Home Novel Cinta Dia Pemilik Cintaku
Dia Pemilik Cintaku
Andayu
11/10/2024 21:52:41
26,318
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 40

Haura memasukan beg duitnya ke dalam beg tangannya. Dia mengambil barang yang dibelinya diatas kaunter pembayaran. Fateh kelihatan sedang berbual dengan sesorang melalui telefon. Dia menolak pintu lalu melangkah keluar daripada kedai serbaneka Seven Eleven. Entah di mana silapnya ketika mengatur langkah. Kakinya terpelesek.

"Argghhh!!!" Jerit Haura apabila keseimbangan badannya mula hilang.

"Sayang," panggil Fateh lalu menoleh ke belakang. Terkejut dia melihat Haura hampir terjatuh. Namun, ada sesuatu yang tidak enak dipandang olehya.

"Terima kasih Hisyam," ucap Haura lalu membetulkan kedudukannya. Dia segera melepaskan tangan Hisyam yang telah membantunya.

Fateh memandang Hisyam dengan pandangan cemburu. Dia tidak suka apabila melihat ada lelaki yang cuba mendekati isterinya. Walaupun sekadar kawan. Baginya Haura adalah miliknya seorang.

Hisyam senyum. "Sama-sama. Lain kali hati-hatilah," pesannya.

Fateh segera memegang tangan Haura. "Maaflah abang tak tolong buka kan pintu tadi. Sayang okey tak?" Soalnya cemas. Dia cuba mengusir perasaan cemburu yang mula menguasai dirinya.

Haura angguk. Dia memandang Hisyam. "Kenalkan ini kawan sekerja sayang dulu," jelasnya. "Ini suami saya."

"Saya Hisyam," ujar Hisyam lalu menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Fateh.

Tangan Hisyam disambut. Walaupun kesal kerana lelaki lain telah membantu isterinya. Namun, dia tetap berterima kasih. "Fateh."

"Tahniah atas perkahwinan kau orang. Maaf tak dapat datang hari tu."

"Sama-sama," balas Fateh. Dia kurang senang dengan Hisyam. Dia mula perasan lelaki itu asyik memandang Haura.

"Take care Haura baik-baik. Bukan senang nak dapat perempuan secantik dia," ujar Hisyam dengan penuh makna. Dia juga pernah jatuh hati kepada Haura dalam diam. Oleh kerana gadis itu sudah berpunya, dia menguburkan rasa di dalam hati. Dia yakin pasti ada insan lain yang ditakdirkan untuknya.

"InsyaAllah," balas Fateh lalu memegang tangan Haura. "Jom sayang. Berdiri lama-lama tak penat ke?"

Haura sengih.

"Jumpa lagi nanti," kata Hisyam lalu memegang pintu kedai serbaneka seven eleven.

"InsyaAllah. Jumpa masa Della kahwin lah."

"Bila Della nak kahwin?" Soal Hisyam agak terkejut mendengarnya.

"Eh Della tak bagi tau ke?"

Hisyam menggelengkan kepalanya.

"Hujung minggu ni dia baru nak bertunang. Rasanya dalam dua bulan lagi majlis kahwin," jelas Haura.

"Oh ya ke?" Ujar Hisyam dengan nada sedih. Dia seakan kecewa mendengar berita itu. Satu persatu gadis yang masih bujang telah dimiliki oleh orang lain. 

"Jom sayang!" Gesa Fateh.

"Kami gerak dulu. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam," balas Hisyam. Dia hanya mampu mengiringi langkah Haura dengan ekor matanya. 


"KENAPA abang pandang sayang macam tu?" Soal Haura pelik dengan sikap Fateh yang mencuka.

"Dia pegang kat mana?" Soal Fateh dengan nada cemburu. Dia tidak suka isterinya disentuh oleh lelaki lain.

"Huh?"

"Tadi Hisyam pegang sayang kat mana?"

"Dia tolong sayang pun dah bersyukur sangat. Abang bukannya nak berterima kasih."

"Abang tanya jawab ajelah."

"Dia pegang lengan sayang aje," jelas Haura. Dia menoleh ke arah Fateh yang sedang fokus dengan pemanduannya. "Kenapa abang tanya macam tu? Cemburu erk?" Usiknya

Fateh menjeling. "Suami mana tak cemburu bila ada lelaki lain pegang isteri dia."

Haura ketawa. "Dia tolong sayang nak jatuh aje. Abang janganlah serius sangat."

"Abang memang berterima kasih sangat dia tolong sayang. Tapi kenapa sayang tergedik-gedik," ujar Fateh mengaju percakapan Haura.

"Sayang cakap biasa aje."

"Sayang tak perasan apa yang abang tengok."

"Perasan apa?"

"Dia suka sayang kan?"

Haura mengerutkan keningnya. "Tak lah."

"Abang lelaki sayang. Abang tahulah sikap lelaki tu macam mana?"

Haura diam seketika. "Sayang tak pernah pun fikir tentang lelaki lain selama ni. Dulu sayang dengan Naz aje," ujarnya perlahan. Baginya Nazrul adalah insan yang paling disayanginya. Walau seribu lelaki datang mengoda, dia tetap memilih Nazrul.

Haura memaut lengan Fateh. "Abang janganlah fikir bukan-bukan. Sayang kan isteri abang. Kasih dan cinta sayang hanya untuk abang seorang sahaja. Takkan ada insan lain lagi dihati sayang selain Fateh Nuqman," luah Haura dengan seikhlas hatinya.

Fateh terharu mendengarnya. "Sayang ada suami kan? Kenapa tak panggil abang tolong tadi?"

"Dah tak sempat nak buat macam mana. Kebetulan dia tolong. Sayang pun terkejut tiba-tiba dia muncul. Lagi pun abang sibuk dengan phone kenapa?" Marah Haura pula lalu memeluk tubuhnya.

"Lain kali jalan tu hati-hatilah sikit," pesan Fateh. "Sayang kena beringatlah lepas ni. Sayang sedang mengandung. Bahaya!"

Haura pegang tangan Fateh. "Okey abang, next time sayang akan lebih berhati-hati."

Fateh mengusap perut Haura. "Baby papa okey tak? Mesti terkejut kan."

"Baby aje yang dia risaukan. Mana tak ada pulak nak ditanya?"

"Mama dah sihat kan. Tadi ada uncle Hisyam yang caring."

"Abang!" Marah Haura.

"Sabtu ni abang tak dapat teman sayang tau."

"Kenapa?"

"Reza pun nak bertunang sabtu ni. Abang dah janji dengan dia nak temankan masa majlis nanti."

Haura mendengus marah. "Fikir janji dia aje. Sayang pun dah janji dengan Della tau."

"Beritahu lah abang ada hal tak dapat hantar sayang hari tu."

"Sayang nak pergi jugak. Abang tak nak ikut terpulanglah. Sayang boleh pergi sendiri."

"Abang tak izinkan."

"Habis tu abang hantar lah sekejap."

"Mana sempat. Pukul tiga dah nak bertolak ke rumah pihak perempuan."

"Sempat aje. Sayang nak pergi selepas zuhur. Pukul dua abang hantarlah sayang dulu. Lepas tu abang pergilah ambil Reza."

"Tengoklah nanti," jawab Fateh acuh tak acuh.

"Sayang tak nak dengar jawapan tak boleh. Sayang nak drive sendiri tak bagi."

"Tadi baru nak jatuh. Nak drive pulak?"

"Habis tu selama ni okey aje."

"Cuti seminggu drive. Abang hantar sayang pergi kerja."

"Ikutlah. Jangan cakap sayang menyusahkan pulak," balas Haura. Geram dengan sikap Fateh yang bersikap dingin dengannya. 


FATEH melambaikan tangan kepada pengawal keselamatan yang menjaga di hadapan pintu pagar Sekolah Kebangsaan Bukit Wan. Dia sudah mengenalinya sebagai suami Haura. Kereta yang dipandu diberhentikan dihadapan kantin sekolah sementara menunggu Haura.

Cermin tingkat kereta diturunkan apabila melihat Haura tidak jauh dari tempat dia memakirkan kereta Honda Aircond miliknya. "Sayang!" Panggil Fateh sambil tersenyum. Hatinya selalu berasa rindu bila berjauhan dengan isterinya. Walaupun sudah lima bulan usia perkahwinannya. Namun, dia tidak pernah jemu merindui isteri yang dikasihinya.

"Sekejap," balas Haura sambil melambaikan tangan pada Fateh.

Haura melangkah meniti anak tangga dengan perlahan-lahan. Dia masih mengingati pesanan Fateh agar sentiasa berhati-hati ketika melangkah. Dia melemparkan senyuman kepada Fateh. Perasaan rindu mula terubat dengan melihat senyuman Fateh. Walaupun baru lapan jam mereka berpisah atas urusan kerja.

"Cikgu."

Langkah Haura mula perlahan apabila mendengar seseorang memanggilnya. Namun, apabila dia menoleh ke belakang tiada sesiapa yang dilihat. Dia kembali meneruskan langkah kakinya.

"Cikgu Haura!" Panggil Faris.

"Ya," sahut Haura lalu menoleh ke belakang. "Ada apa cikgu Faris?" Soalnya setelah Faris mendekatinya.

"Ini ada makanan untuk cikgu," ujar Faris lalu menghulurkan plastik berisi makanan kepada Haura.

"Makanan?"

"Kek."

Haura mengambilnya. "Terima kasih. Susah-susah ajelah."

"Kebetulan wife buat tempahan hari ni. Ada lebih boleh lah bagi sikit. Hari tu ada tanya beli kat mana?" jelasnya.

"Saya dah lupa tentang kek ni."

"Tak apalah. Rezeki cikgu hari ni."

"Terima kasih."

"Sama-sama," balas Faris lalu beredar meninggalkan Haura.

Haura senyum. Dia tidak menyangka hajatnya ingin membeli manggo cheese kek telah tercapai. Pintu kereta belakang dibuka. Haura menyangkut plastik kek pada kerusi. "Maaflah lama ke abang tunggu?" Soalnya setelah memakai tali pinggang keselamatan.

"Hmm..." 

"Kawan sayang bagi kek tadi. Sayang dah lupa pernah cakap teringin nak makan manggo cheese kek," jelas Haura sambil ketawa kecil.

Fateh diam. Matanya fokus memandang telefon. Dia cuba mengawal emosi cemburunya ketika ini. Entah mengapa dia terlalu sensitif apabila melihat Haura berbicara dengan lelaki lain. 

"Abang?" 

"Ya, abang dengar," balas Fateh lalu meletakkan telefon di atas dashboard.

"Macam badmood aje," tegur Haura.

"Abang ni siapa?"

"Huh?" Pelik Haura mendengar soalan Fateh. "Siapa apa?"

"Siapa abang kepada sayang?"

"Suami?"

"Habis tu kenapa tak beritahu abang, sayang nak makan apa? Selama ni abang usaha tunaikan semua keinginan sayang kan?"

"Sayang tak minta pun. Abang jangan salah faham pulak. Kek ni wife kawan sayang yang buat."

"Abang pun ramai kawan yang pandai buat kek."

"Bukan begitu," Haura menggaru kepalanya yang tidak gatal. Fikirannya mula buntu ingin menjelaskan situasi ini agar tiada perselisihan faham berlaku. "Kek ni sayang makan masa majlis akhir tahun sebulan yang lalu. Sayang pujilah sedap. Sayang tanyalah Faris beli kat mana. Sayang dapat sepotong aje. Jadi macam tak puas makan," jelasnya perlahan. 

"Dia cakaplah kek tu wife dia yang jual. Jadi sayang tanyalah selalu ke terima tempahan. Sayang ingat nk oderlah sebiji. Tapi dia cakap wife dia cuti dulu sebab nak bersalin."

Fateh mula mengundurkan keretanya. Dia memandu kereta keluar dari kawasan sekolah. "Lain kali cakaplah dengan abang."

"Sayang kan mengandung. Perasaan nak makan tu sekejap aje. Bila dah lama sangat, sayang pun dah lupa," luah Haura. Sejak berbadan dua seleranya selalu bertukar-tukar. Kadang-kadang teringin nak makan coklat, air kopi dan macam-macam. Setiap kali melihat menu baru pasti ingin dicuba.

"Ingat sayang ada suami. Sayang tanggungjawab abang. Teringin nak makan apa-apa jangan menyusahkan orang lain."

"Okey abang," balas Haura lalu melentokkan kepalanya diatas bahu Fateh. 

"Malam ni abang masak nak tak?"

"Masak apa?"

"Apa-apa yang boleh dimasak? Sayang nak abang masak apa?"

Haura berfikir sejenak. "Nak makan kambing bakar boleh ke?" 

"Amboi. Besar betul selera anak papa ni," usik Fateh.

Haura mencuka. "Anak papa ajelah yang difikirkan?"

"Taklah. Mama pun papa selalu utamakan," balas Fateh sambil mengusap pipi Haura perlahan. 

"Hmm..." Haura mula merajuk.

"Jom kita cari bahan dululah. Nak tak?"

"Betul ni?" Soal Haura dengan nada ceria.

"Demi kesayangan abang mestilah boleh."

"Terima kasih abang," balas Haura lalu memeluk lengan Fateh.


Previous: Bab 39

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Andayu