Home Novel Cinta JANDA HOT ILYAS FAKHRI
JANDA HOT ILYAS FAKHRI
Aira eddy
19/12/2024 15:14:40
912
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 4

BAB 4

Seawal jam 5 pagi Mawar Elina sudah bertukus lumus di dapur menyiapkan150 bungkus nasi lemak daun pisang untuk di hantar ke Sekolah Kebangsaan SungaiLinau. Kalau diikutkan, cikgu sekolah di sana ingin membuat tempahan lebih dari150 bungkus. Tetapi kemampuan Mawar hanyalah setakat itu sahaja memandangkandia perlu membuat 3 jenis kuih lagi untuk jualan.

Dalam kesibukan Mawar menyiapkan tempahan, Faiq Izani muncul bersamalukisan di tangan.

“La, kenapa awal sangat bangun ni”

Faiq menunjukkan lukisan ditangannya. Pemandangan di sungai dan adapasangan yang sedang membuat aksi seperti berpelukan. Kuat juga daya ingatanFaiq bila dia boleh melukis semula apa yang terjadi pada Mawar Elina dan IlyasFakhri semasa berada di sungai.

“Abang encem. Atak Mawar antik. Aiq ayang abang”

Mawar Elina menggeleng kepala melihat telatah adiknya. Teringatperistiwa seliparnya yang putus tempoh hari. Sampai lupa Mawar hendak mengambilseliparnya yang terputus. Sudahnya dia berkaki ayam semasa mengayuh basikalbersama Faiq.

Panggilan telefon daripada Ijat berbunyi usai sahaja Mawar Elinamenunaikan solat subuh.

“Tak dapat nak tolong akak hantar nasi lemak harini, motor tetiba buathal pulak”

“La yeke. Takpelah nanti akak mintak tolong Abang Dollah Teksi tu. Harap– harap dia tak keluar lagi ni. Okaylah akak nak try call kejap”

Mawar mematikan talian telefon bimbit. Sejurus selepas itu panggilanpada Dollah Teksi ditekan. Setelah beberapa kali mencuba, panggilan telefontidak berangkat. Mawar Elina memikirkan cara lain untuk menghantar 150 bungkusnasi lemaknya di Sekolah Kebangsaan Sungai Linau.

“Macam mana nak hantar semua ni Faiq?”

Soal Mawar pada adiknya walaupun tahu Faiq tiada jawapan padapersoalannya. Usai sahaja mennyusun 3 bungkus pelastik besar di anjung rumah,Mawar mengeluarkan kuih – muih yang perlu dijual. Jam sudah menunjukkan pukul 7pagi. Mawar meletakkan semua nasi lemaknya di gerai seberang jalan sementaramemikirkan cara untuk menghantar nasi lemaknya.

“Faiq duduk sorang – sorang kat sini boleh? Akak nak naik basikal hantarnasi lemak ni.”

“Boleh atak.” Balas Faiq dengan bahasa pelatnya.

“Tapikan kalau aku tinggal budak ni, tak pasal – pasal kena culik. Callcikgu Suraya pulak tak angkat – angkat”

Omel Mawar lagi. Faiq tidak melayan lagi bebelan Mawar bila tangannyasudah pegang kertas lukisan. Sedari tadi Mawar Elina mencuba menghubungi orang– orang yang terdekat yang selalu membantunya, namun semuanya tidak berangkat.Sehinggalah pelanggan pertama untuk membeli kuih – muih tiba di gerai.

Nampak segak bila Ilyas Fakhri mengenakan baju t – shirt polo berwarnamerah bersama dengan seluar jeans. Mawar Elina meletakkan telefon bimbit danberhenti membuat panggilan.

“Banyaknya, ada kenduri ke?”

“Sekolah order. Encik nak order apa ni?”

“Bagi nasi lemak 5 bungkus.”

“Alamak, sorry encik. Nasi lemak harini tak jual sebab semuanya orangdah tempah”

“lah yeke…”

Nampak wajah Ilyas Fakhri sedikit hampa.

“Yang banyak – banyak ni, kalau saya beli sebungkus je boleh tak?”

Ilyas Fakhri masih tidak berputus asa. Mawar pula sedari tadi melihatjam ditangan. 7.25 pagi.

“Boleh tak saya nak mintak tolong encik sekejap. Saya nak hantar semuanasi lemak ni dekat sekolah, tapi budak yang sepatutnya tolong hantar nasilemak ni, motor dia rosak. Saya dah janji nasi lemak ni akan sampai pukul7.30.”

“Boleh tak ada masalah.”

Bersungguh Ilyas Fakhri membalas.

“Saya nak hantar nasi lemak ni naik basikal, boleh tolong jaga adik”

“Eh, Cik Mawar nak bawak semua ni naik basikal?”

“Saya tak ada pilihan.”

Belum lagi ada persetujuan Mawar Elina, Ilyas Fakhri mengangkat semuanasi lemak dan di masukkan di bahagian bonet kereta.

“Tapi encik, kuih – kuih saya ni macam mana?”

Ilyas Fakhri menyusun semua kuih – muih yang ingin dijual oleh Mawar dandiletakkan juga di bonet kereta. Sejurus selepas itu Ilyas Fakhri memimpin FaiqIzani dan duduk di bahagian penumpang belakang.

“Cik Mawar nak duduk depan ke belakang?”

Mawar Elina bergerak masuk ke bahagian penumpang hadapan. Ilyas Fakhrijuga turut masuk ke dalam kereta dan memulakan pemanduan.

“Segan pulak saya. Tak pasal – pasal encik yang kena hantar.”

“Eh takpe, kebetulan saya memang nak tahu selok belok jalan kat sini,boleh Cik Mawar tunjuk”

“Tak perlu ber cik – cik dengan saya, panggil Mawar je. Dah dekat 3minggu jugak saya nampak encik lalu dekat kawasan kampung ni, Encik ada kerjadekat sini ke?”

Soal Mawar sekadar membuka perbualan sambil menunjukkan arah jalan.

“Haah ada kerja sikit dekat sini. Saya duduk dekat homestay Pak Seman.Selalu jugak lah dia bercerita pasal Mawar. Saya tahu nama Mawar pun daripadadia.”

“Hemmm.. Pak Seman tu, dengan sapa – sapa pun dia nak bercerita. Encikjangan dengar sangatlah cerita dia tu..

“Cerita yang dia nak lamar Mawar ke?”

“Yang itu satu kampung dah kecoh pun. Tapi Mawar, eh saya buat takendah”

Balas Mawar yang terbahasakan dirinya dengan nama Mawar.

“Mawar pun, tak payahlah panggil saya encik, lagipun saya bukan majikanMawar pun.”

Melihat Mawar yang agak teragak – agak ingin membalas, Ilyas Fakhrisudah tersenyum.

“Tengok Faiq dekat belakang tu, okay je dia panggil saya abang. Kalaukakak dia nak panggil saya abang pun boleh juga. Lagipun jarak umur kita 10tahun”

Ilyas Fakhri mengangkat kenjng berulang kali manakala Mawar Elinamenayangkan gigi. Kalau ikut perkiraan tahun ini genap usianya 22 tahunmanakala Ilyas Fakhri pula sudah mencecah umur 32 tahun.

“Saya bergurau jelah. Nama saya Ilyas Fakhri. Kalau tak nak panggilabang boleh panggil nama pendek saya. Iyas.”

Macam – macam yang dibualkan oleh Mawar dan Ilyas sehinggakan keretayang dipandu Ilyas sudah masuk ke perkarangan sekolah. Selepas itu, IlyasFakhri membantu mengeluarkan nasi lemak dan kuih – muihnya dan diserahkansemauanya pada Cikgu Suraya.

“Eh kuih tu”

“Takpe cikgu, saya belanja semuanya”

Setelah semuanya selesai, Mawar Elina dan Ilyas Fakhri masuk semula kedalam kereta. Kereta yang dipandu oleh Ilyas Fakhri meluncur laju keluar dariperkarangan sekolah.

“Terima kasih abang Iyas. Susah – susah je buat semua ni untuk Mawar.Esok Mawar belanja abang Iyas nasi lemak special okay”

Ucap Mawar sambil memberikan senyuman pada Ilyas. Tudung bawalnyadisilangkan kekiri dan kekanan kerana terjatuh ke bawah. Ilyas Fakhri tersenyumbahagia. Belum pernah merasa satu perasaan yang sebegini rupa dengan mana –mana perempuan.

“Abang okay jelah Mawar. Lagipun abang rasa senang berkawan denganMawar. Baru je berbual tapi macam dah kenal lama”

“Ala semua orang yang kenal Mawar akan cakap macam tu. Mawar memangperamah sikit.”

“Yeke sikit..

Ilyas Fakhri tersengih. Mawar menjulingkan matanya ke atas. PemanduanIlyas Fakhri tiba di kawasan rekasi Sungai Linau. Mawar Elina memimpin adiknyaturun dari kereta dan membuntuti langkah Ilyas Fakhri yang menuruni anak tanggadan menuju ke tebing sungai.

Sebagai ganti Ilyas Fakhri telah menghantar nasi lemak dan memborongsemua kuih muih Mawar, Mawar Elina menawarkan dirinya untuk berborak denganIlyas di tepi sungai.

“Faiq jangan basahkan baju tau. Kakak tak bawak baju Faiq.”

Pesan Mawar pada adiknya yang mula mencelupkan tangannya.

“Ejuk…atak…ejuk”

“ Ha dah sejuk meh sini duduk dengan kakak. Pukul 8 pagi mcm ni belumada orang mandi sungai lagi”

Faiq Izani menurut perintah kakaknya. Ilyas Fakhri tersenyum melihatkeletah dua beradik tu sambil melipat kaki seluar dicelupkan ke dalam sungai.

“Abang ni, lagi tadi Mawar tengok asyik senyum je. Tahu lah Mawar niselekeh pakai tudung macam ni. Baju pun asal boleh je.”

“Eh mana ada. Memandai je tuduh abang. Tak baik tau. Abang suka tengokMawar layan Faiq. Penyabar betul Mawar kan.”

“Mawar dah biasa. Kadang tu Mawar pernah je termarah Faiq. Sebab Mawarpenat sangat. Tapi Faiq ni, baik sangat budaknya. Sejak umi abah tak da, dia seolaholah faham kesusahan yang kami sekeluarga perlu tanggung. Alah malas lah cerita. Abang pun selalu je dengar cerita Pak Seman pasal Mawar kan.”

“Takpe. Kalau pasal Mawar, ulang kali dengar pun abang suka”

“Abang ni suka dengar cerita Mawar ke, abang suka…

Ayat Mawar Elina tidak dihabiskan bila Ilyas Fakhri merenung matanya.

“Suka?”

“Tak da apalah. Kadang – kadang Mawar tak perasan yang Mawar ni sukamerepek”

IIyas Fakhri tetap memberikan tenungan yang menggoda pada Mawar Elina.

“Suka Mawar? Tu ke maksud Mawar tadi?”

Ilyas Fakhri menyambung ayat Mawar yang tidak habis tadi. Muka mawarsudah merona merah. Muncul juga satu perasaan aneh dalam hatinya.

‘Perasaan apa ni. Tak suka lah macam ni. Dia ni sapa. Kenapa dia baik –baik kat aku’

Perasaan Mawar tidak tenang. Untuk menghilangkan rasa tidak tentu arah ,Mawarmula menarik tangan Faiq untuk bermain air sungai. Ilyas Fakhri memerhatigelagat Mawar melayan adiknya. Perasan damai membawa semua masalah yangmembelenggu di dalam fikiran hilang seketika.

Perasaan bercampur baur Mawar Elina masih terbawa sampai dirumah. Terkadangdia sendiri kurang pasti dengan dirinya. Kenapa pertemuan yang sekejap bersamadengan Ilyas Fakhri begitu mendamaikan.

Faiq Izani yang kepenatan tertidur diruang tamu sambil diperhatikanMawar Elina. Telefon bimbitnya berbunyi saat mata sibuk melihat aplikasiFacebook.

Fahim Iskandar: Jualan okay ke harini?

Mawar Elina: Alhamdulillah okay semuanya. Ada orang borong tadi.

Fahim Iskandar: Orang mana pulak yang nak mengurat akak harini? Semuajualan habis diborong.

Mawar Elina tergelak kecil membaca Whats app adiknya yang seolah olahmasak benar dengan perangai orang kampung yang ingin mengambil hati Mawar.Mawar membalas pesanan whats app adiknya.

Mawar Elina : Ingat tak akak ada cerita ada sorang mamat handsome yangbawa kereta BMW.

Fahim Iskandar: Ye ingat. Ijat ada bagitahu. Kerap jugak dia beli nasilemak akak. Katanya kawan dia dah pun balik KL. Tapi dia masih kat kampung tu.

Mawar Elina juga perasan kelibat Adam Mikail sudah seminggu tidakkelihatan. Fahim Iskandar pula tahu daripada tukang spy si Ijat tu la.

Mawar Elina: Kalau dah semua kau tahu dari Ijat tu, malas akak nakcerita.

Fahim Iskandar: Macam lain macam je bunyi nya kak. Ada apa2 yang Fahimperlu tahu ke?

Mawar Elina: Ada. Tapi nantilah. Okay lah, akak nak bukak pintu tu, adaorang datang. Assalamualaikum.

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.