Home Novel Cinta Dia Pemilik Cintaku
Dia Pemilik Cintaku
Andayu
11/10/2024 21:52:41
1,321
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 3

Bab 3 part 1


Laut terbentang luas dihadapan Fateh. Kedengaran ombak menghempas pantai. Kekadang air laut terpercik ke mukanya. Pandangan dia terasa kosong. Poket seluar diseluknya. Dia mengeluarkan kotak kecil berwarna merah hati. Dia membuka penutup bekas itu. Kelihatan sebentuk cincin emas yang berbentuk hati di dalamnya. Satu keluhan kecil dilepaskan. Sudah sebulan dis membeli cincin itu. Dia memilih cincin ini untuk meminang Izzaty. Kini tidak lagi.

"Bagi kat umi ajelah nanti," katanya perlahan.

Fateh menyimpan semula cincin itu ke dalam poket seluarnya. Waktu senja akan tiba tidak lama lagi. Dia bangkit dari tempat duduknya lalu melangkah ke arah kereta yang diparkirkan tidak jauh dari tempatnya duduk.

Fateh memandu kereta pulang ke rumah. Selang beberapa minit dia tiba di hadapan rumahnya yang teletak tidak jauh dari Pantai Airport. Rumahnya terletak di kampung Tok Jembal. Rumahnya baru sahaja siap dibina beberapa bulan yang lalu.

Dia melangkah masuk ke dalan rumahnya yang kelihatan kosong tanpa perabut hanya ada sebuah kerusi malas yang baru dibelinya semalam. Dia menyediakan rumah ini bagi menyambut ahli baru dalam hidupnya. Tapi kini, dia binggung siapakah permaisuri yang bakal menghuni rumah ini bersamanya. Adakah insan itu atau dia hanya membujang hingga ke akhir hayat.

Suasana di dalam rumah ini kelihatan luas kerana diwarnakan dengan warna putih. Dia menantikan sentuhan seorang wanita bagi menghiasi dan mencantikan rumah ini mengikut keselesaannya. 

Fateh mengatur langkah menuju ke dapur. Dia mengambil ais oren di dalam peti ais lalu meneguknya. Dia telah membeliman beberapa kelengkapan dapur untuk keperluan harian. Dia akan singgah seminggu sekali jika tiada kerja. Sebelum ini dia banyak menghabiskan masa tinggal di kuarters bagi memudahkannya kerja. Jika ada panggilan kecemasan yang meminta dia untuk bertugas.

Fateh mengambil roti keping lalu memakannya. Perutnya sudah lama berbunyi, namun seleranga mati. Dia menjamah roti untuk mengisi perutnya yang mula terasa amat lapar. 

"Kejap lagilah masak," ujarnya sambil memeriksa bahan masakan yang ada.

Fateh ke bilik air setelah mendengar Azan Magrib berkumandang. Tanpa melengahkan waktu dia segera menunaikan perintah Allah.

"Ya Allah, berilah aku kesabaran dalam menempuh segala ujian yang Engkau berikan. Ya Allah, permudahkanlah urusanku dalam mencari jodoh. Angkatlah rasa sedih ini dari dalam hatiku. Sesungguhnya Engkaulah yang maha mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaMu. Amin." Doa Fateh.

Dia melipat sejadah lalu disangkut pada rak baju. Dia menguap. Badannya terasa letih. Badannya direbahkan diatas katil. Dia merenung syiling rumahnya. Suasana malam ini berasa sunyi. Hanya kedengaran bunyi cengkerik dan katak di luat rumah. Akhirnya dia terlena.


HAURA menarik nafas dan perlahan-lahan melepaskannya. Udara ditepi pantai Merang berasa begitu segar. Suasana pagi ini begitu nyaman. Dia tersenyum bahagia menikmati keindahan alam. Kakinya melangkah menyusuri pantai. Banyangan Nazrul telah jauh dihadapannya. Entah mengapa lelaki itu agak murung sejak kembali ke Terengganu setelah selesai menghadirk Kursus yang diadakan beberapa hari yang lalu.

Haura mempercepatkan langkahnya. Setiba disamping Nazrul. Dia sengaja memijak air dengan kuat sehingga air terpercik ke arah lelaki itu. Dia tergelak melihat Nazrul terkejut.

"Fat."

Haura masih ketawa kecil. Dia menyapu pasir yang melekat pada baju Nazrul. "Naz okey tak?" Soalnya hairan melihat perubahan sikap Nazrul pada hari ini.

"Okey,"jawab Nazrul sepatah.

"Kursus okey tak?"

Debaran di dada mula terasa apabila Haura menyoal tentang kursus yang dihadirinya pada hari Ahad yang lalu. "Alhamdulillah semua okey," balas Nazrul dalam keadaan tergagap-gagap.

Haura berhentikan langkah kakinya. "Naz tak sihat ke?" Soal Haura lalu menyentuh dahi Nazrul.

Nazrul menepis tangan Haura. "Naz sihat," balasnya lalu duduk di atas batu yang berhampiran. 

"Tapi kenapa Fat tengok Naz tak ceria pun?" Balas Haura lalu duduk disebelah Nazrul. "Hari tu cakap nak keluar jalan-jalan dengan Fat. Sekarang Naz tak happy pulak," ujarnya dengan nada sedih mengenangkan sikap Nazrul.

"Naz okey. Fat jangan risau ya," ujar Nazrul lalu melemparkan senyuman. Walaupun senyuman itu agak pahit untuk diteruskan. Ada sesuatu yang bermain dibenaknya ketika ini. 

"Naz dah pilih tempat kita nak pergi honeymoon?"

"Huh?"

"Kata okey. Tapi kenapa tak fokus pun dengan apa yang Fat cakap!" Ujar Haura mula marah dengan sikap acuh tak acuh Nazrul.

"Naz dengar. Cakaplah."

"Planing kita lepas kahwin nak pergi honeymoon ke mana?"

"Naz tak fikir lagi. Kita bincang lain kali lah. Kita fokus dengan majlis yang wajib dulu."

"Betul jugak tu," Haura mengiyakan pendapat Nazrul. "Abah dah tanya macam mana dengan pihak keluarga abang nanti."

"Tentang apa?"

"Majlis sanding hari sabtu. Tapi majlis akad nikah pada hari Jumaat malam. So family Naz datang bila. hari khamis ke?"

Nazrul diam.

Hauran mendengus geram. 

"Sorry. Apa Fat cakap tadi?"

Haura bangkit dari tempat duduknya. Dia cuba mengawal kemarahan yang mula bersarang di dalam hati. "Family Naz datang bila? Abah nak booking homestay yang berdekatan dengan rumah."

"Okey," balas Nazrul sambil menguis-guis pasir dengan kakinya. Dia langsung tidak serius dengan pertanyaan Haura.

"Naz!" Marah Haura. 

"What?"

Haura menggelengkan kepalanya. "Hantar Fat balik!" Ujar Haura lalu mengambil seliparnya dan berlalu meninggalkan Nazrul.

"Fat!" Panggil Nazrul. Dia segera mengejar langkah Haura yang semakin jauh dihadapannya. 


"ASSALAMUALAIKUM," ujar Farah lalu melangkah masuk ke dalam rumah. 

"Waalaikumussalam," jawab Fateh lalu menikmati sarapan yang baru disiapkan ibunya.

"Eh angah ada balik."

"Angah dah hampir dua minggu kat sini along," celah Fahim adik bongsu merka.

"Manalah along tahu. Bukannya along selalu datang sini. Angah pun lama tak call along," kata Farah lalu melabuhkan punggung di atas kerusi bersebelah dengan Fateh.

"Along kan dah bersuami buat apa angah call selalu."

"Alah sekadar bertanya khabar apa salahnya."

"Ada apa along datang?" Soal Puan Fatimah.

"Nak ziarah umi abah lah. Dah lama tak datang sini. Kebetulan anak-anak sekolah."

"Abah dari subuh tadi tak kelihatan lagi. Ke mana pergi tak tahulah," ujar Puan Fatimah memikirkan suaminya yang masih belum pulang sejak subuh lagi.

"Umi janganlah risaukan abah. Sekejap lagi baliklah tu," ujar Fateh lalu bangkit dari tempat duduknya setelah selesai menjamu selera.

"Angah cuti lama ke?"

"Ya. Angah cuti dua bulan."

"Amboi bestnya dapat cuti lama."

"Biarlah angah nak rehat lama sikit," ujar Puan Fatima lalu mencedok nasi lemak ke dalam pinggan.

"Angah kenapa cuti lama sangat?" Soal Farah kehairanan dengan sikap adiknya. Dia amat mengenali Fateh. Adiknya tidak akan mengambil cuti yang lama tanpa sebab.

"Kenapa kau sibuk along. Suka hati angah nak cuti sekejap ke lama ke?" Celah Fahim.

"Biasa doktor kan sibuk. Setahu along mana boleh cuti lama kan?"

"Sekarang dah tahun 2024 along. Takkan doktor Fateh cuti dah tak ada doktor lain," celah Fahmi lagi.

"Hisy adik ni. Dari tadi sibuk aje menyampuk along cakap. Angah diam aje. Kau yang kepoh," marah Farah.

"Sudahlah tu along. Kau orang berdua memang tak boleh jumpa. Ada saja hal yang nak digaduhkan," Puan Fatimah cuba meleraikan perang mulut antara Fahim dan Farah.

"Fahim pergi kelas dululah umi," ujar Fahim setelah meneguk air. 

"Hati-hati bawa motor tu," pesan Puan Fatimah. Fahim masih belajar lagi. Dia menuntut ilmu di Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZa).

"Baik umi."

"Balik pukul berapa?" Soal Fateh.

"Kelas penuh hari ni. Lain kali lah kita pergi memancing," ujar Fahim ketika memakai kasut.

"Okey," balas Fateh sepatah. Dia bangkit daripada tempat duduknya. "Umi, angah keluar sekejap."

"Nak ke mana pulak tu?" Soal Farah.

"Biarlah angah nak keluar. Dia bukan selalu ada masa nak duduk rehat lama-lama macam ni," ujar Puan Fatimah.

"Along tengok angah tu macam ada masalah aje?" Duga Farah apabila melihat perubahan sikit Fateh yang kelihatan agak murung dan tak ceria seperti sebelum ini.

"Umi tengok okey aje," balas Puan Fatimah. Dia juga perasan akan perubahan anak terunanya itu. Namun dia tidak mahu mengambil tau masalah apa yang sedang dilalui oleh Fateh. Dia tahu Fateh mampu menyelesaikannya sendiri. Dia hanya membiarkan Fateh menenangkan dirinya.

Usai makan, Farah bangkit daripada tempat duduknyam dia berlalu ke dapur bersama pinggan yang kotor ke sinki. "Banyak ke umi masak nasi lemak?" 

"Sikit aje. Umi masak untuk makan pagi ni aje," ujar Puan Fatimah lalu mengelap tangannya pada tuala setelah mencuci tangan.

"Umi, angah tu tak ada cakap yang di nak kahwin ke?"

"Tak ada kenapa?"

Farah duduk diatas anak tangga. "Angah ada call tanya saiz cincin baru ni. Saja nak tahu kot angah ada suruh umi pinangkan gadis itu untuk dia."

"Sejak angah balik sini. Umi tak banyak bercakap dengan angah," ujar Puan Fatimah sambil menyusun pinggan mangkuk yang telah dicuci. "Angah banyak diam aje. Umi malaslah nak tanya macam-macam. Dia balik ke sini pun, umi dsh bersyukur sangat. Kadang hati umi risau fikirkan dia tinggal seorang diri kat rumah dia."

"Rumah angah dah siap?"

"Dah tiga bulan rasanya."

"Angah putus cinta ke umi?"

Puan Fatimah mengangkat bahunya. "Manalah umi tahu."

"Sebelum ni kan dia dah lama bercinta dengan budak Zaty lau tak salah."

"Takkanlah umi sibuk nak tanya pulak. Angah dah besar along. Dah 28 tahun. Biarlah dia buat keputusan sendirj bila nak kahwin."

"Hmm... Kalau betullah angah dah break up dengan budak tu okey jugak. Along tak berkenang sangat dia dia."

"Hisy kamu ni along. Ada pulak cakap begitu," marah Puan Fatimah. Dia mengeluarkan ayam dari dalam peti sejuk bagi membuat persediaan untuk masak menu tengah hari nanti. 

"Sepatutnya along doakan yang baik-baik untuk angah. Bukannya berkata begitu," celah Iman Shafie dari arah pintu dapur.

"Abah," sapa Farah lalu bersalaman dengan bapanya. 

"Apa yang disembangkan. Riuh sapa ke luar dengar?" Soal Iman Shafie lalu duduk di atas kerusi.

"Along ni sibuk pasal angah."

Farah sengih. "Ala... Along kan kakak jadi kenalah caring pasal adik. Along just tanya umi bila angah nak kahwin?"

"Bila sampai masa nanti kahwinlah angah tu," kata Iman Shafie.

"Abang dari mana?" Soal Puan Fatimah lalu menghulurkan secawan kopi kepada suaminya.

"Abah ke rumah Pak Wan tadi. Dia minta tolong tengokkan anak dia yang tak sihat," jawabnya lalu mengambil kopi yang diberikan oleh isterinya.

"Ingatkan ke manalah tadi. Nasi lemak ada kat meja atas. Abang nak makan ke?"

"Abah dah makan dekat rumah Pak Wan tadi. Lapar nanti abah ambil sendiri je," ujar Iman Shafie lalu menikmati air kopi buatan isterinya. "Angah mana?"

"Angah dah keluar abah."

"Ke pantai lagi ke?" Soal Iman Shafie kepada Puan Fatimah.

"Entahlah. Tak dengar bunyi motor pun tadi. Dia naik basikal pusing-pusing kampung agaknya," ujar Puan Fatimah lalu memasukkan nasi lemak yang dh siap dibungkus ke dalam plastik.

"Along balik dululah," ujar Farah lalu bangkit dari tempat duduknya.

"Eh cepatnya nak balik dah," kata Iman Shafie.

"Along plan memang nak singgah sekejap aje. InsyaAllah free nanti along datang bermalam di sini dengan anak-anak."

"Kamal tak datang ke?"

"Abang kamal selalu outstation. Along nak penuhi permintaan anak-anak nak bermain dekat sini," ujar Farah lalu bersalaman dengan ibu bapanya sebelum pulang.

"Ini nasi lemak umi dah bungkus," ujar Puan Fatimah lalu menghulurkan plastik yang berisi nasi lemak.

Farah tersenyum. "Terima kasih, umi. Sayang umi," ujar Farah lalu mencium pipi ibunya.

"Sayang umi ajelah," ujar Iman Shafie seakan merajuk.

Farah memeluk Iman Shafie dari belakang lalu mencium pipinya. "Sayang abah jugak."

Iman Shafie senyum dengan tingkah laku Farah. "Hati-hati bawa kereta," pesannya. 

"InsyaAllah umi abah," balas Farah lalu melangkah meninggalkan ruang dapur.

Iman Shafie hanya mampu mengiringi pemergian puteri sulongnya dengan ekor mata. Dia senyum melihat Farah melambaikan tangan sebelum meninggalkan kawasan rumah mereka. Walaupun anaknya telah bersuami, namun dia masih bermanja dengan anaknya. Maklumlah Farah satu-satunya anak perempuan yang dimilikinya. Bukan senang dia melepaskan anak perempuannya kepada orang lain. Alhamdulillah Kamal melayani Farah dengan baik. Dia bersyukur kerana Farah dikurniakan suami yang penyayang dan bertangungjawab.

 

TANGAN Haura ditarik perlahan. "I'm sorry," ujar Nazrul cuba memujuk Haura. Tudung Haura dibetulkan. "Jom pergi makan. Fat lapar kan?" Ujar Nazrul cuba meredakan kemarahan tunangnya. 

"Fat tak lapar!" Marah Haura. "Apa masalah Naz ni? Kalau tak nak keluar dengan Fat tak apa. Jangan paksa diri tu," ujar Haura lalu melangkah ke arah kereta.

"Fat!" Panggil Nazrul lagi. "Naz minta maaf. Kita bincang dalam kereta," ujar Nazrul lalu membuka kunci kereta. Dia tidak mahu orang sekeliling memandang tingkah laku mereka. Memandangkan hari ini adalah hari Jumaat. Ramai pengunjung yang berada di situ.

Nazrul membukakan pintu kereta untuk Haura. Kemudian dia turut masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin kereta. "Fat," panggilnya perlahan.

Haura berpeluk tubuh. Dia geram akan tindakan lelaki itu yang bersikap tidak serius dengan apa yang dibicarakannya. "Fat tak sabar nak tunggu hari bahagia kita tiba."

"Naz pun sama."

"Tapi kenapa Naz tak fokus dengan apa yang Fat cakap!"

"I"m sorry sayang. Now cakaplah. Naz dengar."

"Fat tak sepatutnya jumpa Naz hari ni," keluh Haura kesal kerana mengingkari larangan ibu bapanya. "Betullah kata orang. Sebulan sebelum majlis kita tak boleh jumpa. Bak kata orang hilang seri pengantin nanti."

"Mana boleh percaya perkara karut tu."

"So?" Jerit Haura melepaskan rasa amarahnya. "Naz nak Fat buat apa? Kita dah nak kahwin. Majlis tinggal dua minggu aje lagi. Takkan Naz tak berbincang apa-apa dengan mama papa!"

"Dah. Naz dah bincang sebelum ni. Fat janganlah risau. Mama dah plan semuanya mengikut perancangan kita."

Haura menjeling marah. "Hantar Fat balik rumah sekarang!" Arahnya.

"Awal lagi," balas Nazrul sambil melihat jam pada pergelangan tangannya. 

"Hantar je sekarang. Kejap lagi kan Naz nak pergi solat Jumaat pulak," ujar Haura dengan nada sedih. 

Nazrul mula buntu. Fikirannya kusut saat ini. Dia merasakan seperti ada batu besar sedang menghempak kepalanya. 'Naz minta maaf Fat', desis hati kecilnya. 

"Barang-barang hantaran ada lagi ke yang tak dibeli?" Soal Nazrul setelah diam beberapa saat.

"Tiada."

"Bil untuk pelamin dah setel belum?"

"Dah!"

"Nanti baju pengantin nak ambil bila?"

Haura membetulkan kedudukannya. "Bila Naz free?"

"Hari ni free."

"Hari ni Jumaat. Butik tutuplah."

"Esok?"

"Fat balik kampung. Nak setelkan bil catering."

"Nak pergi butik ambil baju ke? Tak awal sangat ke?"

"Fat nak ajak try baju pengantin lagi sekali."

"Nak buat apa. Kita kan dah pilih baju dua bulan lepas."

"Dua bulan lepas bukan minggu lepas cik abang oi!" Ujar Haura lalu mencubit pinggang Nazrul.

"Arghhh!!!" Jerit Nazrul menahanrasa sakit.

"Eiii geram betul Fat," ujar Haura sambil menyapu tangannya. "Ikut ajelah! Mana tau badan Naz dah gemuk ke?"

Nazrul mengosok pinggangnya yang berasa sakit dicubit oleh Haura. "Badan Naz maintain aje. Berat tak pernah naik lebih dua kilo pon. Jangan-jangan Fat yang gemuk," usiknya.

"Tak kisahlah. Naz kena ikut. Hari selasa pukul 4 petang Fat tunggu dekat butik."

"Okey. InsyaAllah Naz datang."

"InsyaAllah," ujar Haura merasa pelik apabila Nazrul berkata begitu.

"Ya. InsyaAllah dengan izin Allah Naz pergilah ke butik."

Haura mencerlung marah. "Jangan tak datang pulak. Fat dah setelkan semua payment tau."

"Okey. Kenapa tak minta duit dengan Naz nak bayar?"

"Majlis sanding pada belah pihak lelaki nanti, Naz bayarkanlah. Kita nak hidup sebagai suami isteri perlu berkongsi. Barulah rumah tangga berkat," ujar Haura perlahan setelah kemarahannya agak reda.

"Naz tak kisah pun nak keluarkan duit. Ini kan majlis kita. Fat akan jadi tanggungjawab Naz sampai akhir hayat," ujar Nazrul lalu mengeluarkan dompet. Beberapa keping not RM100 dihulurkan kepada Haura.

"Nah."

Haura mengambil duit yang diberikan oleh Nazrul. "Banyaknya. Nak buat apa ni."

"Fat simpanlah. Guna bila perlu. Manalah tahu masa majlis nanti tak cukup duit untuk beli barang goodies untuk tetamu."

"Okey. Terima kasih Naz," ujar Haura lalu menyimpan duit yang diberikan Nazrul ke dalam beg galasnya. Nazrul tak pernah berkira dengannya tentang duit. Dia juga selalu mengirimkan wang belanja kepadanya.

"Tapi Naz pun kena ada simpanan juga. Duit hantaran dan mas kahwin dah cukup ke belum?"

"InsyaAllah cukup."

"Jomlah hantar Fat balik."

"Nak balik dah ke?" Soal Nazrul manja. Dia cuba mencuit pipi Haura.

Haura menepis tangan lelaki itu. "Janganlah. Haram."

"Ala... Takkan nak cuit sikit tak boleh," usik Nazrul. Dia geram dengan pipi Haura yang putih itu.

"Tunggu dah diijabkabulkan dulu baru boleh."

"Hmm..."

"Bukan Fat yang cakap. Tapi dalam islam kita dilarang menghalalkan apa yang haram," ujar Haura menjelaskan mengapa dia tidak suka Nazrul bersikap demikian. "Tak lama dah Naz. Tinggal beberapa hari saja lagi. I will belong to you," ujar Haura sambil menahan malu yang mula bersarang di wajahnya.

"Okey, Naz faham," balas Nazrul perlahan. Dia mengakui apa yang dibicarakan oleh Haura ada betulnya. Sukar mencari pasangan yang menjaga batas pergaulan sebelum berkahwin.

"Kita pergi lunch dulu boleh?" Soal Nazrul sambil memandu kereta meninggalkan kawasan pantai Merang.

"Tak lambat ke Naz nak solat Jumaat nanti?"

"Kita singgah Masjid Merang ajelah. Fat boleh solat Zuhur sekali."

"Okey."

Nazrul lega apabila Haura kembali ceria. Dia akan memanfaatkan cuti pada hari ini dengan sepenuhnya bersama insan tersayang. Dia mahu melupakan segala masalah yang bermain di dalam fikirannya. Saat ini hanya Haura Fathonah yang menjadi keutamaannya. 


Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Andayu