Home Novel Cinta Dia Pemilik Cintaku
Dia Pemilik Cintaku
Andayu
11/10/2024 21:52:41
1,343
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 6

"Alhamdulillah," ujar Aishah lalu mengeliatkan badannya. Setelah hampir satu jam dia membungkus buah tangan yang bakal diberikan kepada para tetamu ketika majlis perkahwinan adiknya nanti.

"Seronoklah pengantin relax aje tak buat kerja?" Omel Husna sambil menepuk-nepuk pahanya yang berasa kebas.

"Pengantin kan?" Ujar Aishah lalu bangkit dari tempat duduknya.

"Adik sepatutnya dah balik. Dia perlu menolong juga. Ini majlis dia kan?"

"Haura bila balik ibu?"

"Katanya nak balik hari khamis nanti," ujar Hajah Hamidah.

"Kenapa ibu tak buat majlis masa cuti sekolah baru ni?" Soal Husna mengingkan kepastian. "Masa tu adik cuti kan?"

"Pihak lelaki nak begitu. Ibu ikutkan aje. Katanya mereka sudah ada program family day yang telah dianjurkan pada minggu itu."

"Okey."

"Adik buat apalah menyewa kat bandar tu?" Ujar Aishah lalu menyusun semua bakul di tepi dinding. 

"Betul tu," sokong Husna pula. "Padahal kerja dalam negeri aje."

"Biarlah adik nak belajar berdikari. Setidaknya ibu dengan ayah boleh ziarah dia di bandar," balas Hajah Hamidah memenangkan puteri bongsunya. "Kalau kat lain. Dekat Kuala Lumpur ke memang ibu tak izinkan. Ibu bimbang nak lepaskan adik kerja jauh."

"Bunga telur ni nak letak mana ibu?" Soal Imram sambil membawa masuk plastik yang berisi bunga telur.

"Letak sini," arah Hajah Hamidah. "Aishah dengan Una nak balik dah ke?"

"Nak balik dah ni. Esok petang pulaklah Aishah datang."

"Im balik dululah," ujar Imram lalu bersalaman dengan Hajah Hamidah.

"Cepatnya."

"Im datang hantar barang aje. Im ada kerja tak siap lagi."

"Okey, hati-hati memandu."

"Baik ibu," balas Imram sebelum melangkah keluar dari rumah.

"Banyak ke ibu buat bunga telur ni?" Soal Husna sambil menyusun bunga telur di depan bakul buah tangan.

"500."

"Kira banyaklah tu."

"Ibu kamu nak buat majlis besar-besaran untuk adik. Maklumlah anak bongsu kan," ujar Haji Khairul lalu duduk diatas sofa.

"Tak adillah. Dulu Una khawin 300 aje bunga telur."

"Ala zaman dulu dengan sekarang mana sama. Along pun kahwin simple-simple aje."

"Una pun simple jugak. Mana ada ambil gambar outdoor."

"Baguslah tu. Kahwin ni sepatutnya buat yang wajib aje. Selepas kahwin banyak lagi duit nak dipakai," ujar Aishah sambil menikmati samosa ikan yang disediakan oleh ibunya.

"Nazrul kan mampu tanggung adik. Kalau adik tak kerja pun boleh aje dia tanggung semua perbelanjaan bulanan."

"Kita nikah semulalah yang. Tak pun Una bagi abang nikah sorang lagi boleh buat majlis meriah sikit," celah Fahmi suami Husna.

"Teringin nak tidur kat luar rumah buat lah perangai!" Marah Husna apabila suaminya berkata begitu.

"Sudahlah tu! Bila nak siap kerja ni asyik bergaduh aje," ujar Hajah Hamidah pula.

"Una nak balik dululah. Budak-budak dah lama tinggal dengan atuk nenek dia. Entah apa dia orang buat pun tak tahu," ujar Husna lalu mengambil beg tangannya.

"Aishah pun nak balik jugak ibu."

"Okeylah. Hati-hati semua," pesan Hajah Hamidah lalu duduk di sebelah Haji Khairul. "Samosa abang," pelawanya.

"Okey," balas Haji Khairul sambil membaca surat khabar. "Haura tak ada hantar borang nikah lagi?"

"Dia kata balik nanti dia bagilah. Sempat lagi kan?"

"Ya. Tapi sebolehnya kita selesaikan awal-awal. Manalah tahu Iman tu ada majlis lain pulak."

"Nanti saya maklumkan pada Haura."


SYAZA memberhentikan keretanya di tepi pantai Tok Jembal. Dia membuka pintu kereta. Dia ingin mengambil udara segar bagi menenangkan fikirannya. Telefon bimbit diambil lalu menghubungi seseorang. Namun setelah cubaan kali ketiga baru panggilannya dijawab.

"Ada apa call?" Kedengaran suara Nazrul marah dihujung talian.

"Why do you think I called?"

"Why?"

"Nazrul!" Marah Syaza apabila lelaki itu berpura-pura tidak mengetahui tujuan dia menghubunginya. 

"So what do you want me to do?"

"Be responsible for what you have done."

"You yang paksa I, Syaza. I minta maaf. I tak boleh tunaikan permintaan you."

Syaza mendengus marah. Dia melangkah keluar dari dalam kereta. "Sampai bila you nak nengelak. Sama ada you terpaksa atau tak sengaja sekali pun. You perlu bertanggungjawab."

"I dah nak kahwin?"

"So what?!" Soal Syaza dengan marah. "Dengan alasan tu you boleh lepaskan tangan macam tu aje."

"I sayangkan Fat. I takkan menduakan dia."

Sakit hati smSyaza mendengarnya. "I don't care. You nak I beritahu perkara ni dekat dia?"

"No! Don't tell anything to her!"

"I tak kisah bermadu. Asalkan you bertangungjawab atas apa yang telah berlaku di antara kita."

"Serabutlah."

Talian terputus. 

"Hello Nazrul!"

"Arghh!!!" Syaza menjerit sekuat hatinya. Dia masuk ke dalam kereta lalu menjatuhkan kerusi. Dia melepaskan tangisan sepuas-puasnya. 

Peristiwa hitam yang tidak diingin terlayar diruang matanya. Seakan baru semalam kejadian itu berlaku.Setelah selesai seminar yang dianjurkan. Syaza mengambil peluang singgah di kelab malam sementara menanti masa untuk pulang ke Terengganu lada keesokan harinya. Dia ingin melihat suasana di dalam kelab tersebut. 

Malang tidak berbau. Dia telah menjadi sasaran lelaki yanh berniag jahat. Kepalanya berasa pening setelah minum air yang diberikan oleh Alex lelaki yang baru dikenalinya. Setelah itu dia tidak mampu mengingati apa-apa lagi.


SYAZA memegang kepalanya yang berasa sakit. Matanya cuba dibuka perlahan-lahan. Dia hairan mengapa dia boleh berada di dalam biliknya ketika ini. Dia cuba mengingati apa yang telah berlaku semalam. Selimut yang menutupi badannya dibuka. Dia terkejut apabila menyedari badannya tidak berpakaian. 

Pintu bilik air terbuka. Syaza segera menarik semula selimut membaluti tubuhnya. Riak wajahnya semakin terkejut melihat lelaki yang dikenalinya kini berada di dalam bilik hotel yang tekah ditempah khas untuknya.

"Nazrul?"

Nazrul hilang kata-kata untuk bersuara ketika ini. Dia mengambil pakaiannya yang berselerakan di atas lantai. Dia tahu Syaza mahukan penjelasan daripada riaksi wajahnya.

"What have you done?!" Soal Syaza apabila Nazrul hanya mendiamkan diri. "What happen last night? Why you here? What are you doing in my room?" Bertalu-talu soalan yang diajukan. Dia merasakan Nazrul telah meragut kesucian dirinya.

"I'm sorry. I tak sengaja," ujar Nazrul lalu melangkah masuk kembali ke dalam bilik air.

Syaza mengelengkan kepalanya mendengar apa yang dibicarakan Nazrul. "Bodoh." Dia memicit kepalanya yang berasa pening. Dia berusaha mengingati apa yang telah berlaku semalam. Namun dia hanya ingat saat meminum air yang diberikan oleh Alex. Setelah itu dia langsung tidak mengingati bagaimana Nazrul boleh bersamanya. 

Usai menyarungkan pakaian. Nazrul melangkah keluar dari bilik air dengan berat hati. Dia mengambil wallet dan telefon bimbit miliknya di atas meja. "I keluar dulu. Jumpa I di lobi baru kita bincang."

Syaza bingkas bangun lalu menampar wajah Nazrul. "Nak bincang apa?" Soalnya. "Mariage?"

Terkejut Nazrul mendengarnya. Tak mungkin dia akan menikahi Syaza kerana dia bakal berkahwin dengan Haura Fathonah. "Apa-apa ajelah," jawabnya bersahaja. Nazrul meninggalkan Syaza yang masih dalam kebingungan.


TUK! Tuk! Tuk!

Ketukan pada cermin tingkap kereta mengejutkan Syaza daripada lenanga yang panjang. Dia menyapu air mata yang masih tersisa pada pipinya sebelum membuka pintu tingkp kereta.

"Ya, ada apa?" Soal Syaza apabila melihat beberapa orang berkopiah berada di situ. Dia mula menyedari hari sudah gelap.

"Cik seorang sahaja ke di dalam kereta?"

"Aaa... Kenapa?"

"Kami hanya memeriksa. Kami dari jabatan agama sedang membuat pemantauan membanteras kegiatan maksiat di kawasan ini."

Syaza angguk tanda faham.

"Maaf kerana menganggu. Hari semakin gelap, seloknya cik pulang ke rumah?"

"Saya memang nak balik dah. Berhenti rehat sekejap tak sedar terlena," jelas Syaza lalu membetulkan kerusi kereta. "Saya minta diri dulu," ujar Syaza lalu memandu kereta meninggalkan kawasan pantai Tok Jembal.

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Andayu