Home Novel Cinta BILA HATI DAH SUKA
BILA HATI DAH SUKA
Cahaya Izzati
18/9/2013 19:02:30
121,733
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 8

BAU wangian lavender memenuhi segenap ruang sebuah spa. Kelihatan seorang pekerja di situ sedang menjalankan rawatan muka ke atas seorang pelanggan. Manakala, beberapa pekerja yang lain sedang sibuk dengan tugas masing-masing.

Di sebuah pejabat kecil di dalam spa itu, kelihatan seorang gadis sedang merias wajahnya. Gincu merah pekat dioles ke bibir. Setelah itu, sebotol wangian berjenama turut dikeluarkan dari tas tangannya dan disembur beberapa kali ke badannya. Setelah berpuas hati, barulah dia melangkah keluar dari pejabat yang agak kecil itu.

Beberapa orang pekerjanya yang sedang sibuk pantas berkalih memandangnya bila mereka tersedar akan kehadiran bos mereka itu.

So, how do I look?” tanya Aira Nadeeya dengan lirikan manja.

Gorgeous!” jawab Fieda pantas.

Fabulous!!” sahut Carol pula, satu-satunya pekerja berbangsa Cina di situ.

Aira Nadeeya terus mengukir senyum puas hati dengan pujian yang diberikan itu. Sempat lagi dia menggayakan dirinya di hadapan sebuah cermin besar di ruangan hadapan spa itu. Yup, perferct!! Getus hati kecilnya suka.

“So, Fieda. Macam biasa ya. Tengokkan spa ni. I nak keluar lunch kejap,” pinta Aira Nadeeya.

“Baik bos!” jawab Fieda.

Gadis muda tinggi lampai itu pun tak berlama lagi di situ. Pantas sahaja dia mengatur lenggok gemalainya keluar dari spa itu. Bila hampir dengan keretanya, Aira Nadeeya pun mengeluarkan kunci kereta dari tas tangannya. Terus sahaja dia memboloskan dirinya masuk ke dalam kereta. Tak mahu berlama di luar dengan terik matahari. Takut nanti, cair pula mekapnya.

Sebelum dia memandu keluar dari situ, sempat dia memandang papan tanda spanya. ‘Aira Lovely Spa’ terpampang besar di salah satu slot papan tanda pasar raya besar itu. Tersenyum puas mengenangkan kejayaannya membuka spa impiannya itu.

Kini, dia mampu hidup agak senang dengan pendapatan dari spa itu. Ramai pengunjung yang berpuas hati dengan servis di spa itu. Dia juga sudah memiliki agak ramai pengunjung tetap walaupun dia baru beberapa tahun beroperasi. Rata-ratanya terdiri dari kalangan datin-datin dan mereka yang berpendapatan tinggi. Memang dari mula lagi, dia sudah menjadikan golongan seperti itu sebagai target pelanggan spanya.

“CIK AIRA dah keluarkah?” tanya Misya yang baru selesai membuat rawatan muka untuk seorang pelanggannya.

“Ha,ah! Mesti keluar nak makan dengan encik Rifdi lah tu,” balas Fieda sambil tersenyum sinis. Misya juga turut tersenyum.

“Encik Rifdi? Siapa tu? Teman lelaki diakah?” tanya Carol. Bahasa melayunya kedengaran sedikit pelat. Fieda dan Misya saling tersenyum sambil membalas pandangan sesama mereka. Carol sedikit berkerut dahinya menunggu penjelasan dari mereka berdua.

“Umm, nak kata teman lelaki tu.... rasanya tak,” ujar Fieda sengaja membuatkan Carol bertambah ingin tahu.

“Habis tu, apa?”

“Aku rasa lebih tepat kalau katakan.... admirer,” sampuk Misya pula.

Admirer? Jadi, kiranya encik Rifdi tu minat dekatlah cik Aira lah?” Carol terus bertanya lagi untuk mendapatkan kepastian.

“Tak!!” serentak Fieda dan Misya menjawab. Carol terkebil-kebil memandang mereka berdua yang sedang tertawa.

“Sebaliknya! Cik Aira yang syok habis dekat encik Rifdi tu. Tapi encik Rifdi tak berapa nak layan sangat bos kita tu,” beritahu Fieda menghuraikan keraguan Carol.

“Ooo.... kiranya macam bos kita tu syok sendiri sajalah,” ujar Carol.

“Betul tu!” sahut Misya. Kemudian, mereka bertiga sama-sama ketawa.

“Saya tak tahu pun pasal hal ni,” ujar Carol lagi setelah tawanya reda.

“Yalah! Kamu kan baru kerja lagi di sini. Lama-lama nanti, kamu akan tahu jugak,” balas Misya. Fieda hanya menganggu-angguk mengiyakannya.

“Mesti encik Rifdi tu hensem kan?” tanya Carol ingin tahu kerana dia masih belum pernah bertemu dengan lelaki itu.

“Umm, nak kata hensem sangat tu tak adalah!” ujar Misya. Kemudian, dia tersenyum sendiri membayangkan wajah lelaki yang pernah datang ke situ ketika spa itu baru dibuka. “Tapi cukup hensem untuk buatkan mana-mana perempuan yang tengok dia, toleh lagi sekali nak tengok dia.”

“Yup! Sebab dia ada aura yang cool dan bergaya. Aku rasa memang sangat bertuah siapa yang jadi awek dia,” sampuk Fieda pula. Carol hanya mengangguk-angguk sambil cuba membayangkan lelaki itu. Ahh, pasti memang hensem! Kalau tak, pasti cik Aira takkan syok habis dengan dia! Getus hati kecil Carol.

AIRA NADEEYA sengaja menambahkan lenggok jalannya ketika melalui sekumpulan lelaki yang sedang berbual berhampiran tempat parkir kereta. Tersenyum sendiri dia bila dia dapat menangkap siulan nakal mereka. Ada kata-kata nakal dan ingin memikat juga dilemparkan. Tapi dia sengaja tak mengendahkan mereka semua. Baginya, lelaki-lelaki seperti itu tak penting baginya. Hanya Rifdi Riyadh sahaja yang berjaya mencuri pandangan dan hatinya.

Dari jauh, Aira Nadeeya dapat melihat kelibat lelaki dambaannya itu. Namun, senyuman yang bermain di bibirnya terus hilang bila dia melihat lelaki itu sedang berbual dengan seorang perempuan lain yang tak dikenalinya. Tentu sahaja dia berasa cemburu. Dia tak suka bila ada perempuan lain cuba mendekati lelaki yang sepatutnya menjadi miliknya. Bibirnya diketap geram. Pantas dia mempercepatkan kayuhan langkahnya mendapatkan lelaki itu.

“Rifdi!” panggil Aira Nadeeya sedikit manja nadanya. Rifdi Riyadh pun pantas berkalih memandang gadis itu. Senyumannya sedikit hambar memandang gadis itu tapi Aira Nadeeya sudah biasa dengan sikap acuh tak acuh lelaki itu.

“Aira, buat apa dekat sini?” tanya Rifdi Riyadh.

“Umm... I ingatkan I nak ajak you keluar lunch. I seorang saja, tak ada teman nak pergi lunch,” beritahu Aira Nadeeya. Nadanya kedengaran makin manja. Dia pula sengaja memaut lengan lelaki itu.

Rifdi Riyadh hanya mengerutkan dahinya tanpa menolaknya jauh seperti kebiasaannya. Aira Nadeeya tersenyum gembira dengan sikap lelaki itu walaupun riak wajahnya menunjukkan dia tak berapa selesa dengan sikap gadis itu. Mungkin dia dah mula sukakan aku agaknya?! Sebab tu, dia dah tak berapa nak reject aku. Akhirnya, Rifdi terima juga cinta aku selama ni!! Getus hati kecil Aira Nadeeya. Senyumannya makin lebar bila memikirkannya. Mungkin harapannya selama ini utnuk berdampingan dengan lelaki itu akan termakbul akhirnya.

“Okay!” jawab Rifdi Riyadh pantas. “Jadi Nana. Aku pun tengah sibuk ni. Rasanya dah tak ada apa-apa lagi kan?” tanya Rifdi Riyadh memandang kembali gadis itu.

“Yup! Tu saja. Kalau ada apa-apa perubahan dalam pelan tu, Nana akan beritahu kemudian. Untuk hari ni, dah tak ada apa-apa,” jawab Auni Liyana sambil tersenyum. Sempat juga dia memandang Aira Nadeeya yang terus memaut lengan lelaki itu. Auni Liyana juga turut tersenyum memandangnya.

“Siapa ni Rifdi? Kawan pejabat you kah?” tanya Aira Nadeeya ingin tahu.

“Nahh, bukan! Tak penting pun dia,” jawab Rifdi Riyadh sedikit angkuh. Auni Liyana hanya tersenyum mendengarkannya. “Jomlah! Kata nak pergi lunch dengan I,” ajak Rifdi Riyadh tak mahu berlama lagi di situ.

“Okay, jom!” sahut Aira Nadeeya sambil mengangkat keningnya. Mereka berdua pun beredar dari situ meninggalkan Auni Liyana sendirian.

Auni Liyana sekadar memerhatikan sahaja mereka berlalu dari situ. Keluhan berat terlepas dari rengkungannya. Tak penting pun ya? Memang selamanya ke aku takkan menjadi seseorang yang penting dalam hidup Rifdi? Auni Liyana bertanya sendiri dalam hatinya. Kemudian, dia pun turut beredar dari situ.

“NAK makan dekat mana?” tanya Rifdi Riyadh tanpa memandang gadis itu. Dia sengaja menerima pelawaan Aira Nadeeya kerana sengaja ingin membuatkan Auni Liyana sakit hati. Mungkin gadis itu akan terasa dengan sindirannya tadi.

“Makan dekat mana-mana pun tak apa. Asalkan dengan you,” jawab Aira Nadeeya sambil menjeling manja memandang Rifdi Riyadh yang sedang fokus memandu.

Rifdi Riyadh hanya tersenyum hambar mendengarkannya. Haihh, menyesal pulak aku terima ajakan dia ni keluar makan sekali. Ni semua fasal Nana lah ni. Tak pasal-pasal aku kena keluar dengan minah sebelah ni pulak! Rungut Rifdi Riyadh sendirian dalam hatinya.

“Umm... Rifdi,” panggil Aira Nadeeya manja. Lelaki itu sekadar mengerling sahaja memandangnya. “I tengok macam you tak berapa suka saja dengan perempuan tadi tu. Kenapa?” tanya Aira Nadeeya masih ingin tahu perihal Auni Liyana.

“Tak ada apa-apa sangat tapi memang I tak sukakan dia. I bencikan dia,” jawab Rifdi Riyadh tanpa berselindung.

Oh, really? Umm, tapi dengan I... you tak benci kan?” sengaja Aira Nadeeya ingin menduga.

“Isyy you ni Aira! Takkanlah I nak benci dengan you pulak,” tingkah Rifdi Riyadh sambil tersenyum nipis. Senang hati Aira Nadeeya mendengarkannya. Tapi... kalau kau selalu sangat kacau aku. Tak lama lagi, memang sekali dengan kaulah aku benci jugak! Sambung hati Rifdi Riyadh.

Aira Nadeeya pun tak bertanya lagi bila melihat reaksi lelaki itu. Nampaknya, dia tak suka membicarakan perihal gadis tadi. Aira Nadeeya makin tersenyum lebar bila mengetahui yang lelaki itu mungkin makin menyukainya.

Setelah hampir 10 minit memandu, mereka pun tiba ke destinasi mereka. Sebuah restoran bertemakan masakan kampung menjadi pilihan makan tengah hari mereka. Rifdi Riyadh pun masuk dahulu ke dalam restoran. Aira Nadeeya terkocoh-kocoh mengejar langkah lelaki itu yang meninggalkannya di belakang. Bersungut dia di dalam hati kerana Rifdi Riyadh tak menghiraukannya. Geram pula dengan tingkah lelaki itu. Sekejap dia melayannya dengan baik, sekejap kemudian dingin kembali.

“Saya nak... jus tembikai laici dengan nasi putih. Lepas tu, ikan keli bakar, udang goreng kunyit dan masak lemak pucuk ubi,” beritahu Rifdi Riyadh kepada pelayan yang mengambil pesanan mereka. Dia sengaja memilih tempat duduk di bahagian paling luar.

“Umm... I pulak nak jus belimbing dan mee sup ayam,” pesan Aira Nadeeya pula sambil menutup menunya. Setelah itu, pelayan itu pun beredar menghantar pesanan mereka ke bahagian dapur.

Rifdi Riyadh melemparkan pandangannya keluar memandang tasik di luar. Restoran itu dibina di sebelah tasik mendatangkan damai dan nyaman buat pengunjung yang datang ke situ. Aira Nadeeya pula terus leka menatap wajah lelaki di hadapannya itu. Makin kacak pula lelaki itu di pandangannya. Tambah lagi, ketika dia sedang enak menikmati pemandangan di luar. Tampak tenang wajah lelaki itu. Umm, you buatkan I makin nakkan you Rifdi. Kata hati Aira Nadeeya.

Setelah itu, pesanan mereka pun sampai. Rifdi Riyadh tak menunggu lama sebelum mula menjamah makanannya setelah doa makan diaminkan. Aira Nadeeya juga turut mula menjamah mee supnya.

“Apa yang you tengok Aira sampai berkerut dahi macam tu?” tanya Rifdi Riyadh bila melihat gadis sedang asyik melihat ke arah kanan mereka.

“Oh tak ada apa sangat. Cuma... I rasa macam tu perempuan yang sama tadi,” beritahu Aira Nadeeya sambil menunjuk ke seorang gadis yang sedang duduk di meja di sebelah dalam restoran itu. Dinding kaca sedikit menghalang pandangannya. Rifdi Riyadh pun turut berkalih memandang ke meja sebelah dalam yang dimaksudkan. Dia tak perlu melihat lebih lama untuk mengecam gadis itu.

“Orang yang sama kan?” tanya Aira Nadeeya inginkan kepastian.

“Umm...” hanya itu terluah dari suara Rifdi Riyadh. Dia begitu kerap bertembung dengan Auni Liyana sejak kebelakangan ini. Sedikit hilang selera makannya bila memandang gadis itu.

Auni Liyana sedang berbual dengan seorang lelaki. Gadis itu tampak gembira berbual dengannya. Sedikit terbakar hati Rifdi Riyadh melihat kemesraan mereka berdua. Tak sangka gadis itu mampu ketawa dan gembira bersama lelaki lain seperti dia tak pernah rasa bersalah dengan kenangan silamnya. Memikirkannya hanya membuatkan hati lelakinya bertambah panas.

“Dahlah Aira! Cepat habiskan makanan you. I nak kena masuk pejabat cepat ni,” suruh Rifdi Riyadh memberi alasan. Dia malas hendak berlama di situ untuk terus memerhatikan kemesraan itu.

Aira Nadeeya hanya sekadar menurut sahaja. Dia menyuap lagi beberapa suap meenya sebelum menghabiskan minumannya. Masih ada lagi setengah mee bersisa di dalam mangkuk itu tapi dia sengaja mengurangkan makannya untuk menjaga badan. Bimbang pula jika berat badannya naik. Manakala, Rifdi Riyadh menghabiskan semua makanan dan minumannya.

Rifdi Riyadh sengaja menjeling ketika melalui meja diduduki Auni Liyana bersama lelaki yang tak dikenalinya itu. Sempat pandangan mereka bertaut. Auni Liyana sedikit terpana memandangnya. Tak sangka akan bertemu lagi di situ. Namun, lelaki itu tak menyapanya. Sekadar berlalu seperti mereka tak saling mengenali.
Previous: BAB 7
Next: BAB 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Cahaya Izzati