Home Novel Cinta Jodoh Untukku
Jodoh Untukku
Nur Syazwani Ismail
18/7/2015 21:59:43
190,344
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 22

JODOH UNTUKKU

Bab 22

Pagi ini Ain sempat menyediakan mee goreng untuk sarapan mereka sebelum Fuadi pergi kerja. Semalam, dekat pukul 2 pagi baru mereka sampai ke rumah. Dari Cameron, Fuadi terus drive balik ke rumah dia sendiri sebab pagi ini dia kena masuk kerja.

Tersenyum Ain bila teringatkan kenangan manis percutian mereka. Nampaknya, fuadi betul-betul mengotakan janji dia yang percutian kali ini, tidak akan ada sebarang gangguan dari Sofea dan Danish. Bukan tak ada langsung panggilan dari Sofea. Tapi dibiarkan sahaja oleh Fuadi walaupun nampak jugak lah muka dia yang resah.

“Hmmm…she will text me if it’s urgent.” Itulah ayat Fuadi bila ditanya kenapa dia tak angkat call dari Sofea. Bukan apa, Ain takut kalau ada benda buruk berlaku dekat Danish mahupun Sofea. Nanti dia juga yang dipersalahkan.

“ Cik kak..jauh mengelamun. Bagi salam pun tak jawab.” Sergahan Fuadi secara tiba-tiba di belakang mengejutkan Ain. Haih..suka sangat Fuadi panggil dia cik kak sekarang. Nampak lagi mesra katanya. Hmmm…mesra la sangat.

“Segaknya Dr. Fuadi hari ni. Alah..Tak ada gunanya nak bersiap bagai. Nanti balik serabai jugak.” Sengaja Ain mengenakan Fuadi. Segak benar pemakaian dia. Runsing Ain. Mana la tahu, nanti ada yang terpikat pulak. Ain jugak yang susah.

“Eleh. Tergugat la tu. Cik Kak, mee goreng satu.” Fuadi sudah duduk di meja makan. Tahu yang Fuadi tak punya banyak masa, Ain terus menyendukkan mee goreng ke dalam pinggan dan diletakkan di depan Fuadi. Ain duduk di kerusi berhadapan dengan Fuadi. Hanya menjadi pemerhati je.

“Kenapa tak makan sama?”

“Nanti kejap-kejap lagi la. Tak lalu nak makan lagi.”Memang Ain tak ada selera nak makan lagi. Rasanya, kalau dipaksa juga makan, boleh muntah dia nanti. Mungkin sebab pembawakan budak.

“Hmmm..next time kalau rasa tak larat nak masak, it’s ok. I don’t mind. Don’t need to worry about me.” Prihatin Fuadi pada Ain.

“Selalunya, masa abang duduk sorang-sorang dekat sini, abang breakfast tak?”

I never miss my breakfast sebab bila sampai je hospital I’ll never know when I’ll have my next meal. Kalau tak sempat sangat, a cup of milo pun should be enough.” Ya, Ain pun tahu realiti kerja seorang doktor macam mana. Kes-kes kecemasan, bukan dapat kita agak bila nak berlaku. Kalau tak sempat nak makan tu, biasa la.

Selesai je makan, Fuadi terus bawak pinggan dia untuk diletakkan dalam singki. Tak sempat Ain nak halang.

“Ain, tolong basuhkan ye. Abang boleh je nak basuh, tapi takut kotor baju.” Fuadi mengambil tisu di atas meja untuk mengelap mulut dia sambil melemparkan senyuman manis pada Ain.

Actually, you can just leave it on your table. Ain boleh kemaskan.”

“It’s ok. Cik kak ni kan dah tolong masakkan. Takkanlah abang nak bawak pinggan yang sebiji ni ke singki pun tak boleh.” Tersenyum Ain. Satu lagi perihal Fuadi yang Ain suka. Ain perhatikan, Fuadi tak pernah meninggalkan pinggan yang dia makan di atas meja. Selesai je makan, pinggan tu akan terus dibawa ke singki dan dibasuh. Berbeza benar dengan perangai kebanyakan lelaki lain.

Sempat Ain mencium tangan Fuadi semasa menghantar pemergian Fuadi di muka pintu. Fuadi baru je selesai mengundurkan kereta dia bila pintu pagar rumah Sofea tiba-tiba terbuka. Ain lihat Fuadi memberhentikan kereta dan turun mendapatkan Danish yang berdiri di tepi kereta Sofea. Mengekek Danish ketawa bila habis muka dia digomol Fuadi. . Nampak sangat yang Fuadi seperti tengah melepas rindu pada Danish. Ye lah. Dah 3 hari tak jumpa kan.

Sofea dan Fuadi seperti tengah berbincang sesuatu. Berkerut-kerut muka Fuadi mendengar bicara Sofea, sebelum keduanya melepaskan ketawa. Tak sanggup Ain berlama-lama di muka pintu, menjadi pemerhati kemesraan Fuadi dengan Sofea. Terus Ain masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu.

‘Sabar Ain. Kau kan dah expect benda-benda macam ni boleh berlaku bila tahu mereka tinggal berjiran. Ni baru permulaan Ain. Sabar.’ Seperti selalu, Ain memang akan sentiasa memujuk diri untuk berfikiran positif. Kalau boleh, Ain mahu mengelak dari berfikiran negative dan tak mahu melayan emosi sangat sebab benda tu semua boleh memberi effect pada kandungan dia.

Ain masuk ke dapur. Perkakas yang dia gunakan untuk memasak tadi semuanya dibawa ke singki untuk dibasuh. Sengaja Ain mahu menyibukkan diri dia untuk melupakan galau di hati. Ain tak tahu apa yang dia nak buat sepanjang hari dekat rumah. Pasti kebosanan nanti. Nak keluar, kereta dia masih di rumah ummi lagi. Ain ada kira-kira sebulan lagi sebelum dia dapat tahu result untuk penempatan dia bekerja nanti.

_________________________________________________________________________

Selesai je solat Asar, Ain bergegas turun ke dapur untuk memasak. Kalau diikutkan, Fuadi hari ini sepatutnya habis kerja pukul 5 petang. Tapi tak pastilah pukul berapa pula Fuadi akan sampai di rumah. Mana la tahu, kalau hari ni tiba-tiba ada banyak kes di hospital. Masuk sahaja ke dapur, baru Ain teringat yang dapur rumah suami dia ni, mana ada sangat barang-barang basah untuk memasak. Mungkin kerana kesibukan kerja di hospital menyebabkan Fuadi sangat jarang memasak di dapur.

‘Keluar esok je lah untuk beli barang.’ Terpaksalah Ain menggunakan teksi sebab kereta dia masih di rumah mama. Peti diselongkar untuk mencari bahan-bahan yang boleh dimasak hari ini.

Hmmm..Ain hanya jumpa telur je. Buat telur masak kicap pun best juga. Nasib baik Ain ada beli sayur sikit masa dekat Cameron. Cukup lah kot untuk hari ni, sayur goreng dengan telur masak kicap. Suami dia pun, tak pernah cerewet dengan makanan. Semua dia makan.

Dah lewat senja. Ain keluar untuk mengangkat kain di ampaian. Sempat diintai perkarangan rumah Sofea. Dah balik nampaknya Sofea. Fuadi pernah cakap yang Sofea dapat ditukarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab Kota Bharu. Tiba-tiba Ain nampak Sofea keluar dari pagar rumah dia dan menuju ke arah rumah Ain. Nampak macam ada bekas makanan ditangan dia.

“Assalamualikum Ain.”

“Waalaikummussalam. Kejap.” Ain memasukkan kain yang diangkat tadi ke dalam bakul sebelum masuk ke dalam rumah untuk menyimpan kain dan menekan suis untuk membuka pintu pagar rumah dia.

Terbuka sahaja pintu pagar, Ain lihat Sofea sudah tercegat di depan rumah dia sambil menghulurkan bekas makanan di tangan dia kepada Ain.

“Ni ada asam pedas ikan pari yang saya masak. Ambik la. Abang Adi cakap dia tak sempat lagi nak beli barang basah.” Tersenyum manis Sofea. Ain perhatikan Sofea yang masih berbaju kurung sama dengan yang dipakai pagi tadi. Rajinnya Sofea. Balik kerja terus masak. Baju pun tak sempat ditukar.

“Err..thanks. Tak nak masuk dulu ke?” Ain berbasa-basi. Agak kekok dengan Sofea. Inilah kali pertama mereka berjumpa secara berdua. Tanpa kehadiran Fuadi. Ain tak tahu apa yang nak dicakapkan.

It’s okay.Tak boleh nak lama. Saya tinggal Danish sorang-sorang dekat rumah ni. Tadi dia tidur.” Ain memandang kosong Sofea yang berlalu meninggalkan rumah dia. Terfikir Ain, kenapa suami dia tak kahwin je dengan Sofea. Cantik, bijak, lembut, pandai masak, dan yang paling penting dia ibu kepada Danish. Takkan Fuadi tak ada langsung perasaan pada Sofea.

Hanya untuk memikirkan kemungkinan itu sudah terasa sakitnya. Tak dapat Ain nak bayangkan kalau betullah yang Fuadi memang ada hati pada Sofea. ‘Ya Allah. Aku tak mampu untuk berkongsi suami aku dengan orang lain. Kau jauhkanlah kemungkinan itu Ya Allah.’

Bila azan magrib sudah berkumandang,barulah Ain nampak lampu kereta suami dia menyorot masuk ke dalam porch. Jarak rumah mereka dengan HUSM tak ada lah jauh sangat. Jadi, Ain yakin kelewatan suami dia ini pasti disebabkan oleh kesibukan kerja di hospital.

Nampak sangat kelesuan di wajah Fuadi sebaik dia melangkah masuk ke dalam rumah. Sofa di hadapan TV terus menjadi sasaran dia untuk membaringkan badan yang kepenatan.

“Air?” Rasanya tu je soalan yang paling sesuai sekarang ni. Memang tak logiklah kalau nak tanya suami dia ni sibuk ke hari ni. Fuadi hanya menggelengkan kepala.

“Hmm..Ain naik dululah. Nak solat. Abang pun kejap lagi naik lah solat. Lepas tu boleh makan sama.” Perlahan Ain melangkah anak tangga untuk naik ke atas. Meninggalkan Fuadi yang nampak sangat tengah melepaskan lelah.

Ain baru siap menghamparkan sejadah untuk menunaikan solat bila Fuadi melangkah masuk ke bilik.

“Ain, wait for me. Kita berjemaah. Abang nak mandi kejap.” Senyuman Ain lemparkan tanda faham. Lagipun magrib baru je masuk. Sempat je kalau nak tunggu Fuadi selesai mandi. Sementara menunggu Fuadi, Ain mengambil Al-Quran kepunyaan Fuadi di atas meja. Barang-barang Ain kebanyakannya masih di rumah ummi. Dia belum sempat mencari masa untuk mengangkut semua barang dia. Halaman yang bertanda dengan penunjuk dibuka. ‘Hmm..rajin jugak Fuadi mengaji. Sudah juzuk 25.’ Ain menagmbil keputusan untuk memulakan bacaan dia dari awal. Halaman yang bertanda tidak diganggu untuk membolehkan Fuadi meneruskan bacaan dia.

Selesai je solat, Ain dan Fuadi turun bersama ke bawah. Ain terus menuju ke dapur untuk menghidangkan makanan, sementara Fuadi dilihat menuju ke ruang keluarga untuk menonton berita.

Asam pedas ikan pari kiriman Sofea tadi dipanaskan. Baru je Ain mahu menyenduk lauk itu ke dalam mangkuk, Fuadi sudah terjengul di dapur.

“Wah… Best nye bau. Ni mesti Sofea yang bagi.” Nampak teruja Fuadi bila melihat asam pedas ikan pari.

“Mana abang tahu Sofea yang bagi?” Cepat je Fuadi dapat mengenal masakan Sofea.

“Hmm…First, sebab Ain memang tak makan ikan ni. So, of course la tak boleh nak masak kan? Second, sebab abang ada cakap dekat Sofea tadi yang abang rasa nak makan lauk ni.” Tersentuh Ain. Cepat je Fuadi buat kesimpulan sendiri. Ya. Memang Ain tak makan ikan pari ni. Tapi Ain boleh je nak tolong masakkan. Rasa tersindir pula Ain bila dituduh tak pandai masak lauk ikan.

“Kalau abang rasa nak makan, Ain boleh je tolong masakkan.” Tak sangka Ain yang Fuadi boleh pula minta tolong Sofea untuk masakkan lauk ni.

It’s okay. Sofea tak kisah pun. Dia tahu yang Ain tak makan ikan ni semua. So, apa salahnya dia masakkan. Lagipun, kami memang dah selalu bertukar makanan sebelum ni.” Ya, Allah. Takkan Fuadi ceritakan semua pasal dia pada Sofea. Sampai hati Fuadi. Takkan la dia tak tahu yang benda-benda macam ni sensitive bagi orang perempuan. Nampaknya kelemahan dia yang satu itu sudah diketahui Sofea.

“Apa lagi yang Sofea tahu pasal Ain?” Perlahan suara Ain.

Mungkin perasan dengan nada suara Ain yang mula berubah, tingkah Fuadi yang sedang menyendukkan kuah asam pedas ke dalam pinggan dia terhenti.

“Kenapa ni? Ain marah abang bagitahu Sofea yang Ain tak makan ikan? Nothing to shame about it la. Itu kan selera masing-masing.” Selamba je Fuadi. Ya. Memang tak ada yang nak dimalukan. Tapi Ain tak mahu kalau nanti Sofea mengambil kesempatan atas kelemahan dia ni.

Tak mahu memanjangkan isu itu, Ain mula menyuap nasi ke mulut dia. Berselera benar Ain nampak Fuadi makan lauk kiriman Sofea. Lauk telur masak kicap dan sayur goreng yang Ain masak langsung tak disentuh.

“Hmmm…abang tak nak rasa lauk yang Ain masak ke? Membazir je Ain masak kalau abang tak makan.”

“Owh..sorry. Asam pedas Sofea ni memang tak boleh lawan lah. Abang dah rasa sikit lauk yang Ain masak. Tak apa, boleh simpan makan esok kan lauk tu.” Geramnya Ain. Selamba je suami dia ni puji masakan Sofea depan Ain. Kalau tahu macam ni, baik dia tak payah masak tadi.

“Ain tak nak rasa lauk ni sikit?” Pelawa Fuadi pada Ain. Ain hanya menggeleng kecil sebagai jawapan pada soalan Fuadi tadi.

“Abang, next time kalau abang ada rasa nak makan something, just tell me. Ain boleh masakkan.” Tak sanggup Ain rasa untuk melihat Fuadi berselera menjamah masakan Sofea lagi. Rasa macam dia isteri yang tak berguna sebab tak boleh nak masakkan untuk suami dia sendiri.

Sure? Abang tak kisah kalau Ain tak boleh nak masakkan lauk ikan ni semua. Abang boleh masak sendiri. Cuma hari ni macam mana entah abang boleh terlepas cakap pada Sofea yang abang nak makan asam pedas ni.” Lega Ain. ‘Owh, jadi bukan Fuadi yang minta Sofea masakkan. Sofea yang terlebih rajin nak masakkan rupanya.’ Ain mula tak sedap hati. Kenapa dia rasakan yang Sofea macam hendak bersaing dengan dia pula.

“Takkan la nak masak untuk suami sendiri pun tak boleh.” Tersenyum Ain pada Fuadi.

“Hmm..abang, esok Ain ingat nak keluar cari barang dapur.”

“Owh. Forgot about that. I’m sorry, tak sempat nak penuhkan peti tu. Ain nak pergi dengan apa? Kalau nak pergi sekarang pun sempat lagi ni.”

It’s okay. Tadi Ain dah mintakkan Fiza hantar kereta Ain dekat sini esok. Senang sikit nak keluar ada kereta nanti.”

“Kalau macam tu okaylah. I’m sorry. Minggu ni I’m so bussy. Esok abang on call. Ain tak apa ke duduk sorang? Kalau Ain nak balik rumah mama pun okay.”

“Nanti esok Ain fikirkan. Rasanya kalau duduk sorang dekat sini pun boleh je.” Kawalan dekat area perumahan mereka ini memang agak ketat juga. Jadi tak adalah Ain rasa takut sangat kalau kena duduk sorang-sorang.

Selepas menamatkan panggilan telefon, Ain mengambil keputusan untuk turun menonton TV di bawah. Tadi, selesai je solat Isyak berjemaah dengan Fuadi, ada panggilan masuk dari Adah di telefon Ain. Jadi, Ain suruh Fuadi turun dulu ke bawah.

Turun je di ruang keluarga, Ain lihat Fuadi tak ada pula disitu. Tapi televisyen terpasang pulak. Melihatkan pintu gelongsor yang terbuka, tahulah Ain yang Fuadi pasti tengah mengambil angin di luar. Tenang Ain melangkah ke arah pintu gelongsor.

Semakin dekat dengan pintu gelongsor, semakin jelas Ain dapat dengar suara Fuadi tengah berborak. Tak ada pula Ain dengar suara orang lain di situ. ‘Hmm..tengah guna phone la tu.’

“Awalnya Danish tidur. Tak dapat abang nak dengar suara di malam ni. Rindu pulak dengan anak abang sorang tu.” Ceria suara Fuadi.

Terhenti langkah Ain. Jelas dia dengar patah-patah perkataan yang keluar dari mulut Fuadi. Danish? Maknanya Fuadi tengah berborak dengan Sofea. ‘Ya Allah, kenapa sakit sangat hati ni.’ Tubir mata dia sudah mula panas. Tapi kaki Ain masih degil tak mahu berganjak dari situ. Masih mahu memasang telinga mendengar perbualan suami dia dengan Sofea.

“Not yet. Abang tak bagitahu dia lagi. We still got another 3 months right?” Berdebar hati Ain. Apa yang tengah dibincangkan mereka ni. Suara Fuadi yang tadinya ceria sudah mula kedengaran serius.

“Yeah. I know 3 bulan tu tak lama. But, I really don’t know how to tell her. I don’t want to hurt her.” Kenapa Ain rasakan perbualan ni ada kaitan dengan dia. Ya Allah. Apa yang mereka rahsiakan dia.

No, No. I’ve promised you right. You and Danish are my responsibility. This is my own decision. So, Sofea tak payah nak rasa bersalah.” Nampak bersungguh Fuadi mahu meyakinkan Sofea.

“ I’ll find the right time to tell Ain. Soon. Before this, dia nampak lemah sangat. Sebab tu abang tangguhkan dulu. Don’t worry.” Ya Allah. Jadi betullah semua ni ada kaitan dengan dia. Ain sudah tak mampu nak berdiri di situ. Tergesa-gesa dia melangkah ke sofa untuk duduk menenangkan diri. Air mata sudah mula laju menuruni pipi. Macam-macam andaian buruk berlegar dalam kepala dia sekarang. Ain dapat rasakan dia bakal terluka lagi. Luka yang teruk. ‘Ya Allah, berilah aku kekuatan.

Previous: Bab 21
Next: bab 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.