Home Novel Fantasi Neo : Mimpi Semalam
Bab 32
OYAMA


"Oyama" Seri menyebut perkataan itu berulang kali. Dia menekan punat-punat pada papan kunci komputernya. Beberapa saat kemudian, maklumat yang dicarinya memenuhi skrin komputernya. Yang pasti ianya mempunyai kaitan yang jelas dengan negara matahari terbit iaitu Jepun.

Ada tiga nama tempat di Jepun yang dinamakan 'Oyama'. Ia terdapat di Tochigi, Oita dan Shizuoka. Di Kanada pula, ada satu tempat di Lake Country, British Columbia yang dinamakan Oyama. Beberapa orang terkenal di Jepun juga turut mempunyai perkataan Oyama pada nama mereka. Kana Oyama, seorang pemain bola tampar. Oyama Iwao, seorang komandor. Masutatsu Oyama dan Shungo Oyama pula ahli seni mempertahankan diri dan akhir sekali, gelaran untuk pelakon lelaki dalam seni teater Kabuki yang juga dikenali sebagai Oyama. Dia membaca maklumat-maklumat itu dengan penuh teliti.

"Huh!" Seri mengeluh. Dia lansung tidak tahu mana satu antara maklumat-maklumat yang dijumpainya itu mempunyai kaitan dengan Oyama yang dibacanya dalam diari itu. Dia mengambil diari itu sekali lagi dan membacanya.

Previous: Bab 31
Next: Bab 33

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.