Home Novel Cinta Jodohku Mamat Dot3
Jodohku Mamat Dot3
nurul jannah
29/4/2015 22:39:26
49,717
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 3

So, you dah maafkan I?” Azim Harraz menghulurkan tangannya. Syafawati Qaisara menjeling. Bukan sekilas. Hanya dengan pandangan matanya yang sengaja dijulingkan. Sebenarnya tidak percaya yang mamat gila itu sanggup menunaikan syarat.

Apa yang diluahkannya tadi hanyalah sesuatu yang spontan. Dalam keadaan yang sakit sebegitu, nak berfikir pun dia tak sempat.

“ Bodoh!” Dengan mengungkapkan perkataan itu, kakinya laju mencari jalan keluar untuk berlalu dari kafeteria yang seakan memberikan berbagai senyuman padanya. Malu. Ramai yang memandangnya dengan bermacam pandangan.

Hey, at least bagilah I bawa you pergi medic.” Telinga Syafawati Qaisara dapat menangkap permintaan itu. Namun dibiarkan sepi.

Kaki aku masih tahu lagi jalan nak pergi medic. Gerutunya dalam hati. Tangannya mencapai kasar beg sandang yang berada di meja yang sedang diduduki Heliza.

Sedari tadi kawannya itu tercengang. Mahu mendekat tetapi kakinya tidak mahu melangkah. Mahu melihat drama yang best di matanya. Mahu menolong, tetapi mamat yang memperkenalkan dirinya sebagai Azim Harraz itu telah mahu menolongnya.

Merayu kata maaf dengan penuh sayu. Romantik. Hati Heliza senyum. Tersedar. Terus dia berlari mengejar kawannya yang telah pergi.

“ Sya, tunggulah.” Lelah kerana mengejar. Tercungap-cungap dia mengambil nyawa.

“ Kita pergi medic. Teruk juga aku tengok tangan kau tu. Entah-entah bahaya kalau tak buat rawatan awal-awal. Aku risau kalau nanti melecur teruk. Macam mana kau nak menaip nanti. Merajuk pulak lappy kau kalau pakai sebelah tangan. Aku…”

Heliza mematikan ayat. Pandangan macam singa betina yang dilihatnya membuatkan dia meraih senyum kucing. Tersenyum perlahan-lahan. Tidak mahu menambahkan rawan hati kawan yang sedang panas.

Dia ni nak cari marah aku je. Pot pet pot pet. Macam mak nenek yang esok nak meninggal. Bertimbun-timbun wasiat yang nak disampaikan. Syafawati Qaisara menggerutu di dalam hati.

“ Kau marah dengan Azim Harraz eh?” Sekali lagi Syafawati Qaisara memandang Heliza. Mengangkat kening.

“ Mamat tu la. Tadi kan dia ada bagitahu nama dia Azim Harraz masa nak buat sesi makan free beramai-ramai.”

“ Owh mamat gila tu.” Kali ini Heliza pula yang menjungkitkan keningnya. Senang-senang diberi gelaran. Punyalah cantik nama. Macam pemiliknya. Hehe.

“ Sedap mulut kau je panggil dia macam tu. Selama aku hidup ni tak pernah pulak aku jumpa mamat gila yang hensem macam tu. Hensem tu kawan. Tapi syok jugak nama yang kau bagi tu. Memang gila sebab sahut cabaran kau untuk belanja satu kafe. Mahu beratus yang terbang.”

“ Alah…poyo la mamat tu kalau tak berani buat. Lagipun apa nak takut. PTPTN baru masuk kan?” Heliza ketawa kuat.

“ Masa kau cakap syarat tu tadi kau fikir ke tak?” Syafawati Qaisara hanya menjeling. Tahu kawannya itu sengaja menduganya.

“ Aku fikir ke tak benda dah berlaku pun. Apa boleh buat.”

“Tahi kambing bulat. Boleh buat ubat. Ubat cap batuk.” Heliza ketawa sakan dengan lagu yang dia sendiri nyanyikan. Sengaja menyambung ayat kawan yang dimatikan. Senang dengan lagak kawan seorang itu.

“ Kau marah dengan mamat tu eh?”

“ Kambing kau aku tak marah. Kau tengok sendiri kan apa yang dia dah buat.”

“ Tapikan…kalau ya pun kau marah dia, takkanlah sampai kau kena curi cermin mata dia kan?” Syafawati Qaisara kaget. Terus dilihat tangannya. Ya! Dia memegang beg dan cermin mata mamat gila tersebut. Sesuatu yang tidak disedarinya. Dia mengeluh.

“ Itulah. Kau tak sedar apa yang kau buat kan? Bukannya aku tak kenal kau bila kau marah. Apa yang kau buat semua di luar kawalan. Hmm…malangnya nanti siapa yang kahwin dengan kau. Entah-entah malam pertama laki kau dah kena tendang sebab kau tak rela dan belum bersedia untuk tuttt…” Heliza membuat sengih.

Sengaja membuat sengih yang menyakitkan hati tanpa rasa bersalah tatkala terpandang isyarat penampar yang ditunjukkan oleh tangan milik kawannya. Syafawati Qaisara mendengus. Agak kuat.

Kawan yang seorang ni memang tak makan saman. Dalam situasi apa pun, segalanya dianggap sebagai gurauan. Rasa ingin diketuk-ketuk kepala itu sampai lupa ingatan.

“ Aku gurau jela. Kau ni tangan sakit-sakit pun sempat lagi nak tampar aku. Cuba kawal sikit marah kau tu. Ni hidup dengan nak marah je.”

“ Kau rasa tak layak ke aku marah dengan keadaan aku sekarang ni? Bukan je aku rasa nak tampar. Nak sepak terajang kau pun ada ni. Mulut kau tu jaga sikit. Jaga sama perasaan aku yang tengah kacau bilau ni.”

“ Kacau bilau? Kenapa? Dah jatuh cinta dengan mamat gila tu ek?”

“ Eja…” Ditempik kuat nama gadis itu. Geram.

“ Okey. Okey. Sorry geng. Aku gurau jelah. Kau cakap kacau bilau tu kenapa. Bagilah perkataan lain yang lebih sesuai. Perasaan kau yang sedang menahan sakit ke. Perasaan kau yang sedang ditusuk sembilu ke. Perasaan kau yang sedang dilanda…” Heliza terus diam apabila tangan kawan yang sedang sakit itu menunjal kepalanya. Faham.

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh nurul jannah