BAB 9
Imbas kembali bersama Dr. Damyral.
Lokasi Jambatan Sri Gemilang.
Babak-babak dia menoktahkan cintanya dengan Dr.. Damyral
kembali mengopak pintu ingatan. Mereka memilih lokasi pertemuan di Jambatan Seri
Gemilang, Putrajaya. Jambatan yang rekabentuknya seakan-akan sebuah jambatan
yang terdapat di Paris. Sebenarnya rumah Dr. Damyral tidak jauh dari lokasi
itu.
Bunyi hentakan sepatu kian lama kian hampir.Humaira yang sudah
lama gugup, cemas berpaling menanti lelaki yang sedang mara ke arahnya itu.
Getar di hatinya hanya TUHAN saja yang tahu. Dari jauh, senyum sudah terukir di
bibir lelaki tampan itu. Humaira serba salah. Sekejap-sekejap diketap bibirnya.
Hembusan nafasnya sudah tidak sekata.
“Tak menyempat-nyempat nak berjumpa.Saya sepatutnya on call
ni. Mujur ada Dr.. Hillman Aman mahu menggantikan.” Itu kata-kata pertama yang
terluah dari bibir Dr.. Damyral setelah berjurus lamanya mereka hanya
bertentang mata dalam diam.Kalaulah dia tahu tujuan Humaira mengajaknya berjumpa. Kasihan!
Sebenarnya amat berat hati Humaira hendak
melontarkan apa yang terpendam di hatinya. Berjurus lamanya dia hanya
terkebil-kebil. Teragak-agak mahu menyampaikan. Bagaimanakah reaksi Dr.. Damyral
menerima keputusannya itu nanti? Dia semakin berdebar-debar.
“Kenapa membisu ni, sayang?” Dr.. Damyral mula menangkap kelainan itu. Wajah Humaira
terlalu serius. Bagaikan memendam sesuatu yang amat berat.
“Boleh tak kalau awak jangan panggil saya sayang. Seriaulah...
Tegak bulu roma saya mendengarnya,”pinta Humaira yang berasa
canggung dengan keadaan itu. Mungkin juga terasa bersalah.
Dr.. Damyral tergelak. “Awak lupa ke yang awak juga suka panggil
saya begitu?” Dia mengingatkan.
Terkemap sesaat Humaira
dibuatnya. Cakap-cakap Dr.. Damyral itu memang betul. Argh... payah!
“Beritau sajalah. Awak ada masalah ke? Come on Aira,
luahkan!”uja Dr.. Damyral yang menyangka Humaira mungkin
perlukan sedikit stimulan ataupun motivasi untuk berhadapan
dengan masalah yang sukar. Meskipun dia sebenarnya sudah mula tercium sesuatu
yang kurang enak akan berlaku.Sixth sense seorang perawat profesional.
Humaira cuba fokus. Sepasang mata beralis lentik itu ditenungnya
tepat-tepat. Sambil menarik nafas sedalam-dalamnya, dia melepaskan apa yang
sejak tadi dikemam lidahnya kerana tidak tergamak.
“Damyral... awak ni sporting tak?” tanya Humaira yang sudah
mula dicengkam rasa bersalah.
“Selalunya begitulah. Tapi kenapa?” soalnya terasa aneh.
“Begini. Entah kenapa, saya baru sedar yang saya hanya sukakan
awak. Tapi, untuk menyatakan yangperasaan itu adalah cinta, sangat ironi. Awak agak, kita ni
terburu-buru sangat tak?”
Humaira agak panik menanti reaksi pakar kesihatan di depannya itu.
Namun dia lega seketika kerana sudah berjaya melepasi fasa yang paling sukar itu.Masih bergemuruh dadanya.
Dr.. Damyral hilang kata-kata. Terasa seolah-olah jambatan itu
mulai runtuh dan perlahan-lahan menghempap sekujur tubuhnya. Nafasnya bagaikan
menyumbat dan terkumpul di rengkung. Senyuman yang menghiasi bibirnya tadi
hilang terus. Namun dia gagah mengawal amukan perasaannya. Suaranya digumam.
Gagal terluah. Tidak disangka khabar ngeri itu yang hendak disampaikan Humaira!
“Kita sepatutnya berkawan saja. Terserah kalau akhirnya
berkesudahan dengan cinta ataupun tidak. Takdir tak terlawan kan?Tapi...”
Humaira dengan segala kepayahan mengangkat dagu memandang Dr.. Damyral.
“Tapi... setakat ini, apa yang saya rasa bukanlah cinta. Mungkin
saya gembira berkawan dengan awak. Itu saja. Saya yakin sekarang, apa yang saya
rasakan itu bukannya cinta.” Humaira menarik nafas lega usaidia meluahkan isi hatinyaitu.
Dr.. Damyral terus kaku. Paras lela di depannya itu ditenungnya
semacam. Hati di dalam argh... alangkah hibanya. Dia memerhatikan bibir yang
bergerak-gerak meluncurkan ratusan perkataan berbisa yang tidak lagi mampu
ditampung deria dengarnya itu.
Bukankah di Beijing dulu dia pernah bertanya samada Humaira
benar-benar sukakannya atau sekadar bersimpati?Dia mahukan satu kepastian.
Kerana bila bercinta dia tidak olok-olok! Dia bertanya kerana mahu mengelak
dirempuh tragedi yang mampu meragut bahagia seperti sekarang ini. Ketika itu,
Humaira dengan lantang mengakui tentang perasaannya tanpa sebarang rasa sangsi.
Kata-kata bersumpah Humaira di Beijing dulu kembali
tengiang-ngiang. “Saya sumpah Damyral. BiarTembok Besar ni jadi saksi. Bahawa
saya memang sukakan awak. Saya takkan menyesal seperti yang awak takutkan tu.Ditakdirkan
suatu hari, awak tinggalkan saya pun, saya tetap akan ulangi tempat ni lagi.
Demi meraikan kenangan istimewa pertemuan kita. Cinta kita.” Gadis itudulu dengan beraninya bersumpah
demi mengakui perasaannya.
Kenapa harus menukar prinsip semudah itu? Sekarang siapa yang meninggalkan
siapa? Akhirnya sambil memaksa dirinya bertenang, Dr.. Damyral membalas
ungkapan Humaira dengan sebuah senyuman pura-pura. Berombak dadanya bergelut
dengan nafas yang menyesak dan mengempang.
“Saya juga pernah terfikir ke situ. Tetapi serba salah hendak
mengakui kebenaran itu. Nampaknya perkara sudah jadi mudah sekarang. Betul
tak?” balasnya tanpa membuang senyum. Dapat didengar suaranya bergumam sebak.
Telinga Humaira saja yang tumpul untuk mengesan semua itu.
Mendengar itu Humaira tergelak-gelak kecil.
Relif!
Kalaulah Humaira benar-benar menatap anak mata lelaki itu. Atau
merenungnya dalam-dalam. Akan nampaklah betapa di situ terpahat berjuta
kesedihan. Cuma dia lelaki. Lalu dia mengawal kukuh benteng air matanya. Dia
benar-benar cintakan Humaira.
“Jadi, no hard feeling ya. Kita berpisah secara baik?”
Dr.. Damyral mengangguk.Masih belum lekang senyum yang dipaksakan
di bibirnya. Meskipun kalbunya bagaikan disiat-siat.
“Ya... kita berpisah secara baik. Kerana awak yang mahukannya
begitu.” Dia mengiaskan perasaan halusnya. Bahasa tersirat yang gagal ditangkap
Humaira. Ditatapnya puas-puas wajah indah yang sudah lama bersemi di halaman
cintanya itu. “Aira...”
Humaira yang baru hendak melangkah menuju ke tempat parkir
tertegun. Pantas dia berpaling menghadap Dr.. Damyral yang tegak menanti.
“Jangan pernah menyesal dengan perpisahan ini. Mungkin ini yang
terbaik. Jalanilah hidup seperti biasa. Saya tak apa-apa. Hidup ini umpama roda
pedati. Oleh itu sentiasalah bersedia. Ingat tu!”
Humaira berasaamat aneh dengan pesanan
terakhir lelakinya itu. Namun, dia tetap mengangguk sebagai ganti ucapan terima
kasih.
Ditatap oleh Dr.. Damyral puas-puas akan wajah yang bakal
meninggalkannya itu. Apabila yakin Humaira tidak akan menoleh lagi, dia
membiarkan air matanya gugur beberapa titis.
Humaira meninggalkan tempat pertemuan itu dengan perasaan yang
cukup lega. Tapi tahukah dia apa yang sudah dilakukannya pada lelaki yang
benar-benar ikhlas mencintainya itu?Kasihan Dr.. Damyral... Kakinya seolah-olah
tidak berjejak lagi pada lantai jambatan.
“Aku benar-benar mencintaimu...” lafaz Dr.. Damyral amat sedih.
Sambil pandangan sayunya merenung Toyota Caldina hitam yang sudah
mula bergerak meninggalkannya untuk ghaib buat selama-lamanya itu.
“Seperti dia yang telah pergi, aku juga harus pergi dari sini. Aku
akan pergi jauh. Jauh sekali. Kau takkan jumpa aku lagi Aira.Tak sanggup aku
terserempak denganmu sekali lagi. Hatta untuk melihat tempat di mana pernah ada
bekas tapak kakimu,” raung batinnya yang tersangat hiba.Hatinya sungguh luka.
Amat luka.
Humaira takut untuk terikat lama pada satu-satu hubungan. Dirinya
yang tidak suka dikongkong, akan terlonta-lonta mencari eskapisme.Dia takut
berkahwin. Tambahan pula bila sang kekasih mula memantak isu hantaran dan
perkahwinan ke telinganya.
Akutakut diserang trauma... bisiknya.
Bagaimana kalau lelaki itu
juga sama saja seperti ayah?Hanya sayangkan anak isteri pertama? Manakala
anak-anak dengan isteri kedua pula ditiri-tirikan.Tak sanggup aku! Dia
menghempas nafas.
Memikirkan risiko dijebak oleh lelaki sepertiayahnyalah, maka dia mencari cara terbaik untuk segera mengucapkan salam
perpisahan. Lagipun, bukunya sudah hampir hendak terbit. Apa lagi?
‘Mission accomplished!’