Home Novel Cinta Jodoh Untukku
Jodoh Untukku
Nur Syazwani Ismail
18/7/2015 21:59:43
190,328
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 11

JODOH UNTUKKU

Bab 11

Sebaik sahaja Fuadi keluar untuk berjumpa dengan Danish, Ain mengambil keputusan untuk keluar mengambil angin di tepi pantai. Berkurung seorang di dalam bilik hanya akan menambah pedih di hati. Ain tahu yang semua ini hanya baru permulaan. Dia perlu kuat kerana selepas ini Danish dan Sofea akan sentiasa hadir dalam hidup mereka.

‘Salam. Ain kat mana? Jom breakfast dengan kitaorang.’

Mesej dari Anis mematikan langkah Ain. Dr.Faliq pasti sudah bagitahu Ain yang dia berkeseorangan hari ini.

‘Ain kat pantai. Anis kat mana?’

Ringkas balasan Ain. Sekurangnya dia tahu dia masih ada teman kat sini.

Kitaorang baru sampai café.’

‘Okay, Ain pergi sana. 5 minutes.’ Ain terus berjalan meninggalkan pinggir pantai.

Dari jauh Ain sudah nampak Anis dan Dr. Faliq tengah bergelak ketawa mengusik anak mereka. Entah dapat atau tidak Ain melalui suasana seperti itu nanti.

“Assalamualaikum, Anis, Dr.Faliq.”Sapa Ain bila sampai di meja yang Anis duduki.

“Waalaikummussalam Ain. Hah, jom la duduk join kitaorang.” Jemput Anis dengan senyuman mesra. Dia memang sudah agak rapat dengan Ain sejak dari mula-mula mereka jumpa lagi,

By the way Ain, just call me abang Faliq. Formal sangat bila Ain panggil Dr. Faliq. Sebelum ni memang dah lama nak suruh Ain tukar panggilan, tapi takut your husband cemburu. Tapi since sekarang ni dia dah pandai sakitkan hati Ain, abang rasa tak ada salah Ain ubah panggilan tu. Ke Anis jealous?” Sempat Dr. Faliq mengusik Anis. Tergelak kecil Ain melihat tingkah pasangan bahagia di depan dia sekarang ni.

“Hmm..apa yang nak jealousnya. Ain jom join kitaorang pusing Langkawi kejap lagi. Anis nak cari souvenirs .

“Eh, tak pe lah. Nanti ganggu korang pulak. Mana lah tahu takut korang nak sweet-sweet ke.”

“Tak de maknanya Ain nak sweet-sweet bila ada budak kecil ni sekali. Lagipun nanti boleh la nak gilir pegang Aisya nanti. Anis ni kalau shopping, memang lupa anak terus.” Usik Dr. Faliq pada Anis sebelum dia mengaduh kecil bila menerima cubitan berbisa dari Anis.

“Hmm…nak pegang tu boleh. Tapi kejap je la. Sebab Ain ni pun kaki shopping. Jadi memang dah jadi tugas abang Faliq la untuk pegang Aisya sementara kami yang perempuan ni shopping.” Ain tidak mahu melepaskan peluang untuk turut mengenakan Dr. Faliq. Thumbs up Anis berikan pada Ain sambil tergelak kecil.

Seronok Ain rasakan bila bersama dengan mereka. Rasa macam tengah bercuti dengan kawan. Hilang seketika rasa celaru di hati. Kalau dia tahu nak jadi macam ni, kan bagus kalau dia ajak Adah sama. Barulah betul-betul holiday. Tak sangka la pulak majlis reunion ni lebih kepada family oriented. Majlis untuk bersama dengan batchmates hanya pada waktu malam. Siang hari pula, mereka bebas dengan aktiviti masing-masing. Ain rasa cara begini lebih bagus. 2 in 1. Masa untuk family bonding, dan dalam masa yang sama dapat eratkan hubungan dengan kawan.

Dr. Faliq mengunakan khidmat kereta sewa untuk mereka bersiar-siar di sekitar Langkawi. Pagi itu, mereka mengambil keputusan untuk naik cable car dulu. Disebabkan sesat, mereka sampai di sana bila jam sudah hampir pukul 11.30 pagi. Nasib la sekarang bukan musim cuti sekolah, jadi mereka tidak perlu beratur panjang untuk naik cable car.

Turun sahaja dari cable car, perut masing-masing sudah berkeroncong minta diisi. Maklumlah, sudah memang waktu untuk lunch. Mereka mengambil keputusan untuk makan di restoran berdekatan sahaja.

Tak sangka mereka boleh bertembung dengan Fuadi di pintu masuk restoran. Seluas-luas Pulau Langkawi, nampaknya takdir memang berkehendakkan begitu. Sayu je Ain memandang pasangan di hadapan mereka. Hanya senyuman lemah mampu diberikan sebagai tanda sapaan. Nasib baik ada Dr. Faliq yang menyelamatkan keadaan.

“Eh, Adi. Kau pun kat sini? Nak lunch kat sini ke?” Sapa Dr. Faliq.

“Haah. Jomlah lunch sekali.” Selamba je reaksi Fuadi.

Ain terpaksa mengikut bila semua sudah bersetuju untuk lunch dekat situ. Fuadi dan Sofea laju berjalan di hadapan mencari tempat duduk. Terguris lagi hati Ain. Bila dah bertembung macam ini pun, Fuadi masih lagi mementingkan Sofea dan Danish.

Genggaman kemas yang Ain rasakan di tangan mengejutkan dia. Bila berpaling, Anis sedang melemparkan senyuman untuk dia, memberi semangat. Ain masuk ke dalam restoran beriringan dengan Anis, sementara Dr. Faliq berjalan di belakang sekali, sambil mendukung Aisya.

Sampai sahaja di meja makan, Fuadi dan Sofea terlebih dulu duduk, mengatur kedudukan mereka. Mereka duduk sebaris dengan Danish di tengah-tengah mereka. Bila Dr. Faliq sudah duduk berhadapan dengan Sofea dan Anis berhadapan dengan Danish, Ain sudah tidak ada pilihan. Dia terpaksa duduk berhadapan dengan Fuadi. Masing-masing membuat pesanan makanan mengikut selera sendiri.

Suasana terasa janggal. Perbualan antara mereka sangat terhad. Anis dengan Dr. Faliq sibuk melayan Aisya, manakala Sofea dan Fuadi melayan Danish. Ain terasa terpinggir. Fuadi di hadapannya kini terasa sangat lain. Seperti orang asing. Tidak tahu apa yang nak diperkatakan, Ain hanya diam menikmati hidangan.

“Mintak sikit.” Tiba-tiba Fuadi menyudu kuah tomyam kepunyaan Ain.

“Kejap lagi Ain nak pergi mana?”Fuadi memulakan perbualan dengan Ain. Nampak sedikit risau riak muka dia. Mungkin terasa bersalah dengan Ain.

“Err.. Tak tahu lagi. Mungkin pergi beli cenderahati sikit kot. Ain ikut je Anis dengan abang Faliq.”

“Wah, dah jadi abang Faliq!” Tidak ada nada sinis, lebih kepada nada gurauan dari Fuadi.

“Haha… Don’t tell me you are jealous!” Gelak Dr.Faliq.

“Hmmm…bukan jenis aku lah nak jealous benda-benda macam ni. So, childish. Lagipun kau pun sama umur dengan aku kan.”

Ya. Sebab dia tak suka fikir benda remeh macam inilah tanpa sedar dia dah lukakan hati Ain.

“Kau lepas ni nak pergi mana?” Tanya Dr. Faliq lepas habis sisa gelak dia tadi.

“Aku nak bawak Sofea dan Danish pegi beli barang sikit. Sofea cakap nak cari souvenirsuntuk birthday party Danish nanti.” Selamba je Fuadi bercakap tanpa memikirkan perasaan Ain.

“Ain jom lah join kitaorang.” Sofea tiba-tiba memecah suasana. Tak tahu sama ada dia ajak-ajak ayam atau memang memaksudkannya.

Ain pandang Fuadi yang sedang ralit melayan Danish. Langsung tak menunjukkan tanda yang dia bersetuju dengan cadangan Sofea. Kalau suami dia sendiri yang tak mahu dia ikut, buat apa dia terhegeh-hegeh nak ikut.

“Errmm..It’s okay. I’ll be joining Anis and abang Faliq.” Sekali lagi Ain terasa genggaman Anis pada tangannya di bawah meja. Nampaknya Anis memang faham perasaan Ain sekarang. Malu Ain pada Anis dan Dr. Faliq. Nampak sangat yang Fuadi sedang meminggirkan dia sekarang.

Sure Ain tak nak ikut? Dah ada duit ke nak shopping?” Nampak gembira Fuadi dengan jawapan Ain. Langsung tidak memujuk Ain untuk ikut mereka.

Hanya anggukan yang Ain berikan. Dia tak perlukan duit Fuadi. Hanya sedikit respect pada Ain sebagai isteri dia yang Ain perlukan.

Okay. Just take care. Don’t forget our dinner tonight.” Kali ini Ain rasakan pesanan dari Fuadi betul-betul ikhlas.

Selesai makan, mereka berpecah menuju ke destinasi masing-masing. Sebelum itu, sempat lagi Fuadi menyelitkan beberapa keping not RM100 dalam tangan Ain sambil tersenyum memandang Ain.

I really need your understanding now, Ain. Please..” Bisik Fuadi perlahan di telinga Ain sebelum berlalu meninggalkan restoran itu dengan Sofea dan Danish.

Ain cuma mampu berharap yang ini kali terakhir dia berjumpa dengan Sofea dan Danish walaupun jauh di sudut hati dia tahu yang perkara itu agak mustahil.

Malam itu, Ain mengenakan blouse biru labuh dan seluar jeans yang dipadankan dengan selendang berona sama. Santai. Sesuai dengan dinner mereka malam ini yang akan diadakan secara terbuka di tepi pantai, lebih kepada acara santai. Fuadi juga mengenakan tona baju yang sama dengan dia untuk kelihatan sedondon.

“Ain, dah siap?” Lembut sapaan Fuadi yang tiba-tiba datang memeluk pinggang dia dan meletakkan dagu di bahu Ain.“

“Err, dah.” Itu perbualan pertama mereka selepas pulang dari shopping tadi. Masing-masing balik lewat ke bilik. Sampi sahaja di bilik, mereka terus bergegas untuk solat magrib dan bersiap untuk majlis malam ini.

“You seem a little bit quite than usual. Wanna share with me?” Sempat lagi Fuadi mencari ruang untuk menebak hati Ain.

Hmm..I don’t know what to say. Everything that happens now, memang mengejutkan Ain.” Perlahan suara Ain. Mata dia sudah mula terasa panas. Dia terasa sangat dekat dengan Fuadi sekarang. Suami yang dia kenal dah kembali.

“Ain, apa yang terjadi sekarang ni, susah untuk abang jelaskan semuanya. Sofea dan Danish, memang dah hadir dalam hidup abang sebelum Ain muncul lagi. I have nothing to say about that now. But, for ruining our holiday, I’m really sorry about that.”

Ain terasa air mata mula menuruni pipi dia.

So, you’re not fully mine? I have to share you with Danish and Sofea?”

“I’m sorry coz nothing I can do about that. Danish is my responsibility.”

Ain melepaskan pelukan Fuadi di pinggangnya dan bergerak menuju ke katil. Dia tidak mampu berdiri lagi. Terasa berat sangat dugaan pada dia.

Until when?”

“I don’t know. Maybe sampai sofea jumpa lelaki lain untuk jaga dia dan Danish.” Fuadi juga nampak tertekan sekarang.

“What if Sofea tak jumpa jugak dengan lelaki yang sesuai. Is there any possibility that you will marry her?” Terasa perit Ain nak keluarkan soalan itu. Tapi dia perlu tahu supaya dia boleh memikirkan masa depan dia.

“I just hope that it will never happen Ain.” Jawapan Fuadi langsung tidak meyakinkan. Maksudnya, ada kemungkinan jugak yang suaminya akan mengahwini Sofea suatu hari nanti.

Makin laju air mata Ain mengalir. Sudah mula teresak perlahan.

“Kenapa sekarang baru abang bagitahu. Kenapa bila Ain dah mula sayang abang, baru abang nak bagitahu semua ni.” Sedikit menjerit Ain melepaskan rasa di hati.

Fuadi terus datang memeluk Ain.

“Please Ain, enough. Jangan tanya lagi. It will just hurt both of us. Why? Kalau Ain tahu awal, Ain nak tinggalkan abang? Don’t ever think of leaving me Ain. I really need you.

Erat pelukan fuadi. Dia juga kelihatan agak tertekan dengan perkara ini. Ain rasakan ada lagi perkara yang suaminya sembunyikan. Kenapa bersungguh sangat Fuadi hendak menjaga Danish. Tapi Ain rasa cukuplah untuk malam itu. Dia pun tak rasa dia kuat untuk menerima kejutan lagi sekarang.

Setelah agak lama berpelukan, Fuadi melepaskan pelukannya dan mengesat sisa air mata Ain.

“Hmm..since tonight, I’m fully yours, abang akan penuhi apa aje permintaan Ain untuk malam ini.”

Walaupun hati masih terluka, Ain rasakan biarlah malam ini dia dapat mencipta memori yang manis untuk percutian ini dengan suaminya. Lagipun, Fuadi bukan curang, dia cuma rahsiakan sesuatu yang penting dalam hidup dia.

“Ermmm, Ain nak abang temankan Ain pergi tepi pantai macam malam first kita kat sini.” Senyuman Ain berikan pada Fuadi.

“Jiwang la Ain ni. Okaylah. Lepas dinnerkita pergi jalan kat tepi pantai. Jom lah turun. Kita dah lambat nak dinner ni.”

“Promise me that there will be no more Danish and Sofea tonight.” Tegas kata-kata Ain. Cukuplah dia dipinggirkan hari ni. Walaupun Sofea yang lebih dulu hadir dalam hidup Fuadi, tapi sekarang ni Ain yang lebih berhak pada Fuadi.

Promise!” Sedikit berlawak Fuadi menuturkannya sambil mengangkat sebelah tangan tanda berjanji.

Suasana dinner malam ini sangat meriah. Meja yang Ain duduki penuh dengan gelak ketawa mereka. Semuanya berjalan lancar sebelum Fuadi tiba-tiba menerima panggilan daripada Sofea.

Panggilan pertama dari Sofea terus dimatikan Fuadi tanpa teragak-agak. Tapi bila sudah lebih 2 kali panggilan dari Sofea dibirkan tidak berjawab, tingkah Fuadi mula tampak lain. Agak keresahan seperti bimbangkan sesuatu.

Masuk sahaja panggilan keempat, Ain sudah tidak dapat bertahan.

Just answer the phone. You’re supposed to off the phone if you didn’t mean to answer the call.” Perlahan Ain bisikkan pada Fuadi. Penuh kecewa.

Fuadi terus bangun menjauhkan diri sedikit dari keriuhan majlis tersebut untuk menjawab panggilan. Tidak lama selepas itu, Fuadi tergesa-gesa datang pada Ain dengan muka risau.

“Ain. I’m really sorry. I need to go now. Danish jatuh terlanggar bucu meja. Sofea tak tahu nak buat apa.” Terasa lawak Ain dengan alasan Sofea. Takkan la tak tahu nak buat apa. Biasa la tu anak terlanggar bucu meja.

You have promised me.” Perlahan Ain ingatkan Fuadi. Mengelakkan dari didengari orang lain terutama Dr. Faliq dan Ain yang semeja dengan diaorang.

It’s an emergency Ain. Takkan la tak boleh nak considerate. Abang pergi dulu.” Sedikit marah nada Fuadi. Terus disambar dompet di atas meja dan bergegas dia meninggalkan Ain tanpa sempat Ain berkata apa-apa. Sayu pandangan Ain pada Fuadi yang makin jauh meninggalkan dia. Kalah lagi dia dengan Danish dan Sofea.

Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.