Home Novel Cinta Gadis Poyo (Diakah CEO???)
BAB 12

Selesai solat maghrib Alia dan Puan Anis keluar bilik terus turun ke tingkat bawah. Amsya sudah siap menunggu mereka di ruang tamu. Dia memandang Alia dengan penuh minat cantik pakaian Alia malam itu walaupun simple berbaju t-shirt pink lengan panjang dan seluar jeans putih mengenakan tudung wajahnya disapu bedak nipis menampakkan nature wajah ayunya itu. Hatinya bersuara.

“Patutlah ummi cakap Lia ni cantik, memang cantik”

“Amsya sudah siap?” soal si ibu apabila tiba ditangga terakhir sambil melihat Amsya di sofa.

“Sudah ummi” Jawabnya sambil matanya melirik kearah Alia. Alia perasan yang Amsya sedang memandangnya dibalas dengan pandangan bersahaja.

“Ummi, kita pergi dua buah kereta. Ummi follow Lia” Pinta Alia sambil memegang bahu Puan Anis. Amsya mendengarnya lalu mencapai kunci kereta Toyota Camry milik umminya, berlalu menuju ke keretanya. Dia mengikuti jejak kereta Alia. Alia membawa keretanya menuju ke tempat yang dijanjikan dengan teman-temannya di restoran Ana ikan bakar di Bangi.

Lebih kurang lima belas minit perjalanan ke restoran ikan bakar yang terletak di bangi kereta Myvi yang dipandu Alia memasuki kawasan parking, seorang penjaga parking menyuruhnya parking di depan restoran dan kereta Amysa di parking selang dua buah kereta dari kereta Alia. Mereka turun menuju masuk ke restoran, Alia mencari tempat yang memuatkan enam orang tempat duduk dia memilih meja nombor sepuluh berhadapan parking kereta.

“Ummi mahu makan ikan apa untuk dibakar? Soalnya pada Puan Anis.

“Ummi makan apa saja yang Lia order, ummi tidak kisah.”

“Mana kawan-kawan Lia?

“Dalam perjalanan, kejap lagi sampailah tu” Jawab Alia dengan senyum memandang Puan Anis.

“Ummi pernah makan di sini?”

“Tidak pernah, siapalah mahu bawa ummi makan, Amsya selalu sibuk”. Jawab Puan Anis memberi satu sindiran kepada Amsya.

“En.Amsya mahu makan apa?” Tanya Alia sambil memandang Amsya membisu mungkin terasa dengan sindiran ibunya.

“Apa yang istimewa dekat sini?” Soal Amsya.

“Ikan bakar petai, sotong, udang, ketam boleh pilih fresh lagi” Jawabnya sambil menujuk tempat di mana bahan-bahan mentah tadi.

“Ummi tunggu dulu, Lia pergi pilih lauk” Katanya pada Puan Anis. Alia bangun diikut oleh Amsya mengekori Alia memilih lauk.Amsya melihat Alia mengambil bekas untuk mengisi lauk yang dipilih. Dia menghampiri Alia.

“Cik Lia cadang nak makan lauk apa?” Soalnya yang berada disisi Alia sambil memerhati lauk yang ada sesekejap matanya melirik kearah Alia.

“Ikan siakap bakar masak petai, udang masak mentega, sotong masak merah, boleh? Pernah makan ke?. Sambil memandang Amsya disebelahnya.

“Boleh aje saya semua makan” Jawab Amsya memerhati gerak geri Alia. Alia memilih dua ekor ikan siakap, enam ekor sotong dan dua belas udang. semua lauk itu dibawanya ke kaunter pesanan dia membuat pesanan Amsya disebelahnya hanya mendengar apa yang dipesan oleh Alia kepada pekerja restoran itu.

Selepas membuat pesanan mereka kembali ke meja. Mereka mengambil tempat Alia duduk disebelah Puan Anis manakala Amsya mengambil tempat dihadapan Alia. Diperhatinya Alia sesekali dia mengalihkan pandangannya kearah lain, risau nanti umminya perasan. Seorang pelayan datang ke meja mereka mengambil pesanan untuk minuman. Alia memesan minuman untuk teman-temannya sekali dan menambah sedikit lauk. Alia memandang kehadapan tersenyum melambai tangan kearah teman-temannya. Amsya melihat Alia tersenyum dia memalingkan kepalanya melihat tiga orang gadis menuju kearah mereka.

“Hi Lia sudah lama sampai?” Sapa Mimi.

“Tidaklah lama sangat makanan pun tidak sampai lagi.” Jawabnya.

Alia memperkenalkan mereka semua kepada Puan Anis dan Amsya. Farhana, Syafikah dan Mimi bersalam dengan Puan Anis kemudian mereka mengambil tempat tiga kerusi dihadapan Alia. Amsya bangun beralihkan ke satu kerusi depan meja sebelah umminya mengadap kearah kiri dan kanan. Selesai mengambil tempat masing-masing Amsya memerhatikan mereka berempat satu persatu matanya memandang gadis dihadapannya. Dia melihat Syafikah hatinya bersuara.

“Inilah teman Alia baru ni, cantik juga. Tapi Alia lagi sedap tengok manis pula tu, tidak puas aku pandang dia”.

Puan Anis memerhati mereka semua sepi tanpa bicara mungkin malu dengan Amsya. Dia memulakan bicara.

“Kamu semua tinggal serumah ke?”

“Ya ummi” Jawab Alia.

“Satu tempat kerja?”

“Tak, Syafikah kerja satu office dengan Lia. Syafikah ini bos Lia, Farhana kerja bank dan Mimi pula kerja dibahagian kewangan prensit 2.”

“Oh,,patutlah Lia cakap bos Lia baik, rupanya Syafikah bos Lia” Puji Puan Anis pada Syafikah itu yang dikatakan oleh Alia pada Puan Anis. Hana dan Mimi berpaling kearah Syafikah kemudian kearah Alia. Tidak terkata apa-apa, mereka berdua sudah menerima pesanan dari Syafikah dalam kereta tadi jangan cakap apa-apa tentang Alia. Tiba-tiba Hana bersuara,

“Lia kau sudah order?”

“Semua aku sudah order, minum sekali” Jawabnya bersahaja.

“En.Amsya kerja di mana?” Soal Mimi sambil memandang kearah Amsya sambil membisik sesuatu ke telinga Syafikah dan Farhana. “Kacaklah En.Amsya, cair aku” Farhana tersenyum dengan kata-kata Mimi manakala Syafikah menyiku Mimi memberi syarat supaya Mimi diam.

“Saya kerja Oil & Gas dengan Petronas” Jawab Amsya.

“Di KL ke?” Soal Syafikah.

“Ya.” Jawabnya sepatah. Syafikah memerhati Amsya hatinya berbisik “Aku pernah tengok dia ni tapi dimana, familia sangat”

Amsya yang sibuk dengan telafon bimbitnya membaca whatsApp. Dia perasan yang kawan-kawan Alia sedang memerhatikan dia. Hatinya berkata “Yang tiga ni asyik pandang aku, yang sorang lagi tidak tengok pula aku.Aduh!”

“Lia pesan apa tadi” Tanya Puan Anis. Apabila pelayan menghantar nasi ke meja mereka.

“Ikan siakap bakar masak petai. Ummi makan tak?

“Makan” Jawab Puan Anis. Sambil mereka berbual dan menunggu pesanan tiba-tiba telefon Alia berbunyi. Alia mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam bag lalu melihat di skrin tertera nama neneknya “Tok Wan” dia menjawab panggilan itu.

“Asslamualaikum, apa khabar?” Soalnya pada Tok Wan

“Walaikummussalam, sihat. Lia macam mana tidak rindu Tok Wan dan Aki ke?” Soal Si nenek.

“Apa pula tidak, rinduuuuu sangat”Jawab Alia. Percakapannya itu didengar oleh mereka semua. Mata Amsya melirik kearah Alia sedang bercakap hatinya berkata “Kekasih dia ke telefon, rindu-rindu lagi”. Syafikah terperasan sesekali Amsya asyik melirik kearah Alia, dia tersenyum.

“Kalau rindu kenapa tidak telefon Tok wan”

Jawab Alia dengan suara yang manja “Tak sempatlah nak telefon sibuk sangat”

“Lia, Tok Wan telefon ni mahu bagitahu Pak long kamu ada datang merisik kamu. Kalau kamu tidak ada orang lagi dia nak pinang kamu dengan Faris. Macam mana?”

Tiba-tiba sahaja muka Alia berubah menjadi masam mencuka terpancar diwajah ayunya itu tidak senang dengan apa yang Tok wan nya cakap. Hatinya sudah marah dan sedikit sebak. Dia menjawab pertanyaan Tok Wannya itu dengan sayu, sedih dan sebak.

“Tok Wan tidak sayang Lia kan?” Alia menyoal neneknya sejerus mendengar kata-kata Tok Wannya tentang lamaran Faris. Dia memejam mata sedikit air matanya menitis. Semua yang ada disitu memandang Alia dengan seribu pertanyaan kenapa tiba-tiba Alia menanggis.

Alia perasan percakapannya didengari dia lalu bangun dari situ mencari tempat yang jauh sedikit untuk berbual dengan neneknya. Syafikah sekali lagi perasan yang Amsya asyik memandang jauh kearah Alia yang sedang berbual dengan neneknya itu.

Makanan yang dipesan mereka sampai satu persatu. Beberapa minit selepas itu Alia datang kembali ke meja dia mengambil tempat duduknya. Semua terdiam memandang Alia. Puan Anis memandang Alia dengan satu senyuman bertanya.

“Siapa telefon Lia? Lia tidak apa-apa ke?”

“Tok Wan Lia dari kampung. Lia oklah tidak ada apalah ummi, jangan risau ye” Jawabnya memujuk Puan Anis supaya Puan Anis tidak bertanyakannya apa-apa lagi. Dia memandang kearah teman-teman yang lain kemudian matanya berhenti kearah Syafikah. Syafikah memberi isyarat mengangkat sedikit kepala bertanya sesuatu. Alia menggeleng kepala kearah Syafikah. Amsya yang asyik memerhati pergerakkan mereka berkerut kening mungkin ada sesuatu bisik hati Amsya. Lia melihat semua pesanannya sudah terhidang.

“Jomlah makan, apa tengok lagi. Makan ummi”.Pelawanya. Dia pula sudah hilang selera untuk makan apabila mengingati kata-kata Tok Wannya.

“Jika benar apa yang dicakap oleh Faris Lia sudah ada kekasih suruh kekasih Lia masuk pinang kalau tidak dalam masa dua minggu Tok Wan terpaksa terima pinangan Faris”. Ini membuatkan seleranya hilang serta merta. Puan Anis perasan yang Alia sedang mengelamun dipanggilnya Alia dua kali tapi Alia tidak mendengarnya. Sehinggalah Syafikah yang ada dihadapannya memanggil dia dengan kuat.

“Liaaaa” tersentak Alia mendengar namanya dipanggil dengan kuat. Dia memandang Syafikah lalu mengangkat kepala bertanyakan sesuatu. Syafikah menjawab.

“Puan Anis panggil tu” Alia memandang Puan Anis dengan senyum. Puan Anis bertanya padanya.

“Kenapa Lia tidak makan? Ada masalah ke?”

“Nak makanlah ni” Jawabnya. Alia Nasuha mengambil beberapa lauk kepinggannya lalu menikmati makanan itu. Mereka semua makan dengan penuh berselera. Tiba-tiba Syafikah bersuara.

“En.Amsya selalu out station ke?”

“Tidak juga” Jawabnya sambil mengangkat kepala memandang si bertanya.

“Berapa umur En.Amsya?” Tanya Mimi pula

“28” Jawabnya sepatah. Hatinya bersuara “Aku tunggu si Alia bertanya, yang lain pula bertanya. Si Lia ni tidak ada mulut ke nak bercakap dengan aku? Pandang pun tak. Tidak handsome ke aku ni?” Gelaknya sendiri sesekali melirik kearah Alia. Amsya cuba mencuri perhatian Alia.

“Cik Alia nama penuh apa?” Tanyanya. Namun pertanyaan itu tidak dijawab mungkin tidak didengari oleh Alia yang sedang makan. Puan Anis berpaling ke arah Alia disebelahnya asyik menjamah lauk dalam pinggannya. Semua yang ada disitu melihat Alia Nasuha yang diam tidak menjawab persoalan Amsya. Amsya pula memerhatikan Alia dengan pandangan yang tajam dan penuh minat.

Puan Anis memanggil Alia. Alia terkejut lalu berpaling kearah Puan Anis. Puan Anis mengulangi pertanyaan Amsya.

“Amsya tanya tu nama penuh Alia” Alia memandang Amsya kemudian memandang tiga orang sahabatnya itu. Dia menelan air liur kemudian menjawab.

“Alia Nasuha binti Mohd Helmi”. Amsya yang mendengarnya mengangguk. Diulanginya Nama Alia. Sekali lagi dia bertanya.

“Nama mak Alia?” Sambil merenung kearah Alia.

“Zakiah” Jawabnya sepatah. Kali ini dia memandang ke arah Amsya. Apa lagi tersenyumlah jejaka itu.

“Mak Alia asal dari mana?” Soal Puan Anis. Selama dia kenal dengan Alia tidak pernah dia menanyakan tentang keluarga Alia. Risau Alia tersinggung.

“Mak Lia orang Melaka” Jawabnya memandang Puan Anis disebelahnya dengan senyum.

“Sama ayah Amsya pun orang Melaka juga.” Balas Puan Anis

“Suami Puan kerja apa?” Soal Syafikah.

“Askar. Tapi ayah Amsya sudah tidak ada meninggal tiga tahun yang lalu” Jawab Puan Anis sedit sebak.

“Sakit apa?” Tanya Mimi sambil matanya memandang Amsya. Belum sempat Puan Anis menjawab Amsya terlebih dahulu memberi jawapan.

“Sakit jantung, darah tinggi.”

Mereka terdiam seketika apabila mendengar penjelasan Amsya tidak mahu keadaan bertukar hiba dan sedih.

Selesai sahaja makan Alia bangun ke kaunter bayaran. Puan Anis memandang Amsya lalu bersuara.

“Am pergilah bayar, tidak manis Lia belanja kita?”. Amsya tersenyum terus bangun ke kaunter bayaran. Casher sedang mengira, apabila diberitahu harganya Amsya terus menghalang Alia dari membayarnya.

“Cik Alia tidak mengapa biar saya yang bayar”

“Tidak apa En.Amsya simpan saja duit en.Amsya tu, saya bayar.” Jawab Alia dengan keras. Berkerut dahi Amsya mendengar suara keras Alia. Dia menghulurkan wang kertas dua ratus ringgit kearah jurujual. Selesai membayar Alia terus ke meja dan mengajak mereka semua balik.

Mereka bangun menuju ke tempat letak kereta, Amsya melihat kereta yang dipandu oleh Syafikah Hyundai Sonata warna silver. Dia kenal kereta itu. Itulah kereta yang dijumpanya tempoh hari dia melihat nombor plate WA 8189 A. Dia melihat Alia bersalam dengan umminya, kemudian Alia menuju ke kereta Myvi milik Syafikah, mereka semua terus beredar dari situ.

Previous: BAB 11
Next: BAB 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fanina