Home Novel Fantasi Neo : Mimpi Semalam
Bab 46

Rancangan Sarah


Cammy sedang duduk di atas sofa di ruang tamu rumah rehat Doktor Sarah. Dia sedang sibuk mengasingkan rekod-rekod milik Doktor Sarah ke dalam fail-fail yang bersesuaian. Itu adalah salah satu daripada tugas-tugas biasa yang perlu dilakukannya sebagai pembantu peribadi Doktor Sarah.


Doktor Sarah amat menyukai cara Cammy bekerja. Dia begitu teliti sekali orangnya. Setiap kerja yang diberikan pasti akan dilakukan dengan sempurna. Yang sering kali dipuji adalah kekemasan dan keteraturan kerjanya. Sebab itulah Doktor Sarah mengekalkannya sebagai pembantu selama lapan tahun.


Bagi Cammy pula, dia amat mengagumi Doktor Sarah. Doktor Sarah Faridah Darius memang terkenal bukan sahaja sebagai seorang yang banyak menyumbang kepada dunia sains dan seni negara. Malah, dia juga banyak membantu golongan yang kurang berkemampuan. Dia menubuhkan Yayasan Rahsia Hati bukan bertujuan untuk mencari nama atau pun pengiktirafan daripada mana-mana pihak. Tetapi dia memang ikhlas ingin membantu mereka yang tidak berkemampuan. Dia amat prihatin dengan nasib mereka. Yayasan Rahsia Hati juga sentiasa memberi bimbingan kepada mereka yang menghadapi tekanan emosi.


Cammy melihat jam di tangannya. 'dah nak dekat satu jam dan….." katanya di dalam hati apabila jam menunjukkan pukul 7.30 malam. Dia ada lagi satu jam setengah sebelum pukul sembilan malam. Sebaik sahaja jam berdetik ke pukul sembilan, dia perlu segera pulang ke rumahnya. Waktu itu adalah waktu peribadi Doktor Sarah. Waktu untuk dia bersendirian. Dia tidak akan menghubungi wanita itu sebaik sahaja jam 9.00 malam. Dia sudah jelas peraturan yang ditetapkan untuk sekian lama.


'Eeeekkkk...…..' Cammy menoleh ke arah pintu sejurus sahaja mendengar bunyi pintu dibuka. Kelibat Doktor Sarah muncul. Sedari tadi, dia keluar dan kini barulah dia pulang. Di tangannya terdapat sebungkus bertih jagung yang dipesan oleh Cammy sebelum Doktor Sarah keluar sebentar tadi.


"Banyak lagi ke yang perlu disiapkan?" tanya Doktor Sarah. Dia meletakkan bertih jagung itu di atas meja. Lalu dia duduk di atas sofa empuk bertentangan dengan Cammy.


"Tinggal sedikit sahaja lagi" jawab Cammy ringkas.


"Ini dia bertih jagung yang kamu pesan tadi" Doktor Sarah menunjuk ke arah bertih jagung yang baru diletakkanya. 


"Terima kasih. Doktor pergi kedai mana tadi?"


"Saya ke bandar" jawab Doktor Sarah. Dia melabuhkan punggungnya ke atas sofa yang terletak bertentangan dengan Cammy.


"Oh…patutlah lama" kata Cammy. Doktor Sarah tidak memberi apa-apa respon. Dia menyandar dan memejamkan matanya. Dia seperti memikirkan sesuatu. Sesekali dia mengurut-urut kepalanya.


"Doktor, boleh saya tanya sesuatu?" tiba-tiba Cammy bersuara. Doktor Sarah lantas membuka matanya.


"Emm… tanyalah" Doktor Sarah memberi izin.


"Kenapa doktor ...…" Cammy terhenti seketika. Dia tidak sempat menghabiskan soalannya apabila melihat Doktor Sarah mengerang kecil sambil memegang kepalanya.


"Doktor. Doktor okey?" tanya Cammy. Dia mula risau melihat keadaan Doktor Sarah.


"SSS….. saya okey. Kamu tak perlu risau. Saya okey." Doktor Sarah kembali menyandarkan dirinya ke kerusi. Cammy segera ke dapur mengambil segelas air untuk Doktor Sarah.


"Doktor sakit ke?"Cammy menghulurkan air yang baru diambilnya. Dia kembali mengambil tempatnya.


"Tak tahulah, kebelakangan ni kepala saya sakit. Saya tak tahu kenapa." Doktor Sarah kelihatan pucat.


"Exhausted maybe ...." Cammy memberitahu andaiannya. Sebenarnya, dia sendiri tidak tahu apa yang berlaku. Tapi mungkin ada benarnya kerana Doktor Sarah memang nampak terlalu sibuk sejak akhir-akhir ini.


"Mungkin juga…" balas Doktor Sarah.


"Tapi, lebih baik Doktor buat pemeriksaan. Mana tahu kalau-kalau .... 'serius'" Cammy teragak-agak untuk mengatakan perkataan itu.


"Baiklah. Saya akan pergi buat pemeriksaan esok. Janganlah awak bimbang" Doktor Sarah tersenyum.


Cammy kembali mengemas rekod-rekod yang ditinggalkannya sebentar tadi. Doktor Sarah pula bersandar dan merenung ke arah siling seperti memikirkan sesuatu untuk beberapa ketika. Kemudian, dia memandang semula Cammy yang masih sibuk menyelesaikan kerjanya.


"Cammy saya nak beritahu awak sesuatu." Nada suara Doktor Sarah bertukar serius.


"Apa dia doktor? Macam serius sahaja bunyinya"


"Emmm….. Saya akan ke luar negara tak lama lagi"


"Oh yakah? Bila? Berapa lama?" tanya Cammy. Dia sudah biasa dengan keadaan ini. Selalunya, jika Doktor Sarah ke luar negara, bermakna semakin banyaklah kerja yang terpaksa dilakukan sepanjang tempoh Doktor Sarah tiada.


"Sebenarnya. Saya bercadang untuk pergi ke luar negara tak lama lagi"


"Ke mana? Berapa lama Doktor nak pergi?" Cammy terkejut.


"Ya. Saya akan ke Zuria"


"Kenapa? Apa yang menyebabkan doktor hendak ke sana? Dah bosan ke negara kita ni? soal Cammy bertubi-tubi. Sempat lagi dia berseloroh.


"Bukan bosan. Tapi sahaja nak bertukar angin" balas Doktor Sarah sambil tersenyum.


"Bila doktor akan bertolak?"


"Lusa atau tiga hari lagi. Tapi lagi awal lagi bagus"


"Wow! Awalnya! Doktor dah uruskan apa yang patut?" Cammy tidak menjangka yang Doktor Sarah ingin pergi secepat ini.


"Belum lagi. Tapi saya rasa ianya boleh diurus dengan segera"


"Tapi sebelum itu saya mahu kamu siapkan apa yang patut berkenaan yayasan dan juga beberapa dokumen seperti laporan akaun, aktiviti dan program-program yang kita jalankan sepanjang tahun ni. Saya perlukan semua itu sebelum saya bertolak ke Zuria." Doktor Sarah menyenaraikan apa yang diperlukan.


"Itu sahaja?"


"Ya. Itu sahaja. Boleh kamu uruskan semua tu?"


"Boleh. Semuanya bisa diatur. Tapi kenapa tiba-tiba sahaja doktor nak ke sana? Beritahulah saya. Nanti kalau ada orang yang tanya, senang untuk saya jawab."


"Sebenarnya, ia ada kena mengena dengan yayasan. Saya akan cuba dapatkan penderma dari sana. Menurut penderma sebelumnya. Ada ramai orang yang berminat dengan apa yang Yayasan Rahsia Hati lakukan. Lagipun, saya memang rindu benar untuk ke Zuria semula. dah lama rasanya saya tak ke sana"


"Tak boleh ke saya ikut sekali?" nada suara Cammy manja. Dia cuba memujuk Doktor Sarah.


"Boleh tapi bukan sekarang. Saya memang berniat nak bawa kamu ke sana. Lagi pun selama lapan tahun kamu bekerja dengan saya. Saya tak pernah bawa kamu ke mana-mana kan….. Saya tahu kalau awak dengar saya nak ke luar negara, hati awak sebenarnya bergelora untuk ikut sekali kan?"

Previous: Bab 45

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.