BAB 8
ENAM buah novelnya cukup laris hingga dicop ‘Best Seller!’ pada
kulit depannya. Yang terkini, manuskrip ketujuh sudah pun beratur menanti giliran untuk proses untuk diterbitkan. Tentu hebat penangannya nanti. Siapa tidak kenal RUHI HASRAT’? Bermakna sudah tujuh novel yang telah
dihasilkan.
Bererti juga, sudah tujuh kali dia
menamatkan episod cintanya. Tapi yang hendak diperkatakan ialah novel-novelnya
yang laku keras. Ramai yang bertanya, apakah formula yang digunakannya hingga
menjadikan novel-novel ini laris di pasaran macam keropok lekor.
Dia ialah Novelis Ruhi Hasrat yang
sangat digilai. Dia sendiri gagal menganalisis keadaan itu sepenuhnya.Yang dia tahu,formula kejayaannya ialah meletakkan sepenuh jiwa pada manuskripnya. Padanya ‘realiti’ pengalaman cinta itu perlu. ‘Amat perlu’ supaya boleh diterjemahkan perasaan itu ke
dalam setiap baris ayat yang ditulisnya hingga menjadi sebuah novel.Dia bahkan ikut tertawa dan menangis ‘meratap hiba’bersama watak-watak dalam novelnya.
Dia cuba merangsang elemen romantis ke dalam dirinya yang ‘asalnya amat dingin’ terhadap lelaki. Sikap dinginnya itu terusir
sedikit di kala bersama Dr.. Damyral dulu. Namun yang aneh, sikap dingin dan
egoisnya itu kembali menjadi trait personalitinya bila berada di samping ke
enam-enam yang lain itu.Apapun, dia tetap
memanfaatkan setiap pengalaman yang dilaluinya.‘Untuk karya-karya penulisan novelnya’!
Satu lagi sisi Damyral yang aku tak perasan. Dia buat aku gembira
dan bahagia bila di sampingnya. Lalu atas alasan gila apa aku putuskan hubungan
kami dulu? Dia langsung tak seperti yang lain-lain tu!‘Luahnya skeptikal dan diharu bingung’ tiba-tiba.
Dari kecil dia memang kaku kalau berdepan kaum lelaki. Semua itu impak
zaman kanak-kanak yang celaru. Dia tidak mendapat kasih sayang daripada
ayahnya. Ayahnya terlalu fokus pada anak dengan bekas isteri pertama. Apapun,
dia tetap sayangkan si tiri yang bernama Huwaifa itu. Mereka ditakdirkan
seusia, lahir pada minggu yang sama.
“Tapi Aifa tu baik.Takada sebab aku nak bermusuh dengannya biarpun
dia lebih disayangi ayah...” bisik akalnya yang rasional. “Cuma Aida harus terima bila Aifa kurang
menyukainya.Ganas sangatAida…” getusnya.
Sikap ayahnya yang berat sebelah itu membuat
dia dan Huwaida rasa tersisih.Lalu terbina persepsi kurang enak tentang kaum
Adam.Padanya,kaum lelaki amat menjengkelkan. Sama saja dengan ayah mereka.Natijahnya, dia
turut gagal memupuk hubungan baik dengan guru-guru lelaki di sekolah. Malah,
sangat ‘anti’ dengan mereka.Huwaida tidak pula begitu.Samada kerana dia lebih
fleksibel, atau kerana dia memang tidak banyak bergaul. Atau jarang dirapati
lelaki.
Humaira teringatkan perkenalannya dengan Amir Rizal. Ketua pelajar
di sekolahnya dulu. Hubungan itu tidak lama kerana berpunca daripada sikap
pongahnya. Dia rimas bila teman lelakinya itu tidak henti mengutus surat cinta.
Bukankah setiap hari mereka terserempak di sekolah?Perlukah surat-menyurat
segala?
Kerana asyik ditempelak,
Amir Rizal ambil keputusan meninggalkannya. Tidak jadi masalah buat
Humaira.Bukannya dia cinta pun. Semua gara-gara hendak lari daripada tindakan
disiplin. Humaira suka tuang latihan rumah. Amir Rizal pula merupakanKapten
Rumah Merah.Memang kes disiplin tidak pernah lekat!
Bermula peristiwa itu, dia
tidak lagi cenderung hendak menjalin hubungan dengan mana-mana lelaki.
Sehinggalah sembilan tahun kemudian bila dia berjinak-jinak menulis
novel.Keterujaan menulis itu lahir setelah membaca sebuah novel, “Kuala Lumpur
Di Mana Suamiku.”Bertolak dari situ, cita-citanya hendak menulis novel sentiasa
membara.
Pekerjaannya sebagai
setiausaha merimaskan. Apalagi wajah cantiknya itu sentiasa jadi buruan majikan
dan kakitangan lelaki di pejabatnya. Senario klise itulah yang merangsangnya menulis bila berada
di rumah. Jalan cerita melimpah ruah dalam kepala.Tapi kenapa manuskripnya
seperti tidak hidup bila idea-ideanya itu digarap?
Kreativitinya terbejat dalam konteks menghidupkan ceritanya. Kata
kembarnya Huwaida yang jadi pengedit tidak rasminya, ceritanya kaku!Kaku dan
beku. Cerita hebatnya gagal meruntun perasaan pembaca. Jalan cerita menarik.Tapi
tidak ada X-faktor. Kononnya! Humaira memutuskan untuk mempraktikkan teori yang
bersarang dalam kepalanya saat itu.
Dia perlu bercinta! Dia
perlu melalui sendiri pengalaman bercinta.Mungkin sesudah itu, barulah dia mampu
menjiwai tulisannya. Atau menyuntik elemen X-faktor yang dikatakan Huwaida itu.
Dia percaya kaedah itu yang paling praktikal dan dijamin berkesan! Lantaran
itu, dia memulakan percutian kedua di Beijing sebagai resolusinya.
Huwala! Kota majestik itu berjaya menemukannya
dengan cinta pertamanya. Dialah Dr.. Damyral. Hero pertama novelnya!
Satu cinta untuk satu novel! Setiap novel yang dihasilkannya pasti
‘tangkap leleh’ Novel pertamanya, Akukah Yang Berdusta membuatkan dirinya
dibayar royalti lebih seratus ribu ringgit!
Novel keduanya, Landasan Terakhir Cinta lebih hebat kerana diulang
cetak lebih sepuluh kali. Tetapi sebaik-baik
Landasan Terakhir Cinta terbit,
berakhirlah juga hubungannya dengan seorang Pensyarah di UM, Amirul Ansari.
Untuk novel ketiga “It’s
Complicated.” Dia terjebak dengan seorang arkitek muda Kamal Asfahan yang turut
berada dalam pesawat yang dinaikinya bersama Huwaida ketika penerbangan mereka
kePhuket. Itu cinta ketiganya.
Ada empat lagi ‘episod’ cintanya sesudah itu.
“Oi... lamanya berangan!” Humaira terhumban keluar dari lamunannya
bila dijerkah lagi dengan kasar oleh Huwaida.Dia menoleh. Huwaida membuat mimik
mengejek sambil memandangnya.
“Yang mana satu menyemak dalam kepala otak kau sekarang?Yang
pertama?Kedua?” Huwaida mengejek. “Atau tengah menyesal kerana meninggalkan
mereka semua tu?Maklumlah orang ramai peminat.Satu pergi, sepuluh mari!” sindir
Huwaida.
“Aku tak sedih bila putus hubungan dengan mereka, Aida. Tapi yang
peliknya sekarang aku mula berasa amat sedih kerana meninggalkan lelaki pertama
yang aku jatuh cinta dulu...” akuinya tanpa berselindung.
“Oh... yang kau jumpa di Beijing tu?”
Humaira mengangguk sedih.
“Aku rasa, perasaan aku sebenarnya ikhlas
menyayanginya.Baru kini aku terasa.Cinta ke…” Huwaida memuncungkan bibir.
“Cinta pertama memang istimewa sikit. Payah nak lupa.” Humairaakhirnya mengangguk mengiakan kata-kata Huwaida.
Peristiwa dia memutuskan
hubungan dengan Dr.. Damyral dulu kembali menggempur ingatan.Dia memasuki alam
lamunannya sekali lagi.
BAB 9
Imbas kembali bersama Dr. Damyral.
Lokasi Jambatan Sri Gemilang.
Babak-babak dia menoktahkan hubungan cinta dengan Dr.. Damyral
mengopak pintu ingatan. Mereka memilih lokasi pertemuan di Jambatan Seri
Gemilang, Putrajaya. Jambatan yang rekabentuknya seakan-akan sebuah jambatan
yang terdapat di Paris. Sebenarnya rumah Dr. Damyral tidak jauh dari lokasi
itu.
Bunyi hentakan sepatu kian lama kian hampir.Humaira yang sudah lama
gugup, cemas berpaling menanti lelaki yang sedang mara ke arahnya itu. Getar di
hatinya hanya TUHAN saja yang tahu. Dari jauh, senyum sudah terukir di bibir
lelaki tampan itu. Humaira serba salah.