“Langit itu menangis lagi, jadi lagu indah
di dalam hati.”
–
Maryam A. Aziz, September 2010
Petang itu, dia
duduk sendiri sambil melihat anak kecilnya bermain dalam playpen. Sedang menunggu seseorang yang akan pulang sebentar lagi,
dia memainkan lagu kegemaran saat dia kesunyian beberapa tahun sudah di tanah
asing. Gambar perkahwinan dalam planner dipandang lama. Seberapa lama
lagikah kita mampu bertahan sayang, hatinya berkata sendiri. Kejam benarkah
kita pada mereka. Manuskrip cerita kanak-kanak Hang Nadim dan Cendawan Kakadib
yang sudah habis bertaip sedia untuk
dicetak. Sambil menunggu mesin pencetak menyudahkan kerja, lagu itu ditinggikan
volumnya. Dia bangun perlahan sambil melangkah mendapatkan Abdul Rahman yang
leka. Abdul Rahman didakap, dekat pada dada sampai dia dapat merasai degupan
jantung anak itu. Tenang dia menyandar pada kerusi. Mengelus rambut dan
belakang si kecil. Biar tenang sama. Sambil
memejam mata, dia mengingati semula permulaan kisah dia menjadi dewasa
belakangan ini. Lagu The End of August berlagu indah.