Dewan
yang agak suram seketika tadi bertukar ceria dengan lighting yang agak hebat. Berwarna-warni. Azim Harraz membetulkan
duduknya. Dia dan Herman dah membeli tiket untuk menonton persembahan teater
sejak dua minggu lepas.
Dia
memang sangat berminat dengan aktiviti teater yang dianjurkan oleh pihak
universiti. Sama ada yang menjadi pelakonnya adalah orang luar atau pelajar
dalam universiti sendiri.
Setakat
ini, mana-mana persembahan teater yang dia pernah tengok, belum lagi membuatkan
dia boring. Teater kali ini agak berlainan sedikit kerana bertiket. Tiket yang
dibeli juga agak mahal. Dia berharap yang tiket itu berbaloi dengan
persembahan.
Sebagai
pelajar universiti dan teater yang bakal dilihat nanti adalah juga kerjasama
dari pihak universiti, dia tidak keberatan untuk membeli tiket dan melihat
persembahan. Kerana konsepnya adalah berhibur dan beramal.
Sebelum
ini, pihak universiti tidak pernah mengenakan apa-apa bayaran untuk persembahan
teater yang dilakonkan oleh pelajar. Sebab itu kadangkala merupakan tugasan
untuk kertas yang dituntut dalam subjek kuliah. Kali ini, tiga per empat dari
harga tiket, akan disalurkan kepada bantuan kemanusiaan di negara-negara Islam
yang ditindas.
Selesai
persembahan ketiga, mata mereka masih segar. Sangat berpuas hati dengan lakonan
mantap dari berbagai fakulti yang mengambil bahagian. Siapa cakap yang hanya
fakulti kesenian yang boleh berlakon? Fakulti lain juga mampu untuk bersaing.
Azim
Harraz memberikan tepukan yang gemuruh tatkala persembahan oleh kumpulan yang
baru pula bermula.
Babak
pertama yang dirasakan sangat menarik. Lima minit yang membuatkan dia sungguh
berpuas hati. Masuk babak kedua, bahunya ditepuk kuat oleh Herman. Dia mengaduh
dan marah kerana sedikit terperanjat.
“
Apahal kau ni bro? potong stim betullah.”
“
Bukan ke tu minah kalut yang kat kafe hari tu? Weh dia ikut persembahan teater
ni la bro.” Terus lelaki itu bangun dari duduknya. Sungguh dia tak percaya.
“
Minah kalut. I jumpa you.” Dia berteriak. Satu tindakan spontan. Spontan dan
dirasakan bodoh oleh Herman dan beberapa orang yang turut memandangnya.
“
Tepilah bro. Duduklah. Kita orang bayar tiket bukan nak tengok kau melalak.
Macam beruk.” Dia kembali duduk apabila bajunya ditarik kasar oleh Herman. Dia
cuba bertenang. Tidak sangka yang tindakannya akan begitu.
Dia
mengangkat tangan tanda memohon maaf kepada orang di belakangnya. Entah siapa
yang mengutuknya tadi. Sangat pedas. Dia panggil aku yang hensem ni beruk.
Beruk punya orang. Monolognya.
“
Kau ni memang beruk la bro. Buat malu je.” Dia menyiku perut Herman bila kawan
itu juga memanggilnya begitu.
“
Kau pun sama je dengan mamat tu. Mulut longkang.”
“
Kau ni dah tahap bahaya. Angau.”
“
Argh lantaklah. Eh mana minah kalut tu tadi?” Dia bertanya bila matanya tak
dapat mencari perempuan itu di atas pentas.
“
Babak dia dah habis la tu. Dah masuk belakang tabir.”
“
Dia berlakon teater bro. Kau percaya tu?” Mereka bercakap dengan suara yang
perlahan. Saling berbisik. Herman mengangkat bahunya. Terlintas di fikirannya,
bagaimana minah kalut itu boleh tersesat sampai ke atas pentas.