1
SESI tarik menarik beg sandangnya berlangsung
beberapa saat hingga Yun naik minyak. Dia mengangkat kaki kanan sebelum
menendang bahagian perut penyamun itu. Tidak begitu berjaya.
"Wah,
main kasar nampak!" Suara penyamun itu kedengaran di sebalik topeng muka.
"Kau
dah menyamun aku, kau kata aku kasar? Dasar penyamun bodoh alang!"
Yun
menyumpah kerana sakit hati. Bengang betul apabila penyamun itu nampak nekad
berebutkan beg sandang yang dipenuhi harta pusaka itu. Bukan duit bergunung
tetapi komputer riba, telefon bimbit serta kamera Canon kesayangan. Dia
mengangkat lagi kaki yang sama, dengan tujuan yang sama tetapi penyamun
bertopeng biru bertindak pantas memaut kaki kanannya. Yun hampir jatuh namun
sempat memaut lengan baju penyamun itu, tetapi tidak lama. Mereka sama-sama
jatuh sebelum terdengar suara seseorang.
"Hoi!"
Penyamun
itu pantas menoleh sebelum cuba untk berdiri. Nak larilah tu! Tak boleh, tak
boleh, tak boleh! Yun sempat melibas kaki penyamun itu hingga dia terjatuh
kembali.
"Aduh!"
Dua orang
lelaki yang kebetulan lalu di lorong gelap disimbahi cahaya jingga cepat datang
membantu. Penyamun itu tidak sempat bangun buat kali kedua. Kedua-dua belah
tangannya sudah dilipat ke belakang. Yun bangun sebelum mengibas belakang
seluarnya. Kemudian, telefon bimbit yang berada di dalam beg sandang segera
dicapai.
"Hello,
polis!"
"WAN, sambut!" Yun melaung
dari jauh. Wan yang baru mengangkat muka terkocoh-kocoh menyambut sampul coklat
hasil lontaran Yun. Mujur juga dia dapat sambut. Yun ketawa geli hati. Masih
segar di ingatannya air muka Wan yang cemas menyambut sampul coklat tadi.
"Oi!
Ni gambar jarak dekat ni. Kau ada kat situ, ya?"
"Aku
selfie dengan penyamun. Ni semua salah kau. Last
minute punya kerja! Tak pasal-pasal menghadap penyamun aku malam
tadi." Cerita Yun dari jauh. Suaranya kuat seperti selalu, sambil
menghidupkan komputer riba. Sementara menunggu proses muat naik grafik dan
data, Yun memaku pandangan pada senarai semak tugasnya sepanjang minggu. Dia
sudah menghantar laporan tentang operasi rumah urut di Puchong semalam, lalu tugasan
itu dipotong dari senarainya.
"Betul
ke, Yun? Kau kena samun semalam, ya?" Tanya Wan, sudah bertenggek di
hujung mejanya. Setiap kali berbual, itulah pelabuhan Wan semenjak dua tahun
yang lepas. Yun jadi lali walau pernah marahkan teman seperjuanganna itu.
"Gambar
tu belum cukup jadi bukti lagi ke?" Tanya Yun, tidak mengangkat muka. Hanya
kedengaran jemarinya sahaja pantas mengetuk papan kekunci.
"Sorrylah, Yun! Disebabkan aku, kau
berdepan detik cemas pulak."
"Alah,
sorry bagai! Macamlah insaf pun. Aku
dah selalu, diulangi, SELALU diperdayakan kau. Janji sana sini, akhirnya janji
tinggal janji. Lepas ni aku akan buat kau pulak tunggu aku."
Tukas Yun,
meluahkan perasaannya.
"Alah,
Yun! Dengan aku pun ambil hati jugak."
"Sebagai
kawan, ada kau peduli aku? Eh, entah aku ni kawan kau ke tidak? Masa nak pakai,
carilah, sengihlah panjang sampai ke telinga. Masa dah senang lenang, tanya
khabar aku pun tak sudi. Dunia akhir zaman."
Yun pantas
menjawab. Dia malas hendak memandang muka Wan. Nanti dia tidak jadi membebel
dan lebih parah kalau dia jatuh kasihan. Senanglah hidup Wan. Lain kali Wan
boleh menindas lagi. Yun menulis hingga ke hujung ayat.
"Yunnnn!
Kau ni, macam menyampah kat aku aje!" Wan meneka.
Dari tadi
Yun tidak sudi memandangnya. Hanya wajah komputer yang disinari cahaya sahaja
menjadi peneman setianya sejak sepuluh minit yang lepas. Perlahan-lahan Wan
bangun. Dia kembali menapak ke mejanya.
"Kasihan
Wan tu, Yun! Tajam sangat bom yang kau bagi tadi."
Yun
mengangkat muka lalu menghadiahkan sebuah senyuman kala suara Nur Aishah
menyapa telinganya.
"Sekurang-kurangnya
aku jujur dan tidak kata di belakang. Kalau tak suka kejujuran aku, sila tutup
mata dan tutup telinga."
Sahut Yun
sambil menyudahkan berita yang sedang ditulis. Dia tidak pernah lupa titik di
hujungnya. Kata Cikgu Senah, titik tu tempat pembaca tarik nafas. Kalau
karangan tak ada titik, jawabnya, pakai oksigenlah pembacanya nanti. Baca
sampai muntah! Mengekek Yun dan kawan-kawannya ketawa. Sampai sekarang Yun
semat pesanan Cikgu Senah dalam-dalam.
Yun
membaca kembali berita yang baru ditaip tadi sebelum mencetaknya dua salinan.
Satu untuk simpanan fail sendiri, dan satu lagi untuk disemak oleh Ketua
Editor, Puan Jannah. Dua tahun menyandang gelaran Wartawan Jenayah, Yun sudah
betah dengan asam garamnya. Tambah pula Puan Jannah yang cukup cerewet dan
sukar ditambat hati. Ada sahaja kesilapan kecil yang mencuri tumpuannya.
YUN mengunyah roti sahaja sementara
menunggu Aishah. Kelibat teman seperjuangan ditilik juga sesekali dari celahan
pengunjung Kompleks Pertama.
"Nah!"
"Opocot,
kau meletup!" Yun melatah spontan, menyebabkan roti hampir terlucut dari
genggaman.
"Bommm!
Kebabom! He he he." Aishah menyahut sambil membuat aksi bom meletup dengan
kedua-dua tangannya. Yun menjuihkan bibirnya.
"Ni
mesti dari Sogo ni! Wangi semacam aje."
"Ha
ha ha. Tajam betul hidung kau ni. Aku saja test
perfume-"
"Oh, test perfume? Lepas tu, sedut bau kopi,
kan?"
"Ha
ha ha.Ini mesti kau biasa buat kerja ni kan, Yun?"Aishah menduga.
"Ada
jugaklah. Waktu terlambat bangun. Waktu terlupa pakai perfume. Aku singgahlah mana-mana booth jual perfume."
"Ha
ha ha." Aishah menghambur tawa sambil menepuk lengannya. Yun sengih cuma. Kenangan
lalu terus berputaran di layar ingatan. Dia selalu juga ambil kesempatan
tatkala promoter mempelawanya mencuba
haruman mereka.
"Lucu
lah kau ni, Yun! Nah! Ambil kad jemputan ni. Aku isytiharkan kau sebagai date partner aku malam tu."
Kata
Aishah lantas menyerahkan sebuah kad undangan kepada Yun. Yun menyambutnya
lambat-lambat. Dia membaca tajuk undangan itu dengan hati separuh. Tiada minat!
Majlis Koktail Anugerah Glamor Selebriti.
"Kau
ajaklah orang lain pulak. Aku menyampahlah majlis macam ni."
"Ah,
aku tak kira! Aku nak pergi pi dengan kau jugak. Lepas tu aku nak cari dress
yang sesuai petang esok. Kau temankan jugak. Lepas tu, aku-"
Ujar
Aishah, teruja. Tangannya ligat mengira aktiviti yang bakal dilaksanakan
sebagai persiapan ke majlis itu. Dia juga sudah mengira beberapa nama yang
hendak didekati di majlis berkenaan. Yun di sebelah masih selamba mengunyah
roti. Sahabatnya tiada reaksi lalu Aishah menarik muka lapan belas.
"Ni
yang aku menyampah ni..." Adu Aishah.
"Menyampah
apa pulak?"
"Menyampahlah...muka
kosong tu. Tak sukalah tu!" Aishah menjuih bibirnya. Mengerti akan reaksi
hambar yang ditunjukkan oleh teman seangkatannya. Yun ketawa kecil.
"Entah
kenapa...aku tak suka. Mungkin bukan diri aku kut, nak berparti tak tentu
hala."
"Eh,
jomlah! Tunggu kau punya pasal, lambat kita sampai office nanti." Ajak Yun, terus mengetuai langkah mereka.
Aishah mengikut di belakang. Dia masih mencari peluang untuk memujuk Yun.
Majlis itu bakal berlangsung hujung minggu ini. Jika bukan Yun yang sentiasa bersedia
membantu teman-temannya, siapa lagi? Takkan Wan kut!
"Yun...perlahanlah
sikit!"
"Eh,
apa motif perlahan? Kita di unit jenayah tak diajar perlahan. Kena pantas dan
tangkas, Shah."
Usik Yun.
Kakinya melangkah deras, seperti kata-katanya juga. Dia perlu segera sampai ke
pejabat untuk menyiapkan laporan kerana malam nanti, dia punya janji temu
dengan polis untuk menyerbu spa yang beroperasi sebagai pusat pelacuran.
YUN hanya sempat menjamah sebuku
roti perisa vanila yang berharga lapan puluh sen sahaja malam itu. Semuanya
gara-gara hendak cepat. Sesekali dia mengerling jam yang terlilit di
pergelangan tangan. Setengah jam berlalu dan mereka berempat masih menanti di
dalam Mitsubishi Lancer berwarna hitam.
"Hitam
Satu kepada Hitam Dua...Hitam satu kepada Hitam Dua. Laporkan kedudukan
anda!" Suara Inspektor An-Nasa'i kedengaran di belakang. Yun memasang
telinga. Dia tahu detik terjahan bakal bermula bila-bila masa lalu dia
mempersiapkan diri. Walau melaluinya beberapa kali, Yun tetap berdebar.
"Hitam
Dua kepada Hitam Satu. Hitam Dua berada di posisi tepat, di bahagian belakang
premis."Suara seorang lelaki, dari kelompok pegawai polis juga dicuri
dengar oleh Yun. Walau kod itu tidak asing di telinganya namun dia perlu
memberi perhatian juga, sebagai persediaan awal.
"Laporan
kami terima, roger! Arahkan semua anggota bersedia."
"Arahan
diterima, roger." Inspektor An-Nasa'i tidak menanti jawapan. Dia
menjatuhkan tanan ke atas riba sebelum menolak pintu.
"Bersedia
semua! Kita akan bergerak dalam kiraan sepuluh, sembilan, lapan, tujuh, enam,
lima..."
Yun pantas
menolak pintu kereta. Yang lain juga begitu tetapi bunyi tembakan mengejutkan mereka.
"Hitam
Satu...Hitam Satu. Serangan dilakukan oleh seseorang dari dalam premis. Kami
sedang bertindak. Mohon bantuan segera dari bahagian hadapan." Suara itu
kedengaran sebelum Inspektor An-Nasa'i dan seorang lagi pegawainya ikut di
belakang.
"Plan
B! Anggota sila bertindak segera!" Arah Inspektor An-Nasa'i sambil berlari
pantas. Belum sempat tiba di bahagian pintu masuk, kelibat tiga orang lelaki
berlari keluar dari premis sasaran lalu, dia membuka langkah yang lebih
panjang. Jarak mereka hampir lima puluh meter, namun Inspektor An-Nasa'i tidak
mudah mengalah. Dia terus berlari walau lorong itu gelap tanpa cahaya lampu. Matanya
sempat menangkap batang kayu di depan mata. Dalam masa yang sama, mindanya
ligat mengatur strategi. Dia menyepak sebatang kayu sepanjang satu hasta ke
hadapan dan bersedia untuk mengutipnya, namun ia gagal dicapai dalam keadaan
diri sedang laju berlari.
KASIHAN
Inspektor An-Nasa'i. Dia mengejar sepantas yang mungkin namun langkah manusia
ketakutan lebih laju rupanya. Yun tidak dapat menahan hati lalu dia cuba
membantu Inspektor Nasa'i. Aksi itu telah lama dilupakan, selepas cedera di
bahagian pergelangan tangan sewaktu melakukan aksi 'The Head Stand', sebelas
tahun lepas.
"Bismillahirrahmanirrahim!"
Ucap Yun di dalam hati. Hampir lima meter dari kayu tersebut, Yun melompat setinggi
mungkin dengan kedua belah tangan lurus ke atas. Dia memusing badan sebelum
mendarat semula dengan lutut sedikit bengkok. Oh! Dugaannya tepat. Dia berjaya
menggenggam kayu itu sebelum mengulangi aksi 'Flipback' beberapa kali.
"Nasa'iiiiiiiii...tunduk!"
Jeritnya kuat. Inspektor Nasa'i akur. Walau dalam
keadaan laju, dia sempat tunduk. Kemudian, sepenuh tenaga dan kudrat Yun
membaling kayu itu ke arah tiga lelaki yang masih berlari. Tepat! Ia mengenai
salah seorang dari mereka lalu lelaki itu tersungkur jatuh. Yun berhenti
berlari. Yun berhenti bukan kerana sasarannya tepat tetapi kerana pergelangan
tangannya mulai ngilu dan berdenyut-denyut.
YUN ketawa kecil ketika Inspektor
Nasa'i tak habis-habis membebel kepadanya sejak mereka keluar dari bangunan
klinik pesakit luar. Tadah sahaja, apa yang susah. Sekejap lagi pasti Inspektor
Nasa'i kering tekak dan penat sendiri.
"Awak
ni Yun, tangan dan kaki kerja lebih cepat dari otak. Kalaulah apa-apa jadi pada
awak, siapa yang kena jawab kalau bukan saya?"
"Saya
sukarela, kan!"
"Awak
suka, saya tak rela!"
Bidas
Inspektor Nasa'i,tegas. Namun, Yun masih boleh ketawa. Begitulah sikap wanita
yang dikenali semenjak dua tahun yang lepas. Tindakannnya sembarangan tapi yang
sembarangan itulah yang sangat membantu. Kejadian seperti ini bukan kali
pertama. Ia kali kedua dan kesudahan episod bantuan Yun, dia pasti mengiringi
wanita itu keluar dari klinik pesakit luar.
"Yun,
lain kali jangan buat macam tu lagi, ya! Nanti bertimpa-timpa masalah atas
kepala saya. Nak uruskan yang tak bermoral lagi, kemudian, si kacau daun Yun
lagi."
"Ha
ha ha." Ketawa Yun berbunyi lagi. Inspektor Nasa'i hanya mampu membuang
keluhan. Yun wanita tabah dan tidak mudah mengalah. Tafsiran itu belum terkalih
sejak perkenalan pertama mereka.
"Ketawa-ketawa
jugak. Apa yang jadi ni, awak jadikanlah iktibar. Saya bukan nak menakutkan
tapi bimbang juga kalau ada yang berdendam dengan awak. Hasil tulisan awak
bikin pasaran hitam mabuk kepayang sekarang."
Yun
menjuih bibir sahaja.
"Kenapa
saya pulak yang nak didendam? Bukan saya yang tangkap dia orang. Inspektor Nasa'i
and the gang yang punya kerja, kan?"
Usik Yun sebelum masuk ke dalam perut kereta milik pegawai polis itu, tetapi
dia tidak sempat menutup pintu kereta. Beberapa kali dia menarik pintu kereta
yang berat itu.
"E
eh! Obes pulak ke pintu kereta ni? Bukan tadi mudah aje ke nak buka
tutup?"
Bebel Yun,
mencari reaksi Nasa'i di sebelah. Anehnya air muka lelaki itu! Pucat seperti
berselisih dengan pontianak. Eh, barangkali memang ada pontianak di sebelahnya?
Yun teguk liur. Dia menoleh ke sebelah lambat-lambat.
"Kenapa?
Tak sangka?"
"Opocot!"
Yun melatah spontan sambil mengurut dada. Wanita bertudung lilit itu nampak
garang sekali.
"Kata
sibuk, banyak kerja! Sibuk dengan perempuan ni?" Sergah wanita itu lagi
sambil menunding jari hampir dengan hidungnya. Mata Yun berkedip-kedip. Biar
tidak mengerti konflik apakah itu, namun dia cepat menutup hidungnya yang
tinggi.
"Err...bukan,
bukan! Jangan salah faham! Ini bukan macam yang sayang sangka."
Bukan macam sayang sangka? Oh, teman
wanita Nasa'i kah dia?
"BUKAN
macam yang disangka? Habis tu, ini siapa? Sayang telefon abang tadi, abang
cakap abang sibuk, kan? Sayang telefon malam tadi abang tak angkat. Sayang
mesej pun abang tak balas. Ini rupanya 'kerja' abang! Kalau abang rasa sayang
bukan yang terbaik untuk abang, kenapa abang tak lepaskan sayang? Lebih baik
kita putus saja. Hati sayang tak sakit, hati abang lebih bahagia."
Bidas
wanita bertudung lilit itu, lancar. Dialognya sempurna seperti di dalam skrip
drama.
Malangnya,
ia salah sangka semata-mata.
"Bukan
macam tu. Jangan buat keputusan terburu-buru!"
Yun tidak
tahan dengan drama sebabak itu. Dia bingkas keluar dari perut kereta itu. Dia
menyeluk poket lalu menyerahkan kad nama kepada teman wanita Nasa'i barangkali.
Wanita itu kelihatan terpinga-pinga namun menyambut juga kad yang dihulurnya.
"Saya
wartawan dari Unit Jenayah. Apa yang adik nampak salah sangka sahaja. Atas
ihsan dan simpati Nasa'i, saya di bawa ke klinik. Saya tolong dia, dia tolong
saya. Kami seri dan tak berhutang apa-apa lagi."
"Nasa'i.
Saya balik dulu."
"Err...Yun.
Awak nak balik dengan apa tu?" Tanya Nasa'i ketika melihat Yun pantas
mengatur langkah di hadapan. Seolah-olah Suha tiada di antara mereka. Dia melangkah
lebih hadapan, dan leka melihat derap langkah Yun dengan kening yang keruh.
"Abang!!!"
Nasa'i pantas menoleh apabila dirinya diseru. Ah, dia terlupa akan Suha yang
setia menunggu menagih jawapan.