kalau nak ikutkan hati, hendak sahaja berhenti daripada syarikat Teguh Muda ini. Tapi disebabkan bos, saya stay juga dalam syarikat ini. Datin tu macam tak suka je dengan saya,” Razman meluahkan apa yang terbuku di hatinya.

“Itu perasan kau je tu. Kau kerja bagus… Datopun suka dengan kerja kau. Buat apa hendak berhenti. Selagi aku dan Dato ada dalam syarikat ini, kau jangan bimbang… aku akan pertahankan kau,” jamin Razif.

“Jadi apa masalahnya bos?” tanya Razman semula.

“Masalah?”

“Lah? Lupalah tu. Apa dia masalah yang menganggu bos sehingga menganggu konsentrasi bos ni? Kena marah dengan Datin ker?” Razman mengulangi semula persoalan yang diajukan tadi.

“Aku hendak kahwinlah,” Razman terketawa terbahak-bahak.

“Hahaha. Bos bos. Hendak kahwin… kahwin jelah. Yang sampai batalkan mesyuarat ini kenapa? Hahaha,” Razman menyambung ketawanya.

“Amboi kau… sedap betul ketawakan aku,”

“Adui. Bos ni buat lawaklah. Ini baru nak kahwin… belum dah kahwin besok. Entah apalah peel bos nanti,”

“Aku cepuk jugak kau nikan. Nak kahwin ni masalah tentang Chairman kesayangan hanglah,” Razman berhenti ketawa. Dia memandang razif dengan dengan mimik muka dengan serius.

“Chairman tak luluskan?” tanya Razman.

“Aku tidak tahulah. Aku rasa dia akan luluskan… tapi masalahnya kau tahulah mama aku tu harta dan pangkat ukurannya. Dia nak jumpa Amy… tapi Amy tu bukannya menantu yang didambakannya. Mama hendak jumpa Amy dan hendak bagi syarat jika aku hendak kahwin dengan dia. Ini yang aku dok pening,”

“Wah bos dalam diam-diam sudah ada pilihan hati. Siapa Amy tu?”

“Amy tu gadis penjual kuih. Dia bantu ibunya jual kuih di gerai. Selain itu ambil tempahan kafe-kafe dan hotel-hotel. Amy tu perempuan biasa jer… tinggalpun di Apartment Rakyat. Bukan anak Dato atau anak Tan Sri. Itu yang masalahnya,” terang Razif panjang lebar. Razman mengangguk faham.

“Kalau melibatkan Datin, saya tak boleh masuk campur… terutama hal keluarga. Tapi bos, dalam hal ini… saya rasa hanya bos dan Dato sahaja boleh selesaikan masalah ini. Dato terutamanya, saya rasa di boleh pujuk Datin. Tapi… bos kenalah dengar dulu syarat-syaratnya. Bila dah tahu syaratnya, baru bos tanya saya ok ke tidak,” cadang Razman.

“Kalau syaratnya itu macam berat hendak dituruti?” Maklumlah.... mamanya juga kekadang agak luar biasa tindakannya.

“Bos kahwin ke siam jelah bos,”

“Itu nasihat hendak melingkupkan aku,” sanggah Razif.

“Hahaha,” Razman ketawa. Telefon Razif berbunyi… Razif mengangkat tangan kanannya meminta Razman berhenti ketawa. Razif mengangkat telefon.

“Ya. Mr. Razif Solehin speaking. Waalaikumussalam papa. Ya. Baiklah papa. Saya pergi sekarang. Waalaikumussalam,” Razif meletakkan telefon.

“Dato telefon?” Razif mengangguk. Dia bangun dari kerusinya untuk beredar. Razman turut bangun.

“Dato hendak berjumpa dengan aku. Ada perkara hendak dibincangkan. Personal,” jawab Razif bergerak ke pintu pejabatnya dan membukannya.

“Tak reti-reti nak keluar. Nampak dek Chairman nanti menyesal seumur hidup,” Razman tersengih-sengih.

{{{{{{{{{{{{{{{{{{

“Ya papa. Kenapa hendak jumpa Razif?” tanyanya sebaik sahaja papanya selesai menghirup kopi dan meletakkan cawan di pinggannya.

“Kenapa batalkan mesyuarat?” tanya Dato Osman serius. Ternyata Dato Osman tidak senang apabila mendapat tahu Razif membatalkan mesyuarat mingguan jabatan pemasaran… jabatan yang diketuai oleh Razif.

“Saya tidak boleh fokus papa. Saya hilang tumpuan untuk hari ini.” Jawab Razif berterus terang.

“Pasal semalam?” Razif mengangguk. Dato Osman menarik nafas. Seolah-olah mencari kekuatan.

“Bukankan mama sudah bagi lampu hijau?”

“Tapi syaratnya. Itu yang saya pening,”

“Hmmm,” Dato Osman mengeluh. Dia tahu kekadang keputusan Datin Emelda adalah muktamad. Jika putih.. putihlah keputusannya. Jika hitam… hitamlah keputusannya. Di dalam pejabat ini, walaupun dia adalah timbalan pengerusi merangkap pengarah urusan syarikat tetapi segala keputusan akhir terletak di tangan isterinya. Isterinya adalah pemilik mutlak syarikat ini dan dia hanya membantu sahaja menguruskannya. Lagipun syarikat ini amanah arwah bapa mertuanya. Cuma di rumah sahaja isterinya menghormati dirinya sebagai suaminya, tetapi banyak keputusan rumah tangga diserahkan kepada isterinya. Razif membiarkan papanya mendiamkan diri. Mungkin papanya sedang memikirkan penyelesaian terbaik untuk masalah yang sedang difikirkannya.

“Beginilah, papa tidak kisah siapa pilihan Razif asalkan dia baik, beragama. 2 itu sudah cukup bagi papa. Kita dengar dulu apa syarat mama. Kalau syaratnya melampau, papa akan pujuk mama supaya terima juga kekasih hati kamu itu. Selain itu berdoa banyak-banyak kepada Allah supaya terbuka hati mama untuk menerima Amalia,” itulah sahaja cadangan yang dapat difikirkan oleh Dato Osman. Dia mengambil cawan kopi dan menghirup kopinya. Membiarkan anaknya menghadam kata-katanya.

“Baiklah papa,” Razif akur dengan kata-kata papanya.

“Petang ni Amilia buka gerainya?” tanya Dato Osman.

“Bukan papa. Kalau petang dia berniaga di Medan Mara di Bandar Tasik,” jelas Razif.

“Kalau begitu. Lepas waktu pejabat, kita berdua pergi ke sana. Papapun hendak kenal juga dengan bakal menantu papa ni,” Razif tersenyum.

“Baiklah papa. Papa, terima kasih,” Razif bangun dan memeluk papanya. Terharu dengan sokongan papanya.

Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.