Home Novel Cinta Leraikan Mimpi
Leraikan Mimpi
Lynn Suraya
3/1/2015 14:07:01
58,974
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 5

'Saya tak bahagia,' itu kata-kata Ilham.

"Abang Ilham tak bahagia," Najmi berbicara bila Suraya persoalkan tentang perkahwinan Ilham.

"Akak masih sukakan Abang Ilham?" Najmi bertanya hati-hati bila Suraya masih berdiam diri. Suraya memandang Najmi tidak percaya. Najmi tahukah?

"Maaf, Abang Ilham cerita, akak ada tanya pasal dia pada Kak Sofia. Minta untuk jadi orang tengah," Najmi menjelaskan. Serta-merta dia teringatkan Maya.

Maya yang sudah tidak tahan mendengar dia berbicara soal Ilham mengambil keputusan untuk mengutarakan soal itu kepada Kak Sofia. Harapannya Kak Sofia akan menjadi perantara untuk menyatukan mereka. Namun, lain pula khabar yang dibawa. Ilham sudah berpunya. Walaupun, Suraya kurang senang dengan tindakan Maya, namun, segalanya sudah berlaku. Cuma, dia masih segan dengan Kak Sofia. Tambahan lagi, dia masih ragu, apakah benar dia sukakan Ilham?

Kali ini cerita Najmi menambahkan rasa kurang senang. Bagaimana Ilham tahu? Dan bagaimana Najmi tahu? Ah, Ilham beritahu Najmi. Jadi soalnya, bagaimana Ilham tahu?

"Saya minta maaf, saya tak bermaksud nak sakitkan hati akak. Cuma saya tertanya-tanya," Najmi diserbu rasa bersalah bila Suraya masih berdiam.

Tiba-tiba Suraya berdiri dan melangkah pergi. Najmi cuba untuk memanggil tetapi Suraya sudah terlalu jauh berlalu. Najmi tahu, Suraya akan bertemu Ilham.

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.