Bagaimana jika pilihan itu tidak wujud? Bagaimana aku harus menunaikan permintaan itu dan mengorbankan orang yang kusayang demi orang yang palingku sayang. Permintaan itu tidak adil terhadap seorang gadis yang tidak diberikan senjata untuk melawan.
Setelah keinginan dan cinta yang telah tertimbus bersama lenyapnya kewujudanku amat menyiksa hati, rindu bukan sahaja tidak punya jawapan bahkan tidak diberi harapan.
“Mungkin kisah kita terhenti di sini. Tapi bukan cintaku. Tidak seharipun berlalu tanpa aku mengingatimu.”
Aku mengundurkan diri. Tiada siapa yang menang dalam kisah ini jika pihak yang lagi satu tidak mengetahui apa yang telah berlaku.