Home Novel Cinta AYK
AYK
Suhailah Selamat
31/1/2021 09:42:05
15,706
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 6

BAB 17

Langsir bilik beralun lembut ditiup angin petang. Cahaya matahari yang mencelah masuk melalui tingkap bilik yang terbuka separuh sedikit-sebanyak mengganggu penglihatan lelaki itu. Dia berdesah perlahan sambil otaknya tidak henti-henti memikirkan tindakan gilanya sebentar tadi. 

Ya, dia hampir hilang akal setelah perempuan yang dilanggarnya rupa-rupanya adalah Mawar. Dunianya terasa malap, jiwanya seakan direntap pergi. Jantungnya seakan terhenti…

Lelaki itu tersenyum sinis. Dia boleh sahaja masuk melalui pintu depan. Namun mengenangkan orang suruhan ayahnya yang sentias mengekori ke mana sahaja dia pergi. Lebih-lebih lagi ada lelaki ‘asing’ yang sedang menanti di depan pintu bilik rawatan. Lalu dia mengambil satu keputusan gila dengan memanjat bangunan empat tingkat itu.

Matanya tba-tiba berubah tajam. Auranya turut bertukar gelap…

“Siapa dia, Mawar? Dia teman lelaki baru kau ke?”

‘Pst!’ Air mencurah-curah keluar dari paip yang terbuka. Pantulan wajahnya yang kelihatan pada permukaan air dipandang tanpa berkedip.

“Eh?” Kenapa muka dia nampak lain macam… 

Tubuhnya dibongkokkan lagi sehingga dahinya bersentuhan dengan sinki.

“Eh? Eh?” Dia tengah bermimpi ke? Kenapa muka dia nampak seperti… Muka Mawar!

Perlahan-lahan kepalanya didongakkan lalu memandang ke arah cermin yang tergantung di dinding hadapan. Wajahnya diusap berkali-kali. Matanya sedikit demi sedikit mula membuntang besar.

“Eh? Eh? Eh? Argh!” 

Lelaki itu yang sedang ralit merenung ke luar tingkap terus tersentak. Dia ingin segera mendapatkan Mawar yang masing ‘terperangkap’ di dalam tandas. Namun bunyi suara orang dan derap tapak kaki yang semakin menghampiri terus membantutkan niat lelaki berambut pacak itu.

“Tch!” Dia segera bersembunyi di belakang langsir sambil mendengus kasar.

“Adui, kenapa pula dengan si Mawar ni? Siang-siang buta ni mimpi apa agaknya dia tadi, ya. Sedar-sedar aje dia dah sibuk terjerit-jerit. Eh, Mawar dah hilanglah. Mawar, oh Mawar? Awak kat mana tu?” ngomel Jali. Sambil membebel, kakinya ligat berjalan ke sana dan ke mari, mencari bayang Mawar yang tidak kelihatan di mana-mana. Dahinya mula berkerut hairan. 

Ke mana pula gadis ini sudah pergi? Tengah sakit pun masih sibuk nak ke hulur dan ke hilir. Haish, nakal dia ni, ya…

“Jali, cepat datang ke sini. Mawar ada dekat dalam tandas ni. Dia…”

“Mawar!” Jali segera meluru ke arah tandas dan menolak Doktor Yuna yang sedang berdiri di tengah pintu dengan muka yang cemas. Mujur wanita itu tidak terjatuh ketika ditolak tangan Jali yang sasa. 

Doktor Yuna yang memahami hanya mampu menggelengkan kepala melihat telatah ‘keanak-anakan’ Jali yang mudah panik. Jali yang dia kenal bukan begitu orangnya. Malah, lelaki itu jarang menunjukkan kepada sesiapa sisi kelamahannya yang satu itu. Tetapi tidak kali ini. Lebih-lebih lagi kalau melibatkan gadis yang bernama Mawar.

‘Ya Allah, janganlah ada benda buruk terjadi pada Mawar kesayangan aku. Hambamu tak kuat untuk menghadapinya,’ doa Jali dalam hati. Dia benar-benar risaukan keadaan gadis itu. Selagi dia tidak melihat Mawar dengan matanya sendiri. Selagi itulah hatinya tidak akan puas, tidak akan tenteram.

“Ha?” Rose yang sibuk mundar-mandir di dalam tandas sambil mulutnya tidak henti-henti mengomel serta-merta pegun. Matanya terus tertancap ke arah susuk tubuh yang sebelum ini sering muncul di dalam mimpinya. Lalu babak demi babak yang meruntun hati muncul satu per satu. 

Dalam mimpinya, cinta lelaki itu sering ditolak oleh si Mawar namun dirinya tidak pernah berputus asa untuk terus menambat hati si perempuan.

Eh, sekejap! Kalau dia sedang memegang ‘watak’ sebagai Mawar. Jadi, maknanya sekarang ni dia tengah bermimpilah, kan. Kan…?

“Jali!” 

“Ya, Mawar? Mawar okay tak ni? Masa abang sibuk bersembang dengan Doktor Yuna pasal Mawar dekat luar tadi. Tiba-tiba abang dengar Mawar menjerit. Is something wrong, sayang? Abang tengok Mawar okay aje.” Ditilik gadis itu dari atas sehingga ke bawah. Semuanya nampak baik-baik sahaja…. Tidak ada cacat celanya…

“Saya memang tak okay!”

“Okay, cuba bawa bertenang, sayang… Ops, tersilap panggil pula… Maksud abang Mawar…. Mawar cuba jelaskan pada abang apa yang tak okay. Tapi sebelum tu…”

‘Prang!’ Cermin tingkap bilik pecah berderai dikerjakan lelaki bertatu itu. Hatinya benar-benar panas mendengar Jali memanggil Mawar dengan panggilan ‘sayang’. Apa hak Jali untuk memanggil gadis itu sayang.

“Siapa?” Wajah risau Jali mula bertukar bengis. Dia ingin melangkah ke arah tingkap namun suara nyaring Mawar yang memanggil namanya terus mematikan niatnya itu.

Mawar terus melompat mendekati Jali lalu berdiri di hadapan lelaki itu. Dia sendiri berasa gerun dengan tindakan lelaki bertatu tadi. Mungkin lelaki itu naik angin gara-gara Jali tersasul memanggil Mawar atau lebih tepat lagi dirinya Mawar… Padahal semua orang di dalam bilik rawatan ini sudah tahu yang Jali memang sengaja memanggilnya begitu…

Sudah terang lagi nyata. Tidak boleh dinafikan lagi….

 “Jali, nanti dulu! Saya tak benarkan awak ke mana-mana tanpa izin saya.” Mawar bersuara tegas sambil ekor matanya tidak henti-henti melirik ke arah tingkap bilik.

Harap-harap lelaki itu faham sendiri kenapa dia menghalang Jali dari pergi ke situ. Sebolah mungkin Rose tidak mahu mereka bertemu. Firasatnya kuat mengatakan akan ada masalah besar ang berlaku sekiranya dua lelaki itu bertentang mata.

Bergaduh.

Yang itu, memang tidak mustahil. 

Fuh! Boleh tahan ramai juga peminat si Mawar ini. Kalau hari ini lelaki bertatu itu tiba-tiba muncul di depannya. Esok lusa tidak mustahil ada yang muncul lagi dalam ‘mimpinya’!

Eiii! Takutnya dia!

‘Pak!’

“Hei. apa main tampar-tampar ni?”

‘Pak!’ Satu lagi tamparan hinggap di pipi Jali. Habis berbekas pipinya akibat tamparan kuasa dua gadis itu.

“Mawar! Awak ingat muka saya ni diperbuat daripada beg kitar semula ke, ha! Sesuka hati awak nak jadikan saya punching bag!” Pipinya yang merah diusap dengan perasaan terkilan. Punyalah dia ambil berat pasal gadis itu. Tapi ini yang dia dapat…

“Jali… Tolong aku, Jali. Aku… Aku…” Air mata Rose mula merembas laju membasahi pipi. Setelah Doktor Yuna keluar dari bilik rawatan untuk memberi ruang kepada mereka berbincang. Dia terus mengunci pintu bilik dari dalam. Langsir bilik turut ditarik rapat sehingga tidak ada cahaya matahari yang masuk ke dalam. 

Rose sempat menjengah ke luar tingkap. Mana tahu lelaki bertatu tadi yang ada curi masuk ke dalam biliknya buat kerja gila sekali lagi. 

Sudahlah curi-curi masuk ikut tingkap. Tahu pula keluar ikut pintu tadi. Jangan dia buat kerja gila tu lagi sudahlah. Kali ini, kalau nasib lelaki itu kurang baik macam mana? 

Eh, dah kenapa aku yang melebih-lebih pula ni? Mungkin ini perasaan sebenar Mawar terhadap lelaki itu? Tetapi macam mana pula dengan Jali?

Mata Jali kelihatan bersinar-sinar melihat Mawar merayu-rayu seperti itu di depannya. Situasi yang jarang sekali berlaku… Hanya sekali seumur hidup dia berpeluang melihat Rose yang seakan terdesak itu.

“Mawar nak abang tolong apa?” soal Jali. Pelik juga dia apabila Mawar tiba-tiba sahaja membahasakan diri dengan panggilan ‘kau’ dan ‘aku’. Sekasar-kasar Mawar, jarang gadis itu membahasakan dirinya begitu.

“Tolong berterus-terang dengan saya. Kita dekat mana sekarang ni?” Bahu Jali dicengkam kuat dan digoyang-goyangkan, sedang matanya bulat menatap ke arah lelaki itu.

“Kita dekat hospital…” Aduh, dah tahu lagi nak tanya…

“Aku tahulah kita dekat hospital. Masalahnya, sekarang ni aku betul-betul tak faham. Aku… Aku tengah bermimpi ke? Tapi kenapa semuanya nampak realiti?” Makin kuat tangisan yang dihamburkan. Makin menggelabah Jali dibuatnya.

“Mawar…”

“Aku bukan Mawar!” Jali ditolak sehingga jatuh terlentang di atas katil.

“Mawar!”

“Jangan panggil aku Mawar! Kau tak faham bahasa ke, ha!” jerkah Rose.  Dia berlari ke arah pintu bilik. Dibuka kemudian dihempas pintu bilik dengan kasar.

Terangkat bahu Jali mendengar bunyi dentuman pintu bilik itu. Dia yang seakan baru tersedar dari lamunan terus bergegas mengejar Mawar yang sudah menghilang entah ke mana.

“Mama ada dekat mana sekarang? Rose takut, mama,” rintih Rose bersama esak tangisnya yang semakin kuat menghimpit dada.

Langkahnya terhenti tidak jauh dari pintu bilik kecemasan. Kelihatan Dato’ Zainal dan Datin Suzanna sedang duduk di kerusi menunggu sambil menangis teresak-esak. Jelas terpancar riak kerisauan pada wajah masing-masing.

“Maafkan mama, Rose. Maafkan mama… Mama tak patut buat Rose macam tu.” 

Melihat Datin Suzanna yang tidak henti-henti meracau, Dato’ Zainal segera menarik tubuh wanita itu ke dalam dakapannya. Kepala isterinya diusap penuh kasih.

“Apa yang terjadi tu bukan kehendak kita. Sama-samalah kita berdoa supaya anak kita dapat diselamatkan,” ujar Dato’ Zainal seraya menguatkan pelukannya.

“Rose ada dekat sini, mama. Rose ada dekat depan mama. Tolong pandang sini, mama. Ayah, tolong pujuk mama supaya jangan menangis lagi.” Dia hampir terduduk di lantai ruang menunggu wad itu namun pergelangan tangannya sempat ditarik oleh seseorang.

Kali ini, Rose tidak dapat melepaskan diri dari pelukan lelaki bertatu itu. Atau dia sendiri yang memilih untuk menyerah diri kerana segala-galanya dirasakan sudah pun berakhir…

“Don’t cry…,” pujuk lelaki itu separuh berbisik.

Kepalanya mendongak ke atas melihat wajah bad boy itu. Anak mata hitam Rose bergerak-gerak menentang anak mata lelaki itu sebelum wajahnya segera dikalihkan ke arah lain. Posisi mereka yang terlalu rapat menyukarkan gadis itu untuk bernafas. 

Lelaki itu dengan sengaja mendekatkan wajahnya ke wajah Mawar. Lalu mata helangnya memanah tepat ke anak mata kosong itu yang dipaksa untuk terus memandang ke arahnya.

“In one sentence… Who are you?”

“Helena Rose,” jawab Rose tanpa riak.

“Don’t lie to me unless you’re absolutely sure that I will never find the truth,” balas lelaki itu seakan berbisik. Dia meniup anak rambut Rose yang terjuntai di dahi.

“That’s me.” Jari telunjuknya diangkat tinggi melepasi bahu lelaki itu. Menunjuk ke arah sekujur tubuh yang terbaring kaku di atas katil sorong yang baru sahaja ditolak keluar dari bilik kecemasan.

Lelaki itu sempat menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh Mawar sebelum suara Jali sayup kedengaran memanggil-manggil nama gadis itu.

“Until we meet again. Take good care of yourself, sweetheart.” 

“Apa hubungan awak dengan Mawar sebenarnya? Can you explain a little bit further?”

Smirk.

“Jawapannya ada dekat sini. Yep! Jawapan itu ada pada kau, Mawar or whatever your name is….”

Tangan lelaki itu mula menyentuh tepi kepala Mawar.

“You will always find the answer in your heart where it has been waiting since long berfore the question,” bisiknya buat kali terakhir. Lelaki itu berundur sedikit demi sedikit ke belakang sebelum menghilangkan diri di celah pengunjung hospital.

Terasa bagaikan dejavu… Mereka mungkin tidak pernah bertemu sebelum ini… Tetapi situasi ini mungkin pernah berlaku di antara Mawar dan lelaki bertatu naga di lengannya.

Rose tersenyum sinis. Dia sempat melihat sekilas pandang pada tatu di lengan sasa lelaki itu.

“Mawar…”

Ha, sudah! Mamat berjambang tebal ni pun satu. Tak habis-habis dengan Mawar kesayangan dia tu… Sikit-sikit Mawar! Mawar! Mawar! Mahu bernanah telinga Rose dikerjakan…

“Diam…!” Dan dia berpaling dan terus rebah di dalam dakapan lelaki berjambang yang cukup dibencinya itu…

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Suhailah Selamat