Home Novel Cinta Jodohku Mamat Dot3
Jodohku Mamat Dot3
nurul jannah
29/4/2015 22:39:26
49,725
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 2

" KAWAN, rilekla. Kalau betul pun sampai tiga pagi bukannya kita tak biasa pun. Cool je."

" Cool kepala otak kau. Semua ni berpunca dari aku. Kalau aku buat dengan baik tadi tak ada la dia mengamuk macam tu."

" Dia? Siapa? pakwe kau?" Dumm. Sebijik penumbuk hinggap di bahu Heliza.

" Dah tu siapa suruh kau tak buat dengan baik? yalah kau kan perfect." Terasa panas telinganya dengan sindiran itu.

“ Kalau kau tak nak rasa macam mana berbisanya penumbuk aku ni. Baik kau jangan nak sindir-sindir aku macam tu.” Dia mula mengepalkan penumbuk dan diangkat sama tinggi dengan hidung kawannya tu.

“ Kau ni tak leh nak bawak berbincang la kawan.”

“ Berbincang ke macam tu? Tu bukan berbincang. Itu satu spekulasi yang kurang asam.”

“ Alah aku gurau je pun. Tak payahlah nak serius. Berapa ramai aku nak hadap orang yang serius dalam sehari ni. Dengan Dr Azam lagi dan sekarang dengan kau pulak. Matilah.”

“ Serius aku bertempat. Aku kalau kau tak..”

“ Dah-dah lah. Bising telinga aku ni. Semak je bila sampai otak. Susah nak proses untuk hati terima dengan seadanya.” Dia memotong dan mengangkat kening. Senyum.

" Aku kasihan dengan budak set dan prop. Penat-penat diorang buat, dikatakan sampah."

" Bukan diorang. Lakonan kau tu yang sampah." Heliza berlari anak ke bus stop fakulti apabila mata kawannya seakan mahu menelan dirinya.


                    ************************************************

“ AKAK, bagi nasi putih dengan sup perut campur daging dua. Kurang pedas ye kak.” Syafawati Qaisara menunggu seketika makanan yang dipesannya. Sememangnya dia tidak gemar menunggu makanan untuk dua orang. Makan masa. Sebab itu dia tidak berapa ikhlas untuk menolong kawan baiknya itu. Hanya sedikit rela sahaja.

Sudu yang dari awal diambil dari bakul yang disediakan dimainkan. Tangannya senang memutarkan sudu itu kiri dan kanan. Lagaknya seperti bermain pensil semasa dalam kuliah.

Lima minit berlalu, giliran hidangan untuknya masih belum siap. Dia sedikit merengus. Masuk minit yang ketujuh, dia semakin bosan. Tiba minit yang kesepuluh, siap. Dia melemparkan senyuman kepada kakak yang meletakkan pesanannya di kaunter.

Diangkat perlahan-lahan kedua-dua hidangan untuk dibawa ke meja dan menjamu kawan baiknya yang sedang menunggu. Syafawati Qaisara melemparkan senyuman dan berpusing untuk melangkah. Ketika itu juga mangkuk sup sebelah kanan tangannya melayang. Bagai ditumbuk kasar oleh seseorang.

Mangkuk yang terbang dengan tidak rela mencari mangsa. Sup panas yang ditatang dengan penuh sopan tadi akhirnya makan tuan. Landing cantik di atas tangan Syafawati. Ting! Ting! Ting! Comel terlungkup di lantai kafe.

Tangannya bagaikan disambar api. Panas. Dia menjerit dan meredah kawasan larangan pelajar. Kakinya laju memasuki bahagian pekerja kafe untuk mencari singki. Jumpa. Terus tangannya dihalakan bawah air yang mengalir laju. Memang dia tak tahan. Sakit. Terasa seperti nak menangis. Ditahannya. Sedar tentang kedudukan dirinya yang berada di tempat awam.

Matanya mengecil menahan rasa sakit yang menggigit. Kemudian terasa lengannya diambil seseorang. Dia membuka matanya luas. Rupanya kakak yang menyiapkan ordernya tadi.

“ Kau tak boleh terus basuh kalau kena benda panas. Nanti makin sakit. Pedih. Sini.” Tangan kakak itu laju mengambil botol kicap dan menuangkan atas tangannya yang merah. Kicap?

“ Kicap?” Dia bertanya dengan kesakitan yang masih berbisa.
“ Ya! Kicap lagi mujarab dari air. Lepas beberapa minit baru boleh siram. Biarkan sakit tu reda dulu.”
“ Pelik la kak. Tak pernah pula saya guna cara macam ni.” Namun dia tidak kisah. Membiarkan saja tindakan kakak yang baik hati itu. Dan seketika kemudian hatinya berdetik. Siapa yang buat dajjal pada aku tadi?

Dia meliarkan mata. Mencari sasaran. Mangkuk yang berada di lantai itu dulu yang menyinggah matanya. Kemudian mencari insan yang bersalah dengan pandangan mata yang dirasakan tepat. Dapat! Lelaki yang dirasakan bertanggungjawab bergerak mendekat dengannya.

“ You, sorry! I betul-betul tak nampak you tadi. You okey?” Syafawati Qaisara memejamkan matanya. Menahan rasa. Perlahan-lahan dihembus nafasnya. Menyeru hatinya supaya bersabar. Ditundukkan wajahnya. Terus menghadap singki.

Dibuka matanya perlahan. Melihat tangan yang sedang menyengat dengan rasa sakit. Kesan merah jelas kelihatan. Pergelangan hingga ke hujung jari. Seperti dia mencelupkan tangannya dalam air yang sedang menggelegak.

“ You, I betul-betul mintak maaf. Tadi memang I tak nampak you. Tiba-tiba jer I rasa macam I tumbuk something. Tengok-tengok you dah menjerit dan…”

Azim Harraz kaku. Lidahnya kelu. Ayatnya tidak dapat disambung. Pandangannya seakan tenggelam dalam dunia yang dia tidak pernah huni. Terasa indah. Renungan tiba-tiba insan yang berada di depannya seakan melumpuhkan dirinya.

Sorry? Senang you cakap maaf bila you dah buat tangan I jadi macam ni?”
Dia sedikit menjerit. Syafawati Qaisara merenung tajam lelaki itu. Azim Harraz menelan liurnya. Kembali ke alam nyata. Dunia yang melekakannya seketika tadi hanyut bersama air yang sedang laju meninggalkan lubang sinki.

Dilihat tangan putih yang kemerahan itu. Kasihan. Dipalit dengan rasa bersalah yang teramat. Memang dia tidak sengaja. Apa yang telah berlaku, semuanya secara tiba-tiba. Terlalu pantas. Dia bergelak ketawa bercerita sambil menghayunkan tangannya. Sedar-sedar, ada insan lain yang terlibat. Terlibat dalam kisah yang agak tragis.
Seriously, I tak sengaja. I tak nampak you.”
“ Ini. Inilah puncanya I yang sebesar gajah ni you tak nampak.” Tangan kiri Syafawati Qaisara mencabut ganas cermin mata hitam yang dipakai oleh lelaki di hadapannya.
Why? Matahari yang ada ni menyakitkan mata you ke sampai you kena pakai benda alah ni dalam kafe yang tertutup ni?”

Azim Harraz bungkam. Lidahnya kelu. Dia tidak tahu untuk mengatakan sebarang ayat. Gadis di hadapannya ini seakan menyihir dirinya. Tidak pernah dia merasakan detik yang sebegini dalam hidupnya.
Once again. Sorry.”
“ Okey. I akan maafkan you. Dengan syarat you kena belanja semua orang yang ada kat kafe ni.”
Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh nurul jannah