Home Novel Cinta JANDA HOT ILYAS FAKHRI
JANDA HOT ILYAS FAKHRI
Aira eddy
19/12/2024 15:14:40
890
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 7

BAB 7

“Aku terima nikah Mawar Elina binti Ahmad Faiz dengan mas kahwinnyaseratus ringgit tunai”

Selesai akad nikah yang dilakukan di pejabat agama yang hanya ditemanikeluarga Ijat dan Adam Mikail. Mawar Elina menggunakan wali hakim kerana satu –satunya wali, Fahim Iskandar berada jauh di Amsterdam.

Tangan yang dihulur oleh Ilyas Fakhri disambut dengan kucupan lembutoleh Mawar Elina. Kucupan didahi penuh syahdu oleh Ilyas Fakhri membuatkanMawar mengalirkan airmata bahagia.

“Janji dengan abang yang Mawar akan setia denganabang walau apa pun yang berlaku.”

“Allah saksinya. Mawar hadiahkan diri Mawar padaabang untuk abang bimbing rumahtangga kita berkekalan sehingga ke syurga.”

Sempat lagi mereka berdua berbisik setelah sah menjadi suami isteri.Usai sahaja majlis di pejabat agama selesai, Ilyas Fakhri membawa keluarga Ijatdan Adam Mikail makan di sebuah restauran yang telah di tempah khas untukmeraikan majlis pernikahannya yang serba ringkas.

“Sampai bila kau nak berahsia dengan dia?”

Adam Mikail membuka bicara bila Mawar mengangkat tubuh dan duduk bersamaMak yam, merangkap emak kepada Ijat.

“Sampai aku selesaikan perpisahan aku dengan Lila. Tak lama dah, kejapje lagi”

“Tapi tak kan lah Mama kau pun kau tak nak bagitahu”

“Aku tak nak dia panik. Lagipun Mama tak boleh simpan rahsia pada Papa.Semuanya Mama akan bagitahu papa.”

“Kau rasa, kalau dia tahu semua ni, dia masih terima kau lagi ke?”

Ilyas Fakhri terdiam sejenak. Keputusan untuk menikahi Mawar Elina sudahdifikirkan sejak kali pertama dia memandang wajahnya. Hatinya kuat mengatakanyang Mawar adalah jodoh yang dia cari selama ini.

“Aku kenal Mawar. Hati dia lembut. Dia sanggup terima semua kekuranganaku.”

“Walaupun hakikatnya dia belum tahu hal sebenar yang kau….

Ayat Adam Mikail tidak habis bila Mawar kembali duduk bersebelahansuaminya.

“Syoknya borak”

“Ni ha, abang bagitahu Adam, kalau nak cari isteri, cari macam Mawar,pandai masak, cantik, macam – macamlah. Pakej lengkap”

“Betul lah tu Mawar. Cuma Adam sekarang ni belum sampai seru lagi nakkahwin.”

Mereka sama – sama bergelak tawa seperti lupa masalah  - masalah yang belum selesai. Faiq Izani yangduduk bersebelahan Ijat, bangkit mendapatkan kakaknya.

“Atak..atak.. jom ido”

Ajak Faiz dengan matanya sudah mamai kerana mengantuk. Mana tak nya.Lepas subuh tadi terus bersiap siap nak pergi pejabat agama. Mawar mengerlingjam di tangan. 2 petang.

“Faiq ikut abang Ijat balik nak? Nanti kita main basikal”

Faiq Izani menggangguk dan pergi bersama Ijat dan Mak Yam.

“Takpe, nanti Mak Yam bawak Faiq balik. Lagipun korang nak photoshootkan?”

“Tak susahkan Mak Yam ke? Kesian Mak Yam dengan Ijat.”

“Tak ada apa yang susah pun Kak, lagipun Faiq kan selalu main - maindengan Ijat”

Mawar Elina merapati Faiq Izani dan mengucup kedua pipi adiknya.

“Nanti Kak Mawar balik rumah, kita pergi makan aiskrim tau. Faiq maindulu dengan abang Ijat”

“Ocey”

“Ijat, thank you tau tolong akak. Kalau free nanti, kau whats app laFahim. Kau gosip lah dengan dia. Kau ckp kat dia akak okay”

Ijat menggangguk faham dan beredar dari restauran. Sejurus selepas itu,Adam Mikail turut mengundur diri dari situ dengan menyimpan rahsia besar IlyasFakhri menikahi Mawar Elina. Tinggallah Mawar Elina dan Ilyas Fakhri yang masihsetia bermain mata di restauran. Selesai sahaja menjamu makanan, mereka berduaturut masuk ke dalam kereta dan pergi ke kawasan pokok getah untuk mengambilgambar pernikahan.

Cantik busana yang dikenakan oleh Mawar Elina dan Ilyas Fakhri. Persismodel dari arab kacukan melayu. Masing – masing menurut arahan gaya yangdiperlu dilakukan ketika gambar di ambil.

“Abang sayang Mawar tak?”

Ucap Mawar ketika mereka dalam posisi berbisik arahan dari juru gambar.

“Sayang sangat – sangat Mawar. Tak pernah lagi abang rasa sebahagia ini.”

Mawar Elina tersenyum. Posisi seterusnya, Mawar Elina dicempung olehIlyas Fakhri dengan penuh romantis.

“Janji yang Mawar akan setia dengan abang, walau apa pun yang abang akanceritakan dekat Mawar selepas ini”

Mawar mengerutkan dahi seperti ada cerita besar yang Ilyas Fakhrisorokkan daripadanya.

“Mawar janji akan setia dengan abang selagi abang setia dan jujur denganMawar. Dalam setiap perhubungan perlu ada kejujuran. Ketidakjujuran boleh buatkita hilang rasa cinta”

Ilyas Fakhri meletakkan semula Mawar Elina di bawah dan menatap matanya.Juru gambar hanya mengambil setiap shot mereka.

“Hati abang tak pernah menipu dalam menyintai Mawar. Abang janji akansetia dengan Mawar selagi hayat abang ada. Abang akan sokong cita – cita danmatlamat Mawar. Abang terlalu sayang kan Mawar”

Mawar Elina di bawa kedalam pelukan Ilyas Fakhri. Walaupun muka MawarElina merona merah kerana malu, tapi dia merasakan pelukan itu mendamaikan.Perasaannya sungguh tenang dan bahagia.

Mawar memberi ruang Ilyas Fakhri mengangkat telefon bimbitnya yang bunyidisebabkan pekerjaan. Itu yang dikatakan oleh Ilyas Fakhri. Ilyas bergerakmenjauh sedikit dari Mawar supaya butiran perkataan yang dicakapkan tidak akandidengari oleh Mawar.

“Ye Ma.. Kan Iyas cakap lagi 2 minggu Iyas akan balik sana. Iyas akanselesaikan semuanya”

“Tapi kita ada hal sangat penting ni..

“Ma, Iyas ada urusan lagi ni. Lepas ni Iyas janji, Iyas akan settlesemuanya. Okay Ma. Love you”

Datin Salina mengeluh panjang. Belum sempat dia menghurai panjangmasalah yang berlaku dalam keluarganya, Ilyas Fakhri sudah meletakkan telefonbimbit.

“Biar lah dulu budak tu, dia dah janji nak balik lagi 2 minggu kan? Kitatunggu je. Bagi dia peluang nak rehat”

Datin Salina duduk dibirai katil sambi memerhati Datuk Muiz yang membacatab ditangan.

“You tak rasa pelik ke? Kenapa tiba – tiba Iyas nak pergi bercuti? Dekatmana pun kita tak tahu. Alasannya nak cari ketenangan diri sebelum selesaikanmasalah dekat sini”

“Apa yang you nak risau, anak kita tu lelaki, kalau dia ada scandalsekalipun, dia mampu”

“Tak payah cakap pasal mampu you, kalau satu je ni pun, dah susah nakhandle”

Balas Datin Salina tidak berpuas hati. Telefon bimbit Datuk Muiz pulaberdering saat mata masih tekun membaca berita di tab. Nama Datin Maimuntertera di skrin telefon. Datuk Muiz bangun dari kerusi dan menangkat telefondi beranda bilik.

“Lila okay dengan cadangan kamu Long. Tapi lepas je dapat share tu Longkena lah janji nak bahagi dua”

“Yelah Long janji, as long 100 % Khaf holding dah jadi sepenuhnya milikfamily kita”

“Tapi Iyas masih tak tahu plan kita kan? Long rasa dia setuju ke?”

“Tu nanti pandailah Long settle. Yang penting Lila okay, sedap lah sikittelinga Long dengar. Cuma pesan dekat Lila tu sikit, jangan terlampau liarsangat, banyak mata yang memandang”

“Yelah, nanti Ngah bagitahu dia.”

Panggilan telefon dimatikan. Lila Amina dan Datuk Khalid menunggu beritadari Datin Maimun. Lila nampak bersemangat bila dia bakal mendapatkan lagishare di Khaf Hoding. Seronok lah Datuk Khalid, lagi banyak duit yang dia akan dapatuntuk diboroskan setiap bulan.

“Uncle Long pesan dekat Mama, kamu jangan nak meliar sana sini.”

“Yela, Lila tahu. Bukannya Lila buat benda tak senonoh pun.”

Balas Lila Amina sambil menyua nasi goreng ke dalam mulutnya.

Habistu ni macam mana? Kita nak bagitahu yang sebenarnya medical chek uptu palsu atau kita ikut rancangan Uncle Long?”

Medical check up palsu? Apa semua ni?  Kenapa sampai nak palsukan medical check up IlyasFakhri.

“Sekarang ni Lila tak kisah. Dulu tu sebab Lila tak suka dekat AbangIyas and Lila tak bersedia pun. Tapi kalau dengan cara ni Lila boleh dapatshare tu, apa salahnya kan?”

“Tapi, kamu cakap Iyas bukannya suka dekat kamu kan? Susah lah jugak kannanti. Papa rasa baik kita ikut rancangan Uncle Long kamu. Yang penting sahamtu ditukarkan atas nama kita”

“Betul tu, tak kan lah kita nak suruh Iyas buat check up lagi sekali,masak kita kalau dia tahu rancangan kita palsukan medical check up dia”

Masing – masing menyambung perbualan. Semuanya demi harta dunia yangsementara. Tidak kurang juga Datuk Khalid yang menyusun pelbagai strategisupaya semua saham itu akan jatuh pada keluarganya.

Entah apa reaksi Ilyas Fakhri bila dia tahu semua ini. Biarlah diamelayari bahagianya dahulu bersama dengan Mawar Elina sebelum masalah – masalahini semua mengasak fikirannya.

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.