Home Novel Cinta Pandang Hanya Aku, Okay?
Pandang Hanya Aku, Okay?
F.Ain.K
23/7/2019 03:28:10
26,888
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
8.1



Usapan lembut di atas kepalanya membuatkan Nurul Ain memandang ke atas. Dirinya yang sedang duduk di lantai menunggu membuatkan mereka yang lalu lalang melihat sekilas. Rambut depannya yang menutup pandangan tidak dihiraukan. Melihat senyuman lebar yang diberikan Syazwani yang sedang berdiri di sebelahnya membuatkan Nurul Ain kembali menyambung menunduk melihat laptop. Tangan halus yang membelai rambut Nurul Ain dan menyentuh pipinya dibiarkan Nurul Ain. Nurul Ain sudah biasa dengan tabiat Syazwani yang suka mengusap dan membelai rambut serta wajahnya. 


Pelukan erat yang diberikan Syazwani di pinggang Nurul Ain secara tiba-tiba membuatkan Nurul Ain berhenti dari terus menaip di laptop. Kepala Syazwani yang sudah lentok di bahu Nurul Ain dan tangannya yang masih erat memeluk pinggang Nurul Ain, dilihat sekilas oleh Nurul Ain. Perlahan Nurul Ain membalas pelukan Syazwani dan mengusap lembut rambut Syazwani. 


Nurul Ain tahu Syazwani hanya berkelakuan manja begini jika ada perkara yang menghantui fikirannya. Entah kenapa dari awal perkenalan lagi Syazwani telah mengatakan bahawa dia mendapat ketenangan dengan memeluk Nurul Ain. Nurul Ain tidak membantah kerana dia tahu Syazwani memang dari azalinya berperangai manja. Lagi pula Nurul Ain selalu melihat Syazwani memeluk kakak dan ibunya sama seperti ini. 


“Ain, Wani nak jumpa dia lagi la,” perlahan suara manja Syazwani menerpa pendengaran Nurul Ain.


“Siapa dia?” 


“Buah hati.”


Nurul Ain diam dan berfikir sejenak. Setahu Nurul Ain, Syazwani tidak mempunyai teman lelaki. 


“Sejak bila ada buah hati ni?” soal Nurul Ain dengan nada mengusik.


Syazwani yang sudah mengangkat kepalanya dari terus terlentok dan kini memandang ke wajah Nurul Ain, dipandang balas oleh Nurul Ain. Pandangan mereka yang menyatu seolah menyampaikan rahsia. 


“Wani rasa Wani suka kan Encik Muhammad la Ain. Wani tak boleh lupakan dia.”


Keluhan kecil dilepaskan Nurul Ain. Perlahan tangan Nurul Ain menolak kepala Syazwani semula untuk lentok di bahunya. Kucupan lembut diberikan oleh Nurul Ain di ubun kepala Syazwani. 


“Ain tahu,” perlahan Nurul Ain menyatakan apa yang sudah dia ketahui sedari awal lagi. Sudah lama dia mengenali Syazwani, dari perkara yang dibenci Syazwani hinggalah perkara yang disukai, semuanya Nurul Ain tahu. Mana mungkin untuk dia tidak memahami perkara yang satu ini. Tapi hati Nurul Ain berat. Entah bagaimana untuk diberitahu kepada Syazwani tentang berita pertunangan Muhammad. 


Dalam diam Nurul Ain berjanji untuk membantu Syazwani cuba mendapatkan hati Muhammad, walau Nurul Ain tahu bahawa salah untuk merampas tunang orang. Tapi bagi Nurul Ain, jodoh banyak rahsianya. Namun entah mengapa, janji yang satu ini membuatkan Nurul Ain terasa seperti dihiris pisau tapi tidak berdarah. Nurul Ain juga mula keliru dengan perasaannya sejak dari berjumpa Muhammad di dalam lif hari itu. Tapi untuk masa ini, Nurul Ain memilih untuk tidak menghiraukan perkara remeh, yang penting adalah kegembiraan Syazwani. 





Previous: 7.0
Next: 8.2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.