Intan Fariha adalah seorang wartawan sebuah majalah. Dia diberikan tanggungjawab untuk mengelolakan sebuah kolum yang membincangkan hal-hal berkaitan poligami.
Ada bermacam kisah poligami, yang baik dan yang buruk diketengahkan. Ada berbagai kisah pasangan yang berpoligami.
Namun sebenarnya kehidupan Intan Fariha sendiri pun bermadu. Dia isteri yang diabaikan. Dia madu yang sentiasa mengalah. Namun, demi cintanya dia tetap bertahan dan bersabar.
Apakah pengakhir kisah cinta Intan Fariha? Ikutilah kisahnya dalam novel ini.