Home Novel Cinta Dia Bukan Arissa?
Dia Bukan Arissa?
Syaida Ilmuna Ismail
30/1/2013 16:05:03
211,344
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 16

Bab 16

ARLISA selesai menyempurnakan pembentangannya dengan kemas. Slide-slide yang dia pertontonkan kepada ahli utama syarikat dilihat sebagai suatu yang memberangsangkan. Ramai yang bersetuju dengan pendapatnya serta idea bahawa mereka perlu mengetengahkan fesyen berunsurkan Islam. Fesyen mulimah kini sudah semakin mendapat tempat. Tidak dapat disangkalkan juga, gadis-gadis bertudung adalah di antara wanita yang paling bergaya.

Arlisa juga mengusulkan supaya Fashionista perlu mengambil lebih ramai graduan yang baru keluar dari universiti. Idea-idea graduan muda dan masih bertenaga dapat membantu dalam menghasilkan fesyen yang lebih menarik. Gabungan idea orang muda dan baru juga mungkin dapat menghasilkan gabungan fesyen yang menarik.

Puan Murni yang melihat Arlisa lincah dalam mempersembahkan ideanya sudah tidak dapat membendung perasaannya lagi. Apa yang disyakinya sudah benar. Gadis ini adalah seorang seorang penyamar. Penyamar yang mungkin dihantar atau dipaksa Arissa untuk menggantikan tempatnya untuk seketika waktu. Dia tidak mahu meletakkan harapan mengatakan bahawa Arlisa memang benar-benar seorang penyamar. Namun sebagai langkah berjaga-jaga dia harus memantau dan menguji gadis ini lagi. Mungkin Arlisa seorang gadis yang baik, mungkin juga akan membawa keburukan dan mempunyai pelan yang tersendiri yang bakal menghancurkan seluruh ahli keluarganya.

Semua orang memberi respon positif kepada pembentangan Arlisa. Ada yang memuji dan ada yang sempat bergurau dengan Adam sambil mengatakan ‘Kalau aku ada isteri macam kau, aku dah tak cari yang lain!’. Adam tersenyum mendengar gurauan tersebut. Namun, jauh disudut hatinya dia sedang berduka. Duka dengan ulah Arissa yang seperti ingin menjauhkan diri daripadanya.

Arlisa yang berbaju blouse putih dengan cuff di kedua-dua belah tangan dan dipadankan dengan kain kuning mustard tirus sedang bersalaman dengan beberapa orang pekerja. Setelah semua orang keluar dari bilik mesyuarat, termasuklah Adam sendiri, Puan Murni mendekati Arlisa.

“Tahniah. Mama suka apa yang Rissa bentangkan tadi. Cuma.. mama hendak bertanya..” Puan Murni memulakan langkahnya.

“Ada apa Mama?” Arlisa sedia mendengar soalan.

“Seorang pekerja kelab malam, Rissa juga tidak pernah ke universiti, bagaimana boleh membentangkan sesuatu idea dengan baik?” Puan Murni juga menambah kata-katanya. “Rissa juga nampak seperti seorang yang sudah biasa melakukan pembentangan. Perkataan yang digunakan tak macam orang yang berkelulusan SPM.”

Arlisa menelan air liur beberapa kali.

“Mama sebenarnya tak pernah menyangka Arissa sehebat ini. Atau mungkin…”

“Mama, Arissa buat apa lagi di dalam?” Tiba-tiba Adam masuk ke ruang mesyuarat. Soalan Puan Murni jadi tergantung.

“Adam..?” Puan Murni berkalih melihat anaknya.

“Jomlah..”Arlisa terus melangkah keluar dari bilik mesyuarat tanpa menghiraukan persoalan Puan Murni yang tergantung sebentar tadi.

****

KAMAL dan Sofea memasuki ruang legar bangunan Fashionista yang tersergam indah. Mereka kemudiannya menuju ke bahagian lif. Hari ini ramai orang yang keluar masuk. Staf-staf tampak begitu sibuk sekali. Ada juga cameraman yang membawa peralatan untuk photoshoot sedang menunggu untuk memasuki lif. Kamal dan Sofea juga di antara beberapa manusia yang menunggu untuk menaiki lif.

Manakala pada masa yang sama, Arlisa, Adam dan Puan Murni berada di dalam lif. Lif tersebut menuju ke tingkat yang paling bawah iaitu ruang legar utama Fashionista. Suasana di dalam lif yang dinaiki Arlisa, Adam dan Puan Murni boleh tahan penuh. Kesemuanya seperti tidak sabar untuk keluar dan melepaskan diri masing-masing dari kotak empat segi yang kecil itu.

TING! Lif terbuka. Sama ada yang di luar atau di dalam semuanya terkocoh kacah untuk keluar masuk. Adam memegang erat tangan Arlisa untuk melepaskan diri mereka keluar. Manakala Puan Murni sudah keluar dahulu kerana dia berada di hadapan mereka. Kamal dan Sofea pula menunggu semua penumpang di dalam untuk keluar dahulu kerana mereka tidak mahu berasak-asak.

Di dalam kesibukan tersebut, Kamal sempat terperasankan susuk tubuh yang dia seakan-akan mengenali. Wanita berblouse putih dan berkain mustard bersama seorang jejaka tampan memakai kaca mata hitam RayBan. Kedua-dua pasangan itu berpegangan tangan dan keluar dari kawasan lif yang sempit itu.

Kamal sempat mengalihkan pandangannya yang terakhir terhadap pasangan tersebut terutama wanita itu sebelum dia memasuki lif. Benar! Dia adalah wanita itu. Namun dia ragu-ragu yang mana satukah di antara kedua-duanya? Arlisa ataupun Arissa?

Arlisa? Oh bukan. Dia berada di Pulau Pinang sekarang. Mungkinkah kakak kembarnya, Arissa? Tetapi dari gaya dan gerak lakunya dia kelihatan seperti Arlisa. Hanya aku sahaja yang dapat membezakan mereka dari dahulu hingga sekarang. Lima tahun aku bersama Arlisa, sejak dari sebelum Arissa melarikan dari rumah lagi. Aku tahu gerak laku Arlisa, bagaimana cara dia berjalan, tingkah lakunya dan sikapnya. Arlisa kelihatan begitu lembut dalam gerak laku namun Arissa sangat kasar dan menggiurkan perilakunya. Wanita yang aku lihat tadi, sangat berlemah lembut dan pakaiannya tidak begitu menonjol, walaupun dia kelihatan sangat bergaya dan memakai mekap. Siapakah di antara mereka? Arissa atau Arlisa, bekas kekaksih ku?’bisik hati Kamal sendirian.

Sofea yang melihat ulah Kamal yang agak pendiam menegur kekasihnya. Sudah bisu kah? Masuk-masuk lif terus jadi patung!

“Kamal! Kamal!” Sofea menepuk-nepuk bahu Kamal.

“Oh Sofea!” Kamal tersedar dari lamunannya.

“You okay?” tanya Sofea.

“Okay, I’m fine,” jelas Kamal yang mahu menutup kekhilafannya. Namun hatinya tetap berbisik kuat. Wanita itu Arlisa. Dan jika benar Arlisa, bagaimana dan kenapa dia berada di sini? Siapa pula lelaki tampan yang memegang erat tangannya? Arlisa juga kini tak seperti dulu. Lebih cantik dari kebiasaannya!

****

KEADAAN di dalam kenderaan Mercedes E250 begitu sunyi. Tiada siapa yang berani berbicara. Semuanya diam melayan perasaan. Adam dengan kedukaannya memikirkan tentang perhubungan dia dan Arissa yang makin kecundang. Arlisa pula memikirkan tentang sikap Puan Murni yang seringkali mencari kesalahan dan seakan-akan mengetahui siapa dirinya yang sebenar. Manakala Puan Murni dengan buah-buah ideanya bagaimana hendak mempastikan Arlisa benar-benar seorang penyamar di dalam rumahnya.

Akhirnya, Puan Murni memecah kesunyian tersebut. “Arissa, mulai esok kamu akan bekerja di Fashionista. Bantu Adam uruskan syarikat.”

Arlisa tersentak apabila mendengar kata-kata Puan Murni. Eh? Tiba-tiba pulak dia nak aku kerja situ.

“Macam mana dengan Fida dan Arman?” tanya Arlisa.

“Itu jangan dirisaukan. Tahulah mama nak katakan apa pada mereka. Adam? Kamu okey dengan cadangan mama?” Puan Murni tersedar bahawa anaknya diam sahaja dari tadi.

“Adam?” Arlisa mula menegur Adam.

“Ya??” Adam tersedar dari lamunannya yang panjang.

“Kamu dengar tak apa yang mama katakan ni?” kata Puan Murni. Mengelamun budak ni!

“Ya.. ya.. Arissa esok kerja dengan Fashionista.” Adam jawab acuh tidak acuh. Kemudian dia kembali berdiam.

Arlisa jadi serba salah. Adakah kerana dirinya Adam jadi begitu? Maafkan dirinya Adam. Dia tidak bermaksud untuk melukai sesiapa. Dia dalam keterpaksaan. Kalau dia diberikan pilihan, Adam adalah orang yang dia tidak mahu lukakan hatinya. Kerana baginya Adam.. sangat istimewa di hatinya. Ya, istimewa. Kemungkinan dia juga telah… jatuh cinta. Maafkanlah aku Ya Tuhan. Maafkanlah aku dan bantuilah aku dari menjauhi cinta terlarang ini. Dia adalah abang iparku. Walaupun Arissa sudah tiada, ini bukan bermaksud ia suatu jalan mudah baginya untuk mendekati Adam. Lelaki itu juga belum tentu mencintainya jikalau dia mengetahui hal yang sebenar. Malahan, Adam bakal membenci Arlisa seumur hidupnya.

****

SOFEA dan Kamal menyinggah ke pejabat milik Fida atau nama penuhnya Afida Iskandar. Afida merupakan puteri tunggal dan anak bongsu kepada pasangan Puan Murni Hakim dan Encik Iskandar Rauf. Fida seorang yang cepat naik angin dan sukar dikawal kemarahannya jikalau ia sudah memuncak. Namun wanita yang berusia 24 tahun ini iaitu lebih kurang sama umurnya dengan kakak iparnya, Arissa sangat jelita tetapi masih belum mempunyai kekasih hati oleh kerana sifat amarahnya yang melampau.

Fida menjemput pasangan yang bakal bernikah itu untuk duduk. Lalu diarahkannya Vivian, sekeritarinya untuk menyediakan kopi buat para tetamu.

“Lamanya tak jumpa you Fida!” kata Sofea sambil memeluk rakan baiknya itu.

“Haha.. lama jugaklah dekat setahun lebih macam tu! Kau tulah menghilangkan diri..” sambut Fida.

“Hmm hal tu tak payahlah nak diceritakan,” kata Sofea sambil melirik pada Kamal. Kamal pula seperti sedar tidak sedar akan perbualan Sofea dan Fida. Dia masih teringatkan kejadian di lif tadi.

“So you ke sini ada hajat apa?” Perbualan utama dimulakan.

“I sebenarnya nak minta tolong you. Ni bakal suami I.. Kamal..” Sofea memperkenalkan Kamal. Kamal yang masih di dalam khayalan tiba-tiba terkejut. Dia cepat-cepat menghulurkan tangan kepada Fida.

“Ohh I see. Akhirnya jumpa juga pengganti..” perli Fida.

Sofea mengalihkan cerita. “Anyway, I nak you recommend Kamal ke Adam untuk jadi model pakaian. Ni ada portfolio dia,” kata Sofea sambil menunjukkan fail tebal berwarna biru. Di dalam fail tersebut mengandungi pelbagai gambar Kamal dengan pelbagai pose. Fida menyelak-nyelak fail tersebut dan menutup semula dengan kemas.

“Boleh, nanti I cakapkan ke dia,” kata Fida sambil mengangguk.

Tiba-tiba Kamal bersuara. “I mintak diri nak ke washroom sekejap.” Dia kemudiannya terus keluar dari kamar pejabat Fida.

Fida yang melihat Kamal keluar dari biliknya itu cepat-cepat mendekati Sofea. Dia kemudian menarik Sofea ke sofa berdekatan dengan jendela.

“Sofea.. you nak kahwin dengan dia?” tanya Fida sambil membeliakkan mata.

“Yes..” jawab Sofea ringkas.

“Abang I?”

“Sudah-sudahlah. I dah lupakan dia.” Sofea memandang ke arah jendela.

“Tipu! You dulu macam nak mati cintakan dia. Tetiba lepas perempuan kelab malam tu datang habis semuanya!” Fida tiba-tiba bangun dan mencekak pinggang.

“You nak I buat apa? I tak naklah bersaing dengan Arissa. Lagi pun memang abang you tu tak cintakan I. I je perasan sendiri. Walaupun.. dialah orang pertama yang buat aku lupakan Fendi.” Sofea tiba-tiba berubah wajah. Dia seperti dalam keadaan menyesali suatu perkara yang telah lama berlaku.

“Fendi? Si mekanik tu? Kau ni pun tak munasabahlah jatuh cinta dengan mekanik tu..” Fida menggelengkan kepalanya. Sofea ni memang macam tu. Dari dulu lagi suka bercinta dengan orang yang tak setaraf dengannya.

“Abang kau kan dah bahagia sekarang dengan isteri dia tu..” Sofea bercakap sambil memandang kukunya yang bercat merah jambu.

“Bahagia apanya? Perosak tu dah bagi banyak masalah tau kat keluarga I. Dia buat mama sakit, dia buat keluarga I porak peranda sampai Arman kena keluar dari rumah tu. Adam pulak.. butalah dia sampai bila-bila..” Fida mengeluh panjang. Oleh sebab itulah dia membenci Arissa. Membenci dengan sepenuh hatinya.

“Tapi dia tak cintakan aku!” tegas Sofea.

“Tapi kau cintakan dia kan..”

“Kau nak aku buat apa?” Sofea memandang Fida sambil mengecilkan matanya.

“Hubungan dia sekarang dengan Arissa tak berapa nak baik. Kau goda dia semula, ataupun kau buat dia cemburu menggunakan Kamal.” Buah-buah idea kejahatan Fida kian mengembang. Dia sanggup buat apa sahaja asalkan Arissa tewas.

“Hmm.. aku pun dah lama tak jumpa dia.”

“Tadi dia ada dengan.. perempuan tu. Si Arissa tu sekarang sibuk-sibuk pula nak ambil tahu hal syarikat. Yang paling I sakit hati, Mama boleh terima idea dia bulat-bulat. Ni semua sebab dia buat Mama terhutang budi lah tu,” kata Fida. Marahnya meluap-luap pada Arissa. Kalau dia itu lesung batu, sudah dia tumbuk Arissa lumat-lumat.

“Terhutang budi? Hmm.. biar aku fikirkan dulu macam mana. Nanti aku datang sini lagi sebab nak jumpa dengan Adam,” putus Sofea.

“Okey then.. see you dear dan fikirkan baik-baik..” kata Fida. Kali ini Arissa, kau bakal tumpas!

Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.