Home Novel Cinta ISTERI CEO VIRAL (SUAMI KU CEO VIRAL)
ISTERI CEO VIRAL (SUAMI KU CEO VIRAL)
Batiah Hadi
13/2/2020 23:02:04
209,066
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 18

“Terima kasih Ben untuk burung puyuh dan juga buah-buahan itu,” ujar Megat bila Ben dan dia bersantai selepas makan malam di foyer rumah banglo Megat malam itu. Ben yang berperawakan tegap itu hanya mengangguk. 

Mereka sudah lama berkawan. Mereka berada di foyer banglo Megat berbual-bual sambil minum kopi. Megat pula menghisap cerut. Bau manis cerut terhidu sedikit di hidung Ben. Kebanyakan lelaki suka menghisap rokok, vape ataupun cerut. Bagi Ben dia tidak berapa suka. Pernah Megat memberinya sekotak cerut mahal namun Ben hanya simpan sebagai cenderahati. Dia tidak berminat dengan semua itu. Rokok dan seangkatan dengannya. Ben seorang yang suka terlibat dengan aktiviti sukan dan gaya hidup sihat. Jadi, dia memang elak dari rokok dan sebagainya. Ben juga gemar berenang, jogging dan kadang-kadang mencuba triathlon. Itulah sebabnya pada usia 35 tahun Ben nampak lebih muda dan tegap. 

“Don’t mention it,” ujar Ben. 

“Susah-susah saja kau berhenti kat pasar malam tu. Dahlah orang macam kau mana pergi pasar malam,” kata Megat. Ben sedikit ketawa. Dia menguak sedikit rambut di dahi. Nampaknya Megat belum kenal dia betul-betul.

“Eh, aku pergi jugak pasar malam lah. Best juga makanannya. Macam-macam,” ujarnya tersengeh.

“Tapi kau sibuk. Rush dari ofis terus ke pasar malam. Kemudian kena hadapi public lagi kalau-kalau ada yang kenal kau. Satu lagi, jalan tu bukan jalan yang kau selalu ambik pulak tu,” kata Megat lagi. Ben memasukkan tangan ke dalam poket seluarnya.

“Tak susah pun. Aku suka je nak beli untuk Kelly. Cuma, I have to face this annoying girl,” keluhnya perlahan. Teringat wajah seorang gadis yang berani menghadapnya hanya kerana dia potong barisan. Bukan potong barisan pun. Dia telah pun menelefon pemilik gerai itu lebih awal sebelum gerai buka lagi. Adakah itu juga dikira sebagai potong barisan? Tapi, apa gunanya terangkan semua itu pada Bella? Entah siapa Bella itu selain gadis yang dia selamatkan tadi. Gadis yang dia asyik terjumpa. Dia sudah tiga kali berjumpa gadis itu. Pertama kali di Zouk, kedua di gerai burung puyuh dan ketiga di kawasan parkir pasar malam tadi. Selepas terjumpa tiga kali pasti dia tak akan jumpa lagi gadis itu. Memang gadis itu merengsakan. Terpaksalah dia bayar semua yang beratur itu tadi. Teringat kedegilan gadis itu sehingga dia terpaksa mengangkat gadis itu ke tepi. Ben rasa mahu tergelak bila teringat wajah cuak gadis itu. Seronok pulak rasa bila melihat wajah pucat gadis itu. Tahu pula takut, desis hatinya. Dia ingat hanya setakat itu sahaja. Dia tak akan jumpa lagi gadis itu. Tapi siapa tahu mainan takdir. Gadis yang merengsakan itu terpaksa dia selamatkan pula dari lelaki yang terkutuk tadi. Mahu sahaja dia membalas dendam tetapi rasa kemanusiaan dan simpati lebih tinggi dari rasa mahu membalas dendam kepada gadis itu.

“Apa? What girl?” soal Megat hairan. Lamunan Ben jatuh ke bumi. Dia tersengeh.

“Eh tak ada apa. Aku dah janji dengan Kelly tempohari. Kalau dia dapat A untuk matematik aku akan belikan favorite dia burung puyuh kat pasar malam tu,” terang Ben cuba melindungi riak wajahnya yang pelik itu. Megat tersenyum. Dia rasa berbesar hati bila Ben ambil berat untuk menghargai anaknya Kelly. Antara anak-anaknya Kelly yang paling manja dengan Ben sejak kecil lagi. Sejak mereka sama-sama bangunkan syarikat itu. Sejak Kelly berjalan jatuh lagi.

“That’s why she adores you. Suka sangat manjakan dia. Sanggup susah-susah belikan dia burung puyuh tu. Senyum sampai ke telinga budak tu,” ujar Megat tersengeh. Teringat betapa sukanya Kelly tadi.

“She’s a wonderful kid Megat. Kau bertuah ada anak perempuan macam Kelly. She worked hard. Tak salah aku hargai dia macam tu,” ujar Ben. Sejak dulu dia sudah menganggap Kelly sebagai anak saudaranya. Seolah-olah mereka benar-benar bersaudara.

“Ye, aku tahu. Aku memang bertuah, ada Kelly, isteri aku dan adik-adik Kelly. Hmm cakap pasal aku aje sejak tadi. Kau tu bila nak kahwin?. Asyik eligible bachelor bertahun-tahun. Kau tak mahu tiru macam aku ke? Lelaki paling bahagia?,” soal Megat separuh bergurau sambil menghisap cerutnya. Bara di cerutnya kelihatan sedikit menyala bila dihisap sebelum ia padam semula. Seketika kemudian asap dihembus keluar dari mulut Megat. Bau harum manis cerut terbau lagi.

“Aku?,” soal Ben tergelak. Nampak gigi ratanya yang putih.

“Kau pun bukan muda lagi Ben. Dah 35 tahun,” sambut Megat.

“Mudalah 35 tahun. Buat masa ini aku tak fikir langsung pasal kahwin. Lagipun belum ada yang sesuai dengan aku,” ujar Ben berterus-terang. 

“Kau tu memilih sangat. Kau nak perfect macamana lagi? Malika tu dah perfect dah,”

“Malika?,” soal Ben. Dia mengangkat bahu acuh tak acuh.

“Malika yang kau selalu bawa merata tu? Tiba-tiba tak ingat pulak? Tak baik mainkan perasaan orang Ben. Kalau dah suka elok kahwin sahaja. Settle down and start a family. Parents kau tak kata apa?,” soal Megat.

“Parents aku? Macam kau lah juga. Asyik suruh kahwin. Tapi, aku buat tak dengar saja. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan, tapi tiada apa yang tertinggal di tengah-tengah,” ujar Ben lantas ketawa. Kemudian dia menghirup kopi dari cawan di tangannya. Megat turut ketawa lantas mengeleng-ngeleng.

“Come on Ben. Malika dengan kau dah 2 tahun jadi pasangan ideal. Nak tunggu 60 tahun ke baru nak sedia?” perli Megat lagi. Ben hela nafas seketika.

“Buat masa ini aku tak terfikir nak kahwin. Kau lain. Kau dan isteri kau memang pasangan yang sesuai. Cinta dan sayang menyayangi di antara satu sama lain. Dengan Malika aku tak rasa macam tu. Kami ni lebih kepada strategic partners saja,” luah Ben. Hanya dengan Megat dia boleh meluahkan rasa hatinya begitu. Dengan orang lain dia sukar untuk percaya.

“Kau tak cuba manalah nak tahu. Kau tak ada perasaan pada dia ke? Aku nampak Malika tu memang gila sungguh pada kau. Ke kau masih harapkan Erinna?” ujar Megat sekap jarang. Terus berubah wajah Ben. Merah terus. Megat terdiam.

“Kau merepek apa ni? Erinna kan dah ada suami?” sangkal Ben pantas. 

“Baguslah kalau kau sedar itu. Kau kena move on Ben,” nasihat Megat. Cemberut terus wajah Ben. Dia mengetap gigi.

“Aku move on la ni. Eh...what the hell...aku dan Erinna tak ada apa-apa lah. Kami kan hanya sepupu? Kau ni Megat, serkap jarang tak agak-agak,” soal Ben kemudian ketawa kecil. Ketawa buat-buat. Megat hela nafas.

“Kau boleh tipu semua orang tapi kau tak boleh tipu perasaan kau sendiri Ben,” ujar Megat. Ben terdiam seketika. Wajahnya berubah masam.

“Eh, aku datang sini bukan nak bincang about my personal life. Aku nak jumpa kau dan Kelly sahaja,” ujarnya sedikit tinggi suara. Megat menghela nafas.

“Aku tak mahu masuk campur dalam personal life kau tapi aku rasa eloklah kau settle down and be happy,” nasihat Megat lagi kepada kawan baiknya itu. Ben terdiam. Kemudian dia ketap gigi. Wajahnya berubah semacam. Megat yang melihat hanya tersengeh. Dia dah lama kenal Ben dan dia tahu Ben bagaimana.

“Megat, aku rasa you are over the line,” ujar Ben seperti memberi amaran. Megat tarik nafas.

“Okay...aku minta maaf. I will not mention it again.,” ujar Megat lantas mengangkat tangan seperti berjanji pula.

“Good. You better not. Okaylah. Aku nak balik,” ujarnya sudah pun bangun. Dia kemudiannya melangkah ke ruang parkir rumah banglo Megat. Megat mengekor di belakang.

“Kau balik mana tu?”

“Balik kondo aku lah tapi nak singgah banglo ayah aku dulu,”

“Nanti kirim salam pada Prof Idris dan Puan Melissa ye?” pinta Megat. Dia sudah banyak kali berjumpa ayah Ben dan ibu tirinya. Ayah Ben seorang profesor di sebuah institusi pengajian tinggi dalam bidang Matematik. Ibu tirinya pula memiliki sebuah bakeri di sebuah mall yang terkenal di kawasan Ben dan keluarganya tinggal. Ben mempunyai tiga orang adik beradik tiri. Dua orang adik perempuan, Mimi dan Kieyra dan seorang adik lelaki tiri bernama Jeff. Walaupun ayahnya mahu Ben tinggal bersama mereka tetapi Ben lebih suka berdikari tinggal di kondonya sendiri. Sesekali sahaja dia akan pulang ke rumah ayahnya itu. Dia tidak berapa betah tinggal dengan ibu dan adik-adik tirinya. Mereka mengingatkan kepada arwah ibunya yang teraniaya bila ayahnya berkahwin baru. Beberapa tahun ibunya teraniaya sebelum ayahnya menceraikan ibunya. Dia masih ingat peristiwa itu semua. Ia bukan sesuatu yang mudah untuk dilupakan. Dia teringat jerih payah mereka berdua. Dia dan ibunya.

“Okay,” jawab Ben. Bagi keluarganya Megat sudah seperti keluarga juga. Mereka tahu Megat dan Ben berkawan baik sejak dulu lagi. Dan sekarang bekerjasama dalam menguruskan sebuah syarikat perniagaan digital yang kian terkenal. Megat juga sering diajak untuk kebanyakan majlis di banglo itu. Walaupun Ben tidak berapa baik dengan ayahnya tapi kalau ada apa-apa Ben akan datang ke banglo itu setiap kali ayahnya memanggilnya. Namun, hubungan Ben dengan ayahnya sentiasa dingin. Ayah Ben merupakan seorang jutawan memiliki kolej swasta sendiri menawarkan kursus-kursus seperti perakaunan dan kesetiausahaan serta lain-lain lagi. Disebabkan itu jugalah, anak-anaknya yang berdua itu, Mimi dan Jeff malas untuk bekerja kerana tahu bapanya kaya raya. Kalau mereka tidak bekerja pun mereka mendapat elaun dari ibubapa mereka. Dengan syarat mereka harus tinggal di banglo itu kalau mahukan elaun bulanan yang agak lumayan. Pada Ben semua itu buat mereka makin lemak dan tidak mahu berusaha. Tapi, dia tidak kisah semua itu. Hidup mereka tidak berkait dengan hidupnya.


Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.