Home Novel Cinta Jodoh Untukku
Jodoh Untukku
Nur Syazwani Ismail
18/7/2015 21:59:43
190,336
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 13

Bab 13

Penat sungguh Ain rasakan setelah seharian keluar dengan ummi menguruskan pasal majlis persandingan nanti. Kebanyakannya sudah diuruskan oleh mama dan ummi. Mereka memang tak mahu menyusahkan Ain dan fuadi yang memang tengah sibuk.

Lega Ain. Tinggal pasal barang hantaran je. Ummi cadangkan Ain dan fuadi keluar sendiri untuk cari barang hantaran mereka nanti. Nantilah dia cari masa untuk ajak Fuadi keluar. Yang pasti bukan dalam masa terdekat ini memandangkan hubungan Ain dan Fuadi yang tidak berapa baik sekarang ini.

Ain pandang sepi sekelilling bilik Fuadi. Mula rindukan kehadiran suaminya. Teringat Ain perbualan telefon dia dengan Fuadi semalam. Tak sangka yang kehadiran dia menjadi beban untuk Fuadi sekarang. Menitis lagi air mata Ain bila mengingatkan perkara itu.

Baiklah. Ain sudah menanam tekad. Dia tak mahu lagi ambil kisah tentang Sofea dan Danish selagi Fuadi juga boleh beriak biasa dengan dia. Ain mula membaringkan badannya di katil. Pagi esok dia nak pergi rumah mama sekejap sebelum balik ke hostel. Badan yang kepenatan membuatkan mata Ain begitu mudah terlelap.

Merasakan ada tangan yang kemas melingkari pinggangnya mengejutkan Ain dari lena. Terus dipusingkan badannya kearah ‘tuan’ tangan tersebut.

“Abang.” Terkejut Ain bila melihat Fuadi yang sedang senyum memandangnya. Biar betul! Bukan ke lusa baru Fuadi pulang dari Sabah.

Sorry. I’ve waked you up. Sambunglah tidur balik. Abang pun penat ni.” Lembut suara Fuadi sambil mengemaskan pelukan di pinggang Ain.

Terasa tenang hati Ain dengan kehadiran suaminya. Suara Fuadi seperti mengulit Ain untuk lena. Cepat je lena Ain datang kembali.

Terjaga pagi itu, terus terukir senyuman di bibir Ain bila mengingatkan mimpi dia tentang kepulangan suaminya semalam. Tapi bila mengingatkan yang semua itu mustahil, terus mati senyuman Ain. Bergegas Ain bangun untuk mandi dan menunaikan solat subuh memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 6.30 pagi.

Turun sahaja ke dapur, Ain lihat sarapan semua sudah tersedia di atas meja.

“Eh, Ain awalnya turun.” Sapa ummi yang ketika itu sedang meletakkan teko the di atas meja.

“Apa yang awalnya ummi. Tengok dah siap semua ummi masak. Ain baru ingat nak tolong ummi.” Tersenyum malu Ain dengan ummi.

“Tak ada apa sangat lah Ain. Mee goreng dengan kuih je. Lagipun memang saja ummi masak awal sebab ingatkan Ain yang nak balik rumah mama pagi ni.”

“Alah ummi ni. Tak payah susah untuk Ain.” Ain mengambil pinggan di rak untuk disusun di atas meja.

“Hah Ain, pukul berapa Adi sampai malam tadi? Terkejut ummi bila nampak dia turun hendak ke surau pagi tadi.” Soalan ummi yang tiba-tiba mengejutkan Ain. Maksudnya semalam dia memang tidak bermimpi. Tapi kenapa Fuadi tak kejutkan Ain pagi tadi? Berlegar persoalan itu dalam kepala Ain.

“Ain pun tak pasti pukul berapa ummi. Sebab bila Ain tersedar semalam, dia dah ada sebelah Ain. Tak ingat pula nak tengok jam pukul berapa masa tu.” Teringatkan kata-kata Fuadi dalam telefon malam itu, berdebar Ain rasakan bila memikirkan apa reaksi Fuadi padanya nanti. Tapi dalam masa yang sama,rasa rindu yang mula hadir membuatkan Ain tidak sabar menunggu suaminya pulang dari masjid.

“Assalamualaikum.” Kehadiran ayah yang baru balik dari surau mematikan perbualan mereka.

“Waalaikummussalam, lambatnya balik dari surau. Dah pukul 7.45.” Sapa ummi pada ayah yang terus duduk di meja makan.

“Nasir panggil orang buat cukur jambul anak dia tadi. Habis je solat, semua pakat pegi rumah dia. Tu yang lambat. Ni pun kira awal abang balik ni. Sebab terus balik masa orang tengah makan tadi.” Panjang lebar penerangan ayah. Memang selalu je orang buat cukur jambul pagi-pagi. Dekat kampung Ain pun sama.

“Abang Fuadi mana ayah? Dia tak balik sekali ke?” Tanya Ain tiba-tiba. Sebab tak ada pun nampak bayang suami dia dari tadi.

“Oh suami kamu makan kat sana. Dia suruh ayah balik dulu. Memang lambat lagi la dia balik rasanya sebab nampak tengah rancak dia berborak dengan Akmal tadi.”

“Hmm..Kalau borak dengan Akmal, memang lambat lagi lah jawabnya dia balik. Mari kita makan dulu lah Ain. Kan lambat pulak kamu nak balik rumah mama kamu nanti.” Ummi sudah duduk di sebelah ayah dan mula menyendukkan makanan ke dalam pinggan ayah.

Kecewa Ain rasakan. Macam tak sempat je dia nak tunggu Fuadi balik. Selesai je sarapan ni, dia kena terus pergi ke rumah mama. Sebab dah janji dengan mama nak teman dia pergi kenduri rumah sedara. Dalam terpaksa, Ain terus duduk di kerusi dia. Turut sama memulakan sarapan pagi dia.

“Kalau abang lambat balik, nampaknya tak sempat la Ain nak tunggu dia. Sebab Ain dah janji dengan mama nak pergi kenduri rumah sedara dekat Gua Musang pagi ni. Tak boleh nak lambat sebab jauh nak pergi kenduri ni.”

“Tak apa. Ain pergi je lah lepas ni. Nanti ummi bagitahu Adi. Lagipun siapa suruh dia balik lambat. Alah, apa nak risau, lepas-lepas ni boleh jumpa je kan. Ke dah rindu sangat dengan suami kamu tu?” Sempat lagi ummi mengusik Ain.

Selesai sahaja sarapan, kelibat Fuadi masih tak kelihatan. Ain tak boleh tunggu lagi sebab dia dah lambat. Bergegas dia mengemaskan barang dan bersalam dengan ummi dan ayah sebelum bergerak menuju ke rumah mama.

__________________________________________________________________________

Ain baru je sampai di rumah mama bila tiba-tiba dia mendapat panggilan dari suaminya. Berdebar Ain nak jawab call. Fuadi marahkan dia ke?

“Assalamualaikum.” Ain yang lebih dahulu memberi salam.

“Waalaikummussalam. Dekat mana ni?” Suara Fuadi biasa je. Lega Ain.

“Baru sampai rumah mama?”

“Tak inform abang pun nak pergi rumah mama. Why you didn’t wait for me? Saje nak larikan diri dari abang ke?” Tak ada nada marah dalam suara suaminya. Lebih kepada ingin tahu.

“Eh tak lah. Ain memang dah janji dengan mama pagi ni nak pergi kenduri. Lagipun Ain tak tahu abang nak balik semalam.”

“Kalau macam tu baguslah. Ingatkan Ain tengah merajuk.” Sedikit lega kedengaran suara suaminya.

“Merajuk tu tak lah. Terasa hati mungkin kot.” Perlahan suara Ain menahan sebak bila mengingatkan balik kata-kata Fuadi malam itu.

“Ain, apa yang abang cakap malam tu, I really didn’t mean it. We need to talk. When can I meet you? Tonight?” Walaupun ada kesungguhan dalam kata-kata suaminya, Ain masih tak mampu menarik nafas lega. Ya. Mereka perlu berbincang.

“Ain tak sure malam ni sempat ke tak. Ain takut balik lambat. Kalau balik lambat Ain tidur rumah mama. Pagi esok terus pergi kelas dari rumah mama.”

“Hmm..If that’s so, kita jumpa malam esok je lah. Lagipun Ain mesti penat balik dari kenduri nanti. Jauhkan. Malam esok abang ambik Ain dekat hostel.”

“Ok. But, can you promise me one thing?”

Okay. What?” Ringkas balasan Fuadi.

“Promise me that we will have a really good talk. No more your ‘sinikal’ words.” Tegas suara Ain. Dia tak mahu perbincangan itu hanya akan menambah rasa pedih di hati dia.

For this time, I really can promise you that it will be a really good discussion. Okay. I think it’s enough for now. Just take care. See you tomorrow.”

Tak sabar Ain nak menunggu malam esok. Nak menghilangkan semua kekusutan di hati biar tenang sikit hati dia.

So where are we going tonight?” Tanya Fuadi sambil tersenyum bila Ain duduk sahaja di tempat duduk penumpang. Selesai sahaja dia solat Isyak tadi, Fuadi terus mesej bagitahu yang dia dah sampai kat bawah. Malam ini, mereka akan berbincang tentang masalah mereka.

“Abang bagi Ain pilih ke?”

“Hai, buat-buat tanya pulak. Tarik balik kang?’ Tersenyum Ain. Bukan selalu dia boleh membuat pilihan tempat makan mereka.

“Hmm..Ain rasa macam nak makan steamboat. Tapi macam tak sesuai pulak sebab we’re gonna to have our discussion. Kenny’s roger?”

“Okay. Should be fine.” Fuadi terus memasukkan gear untuk memulakan pemanduan.

Sampai sahaja di Kenny’s, mereka terus memilih ruang makan yang agak tersorok sedikit untuk memudahkan perbincangan mereka. Nasib baik tak ramai orang malam itu. Jadi senang mereka nak memilih tempat duduk.

Selesai sahaja membuat pesanan, Ain terus memandang suaminya. Memang dia tak boleh nafikan yang dia sebenarnya memang sangat rindukan suaminya. Lama mereka saling berbalas pandangan. Fuadi menaikkan kening pada Ain.

Why? Do you miss me?”Sengaja Fuadi mengusik Ain sambil melemparkan senyuman sinis.

“Tak lah.” Rasa kebas di muka kerana menahan malu apabila perasaannya dapat ditebak Fuadi.

“You’re blushing. So, that means you really do miss me. Tu lah. Siapa suruh merajuk lama-lama.” Terus dia melepaskan ketawa perlahan.

“Mana ada Ain merajuk.”

“Habis yang nak jauhkan diri dari abang lepas balik Langkawi tu bukan merajuk ke.”

“Ain just tak call abang je. Kalau Ain tak call, abang tu pun tak boleh ke nak call Ain dulu?”

“Abang saja malas nak call. Sebab tak nak layan orang merajuk. Rindu pun, tahan je lah.” Ayat terakhir Fuadi membuatkan Ain tersenyum sendiri. Nampaknya, Fuadi pun turut rindukan dia.

“Owh.. rindu jugak kat Ain. Ingatkan dah tak ingat.” Saja Ain menyindir.

“Hmmm.. Cakaplah Ain nak cakap apa pun. Abang bukannya jenis mudah blushing kalau kena sakat. Bukan macam Ain.”

Perbualan mereka terhenti sekejap bila pelayan datang membawa makanan mereka.

“Okay.So, can we talk about Danish now? Lepas tu baru lah kita boleh makan dengan tenang.” Suara Fuadi yang tadinya ceria terus bertukar serius bila dia mula menyebut perihal Danish.

“Ain dah fikirkan pasal tu. I think for now I’ll just follow your suggestion. I’ll pretend that l’ve never knew about them.” Perlahan suara. Terpaksa bersetuju sebab dia memang dah tak nampak cara lain buat masa ni.

“Ain. I’m really sorry about this. Ain bagitahu je abang, what should I do to help you with this.”

Hmmm…please don’t ever mention their names in front of me. Don’t ever talk about them in front of me, and please, whenever you’re going to Sabah, please inform me. Ain tak akan tanya lebih, cukup abang cakap nak pergi Sabah, Ain dah faham.”

Okay, I promise. But, please Ain. Just bare with me now. It’s hard for all of us. One thing you must know, I really do love you. You are my wife, my responsibility. Ain bukannya beban pada abang. It’s really my bad for saying such nonsense thing. I’m really sorry.” Tangan Ain digenggam kemas.

Pertama kali suaminya berterus-terang tentang perasannya pada Ain. Gembira sangat Ain rasakan. Air mata yang mula mengalir cepat-cepat diseka. Tak mahu menjadi perhatian orang sekeliling.

“Jiwang abang malam ni.” Tak sangka Ain yang Fuadi boleh menjadi sangat lembut malam ni.

That’s one side of me yang Ain tak tahu sangat lagi. So, dah cukup la kot sesi jiwang ni. Jom lah makan. Kan lambat pulak Ain masuk hostel. Abang tak kisah kalau Ain kena tahan pak guard sebab balik lambat. Senang abang terus bawak Ain balik rumah ummi.” Sempat lagi Fuadi melemparkan senyuman nakal pada Ain.

Gembira Ain bila terlerai sedikit kekusutan malam itu. Ain tahu, memang masih tidak ada penyelesaian untuk masalah Danish dan Sofea.Tapi sekurang-kurangnya buat masa ini, biarlah keadaannya begini dahulu. Ain hanya mahu cepat-cepat menghabiskan pengajian dia sekarang. Barulah boleh dia fikir masalah ini.

Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.