Home Novel Cinta Jodoh Untukku
Jodoh Untukku
Nur Syazwani Ismail
18/7/2015 21:59:43
190,343
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 21

JODOH UNTUKKU

Pukul 9.30 malam baru Ain dan Fuadi sampai di Cameron. Risau juga ummi nak lepaskan mereka tadi sebab mengingatkan Fuadi yang sejak semalam tidak cukup tidur kerana menguruskan hal Danish. Tapi Fuadi tetap berkeras. Terpaksa lah ummi mengalah.

Nampak bersungguh benar Fuadi hendak mengambil hati Ain. Tadi sebelum bertolak, Fuadi sudah berjanji yang percutian kali ini tidak akan ada sebarang gangguan dari Danish dan Sofea. Ain hanya tersenyum. Pengalaman lalu membuatkan Ain tidak berani untuk mengharapkan percutian yang tanpa gangguan sepenuhnya. Kalau terjadi sesuatu yang menyebabkan Fuadi terpaksa melanggar janji dia nanti, sekurangnya Ain tidaklah kecewa sangat.

Selesai je urusan check-in di Hotel Silver Star, mereka terus naik ke bilik. Nampak je katil, Fuadi terus merebahkan badan ke katil.

‘Hmmm..tau pun penat.’

Tidak selesa dengan keadaan badan yang melekit, Ain mengambil keputusan untuk membersihkan diri dahulu sebelum menunaikan solat.

Ain sudah selesai menunaikan solat jamak magrib dan Isyak. Dipandang Fuadi yang masih lena di atas katil. Perut yang lapar minta diisi memerlukan Ain segera mengejutkan Fuadi untuk turun mencari makanan.

“Abang, bangunlah. Jom, turun makan.” Kaki Fuadi dicuit beberapa kali. Tergelak kecil Ain melihat Fuadi yang menggeliat kegelian.

“Hmmm..lapar ye. Tunggu kejap abang nak mandi.” Satu yang Ain suka dengan Fuadi ni, kalau nak kejutkan dia bangun, memang senang. Muka dia pun tak adalah masam cemberut je macam kebanyakan orang bila dikejutkan dari tidur.

Fuadi yang baru mengambil tuala untuk mandi tiba-tiba memandang lama ke arah kaki Ain.

“Eh, macam kenal sarung kaki tu. Curi eh?” Owh. Sempat lagi dia perasan sarung kaki kepunyaan dia yang tersarung kemas di kaki Ain.

“Ala..pinjam je.” Ain melemparkan senyuman comel pada Fuadi. Tadi masa berkemas, sempat Ain menyambar dua pasang sarung kaki Fuadi. Ye lah. Dia mana ada sarung kaki yang tebal macam ni. Yang dia punya, semuanya nipis. Memang tak dapat la nak guna untuk melindungi kaki dari cuaca sejuk di Cameron ni.

“50 ringgit sehari. Bayar cash masa dinner kejap lagi.” Selamba je Fuadi cakap sebelum masuk ke bilik air. Ain mencebikkan bibir. Dah datang dah aura pembuli dia tu. Fuadi ni, kalau tak sakitkan hati Ain dengan hal Danish dan Sofea, dia sakitkan hati Ain dengan perangai kerek dia tu pulak. Haih, sabar je la Ain.

Mereka makan di kedai yang terdapat di bawah hotel.Tak payah nak drive bagai. Jalan kaki je. Dalam keadaan cuaca yang sejuk ni, dapat makan masakan panas memang best. Fuadi memesan semangkuk tom yam campur dengan telur dadar untuk dimakan dengan nasi putih. Sementara Ain pula, entah kenapa malam ini angin dia nak makan makanan western. Jadi dia pesan fish and chips. Fuadi dah pandang Ain semacam.

What?” Perasan dengan pandangan Fuadi, Ain terus mengangkat kening pada Fuadi.

Are you kidding me? Sejak bila my lovely wife ni makan fish and chips?” Pelik Fuadi dengan Ain. Bukan ke Ain memang anti dengan ikan selama ni.

“Hah.” Macam mana dia boleh lupa yang dia tak suka ikan. Tapi, bila melihat gambar fish and chips dalam menu tadi, dia rasa teringin pulak.

Your baby yang nak makan kot.” Hmm..Ain rasa sebab dia mengandung. Selera orang mengandung kan pelik sikit.

“Wow…Bravo. 1-0.” Fuadi menepuk tangan bersorak.

“Apa yang 1-0 nya?” Pelik Ain. Apa yang 1-0? TV di depan dia ni tengah pasang drama melayu. Mana ada siaran bola sepak.

Fish and chip kan my favourite. So, satu perangai abang baby kita dah ikut. Tak sabar abang nak tengok apa lagi yang baby kita ikut abang.”

“Hmmm..jangan dia ikut perangai kerek abang dah la.”Selamba Ain menyindir. Fuadi tiba-tiba menjentik tangan Ain.

“Ouch..sakit lah..apa abang ni..Memang tak sayang bini la.” Nak menangis Ain rasa. Bukan jentik main-main. Kuat kot Fuadi jentik tangan dia.

“Cakap lagi abang kerek. Tanda abang sayang la tu. Kira dah hapus dosa Ain sebab kutuk abang.” Geramnya Ain. Pelayan yang datang menghidangkan makanan membantutkan niat Ain untuk berbalas kata dengan suaminya.

Fish and chips di depan mata memang membangkitkan selera Ain. Selesai je mengaminkan doa makan yang dibaca Fuadi, Ain terus menyuap potongan fish and chips ke dalam mulut dia. ‘Wah sedapnya. Kalau dia tahu sedap macam ni, dah lama dia makan fish and chips.’

Baru je beberapa potongan fish and chips masuk ke mulut bila Ain tiba-tiba terasa mual. Terus hilang selera dia. Pinggan dia ditolak ke tengah.

Why? Dah kenyang ke?” Pelik Fuadi dengan Ain yang tiba-tiba menolak pinggan dia. ‘Banyak lagi makanan dia. Takkan dah kenyang.’

“Entah lah. Rasa tak lalu pulak.” Ain pandang tom yam Fuadi yang masih berasap panas. Nampak menyelerakan.

“Abang punya nampak best pulak. Nak sikit.” Fuadi terus menyorong pinggan dia ke arah Ain.

Seronok Ain. Berkongsi makanan membuatkan dia terasa lebih dekat dengan Fuadi. Nasib baik nasi dan tom yam yang dihidangkan agak banyak juga. Fuadi pun tak berkira soal makanan dengan dia.

“Abang. Tolong la habiskan fish and chips ni.” Licin je makanan Fuadi, Ain menyorongkan pinggan dia pada Fuadi.

“Eh, abang dah kenyang. Ain lah habiskan. Sape suruh order.”

Your baby nak rasa sikit je tadi. Lagipun ni kan favourite abang. Tak baik membazir.” Tersenyum Ain bila Fuadi ambil juga pinggan dia walaupun dengan muka yang nampak sangat terpaksa.

“Dik, tolong kira!” Gamit Fuadi pada pelayan yang dalam lingkungan umur belasan tahun itu. Habis juga Fuadi makan walaupun lama juga lah Ain rasakan dia terpaksa menunggu Fuadi selesai makan.

“Semua RM 40.50.”

“Hah cik kak, apalagi bayar lah.” Bahu Ain tiba-tiba dicuit Fuadi.

“Hah.” Terkejut Ain. Biar betul. Tak pernah Ain dengar wife yang kena bayar makanan masa tengah honeymoon. Memang tak romantik langsung suami dia ni.

I’ve told you tadi. Bayar denda cash masa dinner.” Bisik Fuadi pada Ain. Dalam geram, Ain keluarkan juga duit untuk diberi pada pelayan yang dari tadi menunggu di meja dia. Ain tak kisah pun nak bayar sebab duit dia pun semuanya dari Fuadi. Kalau bab-bab duit, memang Fuadi tak berkira. Tapi tak boleh ke Fuadi jadi gentleman sikit masa ni. Haih, memang fail lah Fuadi.

Sambil mengira-ngira duit di dalam dompet, Ain terperasankan sesuatu yang keras dalam dompet dia. Nampak macam kad. Terus ditarik keluar perlahan-lahan. Tergamam Ain bila melihat ‘kad’ yang entah macam mana boleh terselit dalam dompet dia. Tapi Ain pasti, semua ni Fuadi punya kerja. ‘Kad itu diletakkan di atas paha dia untuk seketika sebelum dia cepat-cepat mengeluarkan duit untuk dibayar kepada pelayan yang dari tadi menunggu di tepi meja mereka.

Nasib baik mereka tak bawak kereta tadi. Seronok jugak dapat jalan berdua dalam keadaan sejuk macam ni. Habis makan, mereka berjalan santai untuk pulng ke hotel.

“Jauhnya cik kak ni jalan. Dekat la sikit.” Fuadi menarik Ain yang nampak sangat tengah mengelamun sendiri supaya rapat ke arah dia. Tangan dilingkarkan di pinggang Ain.

“Kenapa ni? Diam je.” Hidung Ain dicuit sedikit.

Ain mengambil ‘kad’ tadi yang disimpan di dalam poket seluar dia.

“Hmmm..macam mana abang boleh ada gambar ni?” Ain menayang ‘kad’ yang dia jumpa tadi. Terkejut Ain bila ‘kad’ yang dia jumpa tadi rupanya gambar candid dia yang tengah bergelak ketawa. Kalau tak silap Ain, gambar tu masa dia dengan Anis dan Dr. Faliq tengah beratur nak naik cable car dekat Langkawi dulu. Macam mana Fuadi boleh tangkap gambar dia pulak sedangkan suami dia tu mana ada kat situ.

“Eh, gambar apa ni? Mana abang tahu?” Bahu dia diangkat tanda memang tak tahu menahu langsung pasal gambar tu.

“Alah..Macam la Ain tak tahu abang yang letak gambar ni dalam dompet Ain.”

Fuadi tiba-tiba mengeratkan pelukan tangan dia di pinggang Ain.

“Haish cik kak sorang ni. Pura-pura tak tahu dah la. Hmmm…Dari Ain mula sampai tempat tu, abang dah nampak Ain. So, abang stalkje la cik kak tepi abang ni.”

“Ada ke panggil cik kak dekat wife sendiri. Wait, you stalk me? Really?” Tak percaya Ain rasa. Ain ingatkan, bila tengah sibuk dengan Danish dan Sofea, Fuadi memang tak ingat langsung pasal dia.

Why? Stalk wife sendiri kot. Takkan tak boleh. Happyje cik kak ni masa tu. Dah tak pandang sekeliling.”

“Sempat lagi stalk Ain. Ingatkan sibuk sangat layan Danish dengan Sofea.” Bila Fuadi tiba-tiba melepaskan pelukan di pinggang dia, Ain tahu dia dah tersasul menyentuh pasal Dansih dan Sofea.

I’m sorry. Tak de niat pun nak sindir abang.” Perlahan Ain memohon maaf.

It’s okay. Hmmm.. you know what, to see your smiling face on that day, it really hurt me. It’s not because I’m being jealous. It’s just that, bila terfikir yang I’m not the one yang buatkan Ain gembira, it really hurt me.” Nampak terkilan sangat Fuadi.

Ain pun turut terasa sebak bila mengingatkan kejadian di Langkawi dulu. Ain melingkarkan tangan dia di pinggang Fuadi sebelum melentokkan sedikit kepala dia di bahu Fuadi.

“Hmmm…Ain dah tak mahu ingat pasal tu.”

“Ain..What should I do? I’m afraid that I might hurt you more after this. Please Ain. Whatever happens, just remember one thing. I really love you and of course our little baby too.” Perut Ain yang masih belum menampakkan bentuk diusap lembut oleh Fuadi. Berdebar Ain dengan kata-kata Fuadi. Kenapa ni Ya Allah..

“Apa abang cakap ni?”

“Hmmmm..tak ada apalah. Just forget it. I’m just being too emotional. Ain, for this time, I really promise you that for this honeymoon, I’m fully yours. No more Sofea, no more Danish. You can keep my handphone.” Fuadi tiba-tiba menghulurkan handphone dia kepada Ain.

Ain percayakan abang. Abang pegang je lah. Mana tahu ada emergency ke nanti.” Ain dapat rasakan yang Fuadi ada menyembunyikan sesuatu. Hmm..biarlah. Lambat laun, Ain akan tahu jugak. Harapnya kali ini, Fuadi betul-betul mengotakan janji dia.

Previous: Bab 20
Next: Bab 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.