Sayu hati Fateh melihat keadaan bapanya yang dipenuhi wayar yang berselirat pada badannya. Tangan Iman Shafie dipegangnya lalu dicium. "Maafkan angah, abah." Ujarnya kesal kerana tiada sisi bapanya ketika dia diperlukan.
Fateh mula menjalankan tugasnya sebagai doktor. Dia memeriksa keadaan Iman Shafie dengan sebaiknya. Hatinya lega apabila keadaan bapanya tidak begitu serius. Iman Shafie telah melepasi waktu krifikal. Dia hanya perlu menunggu Iman Shafie kembali sedar.
"Bagaimana dengan abah, angah?" Soal Farah yang setia menunggu dihadapan pintu wad.
Fateh melemparkan senyuman. "Alhamdulillah abah baik. Kita tunggu abah sedar dulu."
"Alhamdulillah," ucap Farah dan ahli keluarga yang lain.
"Angah baliklah dulu. Kesian Haura," ujar Puan Fatimah sambil melirih ke arah Haura yang kelihatan kurang sihat.
"Along nak balik dah ke?"
Farah angguk. "Aaa... Along nak ambil anak-anak pulang dari sekolah."
"Umi pun baliklah sekali dengan along. Abah biar angah yang jaga," ujar Fateh lalu mendekati Haura disebelah ibunya.
"Apa?" Soal Haura apabila Fateh memandang wajahnya.
"Sayang balik dengan along boleh. Abang nak jaga abah."
"Tak penat ke?" Soal Haura memikirkan kesihatan Fateh. Mereka baru sahaja tiba daripada Johor Bahru satu jam yang lalu.
"Abang boleh berehat dekat ofis. Sayang baliklah berehat dulu dekat rumah ibu. Abang minta along hantarkan boleh."
"Okey. Abang jangan lupa makan pulak," pesan Haura risau sekiranya Fateh tidak menyentuh makanan kerana terlalu memikirkan keadaan ayahnya yang sakit.
"Okey, sayang," balas Fateh lalu mengusap kepala Haura perlahan.
"Dah sampai rumah nanti sayang call."
Fateh angguk. "Along tolong hantarkan Haura sekali boleh?"
"Boleh tapi selepas ambil anak-anak."
"Okey. Hati-hati memandu," pesan Fateh sebelum ahli keluarganya meninggalkan kawasan wad CCU.
KUNCI kereta disangkut pada dinding. Langkah diatur ke kamar utama. Fateh membuka pintu dengan perlahan agar tidak menganggu Haura yang masih lena dibuai mimpi. Dia tersenyum melihat Haura masih tidur dengan nyenyak di atas katil.
Tanpa melengahkan masa dia menanggalkan pakaian lalu mencapai tuala dan masuk ke dalam kamar mandi. Usai membersihkan diri dia menunaikan solat sunat hajat. Setelah selesai solat sunat dia membaca doa.
"Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku di dunia dan di akhirat. Ya Allah berilah kesembuhan kepada ayahku. Semoga dia kembali sihat seperti sedia kala. Izinkan aku terus berbakti kepadanya. Sesungguhnya dialah harta yang paling berharga dalam hidupku. Amin."
Sejadah dilipat. Fateh merebahkan badan diatas tilam. Rambut Haura yang menutupi wajahnya diselak. Dahi yang putih dicium. Bibir Haura yang mungkil dikucup perlahan. Lega hatinya dapat melepaskan rindu kepada isteri yang dicintai setelah dua hari dia menghabiskan masa di hospital.
"Abang," ujar Haura terkejut apabila merasakan ada seseorang memeluknya.
"Syyhhh... Tidurlah," ujar Fateh sambil mengusap belakang Haura.
"Bila abang balik?" Soal Haura lalu meletakkan kepalanya diatas lengan Fateh. Pinggang Fateh dirangkul. Dia digigit kerinduan kerana tidak berpeluang bermanja dengan Fateh setelah berbaik semula selepas pergaduhan mereka tempoh hari.
"Baru aje. Tidurlah dulu, kejap lagi dah nak subuh."
"Abah macam mana?"
"Abah dah sedar. Along tolong jaga malam ni," jelasnya. Fateh tidak akan pulang ke rumah jika tiada sesiapa yang menemai ayahnya.
"Owh," balas Haura tanda faham. Tubuh Fateh dipeluk dengan erat. "Miss you, abang."
"Miss you more, sayang."
DUA MINGGU KEMUDIAN.
Enjin kereta dimatikan sebaik sahaja tiba dihadapan rumah. Fateh segera melangkah keluar dari dalam perut kereta. Dia membukakan pintu kereta untuk ayahnya. "Perlahan-lahan abah," pesannya.
"Alhamdulillah. Lega dapat pulang ke rumah," ujar Iman Shafie setelah hampir tiga minggu dia berada di hospital.
"Yeaaa Tok Ki dah balik," ujar Khalisa bersorak kegembiraan melihat Iman Shafie. "Tok Ma!" Panggil Khalisa.
"Ya sayang."
"Tok Ki dah sampai," ujar Khalis dengan ceria.
"Ya, Tok Ma tahu," balas Puan Fatimah lalu melangkah ke ruang tamu. Dia segera bersalaman dengan Iman Shafie. "Abang nak makan apa-apa?" Soalnya.
Iman Shafie menggelengkan kepalanya. "Abang dah makan tadi dengan angah dekat kedai."
"Amboi baru discaj dari hospital dah makan kat kedai," celah Farah bersama dulang berisi minuman buat seisi keluarga.
Iman Shafie ketawa mendengarnya. "Bosan dah abah asyik makan makanan hospital."
"Angah yang ajak tadi. Bukan selalu pun."
"Assalamualaikum," ucap Haura lalu melangkah masuk ke dalam rumah sambil tersenyum.
Semua mata memandang ke arah Haura. "Waalaikumussalam."
"Sayang dari mana? Abang ingat ada dalam bilik tadi?"
"Dari rumah ibu. Sayang ambil bubur jagung tadi. Siapa nak makan ambillah," jelas Haura setelah meletakkan bekas makanan diatas meja.
"Sedapnya bubur jagung," ujar Iman Shafie.
"Abah nak ke?" Soal Fateh.
"Boleh jugak."
"Along tolong ambilkan mangkuk dengan sudu."
"Sekejap," balas Farah lalu ke dapur.
"Esok abang kerja tak?"
"Kenapa?"
"Saja tanya. Abang nak tidur sini ke malam ni?"
"Rasanya."
"Ini bubur abah," ujar Farah setelah mencedokkan bubur jagung ke dalam mangkuk.
"Terima kasih. Along tak makan?"
"Abah makan lah dulu. Along baru makan nasi tadi."
"Tok Ki, Khalisa nak sikit."
"Amboi manjanya. Kenapa tak ambil mangkuk makan sendiri," ujar Farah.
"Nak bermanja dengan Tok Ki agaknya," balas Iman Shafie lalu menyuap cucunya.
"Sedap tak abah?" Soal Haura gembir melihat bapa mertuanya kembali sihat.
"Sedap. Pandai ibu kamu masak macam umi."
"Bubur jagung senang aje. Siapa pun yang masak rasa tetap sama," balas Puan Fatimah.
"Haura kerja ke esok?"
Haura menggelengkan kepalanya. "Esok masih cuti lagi. Minggu depan baru masuk kerja. Maklumlah dah nak start sesi persekolahan baru tahun 2025."
"Sekejap aje masa berlalu. Dua minggu lagi dah nak sambut ramadan," ujar Iman Shafie lalu meletakkan mangkuk bubur yang telah habis dimakan diatas meja.
"Iya abah."
"Alhamdulillah dapat juga abah menyambut lagi ramadan pada tahun ini."
Fateh merangkul pinggang ayahnya. "Janganlah cakap macam tu. Sekarang abah dah sihat. InsyaAllah kita dapat meraikan bulan ramadan dan hari raya bersama-sama."
"Amin."
Fateh gembira melihat ayahnya kembali sihat. Dia memanjatkan kesyukuran di dalam hatinya. Tidak sia-sia impiannya menjadi seorang doktor demi merawat bapanya yang sakit. Dia berharap abahnya semakin sihat dan mampu melihat anaknya yang bakal lahir tidak lama lagi. Harapanya agar ayahnya dapat bertahan lebih lama lagi. Walaupun dia tahu ajal tetap akan menjemput bila tiba waktunya nanti. Dia berharap dapat bersedia menghadapi hari itu tiba.