Lagi dan lagi kisah NINA/ISKANDAR...
Jangan lepaskan peluang untuk terus mengikuti kisah NINA/ISKANDAR...
Yang terbaik hanyalah AKU TAK SUKA KAU!
-------------------------------------------------------------------------------------
TAN
Sri Shahril berdiri tegak di ruang tamu Villa Suzana. Matanya memandang tepat
pada anak dan isterinya yang duduk di atas sofa. Kedua-duanya kelihatan seperti
tidak ada apa-apa yang berlaku. Puan Sri Suzana dengan wajah selambanya
manakala Nina pula sibuk dengan telefonnya langsung tidak pedulikan Tan Sri
Shahril.
Majlis
di Villa Suzana baru sahaja selesai dan kesemua tetamu sudah pun pulang. Yang
tinggal hanyalah pekerja hotel yang sedang membersihkan tempat majlis
berlangsung sebentar tadi.
Kedua-dua
beranak ini tahu apa yang mahu dikatakan oleh Tan Sri Shahril. Sudah tentu
pasal Nina memaki hamun Iskandar dan emaknya.
“Nina
tahu tak kenapa papa panggil Nina?” soal Tan Sri Shahril, serius. Tiada
senyuman langsung di bibirnya. Dia masih berdiri tegak di situ.
Nina
menjawab hanya dengan mengangkat bahunya.
Tan
Sri Shahril bertambah geram. Dirampas telefon yang berada di tangan Nina. Nina
tergamam dan memandang Tan Sri Shahril.
“You
kenapa ni Shahril? Tak boleh ke you cakap baik-baik dengan Nina? Yang you
rampas telefon dia kenapa?” Puan Sri Suzana terlebih dahulu bersuara
menyebelahi anaknya. Geram dengan sikap kasar suaminya.
“Entah
papa ni. Kalau nak cakap, cakap ajelah. Tak payah nak rampas-rampas,” tukas Nina
selamba.
“Kalau
papa tak rampas, kamu akan sibuk mengadap telefon tu. Ni, papa nak tahu. Apa
yang Nina dah buat pada Iskandar hah? Kenapa Nina hina mereka anak beranak?”
tanya Tan Sri Shahril dengan suara yang sedikit kuat.
Nina
dan Puan Sri Suzana berpandangan antara satu sama lain. Kemudian, Nina
memandang Tan Sri Shahril pula.
“Apa
yang Nina dah buat pada dia orang? Nina tak buat apa-apa pun.”
“Jangan
nak bohong, Nina Natasha! Nina ingat papa tak tahu apa yang dah jadi sebentar
tadi? Papa ni belum buta dan pekak lagi. Papa dah tengok sendiri apa yang Nina
buat pada Is! Orang lain pun kaya jugak! Tapi tak adalah perangai teruk macam
kamu ni!”
“Hisy... mana papa tahu? Entah-entah dia orang yang kaya
tu lagi teruk pada kita ni, pa. Tadi tu bukannya teruk mana pun Nina kenakan si
Is tu. Setakat baling makanan aje. Bukannya sakit pun!” balas Nina selamba,
seolah-olah mengejek papanya.
Geram
Tan Sri Shahril dengan jawapan Nina.
“Tahu
tak papa malu! Malu sangat pada kawan-kawan papa! Nanti dia orang cakap yang papa
tak tahu nak ajar anak menghormati orang lain!”
“Ala,
nak malu apa papa. Kalau pasal pemandu cabuk papa tu, tak payah nak ambil berat
sangatlah, pa. Lagi satu Nina nak beritahu papa yang si Is tu memang tak layak
nak makan makanan yang mahal-mahal kat majlis tu. Dia tu siapa? Kaya macam kita
ke?”
Nina
masih dengan sikap sombongnya. Tergeleng-geleng Tan Sri Shahril dengan sikap
anaknya ini. Salah dia kah dalam mendidik anaknya ini?
“Jangan
terlalu bongkak, Nina. Apa yang kita ada sekarang ni hanyalah pinjaman dari
ALLAH. Bila-bila masa ALLAH boleh tarik!” balas Tan Sri Shahril, geram.
Nina
dan Puan Sri Suzana menunjukkan muka meluat.
“Papa
tahukan yang Nina tak suka bergaul dengan orang-orang miskin macam dia tu. Yang
papa jemput dia tu kenapa? Tengok kawan-kawan Nina. Semuanya anak orang kaya.
Yang datang semua harta berjuta-juta. Tiba-tiba terselit orang macam dia kat
majlis tu. Malulah Nina! Bawak pulak mak dia yang tempang tu macam pengemis aje
Nina tengok! Lepas tu, pemandu papa tu langgar Izz pulak! Mahunya Nina tak
angin.”
“Dia
bukannya sengaja langgar si Izz tu. Dia dah cakap yang dia tak sengaja. Is pun
dah mintak maaf pada Nina dan Izz kan? Tak cukup lagi ke?” marah Tan Sri
Shahril.
“Masalahnya
baju Izz tu mahallah papa! Kalau dia kerja dengan papa bertahun-tahun pun,
belum tentu dia boleh bayar!”
Nina
tidak mahu mengalah. Puan Sri Suzana diam melihat kedua-dua beranak ini
bertikam lidah.
“Nina!
Kalau bercakap tu biar berlapik sikit! Jangan nak terlalu sombong dan takbur!”
jerkah Tan Sri Shahril. Sakit hati dengan mulut lancang anaknya ini. Ikutkan
hati, mahu saja ditangankan anak gadisnya ini. Terlalu kurang ajar!
Nina
membalas pandangan mata papanya. Langsung tiada rasa hormat dalam dirinya pada
Tan Sri Shahril.
“Kenapa?
Salah ke apa yang Nina cakap? Papa janganlah manjakan sangat pemandu papa tu
sampaikan majlis besar macam tadi pun papa nak jemput dia! Memang Nina tak
boleh terima.”
“Kamu
ni dah melampau! Si Izz tu pun sama! Bukannya kotor sangat baju tu sampai nak
pukul Is. Buat malu aje! Anak jantan apa macam tu! Itu pengecut namanya!”
Puan
Sri Suzana dan Nina terkedu. Kali ini Puan Sri Suzana pula naik angin.
“Yang
you bela sangat pemandu you tu, kenapa? Dia dah jampi serapah apa kat you?”
Kali ini Puan Sri Suzana bersuara. Dari tadi dia geram dengan sikap suaminya
ini.
Tan
Sri Shahril memandang isterinya.
“I
tak bela dia! I cuma nak betulkan salah silap anak you ni. You ni pun sama!
Ajarlah perangai buruk you tu pada anak kesayangan you ni!”
Jari
telunjuk Tan Sri Shahril ditala tepat pada wajah Puan Sri Suzana.
“You dah tahu yang I dan Nina pentingkan darjat. Kami
pentingkan kemewahan. Kesimpulannya, kalau orang tak berduit, bukan kawan kami!
You ni, itu pun tak faham. Bukan baru hari ni you kahwin dengan I!” sampuk Puan
Sri Suzana lagi.Geram betul dia dengan Tan Sri Shahril.
“Duit
berkepuk tu boleh bawak masuk kubur ke Zana? Duit banyak yang you ada ni boleh
jamin untuk masuk syurga ke? Kalau macam tu, I orang pertama yang nak masuk
syurga sebab I banyak duit!”
Tan
Sri Shahril berterusan memarahi Puan Sri Suzana. Salah silap Nina tidak pernah
mahu ditegur. Sebaliknya Puan Sri Suzana memanjakan lagi anaknya.
Nina
mula bangun. Bosan! Wajahnya cemberut.
“Mama
dengan papa bergaduhlah sampai esok pagi. Tak kuasa Nina nak layan. Nina nak
tidur. Esok pagi nak bangun awal sebab nak mulakan kerja. So, papa see you
in the office tomorrow morning. Good night!”
Nina
terus berlalu ke biliknya.
Tan
Sri Shahril dan Puan Sri Suzana memerhati lenggok Nina yang semakin menghilang.
Kemudian, Tan Sri Shahril memandang Puan Sri Suzana.
“Macam
tu ke cara you didik anak selama ni?” soal Tan Sri Shahril masih tidak puas
hati.
“Itu kan anak you jugak. Tak payahlah you nak salahkan I.
Kalau I salah didik Nina, bermakna you pun salah jugak. Kalau I tak layak jadi
ibu, you pun tak layak jadi bapak! Sudahlah Shahril, you tak payah nak tunjuk
baik sangatlah. You dulu pun bukan baik sangat. Sejak you ada pemandu baru tu,
you pulak jadi alim. Selama ni sembahyang you tak pernah cukup pun!”
Selamba
Puan Sri Suzana mengenakan Tan Sri Shahril tanpa memikirkan dosa kerana
meninggikan suara pada suami.
Tan
Sri Shahril terpempam! Tergamak isterinya berbicara begitu padanya. Di manakah
rasa hormat Puan Sri Suzana padanya? Memang selama ini Puan Sri Suzana tidak
pernah menghormatinya sebagai suami.
Sebaik
berkata begitu, Puan Sri Suzana bangun. Tanpa memandang Tan Sri Shahril, dia
terus berlalu pergi meninggalkan suaminya.
Tan
Sri Shahril duduk di atas sofa. Kepalanya pusing memikirkan anak dan isterinya.
Kenapa ini terjadi dalam keluarganya? Dia punyai segala-galanya, tetapi
kemesraan dan kasih sayang tidak pernah wujud dalam rumah tangganya. Dia meraup
mukanya berkali-kali. Dia cukup kesal dengan sikap anak dan isterinya.
Apakah masih ada ruang lagi untuk dia perbaiki kelemahan
diri? Ya ALLAH, berikanlah aku kekuatan untukaku perbetulkan
kesilapan dalam rumah tanggaku ini ya ALLAH. Aku gagal mendidik anak dan
isteriku sebaiknya. Aku sedar kesilapan aku ya ALLAH. Aku alpa dan lalai dengan
setiap nikmat yang kau berikan kepadaku. Tunjukkanlah pada anak dan isteriku
jalan yang benar.
Dulu, aku banyak melakukan dosa ya ALLAH. Aku tidak
melakukan setiap suruhan KAU dan aku juga tidak tinggalkan larangan KAU ya
ALLAH. Kini, aku insaf. Aku semakin tua ya ALLAH. Bila-bila masa sahaja
malaikat maut akan menjemputku untuk bertemu-Mu ya ALLAH.
Setitis
air mata kekesalan mengalir di pipi tua ini. Segala yang dia miliki bukanlah
satu kebahagiaan baginya.
DIA
menghampiri Toyota Vellfire hitam yang sedang menunggunya. Nina kelihatan
cantik dengan seluar slek kelabu dipadankan dengan blazer warna yang
sama. Rambutnya yang sedikit perang dilepaskan dan beralun cantik. Wajah
putihnya kelihatan berseri.
Hari ini merupakan hari pertama Nina akan memulakan kerja
di Shahril Holding. Jawatannya sebagai Pengarah Urusan telah pun dilantik
ketika dia masih lagi menyambung pengajian di Australia. Segala-galanya cukup
senang pada gadis ini. Tidak pernah sekalipun Nina merasa susah selama hidup di
atas dunia ini.
Cantik! Detik hati Iskandar. Peristiwa malam tadi yang
membuatkan hatinya terluka akan dipadamkan terus dari kamus hidupnya. Dia tidak
akan mampu memiliki permata yang cukup indah ini. Bahkan dia nekad akan terus
melupakan permata yang tidak pernah suka padanya. Iskandar sedar semua itu.
Tiada guna dia menyimpan perasaan itu jika dia tidak mampu meluahkannya.
Benar! Jatuh cinta ini terlalu memeritkan. Bertambah
sakit jika jatuh cinta pada insan yang langsung tidakmenghargai
kita. Mungkin cinta yang sedang dirasai Iskandar ketika ini hanyalah satu
perasaan indah untuk menghidupkan jiwanya yang kosong. Moga-moga cintanya pada
Nina akan terus lenyap dan tidak akan kembali lagi. Gadis ini akan menjadi hak
mutlak lelaki lain selepas ini. Moga-moga Nina bahagia hendaknya.
“Apa yang kau tunggu lagi? Nampak apa kat tangan aku
ni?” Sapaan Nina yang begitu kasar membuatkan Iskandar terkejut. Terus dia
memandang Nina yang berwajah garang. Jauh dia mengelamun sebentar tadi.
Semuanya tentang gadis ini.
Tanpa
berkata apa-apa, Iskandar terus mengambil briefcase di tangan Nina.
Pintu Vellfire sudah pun terbuka.
“Jemput
naik, Cik Nina. Mulai hari ni saya akan ambil dan hantar Cik Nina ke ofis,”
beritahu Iskandar.
“Aku tahulah! Dah namanya pemandu, memang kerja kaulah
ambil dan hantar aku ke tempat kerja. Takkan aku nak suruh orang gaji tu pulak
ambil aku kat opis!” balas Nina, garang.
Iskandar
hanya mengangguk. Malas hendak mengulas apa-apa. Kemudian dia terus ke tempat
pemandu.
Toyota
Vellfire terus keluar dari perkarangan Villa Suzana dan menuju ke Bandar Kota
Bharu. Shahril Holding terletak di tengah-tengah bandar Kelantan.
Jalan raya di Bandar Kota Bharu tidaklah terlalu sesak
seperti di Kuala Lumpur. Cuma kadang-kadang jika berlaku kemalangan, jalan raya
akan menjadi sesak. Iskandar tenang memandu. Sesekali dia mengerling pada Nina
melalui cermin belakang. Kelihatan Nina leka melihat ke arah luar. Gadis itu
senyum.
Entah apa yang lucu, Iskandar sendiri tidak tahu. Tetapi
senyuman itu cukup membuatkan hatinya rasa gementar. Senyuman itu cukup cantik
dan manis di pandanganmatanya.
Sekali
lagi Iskandar cuba memandang Nina melalui cermin belakang. Saat ini juga mata
Nina terpandang cermin belakang. Terus berubah wajah Nina.
“Apa
yang kau tengok? Kau mengintai aku ke?” soal Nina, serius.
Mata
Nina masih lagi di situ. Menyampah dia melihat Iskandar.
Kali
ini Iskandar pula senyum. “Tak adalah, Cik Nina. Saya nak tengok belakang tadi.
Tak perasan Cik Nina pun pandang cermin ni.”
Nina
mencebik.
“Alasan!
Macam aku tak tahu. Jantan sekarang ni memang tak boleh percaya. Nampak aje
macam alim, tapi gatal nak mampus! Baik yang muda atau tua sama aje!”
“Bukan
semua macam tu, Cik Nina. Kalau lelaki tu gatal, normal namanya. Memang gatal
dan cemburu itu adalah sifat orang lelaki. Kalau orang perempuan tak mahu orang
lelaki gatal, orang perempuan kenalah berpakaian sopan. Barulah lelaki tak
gatal dan tak miang.
Cuba
Cik Nina tengok orang perempuan yang berpakaian menutup aurat, ada ke lelaki
gatal tengok perempuan tu? Tapi kalau perempuan tu pakai pakaian tak cukup
kain, lelaki pasti akan tengok. Lepas tu cop lelaki tu gatal. Sebenarnya gatal
orang lelaki ni berpunca dari siapa?”
Wah,
panjang lebar Iskandar berbahas! Tapi apa yang dikatakan oleh Iskandar benar
belaka.
Nina
mula tidak senang duduk. Hatinya terasa panas. Berani drebar cabuk ni kenakan
aku! Bisik hati Nina.
“Ooo...
kau perli aku, kan? Kau nak cakap yang aku ni tak tutup auratlah ya?” soal Nina
agak keras dan memandang Iskandar melalui cermin belakang kereta.
“Masya-ALLAH!
Saya tak ada niat nak perli Cik Nina. Saya beritahu benda yang betul. Kalau
benda ni tak betul, saya tak akan kongsi dengan sesiapa pun.” Iskandar membalas
tenang.Bimbang juga jika gadis ini mengamuk.
“Eleh, macam aku tak tahu. Cara kau cakap tu memang tuju
pada aku! Kau tu tak payah nak sibuklah urusan orang lain. Papa dengan mama aku
pun tak peduli pasal aku! Aku nak pakai baju ke, nak telanjang ke, bukannya kau
yang tanggung dosa aku!”
“Memang
saya tak tanggung dosa Cik Nina tapi saya dan lelaki-lelaki lain akan dapat
tempias dosa tu sebab mata kami ni melihat Cik Nina. Saya yakin Cik Nina sangat
cantik kalau menutup aurat dengan betul. Percayalah cakap saya.”
“Sebelum
kau nak betulkan diri aku ni, ada kau check diri kau tu betul ke tak?
Sembahyang kau tu bagus sangat ke sampai nak nasihatkan aku? Pendidikan agama
kau tinggi mana? Kalau semua tu tak ada pada kau, jangan berlagak macam
ustazlah Iskandar oi!!!”
Nina
memekik kuat. Merah mukanya menahan marah. Mahu saja dicakar-cakar muka lelaki
berlagak baik ini.
“Saya
pun tak pandai mana Cik Nina. Saya jugak bukan cukup baik tapi saya nak jadi
orang yang baik-baik. Kalau Cik Nina nak tahu, fitnah terbesar bagi orang
lelaki adalah perempuan.”
“Ah! Banyak cakap pulak kau ni! Cepatlah sikit! Bawak
kereta pun macam semut! Aku ni dah lambat. Kalau kau nak berceramah sangat, pergi
masuk TV. Banyak rancangan-rancangan yang nak pakai pendakwah ni! Meluat aku
dengan kau ni!”
Belum
sempat Iskandar menghabiskan kata-katanya, Nina terus menyampuk. Bosan dia
dengan bebelan pemandu tidak sedar diri ini. Tajam Nina menjeling pada Iskandar.