SANG bulan bersinar terang di dada langit. Cahayanya menyimbah segenap pelusuk alam. Nun, sayup-sayup, bayang selautan sawah padi terbentang di hadapan mata. Itu sajalah harta pusaka peninggalan arwah ayahyang ada buat mereka sekeluarga. Pusaka itulah yang diusahakan Mak Yah dan dibantu oleh Faeeq saban masa. Dua beradik yang lama tidak bertemu mata itu duduk bersidai di beranda. Sesekali terdengar perbualan santai mereka,banyaknya tentang pengalaman Firdaus menimba ilmu di Jerman.
“Along balik tak lama.” Suara Firdausterdengar tidak lama kemudian. Faeeq mengerutkan keningnya, cuba untuk mengerti maknanya.
“Along ingat nak ajak hang pulak kalini.”
“Pi mana?”
“Belajaq,” jawab Firdaus ringkas.
Dia senyum melihat telatah sang adikyang sedang bingung. Biar dia bingung dulu, sekejap lagi akan jernihlah semuanya.
“SPM pun aku belum ambik lagi. Nakikut hang pi mana, along?”
“Sebab hang belum ambiklah aku nakajak ni. Kita pi UK. Aku ingat nak pi sana, nak kerja kat sana. Cari duit berguni sebelum balik kampung. Hang boleh belajaq kat sana. Ni ada masa sebulan ni, hang prepare la cantik-cantik,” cadang Firdaus.
Faeeq hanya mendengar. Lama juga dia mendiamkan diri, menapis segala maklumat yang disampaikan oleh Firdaus untukdimurnikan sebaiknya. Jika setuju, itu bermakna Mak Yah akan ditinggalkan berseorangan. Jika tidak bersetuju, dia masih perlu berjuang untuk membela nasib keluarga.
“Aku tak tau la. Kalau aku ikut hang,mak pulak laghu mana? Siapa nak jaga mak? Aku pulak, nak cari duit celah mana?Matawang depa British Pound Sterling tu. Lebih kurang darab enam dengan duit kita. Aku sekupang duit pun tak dak,” adu Faeeq akan masalah yang membelit fikirannya.
Tawaran Firdaus memikat juga hatinya sedikit sebanyak, namun perihal Mak Yah menjadi keutamaan. Selebihnya, hal duit yang menjadi pengusut fikiran.
“Alah, bukan lama pun setakat empat tahun duk perantauan, kak hang, Aina pun ada. Dia buleh teman mak. Jiran-jiran pun ada, Mak Piah, Mak Siti,” sampuk Mak Yah yang telah mendengar perbualan anak-anaknya dari awal. Dia membawa sedulang kopi ke beranda. Faeeq pula berpaling ke arahnya sambil tersengih.
“Wan Senah...” Faeeq cuba menduga.
“Wan Senah apa pulak? Tak mau aku berbaik dengan Wan Senah. Hang tak ingat dia datang serang aku kat rumah sebab hang?”
“Kisah lama, mak! Tok sah duk ingatlah hak sedih-sedih. Lagipun tu kan memang salah ceq.” Faeeq cuba menenangkan kembali emosi Mak Yah yang goyah gara-gara nama Wan Senah disebut. Ternyata,Mak Yah masih belum melupakan insiden itu walaupun lima tahun telah berlalu.Aduhai Umairah! Bagaimana diri ini hendak menyunting dirimu kelak? Seperti ada onak yang bakal menghalang laluan ini.
“Hang memang salah. Padan muka hang tapi hak aku tak suka, dia libatkan arwah pak hang yang dah meninggal. Dia dah penampaq hang sebijik cukuplah, yang dia mai serang aku kat rumah, pasaipa?Malam raya pulak tu. Hak tu aku memang tak buleh lupa lah Faeeq.” Mak Yah kembali membuka kisah lama. Faeeq tidak menyahut sebaliknya dia tekun melihat liuk lentuk dedaun pokok yang ditiup bayu malam.
Dan di sebalik dedaun pokok yangmeliuk lentuk, Faeeq bagai ternampak peristiwa lima tahun lalu. Dari jauh dia melihat dirinya dipulas telinga sepanjang perjalanan balik ke rumah Mak Yah.Wan Senah mengamuk sakan selepas dirinya nyaris menjadi sasaran mercun buatan sendiri. Kawan-kawan lain sempat melarikan diri, tinggal dia yang tak sempat berlari. Amukan Wan Senah bukan boleh dihentikan serta-merta. Selepas menghadiahkan sebiji penampar di depan Mak Yah, tiba giliran Mak Yah disembur berdas-das oleh Wan Senah.
“Hang didik anak lagu mana ni, Yah?Malam raya begini, patut hang ajak depa bertakbir, sebut nama Allah banyak-banyak. Ini hang sibuk kat dapuq... anak, hang pi biaq cucuh meriam.” MakYah hanya membatukan diri.
Barangkali tahu yang dirinya cuai,tetapi kesabaran ada batasnya. Apabila perihal arwah suami menjadi mainanmulut, Mak Yah mula naik minyak.
“Nama arwah suami Yah, Mak Senah jangan buat main. Salah Yah, biarkan anak main di luar rumah. Salah Faeeq,keluar main tanpa izin Yah. Mak Senah dah hukum, Yah terima. Mak Senah sembur Yah, pun Yah terima. Terima kasih banyak na. Tapi Mak Senah berlebih pulak,kaitkan nama arwah suami Yah. Eloklah Mak Senah balik sebelum Yah pulak semburMak Senah malam raya ni.” Suara garang Mak Yah masih terngiang-ngiang, malahjelas di telinganya.
Faeeq serik hendak berlaku nakallagi. Di sekolah pun, nakalnya tidaklah sampai didenda guru. Paling kuat, diamenyakat pelajar-pelajar perempuan, terutamanya Umairah yang memikat hati.Sebarang perlanggaran disiplin, dia belum sudi hendak mencubanya kerana namaMak Yah cukup dijaga.
HARI-hari berlalu sedang Umairah semakin hairan. Manakan tidak, Faeeq yang dahulunya cukup suka menyakat dan mencari pasal, tidak lagi menyakitkan hati seperti dahulu. Setiap masa, dia tekun mengulangkaji pelajaran sedangkan rakan-rakannya masih nakal seperti dahulu. Umairah rasa kekurangan pada hari-hari akhir yang dilaluinya. Dia rasa kurang kerana tidak dapat marah-marah lagi seperti dahulu, terutamanya pada Faeeq.
“Ada yang aku tak tahu berlaku kemasa aku tak ada seminggu, Zati?”
“Apa yang berlaku? Tak ada apa-apa,”tanya Izzati kembali.
Dia berasa aneh pula pada soalanteman baiknya itu, malah tidak dapat menangkap apa yang dimaksudkan oleh Umairah. Namun, dia sempat menangkap lirikan pada seseorang. Tahulah Izzati,apa yang dimaksudkan oleh Umairah. Dia bertanya akan perubahan sikap Faeeq yang serius dan fokus pada pelajaran rupanya.
“Maaflah Umairah...Aku tak tahu pasal Paeeq. Maklumlah, asyik bertekak aje sebelum ni. Jadi, kalau ada hal aneh-aneh tu, aku diamkan aje. Malas nak bertanya.”
“Selalu kan dia juara,” tokok Umairah lagi.
Izzati hanya menjungkit bahu. Tidak tahu bagaimana lagi hendak memuaskan hati Umairah yang panasaran ingin tahu tentang Faeeq. Apakah mungkin Umairah menyukai Faeeq? Arghhh. Semoga tidaklah sampai ke situ.
“Apa kata kau tanya aje pada kawan-kawannya.”
“Isy...takkan aku nak bertanya padaApek pulak?”
“Tanya pada Bob,” balas Izzati,tersengih.
Mereka berdua terus berbisik, taksedar yang mata guru Bahasa Malaysia, Puan Mawaddah melekat pada mereka. Bagi guru Bahasa Malaysia merangkap guru kelas 5 Gamma, saat-saat akhir sebelum peperiksaan bermula awal bulan depan seharusnya dimanfaatkan sebaiknya olehpara pelajar.
Dia melihat Izzati dan Umairah masih tidak fokus dan tidak mengerti apa yang menanti di depan. Hendak berleter, tak sampai hati kerana masing-masing meningkat usia remaja, tetapi jika dibiarkan,kelas yang sunyi dengan aktiviti penulisan, menjadi hingar juga dengan gelagat Umairah dan Izzati, tak kurang juga dengan telatah dua tiga orang pelajar lain.
“Barangkali Umairah boleh berkongsi pendapatnya dengan rakan-rakan tentang perubatan tradisional seperti herba yangmasih diamalkan oleh masyarakat kini.”
“Aaaa...Emm...” Umairah kaget sebaik namanya disebut oleh Puan Mawaddah.
Terasa darah merah membakar muka. Dia tahu dia menjadi sasaran guru Bahasa Melayu kerana kelekaannya berbual dengan Izzati sebentar tadi.
Rakan-rakan lain di belakang masing-masing sedang memberi perhatian. Mereka maklum akan sikap Puan Mawaddah yang tidak gemar para pelajarnya hilang fokus di dalam kelas. Adalah yang akan menjadi sasaran untuk berkongsi jawapan. Faeeq tidak ketinggalan memberi perhatian. Dia sudah bersedia menyemak jawapannya. Manalah tahu jawapan Umairah lebih bernas dari jawapannya. Bob yang duduk di meja hadapan berpaling kearahnya.
“Pandang aku lama-lama, sat gi hang pulak kena jawap soalan ketiga,” ulas Faeeq, selamba. Dia tidak lagi memandang Bob.
“Umairah...” Nama Umairah disebut sekali lagi oleh Puan Mawaddah. Umairah sudah berdiri, tetapi masih belum kedengaran sebarang bunyi dari mulutnya. Sesungguhnya Umairah berasa gugup menjawab soalan itu.
“Umairah ada sebarang pendapat?” tanya Puan Mawaddah, tidak sabar. Jika diikutkan hati, mahu sahaja dibebeli Umairah sepuas hati, tetapi akal warasnya melarang dia melayan pelajar yang hampir menduduki peperiksaan dengan bebelan.
“Cikgu....” panggil Faeeq, mengangkat tangannya. Dia jatuh kasihan dan hendak membantu Umairah.
“Ya.”
“Boleh saya kongsikan pendapat saya tentang perubatan tradisional ni?”
“Ehem...ehem.” Deheman nakalrakan-rakan baiknya kedengaran sebaik dia menyatakan usulnya.
“Silakan, Faeeq. Yang lain tolong beri perhatian, ya?”
“Terima kasih, cikgu. Saya berpendapat, perubatan herba masih diamalkan oleh masyarakat kerana kosnya yang lebih murah berbanding perubatan moden.”
“Setuju.” Suara Lan kedengaran mencelah.
“Ada pendapat lain?” tanya Puan Mawaddah lagi. Faeeq mengangguk dan mula mengangkat skrip jawapannya.
“Pengalaman sedia ada. Maksud saya pengguna ada testimoni perubatan herba kerana pernah menggunakannya dan ia memberi kesan. Jadi, ia masih menjadi amalan.”
“Setuju...” Apek pula menambah.
“Awak pula Muaz...takkan setuju sahaja? Tentu ada pendapat lain yang boleh dikongsi dengan rakan-rakan. Terima kasih, Faeeq,” ujar Puan Mawaddah pula.
Faeeq mengangguk sebelum duduk. Sebelum itu, sempat juga dia menghantar pandangan pada Umairah yang masih berdiri di barisan hujung sana.
“Saya ada satu, cikgu,” jawab Apek atau nama sebenarnya Muhammad Muazzudin.
“Sila kongsikan.”
“Perubatan herba mudah dicari. Kalau mengikut cerita Tuk Wali ni, cara mengenal jenis herba ada diajar. Individu hanya perlu masuk ke dalam hutan untuk mencarinya. Asalkan jangan sentuh pucuk muda, cukuplah. Sebab itu, ia masih diamalkan masyarakat sekarang,” terang Apek akan pendapatnya. Selepas dia dibenarkan duduk, rakan-rakan bertepuk tangan,mengusiknya.
“Umairah, duduklah.”
“Terima kasih, cikgu,” ucap Umairah,malu-malu.
“Saya menyokong semua pendapat yang Faeeq dan Apek berikan sebab jawapannya relevan. Kenapa perubatan herba masih menjadi amalan, sedangkan perubatan moden ada, keluar sahaja duit dan bayar harganya, kita akan dapat perkhidmatan perubatan yang diperlukan. Tetapi...”komen Cikgu Mawaddah berhenti di situ. Dia cuba memberi penegasan tentang perubatan herba.
“Perubatan tradisioal atau perubatanherba ni masih diusahakan bersebab. Tenaga pakarnya masih ada, malah ada yang mengusahakannya secara turun temurun. Kedua, ia mudah didapati, bak kata Muaz.Kebanyakan pokok herba dikenali dari segi bentuk fizikalnya dan ia boleh didapati di hutan. Selain memiliki kepakaran, individu yang mengusahakan perubatan tradisional sangat mengenali pokok-pokok herba ini dan mereka tahu di mana hendak mendapatkannya. Sebab itu,ia masih menjadi amalan. Yang ketiga, kos yang rendah. Faeeq juga betul.Individu yang mengusahakan perubatan herba ini tak perlukan modal banyak. Ramuan utamanya, pokok herba yang boleh dipetik di dalam hutan. Berapa banyak kos yangboleh dijimatkan dengan perubatan tradisional ni, betul tak?”
“Betul,” jawab seisi kelas.
Sebaik Puan Mawaddah menamatkan hujahnya, loceng berbunyi, menandakan waktu persekolahan telah pun tamat. Para pelajar berkemas untuk pulang ke rumah masing-masing.