SUDAH
seminggu, tangan Syafawati Qaisara masih lagi berbalut. Langsung tidak
menyangka penangan sup kegemarannya itu. Matanya terpandang cermin mata hitam
yang elok terletak di meja study.
Ingin dipulangkan, tetapi tidak terjumpa dengan tuan empunya diri.
Entah
di mana mamat gila itu tinggal. Di hostel ke? Kalau ya, Kediaman yang mana
satu? Blok yang mana? Nak buat-buat terjumpa di kawasan fakulti pun memang dia
tidak pernah terjumpa. Entah course
apa. Budak tahun berapa. Nampaknya terpaksa buat pekasam spek hitam yang
bergaya tu.
Hmm..akhirnya
dia menunggu. Menunggu untuk pertemuan takdir yang entah bagaimana. Itupun jika
ada takdirnya untuk bertemu dengan mamat gila itu. Hmm…kepalanya sudah melekat
dengan gelaran mamat gila yang diberikan.
Kasarkah?
Biarlah. Perkenalannya yang tidak rela dengan mamat itu juga agak kasar. Bukan
agak tetapi memang kasar kerana tangannya menerima kesakitan yang perit sejak
seminggu yang lalu. So, memang patut gelaran tu dikekalkan.
“Kawan,
jomlah keluar lunch.” Syafawati Qaisara
sedikit tersentak. Lamunannya terbang. Hilang. Barangkali terus keluar dari
atmosfera. Serius dia terperanjat.
Ni
seorang lagi minah gila. Sehari tak buat jantung aku dup dap memang tak sah.
Tak makan saman. Macam-macam amaran pun dia buat dek je. Memang kepala batu.
Dipandang kawan yang entah bila pulang dari kelas. Sedar-sedar dah tercongok di
sebelahnya.
“
Kau ni Eja, lain kali bagilah salam dulu. Selalu nak main redah jer.
Asyik-asyik redah nanti kau yang terngadah. Bala.”
“
Assalamualaikum Syafawati Qaisara binti Sanusi. Maafkan patik kerana datang
tanpa salam. Patik Cuma ingin mengajak tuan puteri mencemar duli untuk menemani
patik ke kafe supaya patik dapat mengenyangkan perut patik yang sudah berirama
dangdut campur hindustan ni.”“
Kalaulah aku betul-betul tuan puteri, memang aku mintak sangat-sangat kau jadi
orang suruhan aku.” “
At least orang suruhan tuan puteri ni
dapat bagi arahan dan bukan menerima arahan.”“
Aku doakan nanti kau dapat suami yang selamba badaknya berganda dari kau
seadanya.” “
Owh bahagialah nanti patik wahai tuan puteri.” Syafawati Qaisara pantas
menghempuk buku yang agak tebal tepat mengenai kepala kawannya. Heliza
menyeringai sambil menggosok kepala bekas kena hempuk. “
Kau ni tak ada tempat lain ke kau nak jadikan mangsa. Asyik kepala je. Nanti
lama-lama lembab otak aku ni.” “
Memang otak kau dah lama lembab pun. Terror
bab mengata aku jer. Lagipun itulah tempat yang paling bagus untuk orang yang
tak makan saman macam kau ni.” “
Tak makan saman macam aku ni tak adalah sampai nak mencuri.” “
Kau ni…” Syafawati Qaisara menggetap giginya. Geram. Tahu yang Heliza menjurus
kepada cermin mata hitam lelaki yang diberi gelaran mamat gila. “
Aku bukannya sengaja nak ambik.” “
Penatlah aku bercakap dengan kau ni. Buat sakit hati jer.” “
Alah sakit-sakit hati pun kalau aku tak ada hidup kau sunyi kan?” Kali ini
bukan sahaja Syafawati Qaisara menghadiahkan jelingan. Turut dikirim bersama
salam maut. Memang dia akan kalah kalau berdebat dengan rakannya seorang ni.
Jarang sangat dia akan menang. Sebab dia tahu yang realitinya, memang dia akan
sunyi kalau Heliza tiada. Kawan
yang menyakitkan hati itulah yang selalu ada semasa dia susah dan senang. Kawan
itulah yang sentiasa menaikkan dirinya saat dia jatuh. Kawan itulah yang paling
mengerti tentang apa yang dia rasai. Kawan itulah segalanya buat dirinya di
universiti. “
Nah tengok! Termenung lagi. Kalau macam ni lah. Sepuluh kali aku bagi salam pun
kau buat pekak bedak je.” Syafawati Qaisara membentuk-bentuk mulutnya. Memang
salah dia. Melamun tak kira masa. “
Dah nak lunch ke? Baru jam dua belas.
Biasanya pukul satu kan? Senang nanti terus tunggu bas nak pergi kelas jam dua.
Kelas Encik Zabidi tak cancel kan?” “
Alah kita turun sekarang la. Aku memang lapar giler ni. Aku naik bilik ni pun
sebab nak ajak kau. Takut kau kelaparan. Dari pagi kau belum makan kan?” “
Banyaklah cekadak kau. Sebenarnya kau nak suruh aku temankan kau sebab kau tak
nak makan sorang-sorang kan?” Heliza menyengih. Tepat. Memang dia tidak mahu
makan di kafeteria seorang diri. Rasa macam orang bodoh jer. “
Alah kawan. Jomlah. Kasihan la kat aku. Kau pun tahu prinsip kita kan? Tak nak
menampakkan diri kita bodoh dengan melakukan sesuatu yang dirasakan bodoh
walaupun kita memang suam-suam kuku bodoh.” Syafawati Qaisara tergelak. Pandai
kawannya itu mengumpan.