Home Novel Cinta Dia Pemilik Cintaku
Dia Pemilik Cintaku
Andayu
11/10/2024 21:52:41
1,321
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 7

Kring! Kring! Kring!

Telefon bimbit berbunyi entah kali yang ke berapa. Nazrul hanya membiarkan sahaja telefon itu berbunyi sejak pukul 10 malam. Dia tidak mahu menjawab panggilan daripada Syaza. Dia bingung bagaimanakah harus menyelesaikan masalah yang berlaku antara mereka. 

Aku tak mungkin memperisterikan Syaza, omel Nazrul di dalam hati.

"Naz kenapa tak jawab phone?" 

"Biarlah." 

"Siapa call?" Soal Ikhram lalu duduk di atas kerusi.

Nazrul tidak menjawab pertayaan Ikhram.

"Gaduh dengan tunang lah tu?" Teka Azlan pula.

"Nak kahwin dah tak lama lagi. Takkan gaduh kot?" Kata Ikhram lalu mengambil keropok di atas meja.

"Tak. Aku dengan Fat okey aje. Bukan Fat yang call?" ujar Nazrul lalu mengambil keropok dari tangan Ikhram.

"Siapa call? Scandal erk?" Gurau Azlan.

"Eh mana ada? Dia bukan siapa-siapalah!" Tegas Nazrul.

"Lepas tu jawablah! Bingit telinga ni," omel Faiz.

"Okey," balas Nazrul lalu mengambil telefon bimbitnya. Telefonnya berhenti berbunyi. Selang beberapa saat satu pesanan ringkas masuk. 

Nazrul membaca pesanan ringkas dengan penuh debaran di dalam hati.


Saya tunggu dekat pantai belakang UMT. Tepat jam pukul 3 petang esok. If you tak datang. I bagi tau dekat tunang you tentang kita.


Nazrul mengeluh. Nombor telefon Syaza didail. Sebelum sempat dia menekan butang panggil. Telefonnya berbunyi lagi. Dia menarik nafas lega apabila melihat nama pemanggil bukanlah Syaza.

"Assalamualaikum ma."

"Waalaikumussalam. Baru sekarang nak jawab call?!" Marah Puan Mariam dihujung talian.

"Mama ada call ke?"

"Taklah. Hantu agaknya yang call tadi."

Nazrul pantas memeriksa rekod panggilan masuk. Dia mengeluh kecil. Sangkaannya hanya Syaza yang menelefon dia. Tidak menyangka ibunya turut menghubunginya ketika waktu yang sama.

"Ada apa mama call?"

"Astagfirullahalazim. Takkanlah itu pun tak tahu Naz?"

Nazrul menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Kenapa ma?"

Kedengaran keluhan kecil dilepaskan oleh Puan Mariam dihujung talian. "Wedding macam mana? Dah setel semua ke?"

Nazrul diam.

"Masa majlis nanti mama nak tinggal mana? Tiga hari mama papa dekat sana. Naz dah booking hotel atau mana-mana homestay?"

"Semua dah setel soal tempat tinggal. Ayah Fat dah booking homestay betdejatan dengan rumah dia."

"Eloklah begitu. Mama tak naklah bila dah sampai sana baru nak cari homestay susahlah."

"Mama just fikir majlis dekat sana aje. Berapa orang nak datang nanti?"

"Ramailah jugak. Mama buat kira-kira dalam lima hingga enam buah kereta dari Kemaman. Selebihnya Mak Long sekeluarga dah tunggu dekat Gong Badak."

"Okey."

"Mama dengar suara Naz macam tak ceria aje? Ada masalah dengan Fat ke?"

"Tak."

"Ingat Naz. Semua persiapan majlis dah disediakan. Naz jangan buat hal!" Pesan Puan Mariam mengingatkan Nazrul tetang Majlis yang akan diadakan di rumah mereka selepas seminggu majlis akad nikah.

"Mama doakan yang terbaik buat Naz. InsyaAllah semuanya berjalan dengan lancar."

"Doa mama sentiasa mengiringi langkah Naz. Bila Naz balik kemaman?"

"InsyaAllah khamis nanti."

"Okey. Sebolehnya balik awal sikit banyak lagi yang nak dibincangkan."

"Okey mama. Assalamualaikum," ujar Nazrul lalu mematikan talian Telefon. 

Tanpa membuang masa dia membalas pesanan ringkas daripada Syaza. Dia melangkah masuk ke dalam bilik lalu merebahkan badannya. Telefon bimbit diletakkan di atas meja. Mata yang belum berasa mengantuk cuba dipejamkan. 

Telefon bimbit dicapai. Nombor telefon insan tersayang segera didail. Dia menunggu dengan sabar panggilan itu dijawab.

"Ada apa Naz call malam-malam ni?" Soal Haura dihujung talian.

Nazrul menarik nafas lega. "Saja nak dengar suara sayang," jawabnya. Dia yakin Syaza masih belum memberitahu perkara itu kepada Haura Fathonah.

"Fat gantuk ni. Esok kerja?"

"Okey, goog night sayang."

"Naz dah ambilkan borang nikah?"

Nazrul menepuk dahinya. "Dah ambil," bohongnya. Dia terlupa mengambil borang itu pada petang tadi.

"Okey. Jumpa Rabu nanti."

"Okey."

"Good night." Talian dimatikan. 

Esok sempat lagi ambil, omel Nazrul di dalam hati. Dia menarik selimut lalu memejamkan matanya. Dia baru berasa mengantuk setelah mendengar suara cinta hatinya.


SEPERTI yang dijanjikan Syaza setia menunggu kehadiran Nazrul. Setelah hampir setengaj jam baru kereta proton Bezza milik Nazrul kelihatan tidak jauh dari tempat dia berdiri.

"Ada apa?" Soal Nazrul seperti tiada apa-apa yang berlaku.

"Naz rasa kenapa?"

"Kita dah bincang sebelum ni," ujar Nazrul mengingati kembali perbikcang mereka di Kuala Lumpur beberapa minggu yang lalu.

"Kita tak capai kata putus kan?"

"Keadaan masih sama aje Syaza. Tidak ada perubahan pun. I balik dulu lah," ujar Nazrul lalu membuka langkah untuk meninggalkan Syaza.

Pang!

Satu tamparan singgah pada pipi Nazrul. "Mungkin zaman sekolah dulu cinta kita dianggap cinta monyet. Tapi sekarang tidak lagi."

"Kenapa? You nak cakap dah jatuh cinta dekat I?" Ujar Nazrul sambil menggosok pipinya dek tamparan Syaza.

"Ya!"

"I cintakan Haurah Fathonah."

"Takdir berkata lain Naz?"

"Takdir apa?"

"I ditakdirkan untuk you, Naz."

"Bodoh. You tak faham ke I dah nak kahwin?"

"Bodoh," ujar Syaza sambil tersenyum sinis. "Ya. I memang bodoh jika I biarkan you kahwin dengan dia."

"You nak buat apa?"

"Setelah apa yang berlaku. Jangan ingat I akan biarkan you bahagia dengan orang lain?"

"I tak sengaja," jelas Nazrul lalu mengacau rambutnya. Dia kelihatan serabut. "I cuba selamatkan you daripada Alex. I langsung tak berniat nak ambil kesempatan atas you."

"Tapi you dah pun ambil kesempatan itu Naz!" Jelas Syaza agar Nazrul sedar akan perbuatannya. "Sengaja atau pun tidak. You telah menodai kesucian diri I."

Nazrul mengeluh berat. Kepalanya serabut memikirkan masalah ini. Dia sayangkan Fathonah. Dia tidak pernah menyayangi Syaza sejak dulu lagi.

Syaza meraih tangan Nazrul. "Please kahwin dengan I?"

Nazrul menarik tangannya kembali. "I can't. I betul-betul tak sengaja."

Syaza sedih. "Hanya orang bodoh aje yang cakap macam tu," ujarnya sambil menahan sebak di dada. "Tak sengaja?" Dia mengajuk kata-kata Nazrul. "You fikir I suka dinodai. Walaupun semua ni berlaku di luar jangkaan. Di luar kawalan I. You fikir I nak ke semua ni berlaku?"

"So you nak salah kan I ke?" Soal Nazrul geram apabila dirinya dipersalahkan atas apa yang menimpa gadis itu. "Salah ke niat baik I nak tolong you?" Soalnya lagi. "Seandainya I tahu apa yang bakal berlaku pada masa depan. I memang takkan tolong you. I pejamkan mata aje biarkan lelaki-lelaki tu ambil kesempatan atas diri you."

"Sekarang sebaliknya! You yang ambil kesempatan atas kelemahan diri I malam tu?"

Nazrul diam. Dia akut ada betulnya apa yang Syaza katakan. Dia gagal mengawal hawa nafsunya yang telah dihasut oleh syaitan. Akhirnya membawa dia ke lembah maksiat.

"So you nak I buat apa Syaza?"

"Seperti yang I pernah cakap sebelum ni. Simple aje. Bertangungjawab. Kahwin dengan I," jelas Syaza dengan senang hati. Wajahnya mula mengukir senyuman. "You jangan ingat I perenpuan tak ads maruah! I suci lagi masa you sentuh I malam tu?"

Nazrui akui kebenaran itu. Namun dis tersepit di tengah-tengah. Di dalm hatinya terlalu sayangkan Haura Fathonah. Malangnya dia tidak boleh menikahi kedua-dua gadis itu dalam masa yang sama. Dia tidak sanggup menduakan Fathonah. Dia bingung.

Nazrul membetulkan rambutnya yang kusut masai dengan tangannya. Dia berusaha bersikap tenang. Wajah Syaza dipandang. "Bagi I masa untuk fikirkan."

Keputusan Nazrul mengejutkan Syaza. "Banyak mana masa you nak ambil! You dah nak kahwin?"

"Ya, I tahu!"

"So takkan you nak kahwin dulu baru nak beritahu semua ni dekat dia?"

"No! Jangan sesekali beritahu Fat!"

"So what now?"

"Argh serabutlah!" Ujar Nazrul lalu mendekati keretanya.

"Naz!" Panggil Syaza apabila melihat Nazrul ingin meninggalkannya. "I'm pregnant!"

"What?"

Syaza mendekati Nazrul. "Takkan you nak tunggu I pregnant dulu baru nak kahwin?"

Nazrul menarik nafas lega. Dia bimbang jika Syaza betul-betul mengandung. "Tapi tak kan?" Dia tidak rasa hanya dengan satu kali bersama boleh membuntingkan Syaza.

"I dah buat pengiraan. Period I delay seminggu. You fikirlah sendiri. Sekiranya I disahkan hamil. Apa akan jadi?" Soal Syaza berharap Nazrul akan menerima dia sebagai isterinya.

Nazrul diam. Dia tidak pernah berfikir mengenai perkara itu.

"Fikirlah Naz? Mana I nak letak muka ni. Macam mana I nak kerja?"

Nazrul mengeluh berat. "I will call you later," ujarnya lalu masuk ke dalam kereta dan meninggalkan Syaza.

"Nazrul!" Panggil Syaza sekuat hati. Air mata mula mengalir laju membasahi pipinya.

Dia masuk ke dalam kereta. "I akan tuntut hak I Naz. I akan pastikan you takkan bahagia dengan dia!" Syaza nekad ingin mempertahankan maruah dirinya.


Nazrul tiba dihadapan rumah sewanya. Dia pantas masuk ke dalam rumah. Pintu bilik dihempas dengan kuat. Dia rasa amat tertekan saat ini. Fikirannya kusut. Dia melihat wajahnya dihadapan cermin. Perasaan amarah tiba-tiba sampai di kemuncaknya. Dia menumbuk cermin itu sehingga pecah. Dia rasa benci akan dirinya sendiri.

"Kau kenapa Naz?" Soal Ikhram sebaik sahaja mendengar suara cermin pecah dari arah biliknya. "Ya Allah, Naz?" Terkejut Nazrul apabila melihat tangan Nazrul berdarah. Tanpa membuang masa dia segera mengambil kotak first aid untuk merawat luka Nazrul.

"Kenapa ni?" Soal Ikhram sambil menarik tangan Nazrul duduk di atas tilam. Dia membuang kaca-kaca yang melekat pada tangan lelaki itu.

"Aku stress Ikh."

"Stress sekali pun janganlah cederakan diri sendiri. Kau tu darah manis. Nak kahwin tak lama lagi."

"Itulah yang aku risaukan?"

"Kenapa? Kau ada masalah dengan Fat ke?" Soal Ikhram sambil menyapu ubat pada tangan Nazrul.

"Tak."

"Habis tu?"

"Susah aku nak cakap Ikh."

"Cakaplah. Luahkan apa yang terbuku dalam hati kau tu. Walaupun aku tak mampu membantu sekurang-kurangnya lapang sedikit dada tu," ujar Ikhram lalu membalut tangan Nazrul dengan kain kasa. "Luka kau ni aku balut sementara aje. Free nanti pergilah klinik buat rawatan. Aku bimbang ada kaca dalam jari."

Nazrul tidak bimbang akan hal itu. Dia hanya memikirkan bagaimana cara menyelesaikan masalah yang dihadapinya. "Okey."

"Kau tak nak beritahu aku ke?"

"Kau janji jangan beritahu sesiapapun jika aku cerita."

"Aku sahabat kau. Aku takkan khianati sahabat aku."

"Aku dah terlanjur."

"Dengan Fat?"

Nazrul geleng. "Kalau dengan Fat, aku tak kisah?"

"Dengan orang lain?"

Nazrul angguk.

Ikhram mengeluh. "Siapa? Bagaimana boleh berlaku?" Soalnya.

Nazrul menarik nafas perlahan. Akhirnya dia menceritakan apa yang telah berlaku kepada Ikhram. Dadanya berasa sedikit lega setelah meluahkan masalahnya kepada Ikhram. 

Ikhram termenung. Dia sendiri tidak tahu apa yang harus dikatakan. Bukan mudah nak menghadapi situasi seperti ini. Di saat hari bahagia akan tiba. Ujian datang secara tiba-tiba.

"Apa yang aku harus buat Ikh?"

Ikhram mengusap belakang Nazrul bagi menenangkan sahabatnya itu. "Aku tak mampu nak bagi nasihat. Tapi aku hanya boleh bagi pilihan."

"Pilihan?"

"Pertama kau harus memilih antara Syaza dengan Fat. Kedua kau kahwin aje lah dengan Fat dan Syaza."

Nazrul diam. Dia sudah menduga Ikhram juga akan berkata begitu. Namun dia tidak tahu pilihan mana yang harus diambil. Dia meraup wajahnya. Fikirannya buntu. Majlis perkahwinan semakin dekat. Syaza pula minta dia bertanggungjawab atas apa yang telah berlaku.

"Jika semudah abc dah lama aku sanggup Ikh."

Ikhram menyimpan kotak first Aid. "Aku pun tak tahu nak cakap apa lagi Naz. Itu aje pilihan yang kau ada?"

"Syaza memang tak kisah jika bermadu. Dia hanya nak aku bertanggungjawab aje. Tapi bagaimana penerimaan Fat? Sanggup ke dia bermadu?"

Ikhram mengangkat bahu. "Seloknya kau ambil aje pilihan pertama?"

"Mestilah aku akan pilih Fat?" Kata Nazrul dengan tegas.

"It's up to you bro," ujar Ikhram lalu meninggalkan bilik Nazrul. Dia mahu lelaki itu memikirkan sendiri penyelesaian masalah yang dihadapinya. 

Nazrul merebahkan badannya. Dia memicit kepalanya yang berasa pening. Tangannya mula berasa sakit. Setelah beberapa minit merenung syiling akhirnya dia terlena sambil menahan kesakitan pada tangannya.


Previous: Bab 6
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Andayu