Home Novel Cinta JANDA HOT ILYAS FAKHRI
JANDA HOT ILYAS FAKHRI
Aira eddy
19/12/2024 15:14:40
889
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 6

BAB 6

Keadaan agak tegang bilamana Mawar Elina menyuarakan hasratnya untuk menikahiIlyas Fakhri. Sukar untuk Fahim terima yang kakaknya akan berkahwin. Dan yangpaling dia takut semua lelaki yang cuba mendekati Mawar adalah disebabkankecantikannya sahaja.

Mawar menyambung menaip whats app pada Fahim Iskandar.

Mawar Elina: Akak yakin dengan dia. Tak pernah lagi akak rasa perasaanyang sangat tenang bila dekat dengan dia.

Fahim Iskandar: Itu sebab akak tengah angau. Akak tengah buta dengancinta!

Agak tegas nada Fahim disitu. Mawar pula masih mempertahankan dirinya.

Mawar Elina: Dia akan sokong cita cita akak yang tertunda. Lagipun akakikhlas sayang kan dia. Please lah Fahim. Akak perlu sokongan dari Fahim. KalauFahim tak nak faham perasaan akak, sapa lagi?

Fahim Iskandar: Fahim tak pernah nak mengongkong kehidupan akak. Tapi Fahimtak nak akak ambil jalan terburu buru. Akak baru 22 tahun kak. Usia akaksangat2 mentah. Bukan mudah nak galas tanggungjawab tu.

Mawar Elina: Galas tanggungjawab? Tanpa akak sedar, alhamdulillah Allahtolong akak galas tanggungjawab jaga adik – adik akak. Semuanya cukup makanpakai. Walaupun Fahim rasa usia akak muda, tapi macam macam yang akak usahakanuntuk keluarga kita supaya kita ni tak ketinggalan. Akak usaha juga sampaiFahim boleh belajar ke luar Negara. Akak tak nak jadikan miskin, yatim piatu,penyebab kita semua tak boleh berjaya.

Lama Fahim Iskandar membaca ayat – ayat yang ditulis Mawar. Berathatinya ingin melepaskan kakaknya pada orang yang dia sendiri tidak kenal hatibudinya.

Fahim Iskandar: Kalau dah itu keputusan akak, Fahim mintak maaf. Semogaakak bahagia dengan pilihan hati akak. Maaf Fahim tak dapat balik. Akak puntahu kan  Fahim tak kan balik selagi takgrad.

Mawar faham adiknya masih ragu – ragu dengan keputusannya ingin menikahiIlyas Fakhri. Namun kata hati Mawar kuat mengatakan yang tiada lelaki lainselain Ilyas Fakhri yang akan menjadi imam dan teman hidupnya.

Mawar menutup aplikasi Whats app  Matanyamelihat baju putih dan veil yang sudah siap digantung di belakang pintu. Hanyabeberapa hari sahaja lagi dia akan bergelar isteri. Tiada lagi perasaan ragu –ragu. Semuanya sudah dijelaskan oleh Ilyas Fakhri

‘Takpelah. Lagipun kami sama – sama anak yatim piatu. Dia pun tak da lahkaya sangat2. Kereta pun boss dia yang punya. Okay lah tu kan kalau aku nikahdengan dia’

Mawar Elina bermonolog sendirian. Ilyas Fakhri menyembunyikan semuatentang dirinya. Mawar pula percaya bulat – bulat apa yang diberitahu olehIlyas Fakhri. Pintu bilik Mawar ditolak dari luar. Faiq Izani muncul danmemanggil kakaknya keluar.

“Abang atang…”

Mawar menyarung tudung bawalnya dan terus keluar ke pintu rumah. IlyasFakhri membeli sedikit hantaran untuk Mawar Elina. Semuanya sudah siap dihias.Tinggal disusun di pejabat agama nanti.

“Semua dokumen abang selesaikan dah. Nanti abang mintak keluarga Ijatdatang teman Mawar. Abang dah sewa kereta dah untuk Mawar datang pejabat agama”

Mawar mendengar semua pesanan Ilyas Fakhri. Semuanya disiapkan Ilyasdari A sampai Z.

“Abang…”

“Ya Mawar”

“Mawar tak silap pilih kan? Abang ni betul2 jodoh Mawar kan?

“InsyaAllah, abang yakin. Selagi mana Mawar terima kekurangan abang danabang terima kekurangan Mawar, InsyaAllah jodoh kita sampai syurga sayang..”

Mawar tersenyum mendengar jawapan yang makin lagi meyakinkan hatinya.Selesai sahaja menghantar barang – barang di rumah Mawar, Ilyas Fakhri beredar danmemandu kereta ke homestay Pak Seman.

Pak Seman pula sudah sebulan menginap di rumah anaknya di Selangor.Hanya pekerja – pekerja Pak Seman yang datang untuk membersihkan homestay.Panggilan telefon mematikan lamunan Ilyas Fakhri yang ralit menikmati suasanapetang di tepi sungai.

“Ye Ma…

“ Iyas ada apa – apa nak bagitahu Mama ke? Mama rasa tak sedap hatikebelakangan ni. Ada apa – apa yang Mama perlu tahu?”

“Tak da apa Ma. Semua okay je dekat sini. Projek kat sini pun berjalanlancar. Cuma Iyas kena siapkan layout untuk tunjuk dekat Papa nanti”

“Tak boleh ke sambung buat kerja dekat sini. Ini tidak, balik satu harije lepas tu gerak pergi Johor lagi. Macam ada sesuatu je dekat sana tu”

“Hish Mama ni. Mana ada. Kan Iyas selalu hantar gambar sungai kat Mama.Tapak projek Mall kita tu. Mana ada apa pun. Lagipun Iyas tenang kat sini.”

“Tenang Iyas tu macam lain sikit. Mama bukan apa. Sejak kamu takda,makin kerap Lila keluar dari rumah. Ada sekali tu terkantoi dengan Mama,katanya seminggu nak balik rumah mama papa dia, bila mama tanya mama papa dia,dia tak da pun balik situ”

“Biarlah dia Maa”

“Mana boleh biar Iyas. Kamu nak ke tanggung dosa dia sana sini. Dia tuisteri Iyas tau”

“Ye, Iyas tahu. Nanti Iyas bincang perkara ni dengan Mama, Papa. OkayMa, papa pulak call ni. Assalamualaikum”

Usai sahaja menjawab salam Datin Salina meletakkan telefon bimbitnya.Kelibat suaminya kelihatan turun dari tangga. Nampak sangat Ilyas Fakhrimengelak dari mamanya dari ditanya soalan yang bukan – bukan.

Datuk Muiz mengambil tempat diruang tamu dan duduk berhadapan dengan isterinya.

“You nak tahu tak, tadi I jumpa sapa”

Datin Salina menanti lagi ayat suaminya.

“I jumpa AuntyNa”

“Dia dah balik Amsterdam ke?”

“Dia balik kejap je. Tapi dia ada bagi good news”

“Apa dia”

“Dia akan bagi share 10% kat kita kalau kita dapat cucu”

Datin Salina sudah mengerutkan dahinya.

“Anak Iyas?”

Datuk Muiz menggangguk sambil tersenyum. Akhirnya 90% saham syarikatKhaf Holding akan menjadi milik keluarga kita.

“And ada lagi. Kalau anak Iyas tu lelaki, dia akan serahkan 20% saham tupada kita”

Datuk Muiz sudah bertepuk tangan. Datin Salina pula menarik nafaspanjang dan dilepaskan perlahan.

“Iyas tahu semua ni?”

“Belum tahu lagi. Tunggu dia balik sini. So far progress kerja kat sanaberjalan lancar. Layout yang Iyas bagi semuanya perfect

“Tapi you tak pelik ke dia duduk lama2 kat sana?”

“Pelik kenapa pulak. Kan dia ada balik seminggu sekali.”

“Yela. 3 bulan dia dekat sana. Sekalipun tak pernah balik tidur katrumah. Adam pun dah masuk pejabat kan. Iyas pulak tinggal kat homestay tu”

“You tak payah fikir bukan – bukan. Yang you kena fikir pasal menantukita tu, macam – macam I dengar pasal dia sekarang. Sakit telinga I ni. I malasnak cakap lebih2. Nanti tak pasal I gaduh pulak dengan mak dia tu”

Datin Salina mengurut dadanya. Dia memang jangka yang ada yang tak kenapada menantunya. Ilyas Fakhri juga tahu yang Lila Amina ada orang laindibelakangnya dan dia akan selesaikan masalah ini dengan Lila Amina setelahhasratnya untuk menikahi Mawar Elina selesai.

Kelibat Lila Amina muncul saat Datin Salina dan Datuk Muiz sedangberbual. Langkahnya laju meniti anak tangga tanpa menyapa mertuanya. Setelahitu, Lila Amina turun bersama beg pakaian.

“ Lila! Sini!”

Tegas Datuk Muiz memanggil menantu merangkap anak buahnya. Lila Aminamengerutkan dahi dan mengeluh. Kakinya mula melangkah ke arah Datuk Muiz danDatin Salina.

“Kamu nak kemana ni?”

“Hai, selama ni tak da sibuk pun tanya mana Lila nak pegi. Kenapa hariniPapa tiba – tiba tanya pulak?”

“Kamu jangan nak kurang ajar Lila. Lama dah Papa perhati perangai kamu.Papa senyap tak bermakna Papa tak ambil tahu pasal kamu.”

“Semua orang dalam rumah ni bukan nya ambil kisah pasal Lila. Semua adakepentingan sendiri. Lagipun dari awal lagi Lila nikah dengan Abang Iyas sebabnak dapatkan saham Nek tok. Semuanya gilakan harta. Sampai share Nek Na punkita nak dapatkan jugak. Jadi tu, semua orang bebas nak buat apa kan?”

“Tapi bukan bermaksud Lila boleh sesuka hati jadikan rumah ni macamhotel. Dan yang paling utama, Lila kena jaga maruah keluarga kita. Lila takboleh sesuka hati keluar dengan mana – mana lelaki. Lila masih isteri padaIyas”

“Isteri atas kertas untuk kepentingan semua tanpa fikir perasaan Lila.Lagi – lagi anak Mama dan Papa! Papa dengan Mama jangan risau, Lila dah punbincang dengan abang Iyas untuk berpisah.

“Papa tak setuju!”

Lila Amina menghempaskan tubuhnya di atas kerusi. Drama apa pula yangbersambung. Dia sudah dapat apa yang dia inginkan. Atas persetujuan bersama,Ilyas akan menyerahkan 5% sahamnya pada Lila Amina. Ini bermakna, Lila danIlyas masing  - masing mempunyai 15% sahamdi Khaf Holding. Walaupun ini bukan yang diharapkan Lila Amina, dia bersetujudengan cadangan Ilyas kerana sudah berputus asa untuk menggoda suaminya.

“Tapi Lila dah ada pilihan hati Lila sendiri. Abang Iyas pun dah tahupasal ni!”

“Papa dah bincang dengan papa kamu dan Mama kamu, dia setuju dengankeputusan ni”

Marah Lila Amina bersambung lagi. Entah apa lagi yang dirancangkan olehkeluarganya dan keluarga Ilyas Fakhri. Tanpa mengucap salam pada Datuk Muiz danDatin Salina, Lila Amina bingkas bangun dari duduk dan terus keluar dari rumah.Bunyi deruman enjen kereta Lila Amina sudah kedengaran keluar dari perkaranganrumah Datuk Muiz.

Belum sempat lagi Lila Amina tiba di rumahnya, mama papa Lila Amina  membuat panggilan video di aplikasa whatsapp.

“Ha, apa pulak kali ni? Lila dah tak nak ada kaitan dengan rancangan apasemua ni. Lila dah dapat apa yang Lila nak. Lagipun Abang Iyas dah setuju nakbagi 5% share dia pada Lila. Lila nak enjoy dengan hidup Lila and yang palingpenting, Lila tak nak ada kaitan nikah kahwin lagi dengan Abang Iyas. CukuplahLila goda dia 4 tahun ni dia tak layan!”

Marah Lila Amina bersambung pada mama dan papanya. Datuk Khalid danDatin Maimun memujuk anaknya

“Lila belum dengar lagi apa yang papa dan mama nak sampaikan”

“Dah la, malas lah Lila nak dengar lagi semua ni. Okay lah bye”

Panggilan video call dimatikan. Lila Amina mendengus geram. Hala tujuperjalanannya ditukar ke tempat lain. Mana lagi kalau bukan jumpa kekasih hati!

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.