3
“TAPI, itu kemahuan kau jugak ke, Ju?”
tanya Zila, teman baikku ketika di kolej sehinggalah masing-masing berkarier. |
Aku
diam. Enggan mengulas kata-katanya. Dalam tempoh tiga bulan sahaja lagi aku
bakal menjadi tunang Rizan dan seterusnya kemudian menjadi suri hidupnya dalam
tempoh tidak sampai setahun. Ya, itu kemahuan dia. Kemahuan mamanya, kemahuan
mamaku juga dan juga kemahuan kedua-dua belah keluarga.
“Mestilah.
Siapa yang tak mahu kahwin?” balasku bersahaja.
Zila
memandangku. Dia mengeluh perlahan.
Aku
pandang temanku itu kembali. Ketika itu aku dan dia sama-sama sedang menikmati
hidangan tengah hari. Aku tersenyum geli hati melihat kekalutan pada wajahnya.
Kenapa aku yang nak bertunang tapi dia yang berkeluh kesah? “Kau ni kelakarlah,
Zi. Aku yang nak bertunang, kau pulak yang kalut semacam.”
“Kau
ni kan... aku cakap serius kau pulak main-main dengan aku. Yalah, aku saja nak
pastikan kalau kau betul-betul dah bersedia nak bertunang dengan si Rizan tu.”
Zila menjeling ke arahku tajam.
Aku
menarik nafas sedalam-dalamnya. Sudah acap kali isu ini dibicarakan. Aku tidak
tahu bagaimana hendak menyakinkan dirinya lagi. “Aku dah lama kenal dia, beb.
Dah bertahun-tahun aku dengan Rizan. Dia sayang aku, setia, selalu protect
aku, tak pernah sekali pun dia sakitkan hati aku. Kau pun kenal dia. Jadi siapa
lagi lelaki yang boleh dijadikan suami pada aku, sebaik dia? Dia dah jadi
sebahagian hidup aku. Jadi aku rasa...” Aku terdiam, tidak mampu menyampaikan
maksudku. Tapi apa yang aku cuba sampaikan kepadanya, jelas. Biarpun aku tidak
mampu untuk menghabiskan ayatku sendiri, tetapi ternyata apa yang aku luahkan
kepadanya menunjukkan alasan kukuh yang aku bersedia mengahwini Rizan.
“Kau
rasa dia yang paling sesuai jadi suami kau?” Zila menghabiskan ayatku. “Kalau
apa yang kau rasa sama macam yang Rizan rasa, aku doakan kau bahagia, Ju.”
Sebaik
Zila berkata sedemikian, dadaku berombak kencang. Kata-katanya seolah mencuit
satu ruang dalam perasaanku. Aku seharusnya rasa senang dan gembira kerana
teman baikku sedari kecil ini mendoakan kebahagiaan aku dengan Rizan. Namun apa
yang aku rasa adalah sebaliknya. Namun aku pantas tepis perasaan tersebut.
“Alhamdulillah…,
amin. Tapi kenapa aku tengok muka kau saja yang tak gembira. Cakap dengan aku
terus terang, kau tak suka aku dengan Rizan ke? Ada apa-apa yang aku tak tahu
kau tahu?” Aku menduganya.
Teman
baikku yang bukan sekadar teman baik sahaja, malah teman seribu macam rahsia
tentang diriku hanya mencebikkan bibirnya. “Aku okey aje. Tak ada apa-apa pun.”
Aku
tidak puas hati dengan jawapannya. “Cakap terus terang. Aku tak suka kau cakap
macam tu pada aku. Macam ada benda kau sorokkan dari aku.”
“Tak
adalah...” Dia berbasa-basi dengan muka bersahaja.
Aku
semakin tidak senang dengan sikapnya itu. “Zila! Aku tak suka kau macam ni. Aku
dah nak bertunang dengan dia, okey. Kau kenal Rizan, kan? Kau tau dia sayangkan
aku. Jadi apa masalahnya ni?” dengusku, mula bertegas dengan sikapnya yang
sungguh mencurigakan.
Zila
yang sedang makan, terhenti dan memandang tepat ke arahku. Dia meletakkan sudu
dan garpu di pinggan, lantas meneguk sedikit jus oren di gelasnya. Aku berasa
mula tidak menahan perasaan dengan tingkahnya yang tenang, melakunya satu per
satu, membiarkan aku menanti dengan hujahnya. Atau dia sebenarnya mengumpul
ayat yang hendak diberitahunya? “Macam nilah... straight to the point.
Aku tahu, Rizan sayang kat kau. Cinta kat kau. Kau pun sayang kat dia.”
“Betul!
Aku memang sayang kat Rizan. Jadi apa masalahnya?” Aku mula keliru dengan
caranya.
“Tapi,
beb... aku tak pasti sayang kau pada Rizan sehebat sayang Rizan pada kau,”
katanya sambil memandangku tajam, tidak berkelip.
Aku
tersentak. Entah kenapa, kenyataan itu membuatkan jiwaku sedikit terganggu. Aku
tidak suka dengan kata-katanya. “Aku tak percaya kau sanggup cakap macam tu
pada aku.”
Zila
pantas membetulkan kata-katanya, “Ju, ini pandangan ikhlas aku pada kau. Kau
kawan baik aku. Kita bukan sehari dua kenal. Dari kita tadika sama-sama,
sekolah rendah, menengah, masuk universiti pun sama-sama. Kau ingat aku ni suka
nak mengada-adakan cerita?”
“Aku
tak faham,” ujarku menggeleng-gelengkan kepala. Giliran aku pula meneguk
minuman aisku.
Zila
menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum dia kembali memberi penjelasannya. “Aku
bukan nak kau sekadar dengar apa yang aku cakapkan ni, tapi aku nak kau jugak
fikir dan tanya betul-betul pada diri kau pasal hal yang aku nak cakap ni. Ju,
bertunang, bernikah, berkahwin... bukan hal kecil, kau tau tak? Ini pasal diri
kau, masa depan kau, hidup kau, maruah kau. Maruah kau termasuk maruah mak
bapak kau dengan keluarga kau. Ini bukan hal main-main, Ju.”
Aku
tidak mengerti. “Apa maksud kau ni?”
“Sayang
dengan cinta, dua perkara berlainan, Ju.”
Aku
mengerutkan dahi. “Aku tak nampak pun dua perkataan tu jauh berbeza. Kalau
berbeza pun, kenapa?”
“Kau
betul-betul tak faham, kan?” Zila mendugaku secara terang-terangan.
Aku
mengerutkan dahiku memandang dirinya. “Zila, aku tak nampak perbualan kita ni
ke mana. Andaikan saja begini... dalam perasaan sayang, ada cinta. Begitu juga
dengan perasaan cinta, mesti ada rasa sayang.”
Zila
ketawa setelah seketika terpegun mendengar kata-kataku. “Kau masih tak faham
lagi, kan?”
Aku
memandangnya dengan perasaan tidak senang. Aku mula rasa, dia keterlaluan dalam
hal ni. “Beb, pasal aku dengan Rizan... aku tak rasa kau tahu tentang apa yang
aku rasa pada dia, okey? Ya, aku tahu kau kenal aku sejak kecil lagi, tapi
hubungan aku dengan Rizan, kau tak tahu. Kau tak boleh baca perasaan aku pada
Rizan.”
Zila mengeluh. “Dengar cakap aku dulu, Ju. Kau jangan
ambil hati dengan apa yang aku nak cakap ni. Sumpah, demi ALLAH, aku tak ada
niat langsung nak huru-harakan hubungan kau dengan Rizan. Tapi masalahnya, aku
tak nampak cinta kau. Aku tak nak cakap pasal Rizan sebab aku tahu... Rizan
memang menggila cintakan kau sejak dia kenal kau. Semua orang tahu. Satu
universiti tahu perasaan dia pada kau. Cuma apa yang aku nak sampaikan, kau
mungkin sayang kat Rizan tapi aku tak yakin tentang cinta kau pada dia.”
Aku
termangu. Fikiranku beku. Tidak mampu berfikir untuk membalas balik, jauh
sekali untuk menepis kata-katanya itu. Terasa mulutku bagai dikunci, sukar
untuk mempercayainya. Kerana saat itu aku merasakan diriku teramat kerdil di
hadapannya.
Namun
biar apa sahaja yang diperkatakan, aku sedar, perancangan yang telah ditetapkan
ke atas aku oleh keluarga kami berdua adalah yang terbaik untuk hidupku. Ibu
bapa mana yang tidak mahukan yang terbaik untuk anak mereka? Aku sebenarnya
tidak berani melawan takdir dan mempertahankan hak aku walaupun ini
kena-mengena dengan maruah dan masa depanku.
“Kau
pasti ke aku tak ada rasa cinta? Kalau sayang dah ada, kau ingat cinta tak
boleh datang sekali?” Aku jeling padanya.
Barulah kali ini pandangannya redup kepadaku. Kembali tenang.
Malah, pandangannya penuh simpati, tetapi dalam pada masa yang sama
mengharapkan pengertian dariku. “Ju, sayang dengan cinta tu lain. Kasih pun
lain maknanya. Perasaan sayang tu masih boleh buat kau kuat kalau hubungan kau
dengan dia tak kesampaian. Kau sakit sekejap aje. Lepas tu kau kuat semula.
Tapi kalau cinta tak kesampaian, huru-hara hidup kau dibuatnya. Silap-silap
boleh separuh mati. Kau hilang separuh dari kekuatan, semangat, kegembiraan
kau.”
Aku
ketawa. Sedikit sinis. “Pakar cinta,” omelku perlahan.
Zila
memandangku. Pandangannya telus. “Aku bukan nak mengaku aku ni pakar cinta.
Tapi cinta buatkan kau sempurna! Sepanjang hubungan kau dengan Rizan, aku
tengok kau layan dia macam kawan. Aku tak pernah tengok kau letak Rizan di
depan kau. Contohnya, baru-baru ni... kau nak ikut kami keluar berjalan
sedangkan kau dengan dia dah ada perancangan sendiri yang kau dah buat
berminggu yang lalu. Sebab kau nak ikut kami, kau sanggup batalkan plan
kau dengan dia. Kalau aku, aku tak sanggup. Sepuluh kali aku nak keluar dengan
tunang aku.”
“Yalah...
aku tahu kau tu tengah bercinta. Jadi cakap memang dari orang dah pakar,”
getusku, sinis.
Zila
tersenyum kali ini. “Ya, memang aku tengah bercinta. Nak kahwin pun tak lama
lagi. Sebab tu aku pelik kenapa perasaan kau tak sama dengan perasaan aku.
Orang yang tengah bercinta ni Ju, bahagia aje perasaannya. Setiap minit setiap
saat, kau nak melekat dengan dia, nak dia depan mata kau selalu. Tapi aku
tengok kau, tak macam aku. Macam manalah kau nak yakinkan aku yang kau tengah
bercinta?”
“Mungkin
cara aku tak sama dengan kau. Kau mana nak tahu? Rambut sama hitam, tapi hati
lain-lain. Kita mungkin sama, tapi cara kita mungkin berbeza.” Aku
mempertahankan diriku.
“Yalah...
aku faham maksud kau. Kau lain, aku lain. Tapi kau..., tiapkali kau bercerita
tentang Rizan, jiwa kau kosong. Sinar mata kau pun tak bercahaya. Kau tak
pernah kisah Rizan ada kat mana kalau dia outstation. Maksud aku, kalau
kau benar-benar cintakan dia, sayangkan dia... tiap kali dia tak ada, kau resah,
kau gelisah. Tak sabar nak tunggu dia balik biarpun dia belum pergi pun. Kau
tak pernah melekat dengan handphone. Bila dia jauh dari kau, aku tak
pernah nampak kau cuba nak calldia. Asyik-asyik Rizan yang callkau
dari jauh.”
Aku
terdiam. Perasaanku dan juga fikiranku sedang berperang mencari alasan
tersendiri. Betul. Aku tidak berapa kisah keadaan Rizan setiap kali dia ke luar
daerah atas urusan kerja kerana aku sentiasa yakin bahawa dia sihat selamat.
Jadi kenapa aku perlu risau? Dan aku tidak perlu rasa ingin selalu dekat
dengannya kerana kami sudah berkawan lebih enam tahun dan aku tidak perlu ada
alasan lagi untuk selalu dekat dengannya!
Bukankah
alasan itu cukup munasabah?
Diamku
membuatkan Zila terus menambah, “Ju, aku kalau Imran outstation, aku dah
macam cacing kepanasan. Aku tak tahu kalau waktu tu kali terakhir aku jumpa dia
atau aku masih boleh jumpa dia balik. Aku risau. Macam Kak Ita dulu, sewaktu
bercinta dengan tunang dia, sanggup drivedari KL ke JB semata-mata nak
jumpa tunang dia, padahal bukannya tunang dia tak balik esok harinya.”
Aku
mengetap bibirku. Benarkah apa yang Zila cuba sampaikan kepadaku? Begitukah
perasaan orang bercinta? Aku tak pernah risau, aku tak pernah rindu setiap kali
dia bertugas di luar daerah. Dan sanggupkah aku memandu sejauh itu semata-mata
ingin bertemu dengannya walaupun tahu dia akan pulang keesokan harinya
sepertimana kakak Zila yang kami panggil Kak Ita terhadap tunangnya itu? Sanggupkah aku?
Sambung
Zila, “Kalau tak abang long aku tinggal kat JB, dah tentu mak aku tak kasi dia
ke JB,” tawanya. “Kata Kak Ita, kali pertama dia kenal dengan Abang Shuk,
jantung dia berdegup kencang macam orang kena kejar anjing. Mula
teringat-ingatkan dia. Bukan aku mengada-adakan cerita. Dia sendiri cakap kat
aku macam tu. Jadi aku rasa... cinta yang ikhlas datang dari hati.”
“Dah,
dah, dah! Meremang tengkuk aku dengar. Eeii...!” Benar, aku terasa bagaikan nak
muntah mendengar cerita Zila itu.
“Hah!
Tengoklah tu! Bila aku cakap, kau dah meremeng... meluat bagai. Cinta ni hanya
orang yang mengalaminya akan tahu perasaannya.”
Aku
mencebik lagi. “Kalaupun jiwa aku atau jantung aku tak berdebar-debar, tapi
fikiran aku sentiasa ada kat Rizan, Zi. Jangan risaukan aku. Aku sayang Rizan
dan aku bersedia nak jadi isteri dia. Dah tiba masanya hubungan aku dengan dia
bukan sekadar teman rapat lagi, tapi lebih daripada itu. Lagipun betul kata
mama aku, sampai bila aku nak berhubungan macam ni aje? Bertahun kenal, takkan
nak tunggu lagi?”
Zila
kembali menghirup minumannya. “Terpulang pada kaulah, Ju. Tapi aku nak ingatkan
kau... kau kawan baik aku. Kalau betul, Rizan tu dah termaktub sebagai jodoh
kau, aku gembira untuk kau. Tapi aku takut kalau bukan. Terlajak perahu boleh
diundur. Kalau betul-betul kau nak berundur, biar undur sekarang. Jangan
terlambat nanti, baru terhegeh-hegeh nak undur. Ini maksud aku... maruah kau
dengan maruah keluarga kau.”
PETIKAN jari di hadapanku membuatkan
aku tersedar. Aku segera berpaling ke arah Rizan. Malunya bukan main. Tidak
sedar bahawa kenderaannya sudah berhenti di hadapan butik sedangkan aku
terus-terusan mengelamun.
“You
dah sampai mana?” tanya dia tersenyum penuh erti.
Aku
memalingkan wajahku daripadanya. Cuba menyembunyikan perasaan malu darinya.
“Jauhnya!”
Aku
ketawa akhirnya. “Taklah jauh sangat. Masih lagi di atas dunia ni.”
Keningnya
terjongket sedikit. Wajahnya comel sahaja. “Hmm... kalau tak berapa jauh
sangat, agak-agaknya you dah sampai kat mana?”
Rasa
malu mula menjalar hingga ke pipi. “Venice.” Aku sekadar menjawab apa yang
terlintas di fikiranku secara spontan!
“Wow!
Itu betul-betul jauh. Ingatkan sini-sini saja.” Dia turut sama ketawa.
Enjin
kereta dimatikan. Radio dan penyaman udara juga sudah dimatikan terlebih
dahulu. Aku segera membuka pintu kereta.
“Julia...”
panggil Rizan tiba-tiba. Lembutnya suara itu.
“Hmm?”
“Tiba-tiba
I terfikirkan sesuatu,” katanya penuh rahsia.
Aku
hairan. Peliknya dia saat ini walhal kami perlu segera mendapatkan kedua-dua
orang tua kami. Dia masih lagi mahu berbual-bual denganku.
“Apa
yang you fikir?” tanyaku.
“Venice,”
balasnya singkat.
Hah?
Aku makin diuliti dengan perasaan pelik. “Apa kena-mengena dengan Venice?”
tanyaku lagi.
“Kita
kahwin nanti, kita berbulan madu kat Venice?”
Aku
tergamam. Venice? Syurga berbulan madu selain Paris. Kota penuh romantis untuk
pasangan berkasih sayang. Dia menunggu jawapanku. Berharap.
Aku
ketawa lagi. Dia benar-benar mahu melawak denganku. “Yang itu kita fikirkan
nanti. Sekarang kita kena selesaikan mama kita berdua kat butik dulu. Selagi
hajat dia orang berdua tak lepas, selagi tu kita jangan fikir tentang Venice,
okey?”
Dia
mengeluh. “You ni... nak romantik sikit pun tak boleh!”
Aku
segera keluar dari keretanya kerana perlu menjarakkan diriku darinya seketika
waktu. Tambahan pula, kami perlu segera menemui orang tua kami yang sudah lama
menunggu. “Lain masa, kita romantik. Sekarang, kita kena romantik dulu dengan
mama kita berdua. Selesai yang kat dalam tu, baru kita boleh fikir apa saja you
nak fikirkan.”
Rizan
berjalan mendapatkan aku. Pandangannya telus. Redup sekali.
“Laa...
apa pulak kali ni? Kenapa you pandang I macam tu?”
Dia
tidak putus-putus memandangku. Kemudian dia berkata, “You cantik, Julia. Cantik
di luar dan juga cantik di dalam. You tak tahu betapa gembiranya I sejak you
bersetuju terima lamaran I. Berminggu you buat I tak lena tidur. Kali pertama I
jumpa you, I tahu you bakal isteri I.”
Aku
meliriknya dengan senyuman dan mata yang menggoda. “Amboi, sakannya memuj! Rasa
macam tak percaya aje I dengan pujian you tu. I. Okey, apa sebenarnya yang you
nak dari I?” Aku bercekak pinggang. Entah kenapa aku tidak suka dengan pujian
tersebut.
Rizan
cuba untuk tidak tersenyum. Namun sepasang matanya yang bundar seolah-olah
bercahaya, mengeyakan apa yang aku fikirkan.
“Jangan
fikir you boleh beli I dengan senyuman you tu! Cepat cakap apa yang terlintas
dalam fikiran you sekarang?” desakku.
Bila
tawanya sekadar menjadi senyuman yang aku maksudkan terhadapnya, dia menjawab
dengan penuh maka, “I tak nak sehari pun berpisah dari you.”
Aku
tergelak mendengar kata-katanya. Dia tidak betah meluahkan perasaannya tidak
kira bila dan di mana asalkan luahan hatinya mahu diketahui. Sudah acap kali
aku mendengar. Sudah tidak terkira bilangannya. Sehingga kini, aku mendengarnya
seperti satu bahan lucu di telinga. Entahlah, aku rasa semua ini tidak
realistik sama sekali. Pastinya bila kami disatukan, dia tidak perlu khuatir
tentang perasaan itu. Bukankah perkahwinan itu adalah untuk menyatukan dua
manusia - lelaki dan perempuan? Aku cuba menyembunyikan rasa geli hatiku
daripadanya.
“Ya...
ya... I tahu you bertuah sangat dapat I. Dahlah, jom cepat kita masuk. Kesian
kat mama-mama kita. Dah lama dia orang tunggu. Jom.”
Pintubutik terbuka dengan sendirinya
sewaktu aku melangkah masuk ke dalam, meninggalkannya sendirian di belakang.
Mungkin
ada hikmahnya menerima lamaran Rizan demi harga diri dan nama baik keluarga.
Pasti ada pulangannya menantikan aku!