Home Novel Cinta A LOVE TO KILL
A LOVE TO KILL
Farhah Aiddin
27/7/2021 11:07:15
35,928
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 8

“Haih… tak akanlah nak pasang semua ni dekat sini my little girls?” Haqqi tidak berapa menjana kemahuan adik-adiknya itu. Bukankah mereka hanya tinggal sementara waktu sahaja di Istana Mahligai Nan Indah ini? Dia tidak mahu menyusahkan diri dengan memasang dan mencabut semuanya nanti.

“Yalah! Along nampak muka Ulfa dan Urwa tengah bergurau ke?”Gambar-gambar potret animasi fairytale yang siap diletak di dalam bingkai gambar pelbagai saiz dikeluarkan dari bagasi yang kemas dibalut. Meriah sungguh warna-warnanya.

“Along gantung dan susun macam dekat  Amsterdam ya? Kali ini buat bilik kami betul-betul nampak macam fairytale.” Ulfa dengan penuh teruja memberikan potret Rapunzel kepada abangnya itu. “Wah tak sabarnya Ulfa nak tengok!”

“Eh, wonderlandlah Ulfa! Kitakan bawa sticker wonderland yang papa beli hari tu, kan Along?” Tangan Urwa membuka beg bagasi kecil yang penuh dengan sticker. Mereka pulang ke Malaysia seramai lima orang tapi bagasi yang dibawa umpama sepuluh orang. Inilah puncanya. Tiga dari bagasi penuh dengan harta karun Ulfa dan Urwa.

Haqqi tampar dahinya sendiri. Dia mati kata. Tahap keobsesan Ulfa Alfiya memang selalu buat dia pening kepala. Manakala Urwa Alwiya, akan ikut sahaja minat kakak kembarnya itu. Mama dan papa mereka pula suka sangat melayan keinginan si kembar yang luar alam ini. Ya, mereka layan dalam membeli tapi yang jadi mangsa untuk gantung, tampal dan hias, seratus peratus jatuh di bawah tanggungjawab Haqqi Syauqi, along yang terlebih penyayang.

“Tak kisahlah wonderland ke fairytale, yang penting sekarang ni kita tak boleh hias bilik ini.” Potret Rapunzel diletakkan atastilam bersaiz super single. Punggung mengambil tempat di atas tilam empuk itu. Dia duduk berdekatan Ulfa. “Ulfa, Urwa, benda ni semua along janjiakan buat lebih cantik dari sebelum ini tapi bukan di sini. Okey?”

“Tak okey! Ulfa tak boleh tidur kalau bilik Ulfa tak ada semua ni!” Bangkang Ulfa kemarahan. Matanya yang mula bertukar merah, merenung Haqqi dengan tajam. Saat ini, hatinya dikuasai rasa amarah yang meluak-luak. Dia sangat pantang bilamana keinginan dan kemahuannya ditolak tepi.

“Ini bukan rumah kita. Kita tumpang sekejap aje.” Haqqi cuba memujuk. Kenal benar dengan kedegilan adiknya yang seorang ini.

“Ulfa tak kira! Ulfa nak juga! Nak juga!” Seraya menghentak kaki ke lantai, tanda protes dan marah.

“Ulfa…janganlah menjerit!” Tegur Urwa. Dia terkejut dengan perilaku Ulfa yang selalu tidak dapat dijangka. Betul juga kata along mereka, rumah ini bukan rumah mereka pun. “Tak apalah along. Nanti dah pindah masuk rumah kita, baru gantung semua ni. Urwa tak kisah pun.”

Haqqi hanya sempat tersenyum sedetik kerana senyumannya itu mati sebaik sahaja Ulfa melemparkan bantal, comforter dan bunga hiasan ke arahnya. Tatkala melihat tangan kecil itu memaut hiasan pasu seramik, segera dia mengangkat kedua tangannya bagi melindungi wajah yang tampan bergaya. Silap hari bulan, hilang ketampanannya kalau mukanya berparut.

Aduh… ini yang dia malas! Ulfa Alfiya dan pemberontakan memang tidak pernah berpisah. Jika tidak diturutkan keinginannya, beginilah jadinya. Mengamuk sakan!

“Ulfa nak sekarang juga! Ulfa nak along buat sama macam dekat sana!”

Ulfa, please stop rebelling. Along akan tetap buat tapi bukan dekat sini.” Pujuk Haqqi lembut.

No! Ulfa tak akan berhenti sampai along buat apa yang Ulfa nak! Se-ka-rang!”

Dek mendengarkan jeritan terpekik terlolong yang maha kuat itu,bergegas Al-Firasi dan Tengku Maria berlari menuju ke bilik anak-anak gadisnya itu. Langkahan mereka terpaku di depan pintu saat melihat keadaan bilik yang tunggang-langgang laksana dilanda todak. Walhal baru sahaja mereka berdua bersama salah seorang pembantu di sini menunjukkan bilik untuk Ulfa dan Urwa. Rasanya beberapa minit yang lepas, bilik ini sangat kemas dan tersusun rapi.

“Ulfa!” Al-Firasi pantas mara mendekati anak gadisnya itu lalu menarik kedua tangan Ulfa yang mahu mengambil penyangkut baju yang terletak di dalam almari. “Ya Allah, apa yang tak kena dengan Ulfa ni sampai nak pukul along? Besar sangat ke kesalahan along pada Ulfa?”

“Along tak nak hias bilik ni sama macam yang dia hias dekat rumah kita dulu.” Air mata Ulfa mengalir keluar. Setiap kali dia tidak dapat mengawal kemarahannya, pasti air mata turut tidak mampu dibendung. “Along cakap kita duduk sini sekejap aje sebab tu dia tak nak buat!”

“Oh pasal tu ke?” Al-Firasi dan Tengku Maria berpandangan. Kepala masing-masing menggeleng. Macam-macam ragam anak mereka seorang ini.

“Ini bukan rumah kitalah Ulfa.” Tambah Urwa membela abangnya. Dia mengeluh sebal dengan kedegilan Ulfa. “Kesian along. Nanti along kena buat dua kali. Ulfa ingat tak penat ke?”

“Tak kisah! Ulfa nak juga!” Laju benar Ulfa membalas. Masih teguh dengan keinginannya itu.

“Hisy… macam budak-budak!” Urwa buat muka jengkel.

Haqqi? Geleng sahajalah mendengarnya. Kalau menyampuk nanti, mahu kerusi-meja pula menghentam tubuhnya. Bahaya! Tak sempat dia nak pikat mana-mana gadis Malaya nanti.

“Papa…Ulfa tak kira! Ulfa nak juga!” Ulfa mula merengek. Dia tahu Urwa tidak akan menyokongnya. Jadi dia perlu meraih simpati daripada papa dan mama mereka. “Mama bolehlah… please!”

“Hmm…” Serentak Al-Firasi dan Tengku Maria membalas.

Ulfa mencebik kecewa. Mata kembali berair. Lalu dia memeluk tubuh memandang ke arah lain. “Sampai hati! Tiada siapa yang kesiankan Ulfa! Tiada siapa yang sayangkan Ulfa! Ulfa tak nak kawan dengan semua orang!”

“Haqqi layankan ajelah budak manja sorang ni. Papa takut hilang ketampanan jejaka sedunia kamu tu nanti. Macamlah kamu tak tahu perangai memberontak Ulfa Alwiya ni.” Ujar Al-Firasi meredakan keadaan. Cair juga hatinya melihat wajah kecewa si anak gadis.

“Yeay! Love you papa!” Terus sahaja Ulfa mengucup pipi Al-Firasi. Bertalu-talu.

“Tapi papa…” Haqqi hilang bicara. Dia sudah dapat mengagak. Papa pasti akan ikutkan sahaja kemahuan Ulfa. Memang tidak hairanlah budak kecil ini hobinya memberontak ikut suka hati dia sahaja. Sekali pakej tidak pandai hormat orang yang lebih tua daripadanya.

“Tak apa. Papa tolong pasang dan buka bila kita pindah keluar nanti.”

“Macam-macamlah kamu ni Puteri Ulfa Alfiya. Perangai tak berubah langsung. Ulfa ingat Ulfa tu kecil lagi ke?” Tengku Maria yang sekadar mendiamkan diri sedari awal tiba-tiba bersuara sambil bercekak pingggang. “You ni pun Firas, tak perlu manjakan sangat anak. Nanti bukan Haqqi sahaja yang dia berani baling barang. I takut dengan orang lain pun dia buat macam tu.”

Bagus mama! Cuci anak manja papa dan mama ni sampai bersih. Haqqi sorok senyuman bangga dengan omelan mamanya itu.

Muncung sedepa terlakar indah di bibir Ulfa. Dia tarik muka tegang. Mama suka sangat bela Haqqi jika dia terkasar bahasa dengan abangnya itu.

I bukan apa, malaslah dengar dia terjerit-jerit. Apa pula kata keluarga you nanti kalau mereka dengar.” Raut wajah papa berubah muram. Kepalanya tunduk memandang paha sendiri. Kecewa dimarahi isteri di depan anak-anak mereka. “Kami semua ni rakyat marhaen aje. Bukan macam you.” Tidak. Sebenarnya dia sengaja rajukkan diri.

Tengku Maria menjeling tajam. “Banyaklah rakyat marhaen! Isu sekarang ni tiada kena mengena dengan rakyat marhaen ke apa. Isu sekarang ni you tu terlalu ikutkan sangat perangai manja Ulfa.”

“Ulfa, mama marah papalah manjakan Ulfa.” Al-Firasi pandang Ulfa yang masih muncung sedepa. “Dia cemburu kut?”

Dengusan kasar dizahirkan Ulfa. “Isu sekarang ni, Ulfa tak kisah pun mama cemburu papa manjakan Ulfa atau tidak tapi isunya di sini, Ulfa cemburu mama selalu menangkan along daripada Ulfa!”

“Pulak!”

Terbahak-bahak mereka sekeluarga melepaskan tawa mendengar omelan tidak puas hati milik Ulfa Alfiya. Itu pula yang menjadi isunya.

“Mama menangkan along bersebab, Ulfa.” Tengku Maria labuhkan punggung di sebelah Ulfa yang duduk di antara dia dan suaminya. “Along tu abang. Jauh lebih tua daripada Ulfa. Mama tak nak disebabkan kedegilan dan perangai manja Ulfa yang tak bertempat ini, Ulfa bersikap kurang ajar dengan along. Along sayang Ulfa. Along ikutkan kemahuan Ulfa. Bukan bermakna Ulfa boleh hentam along ikut suka hati aje.”

“Betul. Yang tua dihormati, yang muda disayangi.” Urwa menyampuk. Dia sengih. Dia merupakan pembela tegar Haqqi Syauqi.

Muncung Ulfa hilang serta-merta. Wajahnya mendung. Dia sedar akan kekhilafanya tadi.

“Dah, pergi minta maaf dengan along.” Arah Tengku Maria.

Langkah Ulfa yang mahu bergerak menuju ke tempat Haqqi berdiri, terhenti. “Kalau Ulfa minta maaf, along akan buat tak apa yang Ulfa mahukan?”

Mahu tidak mahu terpaksalah Haqqi angguk. “Demi Tuan Puteri Ulfa Alfiya Al-Firasi, patik sanggup menurut titah kemahuan tuan puteri.”

Semerta Ulfa berlari mendapatkan tangan kanan Haqqi, menciumnya beberapa kali lalu tubuh tegap abangnya dipeluk erat. “I’m sorry along! Ulfa janji tak buat lagi!”

Hidung mancung Ulfa menjadi sasaran. “Manja! Mengada! Buat lagi sekali, along lari balik  Amsterdam. Tak nak kawan dengan Ulfa lagi.”

“Along!” Serentak Ulfa dan Urwa menjerit terkejut. Takut akan kehilangan abang kesayangan mereka.

“Tahu pun takut!” Haqqi tayang senyuman senget. “Along gurau ajelah. Tak sanggup along tinggalkan my little cheeky girls yang manja dan mengada tak bertempat ni.”


 

Previous: BAB 7
Next: BAB 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.