Home Novel Cinta KUINGIN CINTAMU
KUINGIN CINTAMU
11/3/2013 14:22:11
35,618
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Chapter 8

BAB 8


ENAM buah novelnya cukup laris hingga dicop ‘Best Seller!’ pada kulit depannya. Yang terkini, manuskrip ketujuh sudah pun beratur menanti giliran untuk proses untuk diterbitkan. Tentu hebat penangannya nanti. Siapa tidak kenal RUHI HASRAT’? Bermakna sudah tujuh novel yang telah dihasilkan.

Bererti juga, sudah tujuh kali dia menamatkan episod cintanya. Tapi yang hendak diperkatakan ialah novel-novelnya yang laku keras. Ramai yang bertanya, apakah formula yang digunakannya hingga menjadikan novel-novel ini laris di pasaran macam keropok lekor.

Dia ialah Novelis Ruhi Hasrat yang sangat digilai. Dia sendiri gagal menganalisis keadaan itu sepenuhnya.Yang dia tahu,formula kejayaannya ialah meletakkan sepenuh jiwa pada manuskripnya. Padanya ‘realiti’ pengalaman cinta itu perlu. ‘Amat perlu’ supaya boleh diterjemahkan perasaan itu ke dalam setiap baris ayat yang ditulisnya hingga menjadi sebuah novel.Dia bahkan ikut tertawa dan menangis ‘meratap hiba’bersama watak-watak dalam novelnya.

Dia cuba merangsang elemen romantis ke dalam dirinya yang ‘asalnya amat dingin’ terhadap lelaki. Sikap dinginnya itu terusir sedikit di kala bersama Dr.. Damyral dulu. Namun yang aneh, sikap dingin dan egoisnya itu kembali menjadi trait personalitinya bila berada di samping ke enam-enam yang lain itu.Apapun, dia tetap memanfaatkan setiap pengalaman yang dilaluinya.‘Untuk karya-karya penulisan novelnya’!

Satu lagi sisi Damyral yang aku tak perasan. Dia buat aku gembira dan bahagia bila di sampingnya. Lalu atas alasan gila apa aku putuskan hubungan kami dulu? Dia langsung tak seperti yang lain-lain tu!‘Luahnya skeptikal dan diharu bingung’ tiba-tiba.

Dari kecil dia memang kaku kalau berdepan kaum lelaki. Semua itu impak zaman kanak-kanak yang celaru. Dia tidak mendapat kasih sayang daripada ayahnya. Ayahnya terlalu fokus pada anak dengan bekas isteri pertama. Apapun, dia tetap sayangkan si tiri yang bernama Huwaifa itu. Mereka ditakdirkan seusia, lahir pada minggu yang sama.

“Tapi Aifa tu baik.Takada sebab aku nak bermusuh dengannya biarpun dia lebih disayangi ayah...” bisik akalnya yang rasional. “Cuma Aida harus terima bila Aifa kurang menyukainya.Ganas sangatAida…” getusnya.

Sikap ayahnya yang berat sebelah itu membuat dia dan Huwaida rasa tersisih.Lalu terbina persepsi kurang enak tentang kaum Adam.Padanya,kaum lelaki amat menjengkelkan. Sama saja dengan ayah mereka.Natijahnya, dia turut gagal memupuk hubungan baik dengan guru-guru lelaki di sekolah. Malah, sangat ‘anti’ dengan mereka.Huwaida tidak pula begitu.Samada kerana dia lebih fleksibel, atau kerana dia memang tidak banyak bergaul. Atau jarang dirapati lelaki.

Humaira teringatkan perkenalannya dengan Amir Rizal. Ketua pelajar di sekolahnya dulu. Hubungan itu tidak lama kerana berpunca daripada sikap pongahnya. Dia rimas bila teman lelakinya itu tidak henti mengutus surat cinta. Bukankah setiap hari mereka terserempak di sekolah?Perlukah surat-menyurat segala?

Kerana asyik ditempelak, Amir Rizal ambil keputusan meninggalkannya. Tidak jadi masalah buat Humaira.Bukannya dia cinta pun. Semua gara-gara hendak lari daripada tindakan disiplin. Humaira suka tuang latihan rumah. Amir Rizal pula merupakanKapten Rumah Merah.Memang kes disiplin tidak pernah lekat!

Bermula peristiwa itu, dia tidak lagi cenderung hendak menjalin hubungan dengan mana-mana lelaki. Sehinggalah sembilan tahun kemudian bila dia berjinak-jinak menulis novel.Keterujaan menulis itu lahir setelah membaca sebuah novel, “Kuala Lumpur Di Mana Suamiku.”Bertolak dari situ, cita-citanya hendak menulis novel sentiasa membara.

Pekerjaannya sebagai setiausaha merimaskan. Apalagi wajah cantiknya itu sentiasa jadi buruan majikan dan kakitangan lelaki di pejabatnya. Senario klise itulah yang merangsangnya menulis bila berada di rumah. Jalan cerita melimpah ruah dalam kepala.Tapi kenapa manuskripnya seperti tidak hidup bila idea-ideanya itu digarap?

Kreativitinya terbejat dalam konteks menghidupkan ceritanya. Kata kembarnya Huwaida yang jadi pengedit tidak rasminya, ceritanya kaku!Kaku dan beku. Cerita hebatnya gagal meruntun perasaan pembaca. Jalan cerita menarik.Tapi tidak ada X-faktor. Kononnya! Humaira memutuskan untuk mempraktikkan teori yang bersarang dalam kepalanya saat itu.

Dia perlu bercinta! Dia perlu melalui sendiri pengalaman bercinta.Mungkin sesudah itu, barulah dia mampu menjiwai tulisannya. Atau menyuntik elemen X-faktor yang dikatakan Huwaida itu. Dia percaya kaedah itu yang paling praktikal dan dijamin berkesan! Lantaran itu, dia memulakan percutian kedua di Beijing sebagai resolusinya.

Huwala! Kota majestik itu berjaya menemukannya dengan cinta pertamanya. Dialah Dr.. Damyral. Hero pertama novelnya!

Satu cinta untuk satu novel! Setiap novel yang dihasilkannya pasti ‘tangkap leleh’ Novel pertamanya, Akukah Yang Berdusta membuatkan dirinya dibayar royalti lebih seratus ribu ringgit!

Novel keduanya, Landasan Terakhir Cinta lebih hebat kerana diulang cetak lebih sepuluh kali. Tetapi sebaik-baik Landasan Terakhir Cinta terbit, berakhirlah juga hubungannya dengan seorang Pensyarah di UM, Amirul Ansari.

Untuk novel ketiga “It’s Complicated.” Dia terjebak dengan seorang arkitek muda Kamal Asfahan yang turut berada dalam pesawat yang dinaikinya bersama Huwaida ketika penerbangan mereka kePhuket. Itu cinta ketiganya.

Ada empat lagi ‘episod’ cintanya sesudah itu.

“Oi... lamanya berangan!” Humaira terhumban keluar dari lamunannya bila dijerkah lagi dengan kasar oleh Huwaida.Dia menoleh. Huwaida membuat mimik mengejek sambil memandangnya.

“Yang mana satu menyemak dalam kepala otak kau sekarang?Yang pertama?Kedua?” Huwaida mengejek. “Atau tengah menyesal kerana meninggalkan mereka semua tu?Maklumlah orang ramai peminat.Satu pergi, sepuluh mari!” sindir Huwaida.

“Aku tak sedih bila putus hubungan dengan mereka, Aida. Tapi yang peliknya sekarang aku mula berasa amat sedih kerana meninggalkan lelaki pertama yang aku jatuh cinta dulu...” akuinya tanpa berselindung.

“Oh... yang kau jumpa di Beijing tu?”

Humaira mengangguk sedih.

“Aku rasa, perasaan aku sebenarnya ikhlas menyayanginya.Baru kini aku terasa.Cinta ke…” Huwaida memuncungkan bibir.

“Cinta pertama memang istimewa sikit. Payah nak lupa.” Humairaakhirnya mengangguk mengiakan kata-kata Huwaida.

Peristiwa dia memutuskan hubungan dengan Dr.. Damyral dulu kembali menggempur ingatan.Dia memasuki alam lamunannya sekali lagi.

BAB 9

Imbas kembali bersama Dr. Damyral.

Lokasi Jambatan Sri Gemilang.


Babak-babak dia menoktahkan hubungan cinta dengan Dr.. Damyral mengopak pintu ingatan. Mereka memilih lokasi pertemuan di Jambatan Seri Gemilang, Putrajaya. Jambatan yang rekabentuknya seakan-akan sebuah jambatan yang terdapat di Paris. Sebenarnya rumah Dr. Damyral tidak jauh dari lokasi itu. Bunyi hentakan sepatu kian lama kian hampir.Humaira yang sudah lama gugup, cemas berpaling menanti lelaki yang sedang mara ke arahnya itu. Getar di hatinya hanya TUHAN saja yang tahu. Dari jauh, senyum sudah terukir di bibir lelaki tampan itu. Humaira serba salah.
Previous: Chapter 7
Next: Chapter 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh