Home Novel Fantasi Neo : Mimpi Semalam
Bab 17

Bab 17 : Incognito


Marina dan Gina tiba di Pusat Sains, Teknologi dan Seni Negara (PRASASTI) tepat jam 8.47 pagi. Di situ, semua wartawan dari pelbagai bilik berita televisyen dan surat khabar sedang menunggu dengan penuh sabar untuk mendapatkan berita terkini mengenai kes pembunuhan yang menggemparkan seluruh Pasadianka.

Marina memarkir keretanya dan dengan pantas dia dan Gina meluru ke arah pintu masuk yang sedang dikawal ketat oleh pihak berkuasa. Terdapat beberapa orang anggota polis yang sedang berkawal di situ. Marina dan Gina pergi mendekati salah seorang daripada mereka.

"Ya cik. Boleh saya bantu?" tanya pegawai polis itu sebaik sahaja Marina dan Gina menghampirinya.

"Boleh saya jumpa Inspektor David?" Marina bertanya.

"Dia di dalam. Kenapa cik?"

"Saya Marina. Saya dihubungi oleh Inspektor David pagi tadi dan diminta untuk datang ke sini" Terang Marina.

"Sebentar ya" pegawai polis itu membawa keluar walkie talkienya dan menghubungi Inspektor David. Sambil menunggu, mata Marina begitu asyik memandang ke arah banggunan PRASASTI. Dari luar, dia dapat melihat suasana dalam pusat itu walaupun samar-samar.

"Cik tunggu di sini dahulu ya…" kata anggota polis berkenaan. Marina hanya mengangguk.

Beberapa minit kemudian, kelihatan seorang lelaki berjalan melalui laluan kecil yang terdapat di dalam banggunan itu. Dia sedang menuju ke arah mereka. Daripada luar, wajah lelaki itu sukar untuk dilihat dan kelihatan samar-samar. Marina mengagak yang dia mungkin Inspektor David yang menghubunginya awal pagi itu. Lelaki itu akhirnya menghampiri pintu masuk utama pusat itu. Marina agak terkejut dengan apa yang dilihatnya.

Lelaki itu adalah lelaki sama yang menegurnya ketika dia menaiki lif semalam.

"Hai! Awak Marina?" tanya Inspektor David sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam.

"Ya. Saya Marina" jawab Marina lalu menyambut tangan Inspektor David.

"Bukankah kita bertemu di lif semalam?" tanya Inspektor David. Ternyata, dia juga terkejut.

"Ya. Betul. Saya masih ingat." Marina mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Kebetulan pula." kata Inspektor David. Dia merenung dalam wajah Marina.

"Jadi di mana dia?" suara Marina bertukar serius. Inspektor David mengalih perhatiannya.

"Okey. Mari ikut saya." Marina mengekori Inspektor David ke tempat berlakunya pembunuhan itu. Gina pula terpaksa menunggu di luar. Dia tidak dibenarkan masuk dan terpaksa menunggu di luar.

Sejurus sahaja sampai di pejabat pentadbiran PRASASTI, Marina melihat sesuatu yang diselubungi dengan plastik hitam di dalam bilik pejabat ayahnya. Inspektor David membawa Marina mendekatinya. Sejurus sahaja sampai, dia mengarahkan pegawai yang bertugas di situ untuk menyelak plastik hitam itu. Marina melihat wajah pucat yang terlentang di atas lantai. 

"Betul, ini dia?" soal Inspektor David. Marina tidak terus menjawab, dia meneliti dahulu jasad tidak bernyawa itu. Dia berjalan mengelilingi garisan putih yang dilukis di sekeliling mayat itu. Marina memandang ke arah Inspektor David.

"Ya. Dia Adam Raufal." Jawab Marina dengan suara yang bergetar. Matanya kelihatan berair.

"Sabar Marina. Saya tahu apa yang awak rasa" Inspektor David menepuk-nepuk bahu Marina. Dia cuba menenangkan wanita itu.

Tit! Tit! Walkie Talkienya berbunyi.

"Inspektor David over"

"Inspektor David sila datang ke Bilik Incognito sekarang over" suara rakan setugasnya kedengaran dari walkie talkie itu.

"Marina, awak tunggu di sini sebentar"

"Baiklah" Marina menjawab ringkas.

Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.