Home Novel Cinta Dia Bukan Arissa?
Dia Bukan Arissa?
Syaida Ilmuna Ismail
30/1/2013 16:05:03
211,330
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 7

Bab 7

KRIK.. KRIK.. KRIK.. Telefon bimbit Blackberry Zik berbunyi. Dia yang sedang memandu mencapai handsfree dan disumbatkan earphone tersebut ke lubang telinganya. Kedengaran suara seorang perempuan mengucapkan ‘Hello’.

“Hello! I’m driving sekarang ni,” jawab Zik ringkas.

“How’s everything?” tanya perempuan itu.

“Good. She’s in the airplane now,” kata Zik.

“Okey then, see you at hotel. Bye,” balas perempuan tersebut.

“Bye,” ucap Zik. KLIK! Telefon dimatikan.

****

ARLISA terlelap seketika setelah beberapa minit dia di atas awan. Kemudian dia terjaga semula. Tidak boleh lelapkan mata lagi. Walaupun dari semalam dia tidak tidur-tidur, Arlisa tetap tidak mengantuk pada pagi ini. Mungkin disebabkan dia susah hati memikirkan apa yang bakal berlaku hari ini. Arlisa memeriksa iPhone milik Arissa. Telefon tersebut di ‘unlock’ kan lalu dia terus ke icon Photos.

Arlisa meneliti beberapa gambar di dalam telefon tersebut. Gambar Adam, Ameera dan beberapa orang lagi yang tidak dikenalinya. Telefon ini penuh dengan gambar Arissa dan rakan-rakan lelakinya. Entah sama ada rakan lelaki tersebut adalah sekadar rakan ataupun ‘rakan’ yang lebih mesra. Arlisa mengabaikan gambar-gambar tersebut lalu dia ke icon aplikasi Notes. Dia ingin mengetahui sedikit sebanyak mengenai orang yang bakal dia temui nanti. Mungkin Arissa ada menulis mengenai mereka.

Arlisa menekan nota yang bertarikh ’28 Ogos 2011’. Tertera tulisan berikut:

‘Esok aku bakal mengahwini seorang duda yang amat kaya! Tak sangka juga ya dia boleh jatuh hati dengan aku. Haha! Selepas ini, hidup aku akan jadi mewah dan aku boleh beli apa saja yang aku inginkan. Tak payah nak kerja kat kelab malam ni lagi. Anyway, satu perkara yang aku kurang suka sikit ialah ahli keluarga Adam Farhan. Semuanya macam anti dengan aku saja. Tapi aku yakin Adam akan sentiasa menyebelahi aku. Puan Murni mahupun suaminya Encik Iskandar takkan dapat lakukan apa-apa pada aku, sebab aku kebal! Kebal dengan cinta yang dilimpahkan Adam. Cinta? Gilalah aku kalau aku cintakan lelaki bodoh macam dia.’

Arlisa menggelengkan kepalanya. Dia tidak menyangka Arissa mempunyai niat yang sebegitu. Dia tidak menyangka perangai Arissa boleh jadi seburuk itu! Arlisa kemudian menekan kepada nota yang bertarikh 19 Mac 2012.

‘Iskandar meninggal pagi tadi. Akhirnya! Satu-satu masalah aku makin selesai. Kasihan kau Murni, sekarang kau dah tak ada suami. Kau dah tak ada supporter. Lagi senanglah kan aku nak keluar masuk rumah ni dan buat apa saja dengan duit syarikat. Si Fida tu pulak asyik jadi informer suami aku sepenuh masa je. Adam pun dah mula syak macam-macam dengan aku. Arman pun sama. Wahai Arman abang si Adam, tolonglah jaga tepi kain kau sendiri. Tengokkan isteri kau tu Paty, jangan menyibuk hal aku. Semakin lama, semakin bosan pulak duduk kat istana penjara ni. Aku perlukan kebebasan! Aku mahu tinggalkan semua ini. Aku tak larat lagi nak layan anak si Adam, Ameera ni. Merengek setiap masa. Nak aku layan dia ke sana sini. Menyampah! I just need a time out!’

Sekali lagi Arlisa menggelengkan kepalanya. Dia jadi bingung seketika. Begitu banyak masalah yang melanda ahli keluarga Adam ini dan semuanya berpunca dari Arissa. Arissa sungguh tidak menyukai keluarga Adam dan cuba memporak-perandakan segala-galanya. Dia harus lakukan sesuatu. Dia juga harus melindungi dirinya. Dan dia juga tahu dugaan yang bakal dia hadapi nanti lebih berat dari apa yang dia sangkakan. Ia bukan sesuatu yang mudah untuk menjadi Arissa dan bukan juga sesuatu yang mudah untuk buat orang lain menerima perubahan yang terjadi kepada Arissa. Kuatkan dirimu Arlisa!

****

BUNYI desingan kapal terbang mendarat membuatkan Adam memeluk anaknya, Ameera. Dia mendukung kanak-kanak itu sejurus bunyi bising itu reda. Adam kelihatan amat gembira kerana hari ini, Arissa bakal pulang dari percutiannya. Dia berharap agar Arlisa kotakan janjinya untuk berubah menjadi seorang isteri yang lebih baik dari dahulu.

Adam memandang jam yang terlekat di pergelangan kirinya. Jam menunjukkan pukul 12.30 tengahari. Arissa sepatutnya sudah sampai sekarang tetapi kelibatnya masih belum kelihatan. Adam mengeluarkan iPhone miliknya untuk bertanyakan di mana keberadaan Arissa sekarang.

Manakala Arlisa pula baru sahaja keluar dari pintu ketibaan penumpang. Dia masih lagi cuba untuk menyesuaikan dirinya sebagai Arissa dengan keadaan sekeliling. Arlisa juga di samping itu agak berdebar-debar dengan apa yang bakal terbentang di hadapannya nanti. Bagaimanakah keadaan keluarga Adam? Apakah reaksi mereka apabila melihat dirinya? Adakah mereka dapat mengesyaki bahawa dia bukanlah Arissa dengan hanya sekali pandangan? Oh, hatinya bagai nak runtuh sekarang ini. Hanya selawat dan doa sahaja yang mampu mengawal perasaannya ketika ini.

Tiba-tiba iPhone milik Arissa berbunyi. Arlisa sedikit cemas apabila melihat nama yang tertera ialah Adam Farhan. Setelah beberapa saat dia menatap telefon itu, barulah Arlisa menjawabnya.

“Hello..” jawab Arlisa perlahan.

“Hello dear! You kat mana ni? I dah tunggu you kat balai menunggu ni..” Suara Adam jelas kedengaran.

“I… I baru sampai..” Arlisa menjawab teragak-agak. Dia masih lagi takut dengan realiti yang sedang dia hadapi nanti.

“Oh.. I think I saw you..” Adam memandang tepat ke arah kelibat seseorang yang memakai blouse putih dan berslack hitam. Wanita itu kelihatan seperti dalam kekeliruan dan tercari-cari sesuatu.

“Me? Mana?” Arlisa cemas. Dia terlihat kiri dan kanan. Tiada pun seseorang yang menyerupai wajah Adam yang dia lihat di gambar sebelum ini.

“Turn back please dear…” Adam tersenyum melihat gelagat isterinya yang bagai rusa masuk kampung. Terpandang-pandang sana sini. I’m here lah sayang!

“Okey..”. Hati Arlisa terasa seperti mencucuk-cucuk. Adakah dia sudah bersedia? Tuhan tolonglah… Dia memejamkan matanya. Come on Arlisa! Toleh cepat!

Arlisa menoleh ke belakang. Terlihat dua orang manusia sedang tersenyum manis. Seorang lelaki dan seorang lagi budak perempuan yang comel. Kedua-duanya sedang ketawa kecil melihat dirinya. Manakala dia seperti orang dalam khayalan.

“Mama!” Ameera datang memeluk ke kaki Arlisa.

Arlisa tersenyum dan cuba mengawal perasaan. Dia menunduk dan mencium pipi kanak-kanak berkenaan. Comel! Manakala dia bangun dan bersedia untuk menyalami Adam walaupun hatinya masih belum rela. Namun sesuatu yang tidak terjangka telah dilakukan Adam. Adam telah memeluk dirinya dengan erat tanpa dia sempat melakukan apa-apa! Arlisa tergamam seketika. Dia cuba menolak badan Adam ke belakang namun dia tidak mampu merungkaikan dakapaan tersebut. Dakapan itu terlalu erat. Lalu dia cuba untuk menggunakan taktik lain.

“Adam! I tak selesa…” Arlisa cuba meloloskan dirinya dari pelukan Adam.

“Oh I’m sorry. You mesti letihkan?” Adam meleraikan pelukan.

Arlisa hanya mengangguk perlahan. Lalu dia menghela nafas panjang. Ya Allah! Akhirnya! Dia melepaskan aku. Tangan Arlisa sedikit menggeletar. Tidak pernah seumur hidupnya seorang lelaki mendakapi dirinya sebegitu erat. Lain kali aku harus lebih berhati-hati.

Mereka bertiga berjalan menuju ke pintu keluar KLIA. Arlisa hanya berdiam sahaja sepanjang perjalanan pulang ke rumah Adam. Dia tidak mahu bercakap apa-apa kerana takut tersalah bicara. Dia juga takut memikirkan apa yang bakal terjadi di sana. Kalaulah! Kalaulah.. dan ia sungguh terlambat untuk berkata kalaulah lagi.

Adam pula memandang Arlisa dengan lirikan manja dan penyayang. Dia merasakan ada sedikit perubahan dengan diri Arissa ini. Dia nampak begitu pendiam. Arissa tak pernah begini sebelum ini. Mungkin dia terlalu letih. Iya, mungkin dia letih sahaja dan bukan lagi sedang merancang pelan-pelan yang tidak diketahui. Think positive Adam!

“Arissa?” Adam memecah kesunyian yang sekian lama sejak dari lapangan terbang lagi.

“Iya?” Arlisa cuba untuk mengukir senyuman palsu, menutup segala kerisauannya.

“You okey? You banyak diam je dari tadi.”

“I’m fine.. I cuma letih sikit,” jawab Arlisa ringkas. Dia terus menunduk ke bawah. Tolonglah jangan bertanya apa-apa lagi.

“You know.. you nampak pelik,” Adam mulai curiga.

Arlisa membeliakkan matanya. Bagaimana harus aku buat? Dia terus mengibaskan rambut di sebelah kanannya. Macam yang Arissa selalu buat. Kemudian tersenyum manis pada Adam.

“I.. macam biasa.. okey!” jawab Arlisa.

Kereta Mercedes-Benz E250 meluncur masuk ke sebuah kediaman berpagar. Sebuah rumah agam ala Inggeris tersergam indah. Arlisa jadi sedikit gerun melihat kebesaran rumah yang bakal dia duduki untuk tempoh masa setahun itu. Pemandu tersebut memarkir kereta di hadapan pintu utama rumah.

“Kita dah sampai,” kata Adam. Dia keluar dari kereta lalu menuju ke pintu sebelah Arlisa dan Ameera duduki. Dibukakan pintu untuk si isteri dan anak.

“Jom,” ajak Adam.

Arlisa merasakan dirinya dilayan seperti puteri. Dibukakan pintu dan disuakan tangan untuk keluar dari kereta. Arlisa memandang keadaan di sekelilingnya. Besar! Sangat besar rumah ini. Macam istana. Dia tidak pernah menjejakkan kaki di kawasan eksklusif sebegini. Pertama kali. Semuanya pertama kali.

Arlisa juga tidak dapat membayangkan bagaimana kehidupan Arissa di sini. Mesti dia merasakan dirinya seperti ratu. Disayangi suami, ada anak yang comel dan hidup mewah. Sayang sekali kakaknya tidak menghargai semua ini. Dan sayang sekali dia tidak ada di sini. Dia juga tidak sempat untuk bertaubat dan berubah. Bagaimana kalau Adam mengetahui hal yang sebenar bahawa Arissa sebenarnya sudah mati? Mungkin aku tidak patut membicarakan tentang hal ini pada waktu sekarang.

“Rissa? You tengok apa? Jom masuk. Pak Mat tolong bawak masuk barang ni ke dalam.” Adam pelik melihat Arissa. Dia seperti pertama kali menjejakkan kaki ke rumah. Jet lag ke?

Arlisa melangkah masuk ke dalam rumah. Menakjubkan! Reka bentuk rumah ini bercirikan Inggeris. Meja dan lampu yang tergantung di dinding juga berupa gaya vintage. Arlisa sekali lagi terpegun seketika. Namun dia harus kembali ke dunia realiti. Arlisa! Sedarkan dirimu!

“Sayang.. you kalau nak apa-apa you mintak kat Siti okey? Ermm I nak ke bilik Ameera sekejap, nanti I datang bilik you okey?” kata Adam. Dia kemudian naik tingkat atas. Manakala Arlisa masih lagi terpinga-pinga. Bilik you? Eh? Arissa dan Adam tidak berkongsi bilik? Alhamdulillah! Terima kasih Ya Tuhan! Harap-harap betullah apa yang aku sangkakan ini.

“Puan.. puan?” Siti yang setia menanti arahan Arlisa yang kini menjadi Puan Arissa memanggil.

“Oh ya Siti..” Arlisa cuba untuk menjadi kakaknya. Sekali lagi dia mengibas rambutnya. Nampaknya aku kena berlatih untuk bercakap dengan nada sombong seperti yang Arissa selalu lakukan. Oh Arissa.. kenapalah kau begini sikapnya?

“Puan nak saya buat apa-apa ke?” tanya pembantu rumah tersebut.

“Oh ya.. tolong bawakan barang saya ini ke atas,” arah Arlisa. Pertama kali mengarah orang lain melakukan pekerjaan. Sesuatu yang aku kurang minat.

Siti mengangkat beg-beg Arlisa. Namun dia kemudiannya berdiri dan melihat majikannya yang masih lagi tidak bergerak naik ke atas. Dah kenapa Puan Arissa ni? Nak tunggu aku angkat beg semua baru dia nak naik ke?

“Puan, naiklah dulu nanti saya ikut,” kata Siti.

“Takpe lah.. saya ikut awak.. naiklah cepat,” kata Arlisa. Naik ajelah Siti oii! Aku pun bukannya tahu mana bilik Arissa.

“Baiklah Puan.” Siti naik ke atas diikuti Arlisa. Pembantu rumahnya itu berasa amat pelik dengan tingkah laku Arlisa. Manakala Arlisa pula cuba untuk berlagak seperti kakaknya. Terlalu banyak yang perlu dia baiki lagi supaya mereka tidak mengesan apa-apa kelainan pada dirinya.

****

MAK Jah masuk ke dalam bilik Puan Murni. Dia masuk membawakan makanan tengahari untuk majikannya.

“Puan, ini makanannya. Silakan..” kata Mak Jah.

“Mak Jah, terima kasih.”

“Puan, tadi Puan Arissa dah balik. Dia sekarang ada di biliknya.” Mak Jah mula membuat laporan. Dia orang kuat Puan Murni dalam rumah itu. Manakala Siti pula pengampu kuat Arissa. Kedua-dua pembantu rumah ini memang tidak sebulu.

“Hmmm..” Puan Murni mengeluh. Kenapa dia balik cepat sangat?

“Saya dengar Encik Adam nak buat makan-makan malam ni. Dia ajak Tuan Arman datang sekali dengan isteri dia.”

“Iya ke? Baguslah.. lagipun Arman tu dah lama tak jenguk saya,” kata Puan Murni sambil mengacau-ngacau buburnya.

“Tapi, saya rasa time ni tak bagus nak buat makan-makan. Kalau dia buat masa Puan Arissa tak balik, eloklah. Sekarang ni bila dia dah ada..” Mak Jah membuat konklusi sendiri. Selalunya Arman dan isterinya tidak akan datang ke rumah kalau Puan Arissa ada. Kalau mereka ini bertembung mahu porak peranda satu rumah.

“Mak Jah saya tak boleh nak halang si Adam tu,” Puan Murni memandang sepi mangkuk bubur di tangannya.

“Saya faham Puan.. saya faham..” kata Mak Jah yang semakin risau melihat tahap kesihatan Puan Murni yang semakin merundum.

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.