PENULIS :EMY RAZIELA
TERBITAN : ALAF 21 (MEI 2015)
Jangan lupa dapatkan novel AKU TAK SUKA KAU (NINA/ISKANDAR) yang kini sudah pun berada di semua kedai buku.
Anda baca pasti BERDARAH HIDUNG MELELEH AIR MATA!
Ikuti kisah yang sarat dengan tragedi, air mata dan pengajaran.
---------------------------------------------------------------------------------------
NINA membuka jendela
bilik. Pancaran matahari terik mengenai mukanya. Dia baru sahaja bangun dari
tidur.
Jam
di dinding dipandang sekilas. Sudah pukul 11.00 pagi. Solat subuh telah lama
ditinggalkan bahkan solat-solat yang lain juga tidak pernah dihiraukan. Nina
lebih suka melakukan perkara yang dia suka dan tinggalkan perkara yang dia
tidak suka. Perintah TUHAN dipandang remeh.
Bahkan
buku-buku agama juga tidak pernah dibaca apatah lagi hendak membaca al-Quran.
Lapan tahun dia berada di Australia. Apa yang dia lakukan di sana tiada siapa
peduli. Jika dia tidak melakukan suruhan TUHAN, tiada siapa yang kisah. Tan Sri
Shahril sibuk dengan urusan perniagaannya. Puan Sri Suzana pula sama
sepertinya. Tidak mengambil berat hukum-hakam agama.
Nina gembira hidup begini. Tidak perlu menyusahkan diri
dengan membaca al-Quran, tidak perlu solat lima kali sehari. Dia tidak perlu
risau apa-apa. Keluarganya dari golongan yang kaya-raya. Soal duit tidak
menjadi sebarang masalah kepadanya.
Rambutnya
yang panjang mengurai diselak ke belakang. Nina menguap. Dia masih lagi terasa
mengantuk. Pagi semalam dia sanggup turun ke Kuala Lumpur untuk berkunjung ke
pusat hiburan bersama rakan-rakannya dan pulang pada hari yang sama.
Dia
seronok dapat menari dan bertemu rakan-rakannya. Tubuhnya terasa letih. Telefon
bimbitnya yang berada di atas katil dicapai dan kembali ke jendela. Nombor
tunangnya didail.
Lama
menunggu barulah Izz Zhafran menjawab panggilannya.
“Helo
sayang! Kenapa you lambat nak jawab panggilan I ni? Sibuk sangat ke?” Nina
bersuara seakan-akan merajuk.
“Nolah, sayang. I kat ofis ni baru aje sampai.
Bukan sengaja lambat jawab panggilan you,” jawab Izz Zhafran dengan niat mahu
memujuk Nina.
“Hmm...
yalah tu.” Nina menjawab hambar seolah-olah berjauh hati dengan tunangnya ini.
“Kenapa
ni sayang? Dengar macam tak ada mood aje? Seronok pergi KL?” soal Izz
Zhafran mula menceriakan suaranya.
Nina
mengalihkan telefonnya di telinga kiri pula.
“Seronok
memanglah seronok sebab dapat jumpa kawan-kawan. Dapat menari, menyanyi dan
dengar lagu. Macam-macam aktiviti dalam kelab malam tu. Rasa macam tak nak
balik. Tapi lagi seronok kalau you ada. Kawan-kawan I semua bawak boyfriend.
I aje yang sorang-sorang.”
Izz
Zhafran ketawa kecil.
“Bukan
I tak nak temankan you, Nina. Tapi I memang sibuk sangat sebab papa I baru aje
dapat projek baru dan I kena selesaikan banyak urusan. I janji lepas ni kita
sama-sama turun KL ya. You jangan risau. Masih banyak lagi masa untuk kita
berseronok.”
“Lepas
ni you janji kita akan ke KL sama-sama okey? I malu bila kawan-kawan I tanya
mana you? Takkan I nak jawab yang you sibuk dengan kerja. Tak sesuai alasan tu.
Nanti kawan-kawan I kata yang tunang I ni gila kerja dan tak pentingkan I. I
tak nak macam tu,” tambah Nina lagi dengan suara yang kedengaran agak manja.
“I
promiseyou yang I akan ikut you lepas ni. Segala meeting atau
projek I akan tinggalkan demi insan yang I cinta. Oh ya, tak ada yang cuba
pikat you di kelab malam?”
Nina
mengerutkan keningnya. Izz Zhafran sudah menunjukkan sikap cemburu butanya.
“Ada!
Ramai!” jawab Nina laju tanpa memikirkan perasaan Izz Zhafran.
Izz
Zhafran berdecit tidak puas hati. Dia tahu ramai yang tergilakan Nina.
Tunangnya ini jelita dan manis. Setiap lelaki yang memandang Nina pasti akan
tertoleh beberapa kali. Maklumlah tunangnya ini cantik jelita persis pelakon
popular Filipina, iaitu Marian Rivera.
Tubuhnya kecil molek, berkulit putih, hidung mancung,
bibirnya pula kemerahan. Siapa tidak terpikat dengan kejelitaannya? Sebab itu
kadang-kadang hati Izz Zhafran tidak yakin apabila Nina ke mana-mana tanpa
dirinya. Bimbang jika bunganya disambar sang kumbang yang lain.
“You layan lelaki lain ya?” soal Izz Zhafran
serius.
“You
ni jangan nak mengarutlah. Memang ada yang mengurat I tapi I tak layan pun!
Lain kali kalau you tak percaya pada I, you kena ikut sekali!” ujar Nina agak
bengang.
Izz
Zhafran ketawa.
“I
tahu yang you hanya cintakan I. Oh ya, macam mana dengan majlis menyambut kepulangan
you ni? On ke tidak?”
“Of
courselah jadi. Takkan tak jadi pulak. Mama I dah arrangekan semua.
I call you ni pun nak beritahu benda yang sama. Majlis tu akan
berlangsung hujung minggu ni. Pada majlis tu nanti mama I nak umumkan tarikh
pernikahan kita sekali. You okey ke?”
Nina
mula bersuara ceria. Hatinya gembira. Matanya melilau keadaan sekeliling Villa
Suzana melalui jendela biliknya.
“Sudah tentu I okey! I dah tak sabar nak kahwin dengan
you dan hidup bersama you,” balas Izz Zhafran dengan perasaan yang sangat
teruja. Tidak sabar lagi dia mahu memiliki Nina.
Nina
senyum bahagia.
“Kalau
macam tu okeylah. Nanti kita jumpa pada majlis tu nanti ya. I pun tak sabar nak
jadi isteri you. I love you sayang.”
“Love
you too... bye!”
Talian
dimatikan. Nina senyum meleret. Hatinya berlagu riang dan hidupnya terasa
benar-benar bahagia. Tidak dapat dibayangkan majlis pernikahannya bersama Izz
Zhafran. Sudah tentu glamor dan meriah. Yalah, dia satu-satunya anak tunggal
kepada Tan Sri Shahril, jutawan tersohor di negeri Kelantan. Sudah pasti
suasana perkahwinannya mewah.
Saat
Nina mahu berpaling belakang, dia ternampak kelibat seseorang tidak jauh dari
biliknya. Lelaki itu seperti sedang mengintai sesuatu. Lama Nina memerhati aksi
lelaki itu. Mukanya berubah merah. Tangannya dikepalkan. Mulutnya
terkumat-kamit menyumpah seranah.
“Apa
yang dia buat kat bilik aku ni? Mesti dia nak mengintai aku. Tak guna punya
jantan. Bodoh!” Nina bercakap pada dirinya sendiri.
“Jaga
kau!”
Nina
laju berjalan ke tandas yang terletak di dalam biliknya. Sebaldi air panas
dibawa keluar menuju ke jendela. Baldi air itu diletak ke tepi.
Lelaki
itu masih di situ.
“Eh,
Iskandar! Kau buat apa kat situ?” Nina menjengah melalui jendela dan menjerit
kuat mengejutkan Iskandar.
Iskandar
terus memandang Nina yang merenungnya tajam.
“Sini
kau!” panggil Nina agak kuat.
Iskandar
mengelap peluhnya. Penat dia mencuci kawasan Villa Suzana ini. Kebetulan hari
ini Pak Cik Mahmud bercuti. Maka dia mengambil alih tugas tukang kebun itu.
“Ada
apa Cik Nina? Saya sedang buat kerja ni. Saya nak cepat. Kejap lagi saya nak
ambil Tan Sri di pejabat.” Iskandar menjawab jujur.
“Aku
cakap datang sini, datang ajelah! Pekak ke apa kau ni? Aku ni tuan rumah! Kalau
aku panggil tu datang ajelah! Jangan cakap banyak! Degil betul kau ni! Apa mak
kau bagi kau makan masa kecik sampai kau jadi degil macam ni?”
Ya
ALLAH! Melalut pula si Nina ni.
Iskandar
menghela nafasnya. Banyak-banyak bersabar dengan kerenah anak Tan Sri Shahril.
“Cepatlah!”
laung Nina lagi dengan muka bengis. Namun kecantikannya tidak pernah padam.
Mahu
atau tidak, Iskandar berjalan menghampiri koridor bilik Nina. Dia sudah berdiri
di situ dan mendongak memandang gadis ini. Mata kedua-duanya bertemu.
“Kau
mengintai aku ya? Kau ni dah tak ada kerja lain ke? Papa aku bayar gaji kau
tiap-tiap bulan untuk mengintai aku ke?” tanya Nina tanpa usul periksa.
Iskandar
terperanjat. Boleh si Nina ni menuduhnya mengintai. Tak masuk akal!
“Ya
ALLAH! Tak baik Cik Nina tuduh saya macam tu. Saya tak mengintai Cik Nina. Saya
pun tak tahu ni bilik Cik Nina. Saya tengah kemas kat sana. Tak ada rancangan
pun nak buat perkara jahat,” balas Iskandar, jujur.
“Tak
ada rancangan konon! Kau ingat aku tak nampak yang kau terhendap-hendap kat
sana? Habis tu kau nak mengintai siapa lagi? Aku sorang aje anak dara dalam
rumah ni! Atau kau mengendap orang gaji kat rumah ni?” herdik Nina dengan muka
bengisnya.
Iskandar
menggeleng berkali-kali.
“Cik
Nina salah sangka ni.”
“Salah
sangka apanya? Aku nampak dengan mata aku sendirilah! Aku bukannya buta! Kalau
aku report pada papa aku apa yang kau buat ni dah tentu papa aku akan
pecat kau! Masa tu kau akan tahu langit tinggi ke rendah! Bila kau dah tak ada
kerja, jangan nak mengemis di rumah aku pulak! Aku tendang kau sampai tergolek!
Kau nak macam tu?”
Masya-ALLAH!
Lancangnya mulut gadis ini menghina orang lain. Moga-moga Nina diberi petunjuk
oleh ALLAH.
“Saya
ke sini untuk bekerja, bukan untuk melakukan perkara yang tak baik. Cik Nina
boleh nampak sendiri barang-barang yang saya kemas tu. Tak ada masa saya nak
mengintai Cik Nina.” Iskandar mula menjawab serius. Geram juga dengan
kelancangan mulut Nina.
Nina
menunjukkan muka meluatnya.
“Eleh!
Kau ingat aku nak percaya orang macam kau! Entah-entah kau ambil kesempatan nak
mengintai aku, kan? Yalah, kau pun tahu aku dah duduk sini mesti kau nak ambil
kesempatan tengok sesuatu pada tubuh aku kan? Orang lelaki baik dan alim macam
mana sekalipun, kalau bagi perempuan akan rebah jugak kat tanah!”
Iskandar
menggeleng berkali-kali.
“Tak
baik Cik Nina buruk sangka macam ni. Bukan semua lelaki macam tu. Saya memang
tak mengintai Cik Nina. Saya buat kerja saya. Daripada saya mengintai Cik Nina,
baik saya mengintai monyet tengah buang air besar.”
Terbeliak
biji mata Nina mendengar kata-kata terakhir daripada lelaki ini. Kelihatan
Iskandar berlagak biasa. Sakit hatinya. Lelaki ini memang nak kena!
“Kurang
ajar kau kan? Kau nak cakap yang aku ni macam monyet, ya? Mak kau tak ajar kau
supaya menghormati orang lain bila bercakap? Kalau mak kau tak ajar kau, biar
aku yang ajarkan! Sebab kalau aku yang ajar, confirmkau akan ingat
sampai nyawa kau tu tersekat di kerongkong!”
Nina
mengangkat baldi berisi air panas. Tanpa berfikir panjang, dia terus menuang
air panas tersebut dan terus mencurah ke atas kepala Iskandar dan seterusnya
basah mengenai tubuh lelaki itu.
Iskandar
tergamam dan terkejutf besar. Air yang agak panas ini terasa bahang di
tubuhnya. Dia meraup mukanya yang basah. Nina puas hati melihat Iskandar tidak
membalas apa-apa. Sudah pasti lelaki ini takut padanya.
“Padan
muka kau! Kalau dengan perempuan lain bolehlah kau nak loyar buruk! Tapi dengan
aku, jangan harap! Ini Nina Natasha! Kau tak kenal siapa lagi aku!”
Serentak
dengan itu Nina mencampak baldi itu ke tanah. Sikit lagi mahu terkena kaki
Iskandar. Jendela ditutup kuat.
Iskandar masih di situ. Tergamak Nina melayannya begini.
Sedikit sebanyak dia tergores dengan sikap anak majikannya ini.
MAJLIS
makan malam di Villa Suzana sempena menyambut kepulangan Nina begitu meriah.
Kawasan Villa Suzana sudah dipenuhi orang ramai. Semuanya kaum kerabat Tan Sri
Shahril dan sahabat handai Nina. Beberapa buah khemah berdiri megah. Kedengaran
muzik yang kuat menjadi penghibur para tetamu.
Puan
Sri Suzana sibuk menyambut tetamu yang baru tiba. Begitu juga Tan Sri Shahril
yang berdiri di tepi kolam sedang rancak melayan sahabatnya. Lampu-lampu
pelbagai warna memeriahkan lagi suasana.
Di
hujung sana sudah tersedia barbeku untuk tetamu. Di sebelah kolam renang pula
disediakan live band. Sungguh meriah majlis menyambut kepulangan anak
gadis Tan Sri Shahril dan Puan Sri Suzana ini.
Pelayan
hotel yang ditempah oleh Puan Sri Suzana ke hulu hilir menyediakan pelbagai
jenis makanan. Kereta mewah berderet di luar pagar Villa Suzana. Semuanya milik
tetamu yang diundang oleh tuan rumah.
“Hai
auntie!”
Sapaan
itu mengejutkan Puan Sri Suzana yang sedang rancak berbual dengan salah seorang
sahabatnya yang baru sampai.
Bibir
wanita itu terbuka luas. Terkejut. Dia terus menghulurkan tangannya pada anak
muda ini. Anak muda ini terus menyambut huluran tangan Puan Sri Suzana.
“Hai
Izz... baru sampai ke? Mummydengan papa mana?” tanya Puan Sri Suzana
dengan perasaan yang begitu teruja mahu bermenantukan Izz Zhafran.
“Tu
hah!” Izz Zhafran memuncungkan mulutnya ke arah kedua-dua orang tuanya yang
sedang berbual di tepi pagar.
“Kenapa
tak panggil masuk?”
“Kejap lagi mummy dengan papa masuk. Kebetulan
jumpa kawan papa. Itu yang dia orang berborak panjang,” jawab Izz Zhafran
sambil tersenyum pada bakal mertuanya ini.
Puan
Sri Suzana membalas senyuman itu.
“Kalau
macam tu Izz pergi dulu, makan dan buat apa yang patut ya. Janganlah malu-malu.
Inikan rumah Izz jugak. Tak lama lagi Izz akan jadi anak auntie.”
“Yalah auntie. Izz pun dah tak sabar nak kahwin
dengan anak dara auntie tu,” balas Izz Zhafran pula dengan senyumannakal.
“Itu Izz jangan risau. Auntieakan pastikan Nina
tetap kahwin dengan Izz dan kau orang berdua akan hidup bahagia selamanya.
Kejap lagi auntie akan umumkan tarikh pernikahan kalian berdua, ya.”
Bersungguh-sungguh
Puan Sri Suzana memberitahu bakal menantunya ini. Izz Zhafran senyum bahagia.
“Okey
auntie. Oh ya, Nina mana?”
“Apa
lagi tengah bersiaplah tu. Ada dalam bilik dengan kawannya. Kejap lagi dia
turunlah. Izz pergi makan dulu ya. Banyak makanan yang auntie tempah.”
“Yalah,
auntie. Izz ke sana dulu.”
Izz
Zhafran terus berlalu pergi. Puan Sri Suzana yang anggun bergaya, berjalan
menghampiri bakal besannya.
Di
belakang Villa Suzana pula, kelihatan Iskandar sedang memimpin Puan Leha yang
terhenjut-henjut berjalan.
Puan
Leha henti berjalan. Dia tidak boleh berjalan terlalu laju. Kakinya yang
tempang itu akan cepat berasa sengal. Maklumlah usianya juga sudah semakin
senja. Puan Leha memandang Iskandar yang masih memegang lengannya.
“Mak,
kenapa? Mak okey ke?” soal Iskandar penuh perhatian.
“Mak
okey. Cuma mak rasa takut pulak nak ke majlis besar-besar macam ni, Is. Yalah,
kita ni bukan taraf mereka. Tengoklah baju mak ni. Buruk!” Suara Puan Leha
dengan wajah yang suram.
Iskandar
tersenyum.
“Kalau ikutkan hati, Is pun tak nak ke majlis macam ni
mak. Dengan muziknya yang bising, macam-macam jenis orang ada. Kalau boleh Is
nak rehat aje kat rumah. Habiskan masa dengan mak lagi bagus. Tapi Tan Sri
Shahril tu bersungguh-sungguh mintak Is datang dan bawak mak sekali. Kalau tak
pergi nanti apa pulak kata Tan Sri. Mak pun tahukan yang Tan Sri tu baik
orangnya.”
Puan
Leha mengangguk dan senyum.
“Mari
mak. Kita pergi sekejap pun jadilah. Sekurang-kurangnya Tan Sri tak berkecil
hati dengan kita.”
Iskandar
memegang kembali lengan emaknya dan beriringan berjalan memasuki kawasan Villa
Suzana. Terbeliak biji mata Puan Leha dan Iskandar melihat suasana yang cukup
meriah. Gaya suasana mengalahkan majlis perkahwinan.
Puan
Leha dan Iskandar memandang antara satu sama lain. Tidak pernah kedua-duanya
menghadiri majlis sebegini rupa. Takut pula untuk berada di tengah-tengah
kelompok manusia yang kaya-raya. Yalah, yang hadir pun bukan calang-calang
orang. Semuanya orang yang hebat-hebat belaka.
Iskandar
membawa Puan Leha ke meja.
“Mok duduk sini. Is gi amik makanan. Mok jange gi mano
plok,” (Mak duduk sini. Is pergi
ambil makanan. Mak jangan pergi ke mana-mana ya,”) pesan Iskandar penuh rasa
hormat.
Puan
Leha duduk. Geli hati dengan kata-kata anaknya ini.
“Mok
nok gi mano lagi, Is. Kaki mok ni pun tok cukup sebeloh. Nok jale pun payoh,”
(“Mana lagi mak nak pergi, Is. Kaki mak ni pun tak cukup sebelah. Nak berjalan
pun susah,”) balas Puan Leha tersenyum memandang anak bujangnya ini.
“Mok
jange royak gitu. Is takut ado ore culik mok. Mugo mok Is ni comel lagi loni,”
(“Mak jangan cakap macam ni. Is takut kalau ada orang culik mak. Sebab mak kan
masih cantik,”) ujar Iskandar mahu memujuk emaknya.
Kemudian
Iskandar meninggalkan Puan Leha di situ untuk mengambil makanan. Orang yang
semakin ramai di Villa Suzana tidak dipedulikan. Selesai makan, dia terus mahu
pulang ke rumah.
Puan
Sri Suzana menggigit bibirnya menahan rasa marah. Matanya tajam merenung wanita
tua di hujung sana. Gelas yang berada di tangannya dipegang kuat. Silap hari
bulan boleh pecah gelas itu.
‘Macam mana orang tua ni boleh ada kat sini? Sesat ke
apa? Dia tak tahu ke ini majlis apa?’ Puan Sri Suzana berbicara di dalam hati
dengan perasaan marah yang meluap-luap.
“I
nak ke sana sekejap,” beritahu Puan Sri Suzana pada sahabatnya.
Kemudian
dia terus berjalan ke arah Puan Leha yang sedang tunduk merenung rumput.
“Hei orang tua! Kau buat apa kat sini?” jerkah Puan Sri
Suzana dengan suara yang kuat. Tetamu yang lain tidak mendengar jerkahan itu
dek kerana muzik yang membingitkan.
Puan
Leha yang terkejut dengan suara itu terus mengangkat mukanya. Dia tergamam. Tubuhnya
menggeletar. Takut melihat wajah bengis tuan rumah ini yang tegak berdiri di
depannya.
“Aku
tanya ni! Kau buat apa kat sini? Siapa jemput kau datang sini hah? Dengan baju
yang buruk macam ni, bau yang busuk, kau ingat rumah aku ni tong sampah ke?” pekik
Puan Sri Suzana dan memandang tepat pada Puan Leha.
“Err...
saya...”
“Kalau
rumah aku ni macam tong sampah bolehlah kau nak datang! Masalahnya rumah aku ni
macam istana! Satu istana aku ni bau badan kau yang busuk! Lagi satu baju kau
ni lagi buruk dari kain lap tangan kat dapur aku tu! Macam ni kau nak pijak
rumput Villa Suzana? Rumput rumah aku pun geli nak rasa tapak kaki kau tu!”
herdik Puan Sri Suzana lagi tanpa memberi peluang kepada Puan Leha bercakap.
Terkumat-kamit
bibir Puan Leha mahu berkata sesuatu tetapi lidahnya kelu. Dia takut untuk
membalas kata-kata wanita sombong ini. Puan Leha tunduk dan menelan air
liurnya. Sebak dadanya dengan penghinaan Puan Sri Suzana.
“Mesti
anak kau yang berlagak alim tu bawak kau datang sini kan? Anak kau tu kalau
boleh semua saudara-mara kau tu dia nak angkut datang sini! Nak tumpang senang
di rumah aku! Kau ingat makanan yang banyak ni murah ke? Orang-orang kaya aje
boleh makan kat rumah aku. Kalau duit kau tu tak berkepuk dalam bank, makan
rumput ajelah kau anak- beranak! Tak payah tukang kebun tu susah-susah nak
mesin rumput ni lagi!”
ALLAHUAKBAR!
Zalimnya Puan Sri Suzana. Sehingga begitu sekali dia menghina wanita tua yang
cacat ini. Air mata Puan Leha berlinangan di tubir mata. Terasa mahu pecah
dadanya mendengar herdikan wanita ini.
Puan Leha diam. Tiada guna dia berbalas kata dengan Puan
Sri Suzana. Kedudukannya terlalu jauh dari Puan Sri Suzana.
“Anak
kau tu hanya drebar keluarga aku aje! Bukannya setiausaha sulit keluarga Tan
Sri Shahril! Jangan kau ingat bila laki aku dah bagi duduk rumah kat belakang
tu, kau boleh ke sini sesuka hati. Itu bukan tanda sayang, itu tanda nak cari
nahas namanya!”
Puan
Sri Suzana terus menghamburkan amarahnya. Sakit hati betul dengan orang tua tak
sedar diri ini. Tetamu yang berada di situ tidak dipedulikan. Puan Sri Suzana
langsung tiada perasaan malu. Yang penting, hatinya puas.
“Lagi
satu aku nak beritahu kau, tetamu aku malam ni tak ada yang cacat anggota!
Semuanya cukup sifat! Kalau dah tahu diri tu tak ada kaki sebelah, jangan nak
merayap! Duduk rumah baca al-Quran, lagi banyak pahala kau akan dapat nanti!
Ini tidak, berjalan pun macam orang kena sawan, ada hati nak datang makan kat
sini! Kau dengan anak kau sama aje! Tak sedar diri!”
Masya-ALLAH!
Lancangnya mulut wanita sombong ini menghina manusia lain. Tidak tahukah dia
tentang hukum-hakam agama? Terlalu pahit untuk ditelan kata-kata nista yang
lahir dari mulut Puan Sri Suzana. Puan Leha memegang dadanya yang mula sebak.
Perasaan sakit hati dengan penghinaan itu menumbuk-numbuk dadanya.
Apabila
melihat wanita tua ini hanya tunduk, Puan Sri Suzana bersuara lagi.
“Lepas
dah habis rumput rumah aku ni kau anak-beranak makan, tolong balik ya! Aku malu
kalau tetamu yang lain tengok kau macam ni. Lain kali kalau nak mengemis, tengok
tempat dulu. Kalau salah tempat, orang akan halau! Macam yang aku buat sekarang
ni! Faham?”
Terjengil-jengil
biji mata Puan Sri Suzana memarahi Puan Leha dan terus berlalu pergi. Setitis
air mata mengalir di pipi Puan Leha. Ya ALLAH! Tergamaknya wanita kaya ini
menghina dirinya yang tidak berharta.
“Mak!”
panggil Iskandar lembut.
Puan
Leha tidak menjawab. Dia masih teringatkan kata-kata Puan Sri Suzana sebentar
tadi.
“Mak!”
Sekali lagi Iskandar memanggil emaknya.
Puan Leha tersedar. Cepat-cepat dia menyapu pipinya yang
basah dan mendongak memandang Iskandar. Iskandar memerhati wajah tua emaknya.
Dia tahu, pasti Puan Sri Suzana datang memarahi emaknya. Dia juga tahu emaknya
menangis. Tadi dia sudah melihat bagaimana Puan Sri Suzana memarahi emaknya. Tergamak
Puan Sri Suzana melayan emaknya begitu.
“Puan
Sri cakap apa pada mak? Dia marah mak ke?” soal Iskandar agak serius dan
merenung tepat wajah Puan Leha.
Puan
Leha cepat-cepat tersenyum.
“Hisy...
tak adalah! Puan Sri tak ada cakap apa pun. Dia cuma beritahu mak kalau nak
makan apa-apa, ambil sendiri.”
Iskandar
menghembus lembut nafasnya. Dua biji pinggan di tangannya diletakkan di atas
meja.
“Mak
tipu Is, kan? Is tahu mak menangis. Mak tak boleh nak tipu Is walau sezarah
pun. Is kenal Puan Sri tu. Mesti dia ada cakap sesuatu yang sakitkan hati mak,
kan?” Iskandar cuba meneka.
“Biarkanlah
mereka tu. Kita berdoa ajelah agar Puan Sri tu mendapat hidayah ALLAH. Kalau
kita dah tahu dia macam tu, jangan kita lawan. Kalau kita lawan, maknanya kita
sama macam mereka tu. Kita diamkan diri bukan bermakna kita lemah. Is fahamkan
maksud mak?”
Walau
hati tuanya masih terluka dengan penghinaan Puan Sri Suzana, Puan Leha bijak
menyembunyikan rasa itu. Dia masih mampu tersenyum. Iskandar mengangguk tanda
memahami kata-kata emaknya.
“Is!
Tengok tu!”
Puan
Leha menepuk lengan anaknya yang masih lagi berdiri di depannya.
Iskandar
memandang ke arah yang ditunjukkan oleh emaknya. Matanya terpaku tepat pada
satu wajah yang jelita itu. Tidak berkelip Iskandar melihat Nina yang dikerumuni
teman-temannya.
Ya
ALLAH! Cantiknya ciptaan-Mu TUHAN. Bertambah cantik jika ciptaan-MU itu tahu
menggunakan pemberian-MU itu ya ALLAH! Sempat Iskandar berkata-kata di dalam
hati.
Kelihatan
Nina begitu ceria di samping teman-temannya. Wajah yang cantik itu tidak lekang
dengan senyuman di bibir. Manis! Inilah pertama kali Iskandar melihat senyuman
Nina. Sebelum ini, tidak pernah dia melihat senyuman anak gadis Tan Sri Shahril
kerana Nina hanya berwajah bengis apabila berdepan dengannya.
Semua
tetamu memandang ke arah Nina.
“Assalamualaikum
dan selamat malam!”
Kedengaran
suara pengerusi majlis mula bersuara di atas pentas di kawasan taman Villa
Suzana. Muzik sudah dihentikan. Semua tetamu memandang ke arah pentas utama
menantikan kata-kata seterusnya dari pengerusi majlis.
“Saya
selaku pengerusi majlis, sempena menyambut kepulangan Nina Natasha Bt Tan Sri
Shahril, mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir ke
Villa Suzana pada malam yang sungguh meriah ini. Ada pelbagai jenis makanan
disediakan untuk kita semua. Tan Sri Shahril ada berpesan kepada saya supaya
memberitahu anda semua supaya menjamu selera hingga pecah perut.”
Tetamu
yang hadir ketawa dengan kata-kata pengerusi majlis. Tan Sri Shahril yang
berada bersama Puan Sri Suzana dan Nina hanya menguntumkan senyuman.
“Sebelum
itu saya dan tetamu yang hadir pada malam ini mengucapkan selamat pulang ke
Malaysia pada Cik Nina Natasha. Selamat kembali Cik Nina yang cantik jelita
pada malam ini,” ulas pengerusi majlis itu lagi.
Nina
hanya mengangguk dan menghadiahkan senyuman kepada tetamu yang memandang ke
arahnya.
Pengerusi
majlis menyambung kembali tugasnya.
“Baiklah.
Sambil kita menjamu selera, saya menjemput Puan Sri Suzana dan ahli keluarganya
ke pentas untuk memberikan ucapan sepatah dua kata. Puan Sri Suzana juga ada
perkara penting yang akan dikongsi bersama kita semua. Dipersilakan keluarga
Tan Sri Shahril!”
Tan
Sri Shahril sekeluarga sudah pun berada di atas pentas. Semua tetamu tertumpu
ke arah pentas.
Iskandar
terpempan. Hatinya sedikit terusik. Seorang lelaki yang bergaya memegang erat
tangan Nina. Siapa lelaki itu? Sudah tentu kekasih hatinya, bisik hati
Iskandar.
Hatinya
sedikit kecewa kerana cemburu. Walau dia tahu Nina tidak akan menjadi miliknya,
namun hatinya benar-benar menyukai gadis itu.
Kelihatan
Nina begitu ceria di samping kekasih hatinya. Sesekali lelaki itu memeluk bahu
Nina dan kedua-duanya berdiri begitu rapat.
Puan
Sri Suzana mengambil tempat untuk berucap.
“Selamat malam kepada semua tetamu yang hadir. Saya, Puan
Sri Suzana mengucapkan selamat pulang kepada satu-satunya anak gadis saya,
iaitu Nina Natasha. Seperti yang diketahui, anak saya Nina Natasha telah pun
bertunang dengan Izz Zhafran, iaitu anak kepada Datuk Haniff. Mereka berdua
akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi dan kad undangan perkahwinan
akan diedarkan bila tiba masanya nanti.”
Puan
Sri Suzana tersenyum tanda bahagia. Sesekali dia memandang ke arah Nina dan Izz
Zhafran. Dia kembali berucap.
“Mereka berdua telah pun bertunang selama setahun. Jadi,
pada malam ini saya ingin mengumumkan perkara penting untuk dikongsi bersama
anda semua. Dengan berbesar hati, saya ingin menjemput semua tetamu yang hadir
pada hari ini ke majlis perkahwinan puteri kesayangan saya pada hujung bulan
ini di Hotel Renaissance.”
Serentak
dengan itu tetamu memberikan tepukan gemuruh dan mula mengerumuni Nina dan Izz
Zhafran untuk mengucapkan tahniah kepada kedua-duanya.
Iskandar
mengunyah perlahan makanannya. Rasa tidak tertelan makanan ini. Nina bakal
menjadi milik lelaki lain? Ya, itulah hakikatnya. Dia dan Nina ibarat langit
dan bumi. Memiliki Nina hanyalah angan-angan yang tidak mungkin menjadi
realiti.
ISKANDAR melalui
celah-celah orang ramai. Tangannya tidak lepas dari memegang lengan Puan Leha.
Dia mahu cepat pulang ke rumah. Suasana di Villa Suzana masih gamat dengan
alunan muzik pelbagai irama.
Langkah
Iskandar terhenti. Dadanya berdegup kencang. Begitu juga dengan langkah Puan
Leha yang turut sama terhenti.
“Woiii!
Buta ke?”
Suara garau itu menjerkah kuat dan menolak kasar bahu
Iskandar membuatkan Iskandar hampir terjatuh ke belakang. Kemudian lelaki
bertubuh kasar itu mengelap bajunya yang basah.
“Maafkan
saya encik. Saya tak sengaja,” ucap Iskandar penuh rasa hormat.
Dia
memandang lelaki di depannya yang berwajah garang.
“Mintak
maaf? Kau ingat dengan ucapan maaf tu boleh hilangkan kotor di baju aku ke?”
Lelaki itu berterusan memarahi Iskandar.
“Saya
mintak maaf banyak-banyak encik. Saya memang tak sengaja langgar encik tadi.
Saya tahu salah saya. Maafkan saya,” pohon Iskandar lagi.
Tetamu
mula mengerumuni Iskandar.
Lelaki itu memandang Puan Leha dari bawah ke atas. Geli
dia melihat pakaian lusuh wanita tua ini. Kemudian, dia memandang kembali pada
Iskandar dengan muka yang bengis.
“Kau
memang sengaja nak langgar aku, kan? Punyalah banyak jalan kat sini, tempat aku
jugak kau nak lalu! Tengok baju aku ni! Siapa nak basuh? Orang tua ni nak
basuh?”
Jari
telunjuk lelaki ini ditala tepat pada Puan Leha yang kuat memegang lengan
Iskandar.
“Sayo
mitok encik hormat ore tuo ni. Ore tuo ni mok sayo. Sayo ngaku saloh sayo sebab
langgar encik tapi sayo tok sengajo. Sayo mitok tulong jange kaitkan mok sayo
dale hal ni.”(“Saya mintak encik hormat orang tua ni. Orang tua ini mak
saya. Saya mengaku salah sebab langgar encik, tapi saya tak sengaja. Saya
mintak jangan kaitkan mak saya dalam hal ni.”)
Kali ini Iskandar bersuara agak tegas.
Apabila
melibatkan emaknya, Iskandar tidak boleh bersabar. Dia tidak sanggup melihat
emaknya diperkotak katikkan.
Lelaki
ini mula naik angin apabila Iskandar melawan kata-katanya lantas mencengkam
kuat kolar baju Iskandar
“Ooo...
mung nok tunjuk besar palo dih? Mung tahu dok mung ni drebar jah? Kalu tahu
diri tu saloh, salohlah! Nok lawe ore plok! Mung tok kenal aku ni sapo?”(Ooo...
kau nak tunjuk besar kepala ya? Kau tahu tak yang kau tu drebar aje? Kalau tahu
diri tu salah, salahlah! Nak lawan orang pulak! Kau tak kenal aku ni siapa??”)
Izz Zhafran mencekak kuat kolar baju Iskandar.
“Jangelah
apo-apokan anok mok cik. Tulonglah...” (“Jangan apa-apakan
anak mak cik. Tolonglah...”) Puan Leha
merayu lembut dengan air mata berlinangan di pipi. Dia tidak sanggup melihat
anaknya disakiti. Kenapa sikap orang kaya begini? Yang miskin dicaci dan
dihina. Dunia ini tidak adil terhadap insan lemah sepertinya.
“Izz!
Kenapa ni?”
Kemunculan
Nina membuatkan Izz Zhafran melepaskan kolar baju Iskandar. Izz Zhafran
memandang tunangnya ini.
“What
happen, Izz? Kenapa baju you basah?” soal Nina lagi dengan suara yang
cemas. Matanya tidak kalih dari melihat baju tunangnya yang basah.
“You
tahu tak drebar cabuk ni dah kotorkan baju I? Dah langgar orang, nak berlagak
pulak! Kalau ikutkan hati I, I belasah aje dia kat sini,” beritahu Izz Zhafran
dengan angkuh.
“Cik
Nina jangan dengar cakap dia. Saya bukan sengaja melanggar Encik Izz tadi.
Saya...”
Belum
pun sempat Iskandar menghabiskan kata-katanya, mukanya terasa basah. Semua yang
ada di situ terkedu. Rupanya Nina lebih pantas mencurahkan air minuman yang
berada di tangannya pada muka Iskandar.
“Siapa
jemput kau berdua datang ke majlis aku hah? Kalau kau bukan keturunan
orang-orang kaya, jangan nak tunjuk muka kau kat sini! Sudahlah orang bagi
tinggal secara percuma, makan minum pun kau nak Tan Sri tanggung?”
Nina
menghamburkan kemarahannya. Dia langsung tidak memikirkan maruah papa dan
mamanya. Yang dia tahu, Iskandar perlu diajar. Wajahnya merah menyala memandang
Iskandar dan Puan Leha. Sakit hatinya apabila melihat baju Izz Zhafran basah
dan kotor.
“Saya tahu saya dan mak saya bukan orang-orang kaya
seperti Cik Nina. Tapi Cik Nina tak boleh menghina saya dan mak saya. Tan Sri
yang jemput saya. Kalau bukan Tan Sri yang mintak saya datang, saya takkan
muncul dalam majlis macam ni.”
Iskandar
masih lagi mampu bersabar dengan apa yang telah dilakukan oleh Nina sebentar tadi.
Mata kedua-duanya bertentangan.
“Sedar
pun diri tu! Dah tahu diri tu tak ada harta, berambuslah! Tunggu apa lagi kat
sini? Kau bawak balik orang tua selekeh ni! Jangan nak tinggal kat sini pulak!
Nanti seluruh majlis ni bau busuk!”
Puan
Leha memegang dadanya. Ya ALLAH, beratnya kata-kata penghinaan gadis ini.
Sampai begini sekali Nina menghina mereka dua beranak.
“Mari
kita balik nak...” Puan Leha menarik tangan Iskandar yang masih tegak berdiri.
Perlahan-lahan
dia mengelap muka anaknya yang basah. Setitis air mata Puan Leha mengalir di
pipi. Sedih dia melihat anaknya diperlakukan begini.
“Apa
lagi kau nak? Berambuslah!” pekik Izz Zhafran pula.
Iskandar
masih seperti tadi. Diam tanpa kata. Dia hanya merenung Nina tanpa sebarang
makna.
“Kenapa kau pandang aku? Kau tak puas hati dengan aku?
Atau kau tak cukup makan lagi?” Nina berterusan menyoal Iskandar dengan matanya
tajam menikam mataIskandar.
Puan
Leha menarik agak kuat tangan Iskandar. Dia mahu cepat pergi dari situ sebelum
air mata berterusan membasahi pipinya. Kali ini barulah Iskandar mengikut
langkah emaknya tanpa membalas kata-kata Nina.
“Ambil
makanan ni! Kau anak-beranak kebulur sangat kan?”
Tepat
Nina melontarkan beberapa makanan ringan dan terkena belakang Iskandar dan Puan
Leha.
ALLAHUAKBAR! Hebatnya manusia ini menghina manusia yang
tidak berharta. Setiap perbuatan ada balasannya. Yang di atas tidak selamanya
berada di atas. Setiap kesenangan adalah ujian dari ALLAH, begitu juga dengan
setiap kesusahan. Moga-moga manusia ini akan bertaubat kelak.