Home Novel Fantasi Magnolia
Magnolia
Suhailah Selamat
4/2/2022 07:08:23
15,135
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 4

Ketika ini, sepatutnya dia sudah berada di hadapan pintu utama bilik dewan kuliah. Menunggurakan-rakan sekuliahnya yang lain sebelum sama-sama masuk ke dalam dewan. Sama-sama lambat masuk kalau ada salah seorang daripada mereka yang masih belum tiba. Itulah yang dinamakan sahabat sejati. Sentiasa bersama di kala susah dan senang, sedih mahupun gembira. Kena denda dengan pensyarah pun wajib sama-sama juga!

            “Bestfriends forever!” jerit mereka serentak. Suara yang paling lantang sekalisudah tentulah pemilik kepada nama Khaira Maryam!

            Tiba-tiba Khaira tergelak kuat.Mengejutkan mereka yang sedang menunggunya dengan penuh sabar di ruangan rehat.

            Lelaki yang lengkap memakai sut hitam itu dalam diam mula mencebik. Dari awal lagi dia memang sengaja duduk ditepi gadis itu dalam keadaan kepalanya yang tertunduk ke bawah. Cuba menyembunyikan rasa kurang senang bercampur geram yang begitu jelas terukir pada wajah polosnya. Genggaman pada tangan itu semakin dikuatkan sebelum ditarik ke bibir lalu dicium berkali-kali. Biarlah dia dilihat sebagai suami mithali didepan semua orang. Walau pun gadis yang telah lama dinikahi ini atas pilihankeluarga semata-mata.

            “Yess!No matter what happens. We are best friendsforever. Bff!” jerit Khaira lagi.Tiba-tiba dia bangun dari perbaringannya lalu memusing ke tepi dan merangkul leher Basit dengan begitu erat sekali. Hingga naik sesak nafas lelaki itudibuatnya.

            Dayyan berdehem perlahan. Tanganwanita di sebelahnya dipaut mesra. Melalui ekor mata, lelaki itu pantas memberi isyarat kepada ahli keluarganya yang lain agar meninggalkan bilik rehat ini secepatyang mungkin. Bagi memberi sedikit ruang kepada mereka berdua untuk bermanja-manja sebentar dan melepaskan rindu yang berbuku di hati masing-masing.Maklumlah, mereka kan pengantin ‘baru’!       

            Dayyan faham yang Khaira perlukan waktu untuk menghadam semuanya. Segala-galanya berlaku terlalu pantas. Tahu-tahu sahaja yang dirinya telah dimadukan… Hanya kerana dirinya tidak berkemampuanuntuk melahirkan zuriat…

            “Terima kasih, abang.” Basit sempat kenyit mata sebelah ke arah abang kembarnya.

            “Lain masa nanti, kau pula tolongaku pula, ya,” bisik Dayyan sebelum menutup rapat daun pintu bilik.

            Melihat tidak ada sesiapa lagi yangtinggal, Basit mendengus kasar. Bahu Khaira ditolak sehingga terbaring semula ke atas katil. Tali leher hitamnya ditarik ke bawah dengan kasar sebelum pipigadis itu ditampar-tampar perlahan.

            “Hei, perempuan. Sudah-sudahlah tu berlakon. Memanglah aku ada suruh kau berlakon depan dia orang semata-mata nak tunjukkan yang konon-kononnya kitalah pasangan paling bahagia. Paling sweet. Tapi, tak adalah sampai kena buat gimik terjun dalam kolam. Kalau pandai berenang tak apa juga. Ini aku juga yangkena selamatkan kau. Baju sut ni mahal, tahu tak! Tak sampai dua jam pun akupakai, dah basah lencun. Siap pakej mengigau lagi, apa citer,” bebel Basit.Matanya tajam merenung wajah Khaira yang sedang terpinga-pinga memandangnya.

            “Kalau nak sangat peluk aku,terus-terang ajelah,” sambung Basit lagi. Dahinya mula berkerut selapis.Selalunya, bila dia memarahi gadis itu. Pasti wajahnya akan tertunduk ke bawahseakan-akan ingin menangis. Paling tidak pun, Khaira sudah pun menangis teresak-esak sambil meminta maaf kepadanya berkali-kali. Kenapa tidak malam ini?

            “Khaira!” panggil Basit dengan nadayang lebih tinggi.

            Gadis itu masih terpinga-pingasambil matanya melilau memandang ke sekeliling.

            “Awak siapa?” Akhirnya, terpacul juasoalan itu dari mulutnya. Sedikit demi sedikit Khaira mengesot ke belakangsehingga tubuhnya menyentuh permukaan dinding.

            “Oh? Aku? Kau rasa aku siapa?Ataupun kau betul-betul dah lupakan aku lepas terjun ke dalam kolam tadi.Yalah, kau kan nak sangat mati. Tapi, tak boleh ke cari tempat yang lebihstrategik sikit. Kolam renang bukan untuk tempat bunuh diri, sayang. Malam ni,tempat tu tengah jadi tumpuan orang ramai yang datang ke majlis aku. Ikutkan hati,tak ingin aku selamatkan kan kau tadi.” Sinis sekali kata-kata itu.

            Khaira terdiam. Otaknya ligat berfikir. Cuba mengingati kejadian yang menimpanya sebelum ini. Namun, hasilnya cukup menghampakan.

            Perlahan-lahan Khaira menggelengkan kepalanya. 

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.