Usai sahaja solat maghrib En.Shukri keluar
dari bilik rumahnya untuk makan malam. Semua hidangan sudah tersedia di atas
meja. Dia menarik kerusi lalu duduk menunggu isterinya Puan Suhaila yang masih
berada di dapur. Anak perempuannya Zulaika muncul untuk menikmati dinner bersama
papa dan mamanya. Daun pintu utama rumahnya
dibuka, Zafrul masuk dan terus menuju ke meja makan. Dia mengambil tempatnya.
“Assalamualaikum pa?”
“Waalaikummussalam, lambat balik hari ni
banyak kerja ke kat pejabat?” soal si ayah.
“Ya pa, tadi saya checking pelan apartment
Sepang. Alia ada pergi pejabat papa tadi?”
“Ada, kesian papa tengok dia kena ambil
alih syarikat papa dia muda-muda dah kena kerja kuat”. Puan Sulaila yang
mendengar perbualan mereka sambil menuju ke meja makan dia bertanya tentang Alia.
“Apa khabar si Lia tu sihat ke dia?”
“Sihat,
kakinya sakit tadi katanya jatuh ada orang tolak dia. Zafrul tolong dia tadi?”
“Ya pa, tak pasal-pasal budak perempuan tu
tolak dia”. Jawab Zafrul sambil menyeduk nasi kepinggannya. En.Shukri tiba-tiba
nyatakan sesuatu kepada Zafrul.
“Zafrul…nak tak kalau papa jodohkan Zafrul
dengan Alia?” Soal En. Shukri pada anak terunanya. Terkejut Zafrul mendengarnya
dia menarik nafas panjang.
“Bagus cadangan papa tu, mama setuju
sangatlah Zafrul kahwin dengan Lia”. Sokong Puan Suhaila.
“Ika pun setuju kalau abang kahwin dengan
kakak Lia. Kakak Lia tu, bukan saja cantik malah baik pula tu, Ika suka sangat
kakak Lia tu”. Jawab Zulaika adik bongsu Zafrul masih bersekolah di tingkatan
lima.
“Nak ke Lia kat Zafrul ni, entah-entah dia
dah ada yang punya, orang secantik Lia tu pa” Jawabnya bersahaja.
“Lia ada yang punya ke atau Zafrul yang ada
buah hati” Luah si ibu menyerkap Zafrul. Zafrul tersenyum sambil menguyah nasi
yang baru disuapnya tidak menjawab persoalan ibunya.
“Nanti papa try tanya Lia macam mana.”
Zafrul terus membisu.
Alia Nasuha membaringkan diri di atas sofa ruang
tamu rumah teres dua tingkat corner-lotnya di Putrajaya sambil menonton TV.
Pintu rumahnya dibuka teman serumahnya, Farhana melangkah masuk lalu menuju ke
sofa di mana Alia sedang menonton.
“Hi, Lia” tegur Farhana. Dia bangun
mengadap kawannya itu, dilihat jam di dinding sudah sembilan malam.
“Lewat kau hari ni Hana” soal Lia.
“Banyak kerja kat pejabat tadi. Mana Syaf
dan Mimi?”
“Ada dalam bilik dialah tu”.Jawab Lia
“Kereta Syaf tak ada?. Lia, ni duit sewa
bulan ni aku tak sempat nak bagi kau baru-baru ni.” Hana menghulur duit not 50
ringgit kepada Alia. Alia mengambil duit yang diberi oleh Hana.
Syafikah, Farhana dan Syamimi menyewa
dirumah Alia dengan bayaran hanya RM50 ringgit seorang sebagai bayaran bil
utility.
“Terima kasih Hana. Kereta Syaf tinggal kat
office”.
“Kenapa dengan kaki kau tu?”Soal Hana apabila
melihat kaki Alia berbalut.
“Ni, budak sewel mana pun tak tahu, aku
terlangar dia dan terus dia tolak aku sampai patah tumit kasut Bonia aku apa
lagi terseliuhlah kaki aku ni. Mimi yang tolong balut kaki aku tadi.” Lia
melujurkan kakinya sambil menjelaskannya.
“Kau macam mana Lia?” Tanya Farhana
memandang tepat ke wajah Alia. Lia faham pertanyaan sahabatnya itu. Dia
mengimbas kembali kematian ibubapanya, menitis air matanya. Dia menutup mulut
dengan tapak tangannya, sebak. Hana memandangnya dengan rasa bersalah.
“Lia, aku minta maaf kalau kau tersingung
pertanyaan aku” Alia menggelengkan kepalanya.
“Aku tak tersinggung cuma sedih jer. Aku
tak duga semua ni berlaku dengan begitu cepat, aku tak sedia hadapi semua ni
tapi apa boleh buat ini kehendakNya. Aku terima ujian ini.”
“Sabarlah Lia, aku faham perasaan kau”.
“Terima kasih Hana”
“Aku masuk dulu Lia, aku nak mandilah”
“Pergilah… patutlah bau busuk” sempat lagi
mengusiknya pada Hana walaupun dalam keadaan sedih. Hana tersenyum dengan
usikan Lia.
Amsya keluar dari biliknya menuju ke ruang
tamu terus dicarinya Puan Anis tetapi tidak kelihatan. Dia ke dapur juga tetapi
tidak ada, dijenguknya ke dibilik, Puan Anis sedang sembahyang. Dia ke ruang
tamu melabuhkan dirinya di sofa panjang lalu mencapai remote TV ditekan butang
on. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering dilihatnya di skrin “Sayangku” dia
menjawab panggilan dari Tengku Umairah.
“Hello”
“Hello, sayang kat mana ni?Soal Umairah
“Ada kat rumah.”
“Rumah mana?”
“Kondo abanglah”
“Umairah ke sanalah”
“Tak payahlah ummi ada ni, kita jumpa esok
ok” Jawab Amsya melarang buah hatinya itu. Umairah kecewa dengan jawapan itu
diputuskan taliannya. Amsya tahu Tengku Umairah merajuk. Sekali lagi telefonnya
berdering, diangkatnya.
“Hello” Jawabnya
“Amsya, aku ni Irfan”
“Aku tahu…kau nak apa?”
“Kau tak keluar ke malam ni?”
“Tak, malaslah aku lagi pun ummi aku ada sini,
aku nak teman dia malam ni”.
“Esok kau cuti lagikan. Aku dengar tadi kau
kena outstation hujung bulan ni” Jelas Irfan selaku sahabat baiknya.
“Ke mana pun aku kena pergi kali ni”
Soalnya
“Itali dua minggu” Jawab Irfan
“Aduh jauhnya, lama pula tu. Kau ganti
tempat aku ajer lah, boleh?”
“Gila kau, aku mana boleh tinggal kekasih
aku lama-lama”
“Jadi kau seoranglah ada kekasih, aku tak
ada?”
“Bos hantar kau bukan aku.Oklah nanti kau
masuk office kau bacalah notis tu ada atas meja kau. bye”. Irfan mengakhiri
perbualan. Amsya meletakkan telefonnya.
“Aduh, out station lagi” keluh Amsya.
Umminya keluar bilik menuju ke arah Amsya.
“Kenapa mengeluh, siapa telefon?” Tanya
Puan Anis
“Irfan telefon bagitahu Am kena out station
lagi”
“Bila, berapa lama pula kali ni?”
“Hujung bulan ni, dua minggu ummi”
“Kali ini ke mana pula?”
“Jauh, Itali.” Jawabnya sambil memandang
umminya itu.
“Tak apa pergilah… Amsya kerjakan” Jawab
Puan Anis faham dengan kerja anak manjanya itu.
“Ummi,
dua minggu lagi ummi ada temujanji dengan doktor, boleh ke ummi pergi sorang?”
“Esh budak ni…ummi boleh pergi sendiri selama
ini pun kalau Am tak ada ummi pergi sorang juga”.
Tersenyum Amsya mendengar jawapan umminya
itu. Dia menguap beberapa kali.
“Ummi, Amsya masuk bilik dulu,
mengantuklah.” Dia bangun meninggalkan umminya seorang diri menonton TV.
“Awalnya, solat isyak tu dulu”
“Iya
mom” Jawabnya.
Amsya masuk ke biliknya terus ke bilik air
mengambil wuduk lalu sembahyang isyak. Usai sembahyang dia merebahkan badannya
ke katil, dilihatnya gambar Tengku Umairah di atas meja tepi katilnya. Di ambil
dan direnungnya gambar Tengku Umairah… cantik, seksi, putih. Wajah Tengku
Umairah mirip orang cina dengan rambut diwarna dengan warna brown.
Dia meletakkan kembali gambar Tengku
Umairah di tempat asalnya. Matanya cuba dipejam tiba-tiba dia terbayang wajah
Alia dua kali dia terserempak dengan gadis itu sekali di restoran Bumbu Desa
dan satu lagi atas kereta di trafic light. Dia membayangkan gadis itu dia
tersenyum keseorangan, diletakkan lengannya di atas kepala diluahkan perasaannya
sendiri.
“Cantik juga budak tu, manis…kenapa pula
aku teringatkan dia, mana aku nak cari dia, sepatutnya aku sekat kereta dia
tadi dan minta maaf bagi pihak Umairah kemudian minta nombor telefon. Kenapa
aku tak terlintas tadi, eh bodohnya aku”. Fikirnya sendiri.
Jam sudah diangka sebelas malam. Kereta
Honda Civic milik Faris memasuki garage rumah keluarganya. Dia bergegas naik ke
rumahnya kemudian merebahkan badannya di kerusi panjang. Ayahnya En. Yusof yang
sedang menonton melihat gelagat anaknya itu.
“Kau dari mana Faris baru balik?” Soal si
ayah bagaikan budak sekolah.
“Jumpa kawan tadi”
“Kau bila lagi nak pikat si Alia tu, kalau
kau kahwin dengan dia hidup kau senang. Aku pun tumpang senang”.
Faris bingkas bangun apabila ayahnya
persoalankan jodohnya dengan Alia.
“Ayah jangan risaulah saya akan kahwin juga
dengan Alia tu, bagi saya sedikit masa lagi. Saya akan ke KL jumpa dia dan
bincang dengan dia” Jawab Faris menyakinkan ayahnya.
“Kalau dia tak setuju macam mana?” Soalnya
si ayah.
“Dia akan setuju punya Lia tu bukan ada
kekasih pun. Kalau dia tak setuju kahwin dengan saya, saya akan suruh Tok Wan
dan Aki pujuk dia”.
“Baguslah kalau kau dah cakap macam itu,
ayah tak mahu Lia tu jatuh ke tangan orang lain.” Tegas En.Yusuf sedikit
mengugut.
Faris bangun terus ke biliknya.