Home Novel Cinta Dia Pemilik Cintaku
Dia Pemilik Cintaku
Andayu
11/10/2024 21:52:41
7,674
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 1

Bab 1 


Fateh bergegas masuk ke dalam Hotel Seri Malaysia. Butang lift segera ditekan dengan tergesa-gesa. Dia mekan butang tingkat tiga. Tanpa berlengah langkah diatur dengan pantas melangkah keluar dari dalam liff. Matanya mencari nombor bilik seseorang yang ingin ditemuinya. Jam pada pergelangan tangan dikerling perlahan. Dia masih mempunyai urusan lain sebentar lagi. 

Langkahnya terhenti sebaik sahaja tiba dihadapan bilik bernombor 320. Dia melepaskan lelah seketika. Loceng ditekan walaupun penuh dengan debaran. Jauh di dalam hatinya berharap insan yang membuka pintu adalah orang yang tidak dikenalinya. Hatinya berdebar2 saata menanti pintu bilik itu terbuka.

"Who is that?" Soal Izzaty lalu membuka pintu.

Fateh terkejut.

Begitu juga dengan Izzaty. Terkejut melihat Fateh dihadapan pintu biliknya. 

Fateh mencerlung ke arah gadis itu seakan mahu memakannya. Perasaan marah mula menguasai dirinya. Tubuh Izzaty ditolak. Dia meluruh masuk ke dalam bilik tanpa banyak soal.

"You, wait... Izzaty cuba menghalang Fateh masuk ke dalam biliknya.

"Siapa tu sayang?" Soal Roy.

Fateh menggelengkan kepalanya apabila melihat lelaki lain berada di dalam bilik itu. Dia melangkah keluar tanpa mempedulikan Izzaty.

"Fateh!"

Pang! Satu tamparan singah dipipi Izzaty. Dia berharap berita Izzaty bersama lelaki lain adalah salah. Namun, kink harapan itu telah musnah. Selama ini dia hanya pekakkan telinga apabila rakan-rakannya becerita perihal buruk perangai Izzaty dibelakangnya. 

"Fateh! I can explain," ujar Izzaty perlahan. Dia masih cuba untuk menegakkan benang yang basah.

Fateh menggelengkan kepalanya. "Tiada apa-apa yang perlu dijelaskan lagi. It's over now! This relationship is over!" ujar Fateh lalu melangkah pergi meninggalkan Izzaty yang terpinga-pinga.

"Fateh!"

Panggilan Izzaty tidak dihiraukan lagi. Hatinya sedih mengenangkan sikap curang Izzaty dibelakangnya. Dia tidak menyangka kisah cinta yang bertahun dibina akhirnya dikhianati. 


IZZATY melangkah masuk ke dalam biliknya semula setelah beberapa pasang mata memandangnya. Dia baru sedar akan pakaiannya yang mencolok mata. Pintu bilik ditutup. Dia meraup wajahnya. Keluhan berat dilepaskan. Dia melangkah ke arah almari lalu mengeluarkan beg pakaiannya. 

"Where are you going sayang," panggil Roy dengan lembut.

"I nak balik," ujarnya sambil menyusun beberapa pasang baju ke dalam bagasi. 

Roy bangkit daripada pembaringan. Dia menghampiri Izzaty lalu merangkul tubuhnya dari arah belakang. "You kan dah kantoi dengan dia. You nak balik buat apa?" bisik Roy perlahan lalu menjilat telinga Izzaty. "I kan ada. I boleh temankan you."

Izzaty meleraikan pelukan Roy. "I sayangkan dia!"

Roy sengih. "Sayang dihati buat apa. Tubuh you milik I," ujar Roy lalu menarik tubuh Izzaty ke atas katil. 

Walaupun pada awalnya gadis itu menolak permintaannya. Dia tidak akan berputus asa dengan mudah. Dia tahu Izzaty akan cair dengan belaiannya. 


FATEH menghentak streng kereta berkali-kali. Sudah beberapa kali dia terserempak dengan lelaki lain. Gadis itu pandai memberikan pelanagai alasan agar tidak dicurigai.Kini dia tidak mampu lagi mempertahankan hubungan mereka. Fateh bersyukur mengetahui sikap curang Izzaty sebelum membuat kepitusan untuk menikahi gadis itu. Enam tahun perkenalan mereka hanya sia-sia. Dia menyandarkan badannya pada kerusi. Air mineral diteguknya perlahan. Bayangan wajah Izzaty mula terbayang diruangan matanya.

"Fateh!" Panggil Izzaty dari arah lobi hospital.

Fateh tersenyum ke arah Izzaty. Langkah kakinya terasa pantas menghampiri gadis itu. Maklumlah sudah dua bulan tidak bersua muka. Kerinduan mula bersarang di lubuk hatinya. 

"Tak bagi tau pon nak datang Terengganu," sapa Fateh dengan ceria. 

"Tak plan pun. Parents I datang sini ada job sikit."

Fateh angguk tands faham. "So, kerja macam mana?"

"Alhamdulillah semua okey."

"Ingat. Jaga diri tu."

"InsyaAllah."

"Paling penting jaga hati," bisik Fateh perlahan lalu melabuhkan punggung di atas kerusi. Pembelajarannya masih berbaki dua tahun. Izzaty pula telah graduasi beberapa bulan yang lalu. Hati siapa yang tak risau memikirkan kekasih hati bekerja dengan lelaki lain. 

Izzaty tersipu malu mendengarnya. "Hati Zaty hanya untuk Fateh," bisiknya. Dia turut melabuhkan punggung disebelah Fateh.

"I tak boleh lepak lama ni," ujar Fateh sambil melihat jam pada pergelangan tangannya.

"Ala... Ingat nak ajak lunch tadi," Izzaty merengek manja. 

"Boleh je nak lunch. Tapi dekat kafe ajelah," ujar Fateh sambil tersengih.

Izzaty memuncung bibirnya. "Hmmm.... I dari jauh datang takkan nak makan kat kafe aje."

"Habis tu kenapa tak call dulu kan dah merajuk."

"You pujuklah nanti."

"I doktor perubatan. I bukan doktor hati nak pujuk bagai," balas Fateh sengaja mengusik gadis itu. 

Izzaty mencubit paha Fateh. 

"Auch!" 

"I balik dulu lah," rajuk Izzaty lalu bangkit dari tempat duduknya. 

Fateh berdiri lalu menghulurkan seutas rantai di hadapan wajah Izzaty dari arah belakang. Wajah Izzaty bertukar ceria melihatnya. Dia segera mengambil rantai itu.

"Cantiknya."

"Happy birthday. Maaflah tak dapat teman Zaty lama hari ni. InsyaAllah ada masa Fateh temankan."

"Thank you. Cantiknya," ujar Izzaty dengan perasaan teruja. Rantai emas yang terukir namanya. 

"Fateh masuk dulu. See you later," ujar Fateh lalu melangkah meninggalkan Izzaty.


KRING! KRING! KRING!

Deringan telefon mengejutkan Fateh ke alam nyata. Dia meraup wajahnya. Panggilan yang diterima segera dijawab.

"Yes. Doktor Fateh here."

"Doktor boleh datang ke unit kecemasan sekarang?"

Fateh menggaru kepalanya. "Why? Doktor lain?"

"Semua busy. Doktor Fateh on call kan hari ni?"

"On call?" Soal Fateh kebingungan. Dia hampir terlupa dia perlu masuk kerja pada petang ini. 

"Hello, doktor? Are you okay?" Soal Fiza dihujung talian selaku doktor pelatih.

"Ya. Saya dengar."

"Doktor Fateh free kan? Doktor Reza masuk malam nanti."

"Okey. Bagi saya masa lima minit, nanti saya sampai."

"Terima kasih doktor."

"Hmmm.... Assalamualaikum," ujar Fateh lalu mematikan talian telefon. 

Jam menunjukkan angka 6 petang. Itulah rutin hariannya sebagai seorang doktor. Dia perlu sentiasa bersedia untuk merawat pesakit di zon kecemasan.

Hari ini dia ditugaskan merawat pesakit di bahagian zon kecemasan bagi mengantikan doktor yang bercuti. Walaupun emosinya masih belum stabil, dia perlu menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang doktor yang profesional. 

Fateh meraup wajahnya. Dia masih belum dapat melupakan peristiwa pahit pada hari ini. Hatinya berasa begitu sakit apabila cinta yang dihulurkan dibalas dengan pengkhianatan. 

Setelah agak tenang dia menghidupkan enjin kereta. Dia memandu menuju ke Hospital Sultanah Nur Zahirah yang berada tidak jauh daripada Hotel Seri Malaysia.

Previous:
Next: Bab 26

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Andayu