Home Novel Cinta Pandang Hanya Aku, Okay?
Pandang Hanya Aku, Okay?
F.Ain.K
23/7/2019 03:28:10
31,477
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
2.0

Perlahan Muhammad berpaling ke kanan kemudian ke kiri serta memberi salam tanda solat Maghribnya sudah sampai penghujung. Muhammad beristighfar dan berselawat lalu menadah tangan membaca doa. 


“Ya ALLAH Ya Tuhan kami, terimalah solat kami, puasa kami, rukuk kami, sujud kami, duduk rebah kami, khusyuk kami, pengabdian kami dan sempurnakanlah kealpaan kami dalam menunaikan kewajipan Mu Ya ALLAH, Tuhan Seluruh Alam. HambaMu memohon, permudahkanlah urusanku malam ini Ya ALLAH. Aaaminn.”


Seusai solat Muhammad segera mengenakan kemeja biru lengan panjang dan seluar jean hitam. Muhammad melipat lengan kiri kemejanya dua kali hingga menampakkan jam di pergelangan tangannya. Rambutnya di sikat rapi ke belakang. Muhammad mencapai sebotol minyak wangi berjenama Acqua di Gio oleh Giorgio Armani. Minyak wangi ini tergolong dalam kategori parfum iaitu mempunyai kepekatan antara 20% hingga 30 % dan mampu bertahan selama 8 jam.


Dua semburan cukup baginya untuk malam ini. 


Muhammad segera turun ke bawah dan menyarung sepasang kasut Loafers berwarna hitam. 


‘Eh, telefon. Mana telefon aku? Location ada dalam tu,’ bisik hati Muhammad teringat sesuatu, lantas masuk semula ke dalam rumah mencari. 


Selang 5 minit kemudian kedengaran bunyi ringtone stay with me dari poket kemejanya. 


“Hello. Hmm. Sat lagi aku keluar. Aku tengah cari handphone ni. Tak ingat la aku letak mana,” tumpuan Muhammad masih pada pencarian telefonnya.


“Hmm…  Mat, ko ada berapa telefon?” soal Fakhrul tenang selepas berfikir sejenak.


“Satu jela. Bila pulak aku beli handphone baru?”


“Hmm.. Hmm.. faham faham.”


‘Eh Fakhrul ni. Apa yang fahamnya? Aku dah lambat ni.’ perlahan hati Muhammad bertutur. 


“Mat.. Kau tengah cakap guna telefon dengan aku ni. Kau sedar tak?”


“Ehhhh…. ” 3 saat panjangnya ehh Muhammad. Muhammad menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. 


Skillet@163. Terpampang nama restoran tersebut 50 meter di hadapan Muhammad. Muhammad memperlahankan langkah kakinya. Dari luar Muhammad sudah dapat meneka berapa bintang yang boleh diberikan kepada restoran ini. Konsepnya agak elegan. 


Kelihatan seorang lelaki berdiri di bahagian kiri hadapan restoran sambil menjawab panggilan telefon. Lelaki tersebut mengenakan kemeja berwarna merah jambu dan sepasang seluar slack hitam. Di tangan kiri tergenggam erat kunci keretanya. Lelaki tersebut masih belum menyedari kehadiran Muhammad. 


“Sayang, buat apa tu?” perlahan Muhammad memeluk pinggang lelaki tersebut dan berbisik.


“Opocot mak kau!” laju Fakhrul memusingkan badannya dan menolak Muhammad ke belakang. 


Muhammad yang tak mampu mengawal keseimbangan badannya jatuh terduduk di lantai. 


Dua saat kemudian Fakhrul mula menyedari siapa yang memeluknya tadi. Lantas dia mencangkung di hadapan Muhammad.


“Aku ingatkan orang gatal mana la tadi. Kan dah kena free tolakan maut,” dengan ketawa Fakhrul berkata. 


“Sakit tau tak. Uuu. Aku nak balik la. Merajuk!” Muhammad mengugut Fakhrul.


Fakhrul hanya ketawa dengan ugutan tersebut. Fakrul mula membantu Muhammad untuk berdiri. Fakhrul dengan pantas mengutip beg Muhammad yang jatuh di lantai lalu menyerahkan semula kepada Muhammad. 


‘Tiada kecederaan serius nampaknya,’ fikir Fakhrul. 


“Kau okay tak?”


“Hmm. Okay je. Aku tak selemah yang disangka okay~” Muhammad berkata sambil menjeling ke kiri, tangan kanannya menyentuh bahu kanannya. 


“Hahaha eloklah tu. Kalau lembik perempuan tak suka. Larilah date ko malam ni kalo dia tengok kau lemah gemalai.”


Sifat ingin tahu Muhammad mula hadir membuak-buak. 


“Siapa date kita malam ni Fakhrul?”


“Rahsia. Sekejap lagi mereka sampai kau tahu la.”


Fakhrul mula melangkah masuk ke dalam restoran. Muhammad mengekor dari belakang. Nampaknya Fakhrul sudah membuat tempahan awal. 


Ruang dalam restoran agak lengang. Mungkin kerana malam Rabu. Kurang orang keluar bercanda. Waiter membawa mereka ke sebuah meja yang agak terpencil dari pandangan orang ramai. Meja yang disediakan nampaknya khas untuk enam orang. 


‘Ada enam orang ke malam ni?’ Muhammad tertanya-tanya.


Mereka mula mengambil tempat duduk.


“Encik nak order sekarang atau tunggu yang lain sampai?” Sopan waiter tersebut bertanya.


“Tak apa, kami tunggu yang lain dulu ya,” jelas Fakhrul.


“Jadi saya hidangkan minuman dulu ya. Encik mahu minuman apa?”


Selepas mendengar pilihan air mereka, waiter tersebut berlalu ke belakang untuk menyediakan minuman.


Muhammad dan Fakhrul duduk bersebelahan. Ini bagi memudahkan mereka untuk berkomunikasi juga memerhati. 


“Fakrul, berapa orang yang datang malam ni?” soal Muhammad sambil melihat telefon di tangannya. 


Bertubi-tubi mesej masuk di telefon Muhammad. Dia berasa agak terganggu dengan bunyi telefon tersebut. Lalu Muhammad menukarkan tetapan bunyi telefon kepada senyap. Selesai menukar tetapan, Muhammad menyimpan semula telefonnya di dalam poket kemeja. Pandangan Muhammad kini tertumpu pada Fakhrul di sebelah kanannya.


“Enam orang termasuk kita. Kalau ikut janji sebenarnya empat orang. Tapi last minute ada perubahan. Selamat boleh tambah reservation seat. Lagipun aku rasa makin ramai, peluang makin cerah. Tak begitu tuan hamba?” penerangan Fakhrul sambil berseloroh menggunakan bahasa melayu lama. 


“Peluang cerah untuk kau kot. Aku datang ni teman kau je. Aku tak minat dengan cinta-cinta ni. Apatah lagi dinner date macam ni.”


Muhammad mengeluh perlahan. Memang betul niatnya malam ni hanyalah untuk menemani kawan baiknya Fakhrul mencari jodoh. Fakhrul telah beberapa kali menghadiri dinner date seperti ini. Tapi ini baru pertama kali Muhammad mengikut. Ini kerana Fakhrul telah menceritakan bagaimana kadangkala dinner date Fakhrul tidak seperti yang di inginkan. Ada antara wanita yang terlampau pendiam hingga keadaan menjadi janggal, manakala ada yang terlampau mudah menyentuh tangan dan badan Fakhrul hingga membuatkan Fakhrul tidak selesa. Setahu Muhammad, Fakhrul tidaklah sewarak mana, namun alhamdulillah kawan baiknya itu masih tahu batas agama. 


“Yela-yela. Tolong aku ya. Aku nak cari jodoh ni. Nanti salah pula, tak jumpa jodoh terjumpa bodoh. Kau kan tau aku ni tak pandai baca hati budi orang. Aku pandai baca fakta kes je.”


Selang beberapa minit kemudian kelihatan tiga orang wanita menuju ke arah meja Fakhrul dan Muhammad. Muhammad memerhatikan ketiga-tiga mereka dengan teliti. 



Previous: 1.0
Next: 3.0

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.