Home Novel Cinta Leraikan Mimpi
Leraikan Mimpi
Lynn Suraya
3/1/2015 14:07:01
58,907
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 4

"Ingat lagi ketika Ilham cedera tahun lalu?" Maria sudah membuat muka. Suraya tahu, dia muak mendengar soal Ilham. Walau Suraya tidak berkata dan beria menafikan, hati Suraya memang terisi nama Ilham. Hampir tiap detik dan ketika, nama itu meniti di bibir Suraya. Namun, Suraya tidak boleh begitu lagi. Ilham. Dia sudah berpunya. Suraya sudah tidak ada peluang lagi.

"Maria, ini penting. Aku janji, ini kali terakhir aku bicara soal Ilham. Aku juga sudah lupakan dia. Cuma, aku perlu bicara tentang ini. Tentang mimpi ini. Atau aku bimbang ia bakal jadi nyata," Suraya menatap wajah Maria yang mulai ditaburi tanda tanya.

"Mimpi? Mimpi apa?" Maria menatap wajah Suraya penuh perhatian.

"Sebelum dia cedera dulu, aku mimpi dia cedera. Terlantar di wad beberapa lama. Syukur, dia cuma cedera ringan dan hanya memerluka pembedahan kecil," Suraya besungguh bercerita. Maria masih mendengar, dalam hati dia kasihankan Suraya. Suraya benar-benar cintakan Ilham, masih bimbangkan Ilham.

"Dan aku mimpi buat kali ke dua," Suraya melanjutkan, cuba memancing perhatian Maria.

"Aku mimpi dia bertunang," Suraya berbicara yakin. Maria memandang ragu.

"Aku tidak bercerita dahulu sebab tak mahu kau sangka yang bukan-bukan dan anggap aku suka pada dia," Suraya berbicara perlahan. Maria tersenyum pahit. Hakikatnya, Suraya memang sukakan Ilham.

"Dan aku tak sangka ia benar. Aku tak sangka waktu itu, Ilham benar-benar tunangan orang! Siapa sangka, Ilham yang seperti itu hakikatnya sudah berpunya?" Suraya meneruskan bicara walau suaranya makin tidak bermaya. Ilham. Lelaki itu jarang-jarang berbicara dengan perempuan, sangat menjaga pandangan dan hanya berkata-kata yang perlu sahaja. Namun, bila dia mula berkata, padangannya mengagumkan dan membuat ramai terpesona. Ya, itu membuatkan Suraya turut terpesona. Cuma, tiada yang menyangka, dalam diam hati Ilham sudah dimiliki. Ramai menyangka Ilham hanya mahu tumpukan perhatian pada pelajaran dan membina kerjaya yang dia impikan. Ilham. Dia lelaki yang tidak terjangka.

Maria menyentuh tangan Suraya. Dia tahu, hati Suraya terluka. Walaupun brtepuk sebelah tangan, perasaan cinta itu masih dinamakan cinta. Dan cinta, sama ada berjaya dimiliki atau tidak, pasti saja membekas luka.

"Jangan risau, aku sudah boleh lupakan dia. Dan aku mengharapkan yang dia bahagia," Suraya mengukir senyuman meyakinkan. Dan dia memang yakin. Saat mengetahui Ilham sudah bertunang, dia nekad ini petanda untuk melupakan Ilham dan dia sudah mampu melupakan Ilham setelah beberapa bulan berlalu. Cuma, dia teringatkan sesuatu. Sesuatu yang perlu diluahkan.

"Cuma, aku mimpi lagi untuk kali ketiga," Suraya terdiam. Maria masih menanti sambil tersenyum memandang Suraya.

"Dia kahwin kali dua kali. Maksud aku poligami," Suraya menutur lambat-lambat. Maria mengerutkan wajah cuma mengerti.

"Dan ia menakutkan aku,"

"Isteri kedua dia...." Maria menunjukkan jari ke arah Suraya. Suraya menarik nafas sambil menggeleng.

"Aku tak tahu dan aku tak ingat. Cuma, kenapa aku bermimpi seperti itu? Setelah dua kali jadi nyata, aku tak harap untuk kali ketiga ini jadi nyata juga. Aku, benar-benar berharap dia bahagia!" Suraya bicara sungguh-sungguh. Maria hanya mengangguk. Mimpi. Barangkali hanya mainan tidur.

"Dan, kerana aku diamkan 2 mimpi itu, ia jadi nyata. Aku bimbang mimpi kali ketiga ini turut jadi nyata," Suraya mengerutkan wajah sambil merenung Maria. Maria diam. Mimpi. Ia hanya mimpi.

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.