Pukul 11.00 malam, Puan Aini mendengar deruan enjin
kereta dihadapan rumahnya. Dia tahu itu enjin kereta Audi milik Irfan. Dengan
pantas dia bangun dari sofa menuju ke pintu utama menyambut kepulangan anak
terunanya itu. Rindu benar dia dengan Amsya dipeluknya Amsya sejurus Amsya
bersalam dengannya…
Amsya dan Irfan masuk ke dalam rumah, dilihatnya
sekeliling. Puan Anis memerhati gelagat dua terunanya itu memerhati dan mencari
sesuatu.
“Am tengok apa? Soal si Ibu.
“Kemas ajer rumah ni, lain macam sikit?” Jawabnya
sambil memerhati sekeliling.
“Ohhh…ini si Alia yang kemas, tidak boleh duduk diam budak tu
ada saja yang mahu dibuatnya. Semua ini dia yang buat susun atur di ruang ni,
cantikkan?” Jawab Puan Anis memuji-muji Alia.
“Mana dia ummi?” Tanya Amsya
“Sudah balik, bila ummi bagitahu saja dia tengah hari
tadi Am nak balik malam ini, teruslah dia balik. Lagi pun katanya dia nak ke
pejabat dulu tadi. Kenapa Am nak jumpa dia ke?”
“Kalau ada tu nak lah kenal juga, nak ucap terima
kasih jaga ummi ni. Kau pernah jumpa dia Fan? Soalnya pada Irfan.
“Aku ada datang beberapa kali, tapi tak pernah jumpa.
Aku datang jer dia keluar.”Jawab Irfan.
“Esok Am kerja ke?” Soal Puan Anis.
“Tak lagi, lusa kerja”.
“Kalau begitu, esok ummi telefon Lia suruh dia datang.
Bolehlah Am kenal dia, Alia tu cantik orangnya”.
“Cantik sangat ke ummi?” Soal Amsya memandang tepat
kearah Puan Anis.
“Kalau di mata ummi…budak Alia tu memang cantik. Kalau
Am, ummi tak tahulah. Am tu kalau tengok perempuan seksi baru kata cantik. Lia
tu bertudung.” Sindiran Puan Anis membuatkan Amsya terdiam.
Amsya dengan senyum simpul melangkah naik ke tingkat
atas menuju kebiliknya. Kepenatan membuatkan malam itu Amsya tidur dengan
nyenyaknya.
Syafikah melangkah masuk ke HH Holding keseorangan
hari ini. Awal-awal lagi Alia datang kerja selalunya Alia akan tunggu Syafikah
tapi hari itu dia terus ke pejabatnya tanpa menunggu Syafikah. Banyak kerja yang perlu
diselesaikan maklumlah dua minggu dia menangguhkan kerja pejabat yang masih
memerlukan keputusannya walaupun kadang-kadang dia datang pejabat namun kerja
yang bertambung membuatkan dia tidak senang duduk.
Sedang asyik Alia membuat kerja pintu biliknya diketuk.
Terdengar laungan dari dalam menyuruh si pengetuk pintu masuk. Syafikah membuka
pintu lalu menuju ke meja Alia di tarik kerusi kemudian diduduknya. Seperti
biasa dia membaca laporan harian Alia sepanjang hari itu.
“Bos, hari ini temujanji dengan En.Bakri pukul
2.30petang di sini. Semua odering material untuk projek Sepang telah sampai.
Meeting esok dengan semua staff akan diadakan pada pukul 10.00pagi. Itu saja
Cik Lia”.
Alia memandang jam Dunhil ditangannya 9.30 pagi.
“Terima Kasih Syaf, siapa ada di site?”
“Nizam” Jawabnya sepatah
“Siapa jaga permit buruh?”
“Aku tak pasti” Jawab Syafikah dengan perlahan. Lia
sedang tunduk membaca sesuatu menjeling mata ke atas memandang Syafikah.
Syafikah faham dengan jelingan mata bosnya itu. Dia tahu Lia pantang kalau
ditanya pasal kerja dijawab begitu.
“Bagitahu Halim siap kereta company aku nak ke site”.
Arahnya. Syafikah diam seperti ingin memberitahu sesuatu. Lia mengangkat
kepalanya memandang Syafikah.
“Kau kenapa ada yang kena ke? Soalnya. Kecut juga
Syafikah dibuatnya. Lia ni poyo-poyo dia pun kalau pasal kerja memang serius
macam papanya juga.
“Aku nak bagitahu sesuatu, tapi aku takut kau marah
aku” Jawab Syafikah
“Kau ada buat salah ke?” Soal Lia sambil memandang ke
arah Syafikah
“Kau marah tak?”
“Kau tak bagitahu lagi mana tahu aku marah ke tak”
“Sebenarnya aku ada hubungi Riz di New York.”
“Hah…Apa masalahnya kenapa pula aku nak marah kau
telefon tunung kau. Kau nak cuti pergi sana? mula rindulah tu rasanya Riz tu
baru pergi jer. Kau beruntung Syaf dapat lelaki macam Rizul Aman sayang dan
cinta kau”.
“Bukan aku nak cuti. Tapi aku hubungi dia pakai
telefon pejabat” Jelas Syafikah. Lia tersenyum mendengarnya. Dia faham dengan
perasaan temannya itu.
“Aku sebenarnya tak kisah dengan kau Syaf. Tapi apa
kata staff lain, nanti mereka kata aku pilih kasih. Aku sudah anggap kau macam
kakak sendiri. Beginilah Syaf, kalau kau nak hubungi Riz kau pakai handphone
kau, sampai bil kau claim dengan aku. Claim dengan aku bukan dengan office.
Tapi jangan kau bergayut hari-hari pula.”
“Betul ke Lia? Syafikah macam tidak percaya dengan apa
yang didengarnya.
“Betullah, tidak cukup ke gaji kau. Kau nak aku naik
gaji ke?”
“Tak juga tapi aku berjimat simpan duit nak kahwin.
Boleh juga kau nak naik gaji aku” Jawab Syafikah dengan senyum manis.
“Nantilah aku pertimbangkan. Cepatlah keluar suruh
Halim bersiap aku nak keluar”.
“Terima kasih Lia”. Syafikah bangun meninggalkan bilik
Alia.
Kereta yang dipandu oleh Halim menuju ke Sepang. Lia
memerhati pelan dan laporan kerja ditapak bina sambil mendengar radio yang
dipasang. Sambil asyik dia mendengar lagu handphone berdering. Dilihat di skrin
ummi Anis dijawabnya pangilan itu.
“Assalamualaikum ummi”
“Waalaikummussalam. Lia di mana ni?”
“Kerja, tapi ada kat luar, ada apa ummi? Saolnya
dengan lembut.
“Ummi nak ajak Lia datang rumah ummi petang ini
boleh?” Pelawa Puan Anis.
“Insyaallah, nanti Lia pergi tapi lewat sikit ummi”
Jelasnya.
Alia terus memutuskan talian setelah Puan Anis
menjawab penjelasannya tadi. Kereta yang dipandu Halim tiba di tapak projek
Sepang. Alia turun, dia mengenakan topisafetyberjalan masuk ke dalam tapak pembinaan dia mengibas-gibas
bajunya…panas. Halim membawa pelan berjalan seiringan dengan Cik Alia. Halim
perasan Alia mengibas baju kepanasan.
“Cik Alia, cabin ada aircond” bagitahu Halim. Dia
tidak mengendahkan kata-kata Halim.
“Awak panggil Nizam” Arahnya. Halim memangil Nizam
kemudian mereka berdua kembali ke arah Alia. Lia memeriksa beberapa berkara
yang berkaitan dengan pelan dan pembinaan yang sedang berjalan.
“En. Nizam, pelan engineer mana?” Nizam mengambil dan
membukanya kepada Alia. Alia memerhati setiap beam dan footing yang dipasang, dia
menghala pandangan ke arah kerja-kerja pilling.
“Engineer ada datang?” Nizam menggeleng.
“Siapkan laporan untuk saya dan bentangkan pada saya
dalam mesyuarat pagi esok. Ada terima memo?”
“Ada Cik Lia”
“Permit buruh En.Nizam uruskan. Saya tidak mahu ada
masalah dengan pekerja binaan apabila penguatkuasa atau pihak CIDB datang
pantau.”
“Baik Cik Lia”,
Alia meninggalkan tapak binaan kemudian kembali semula
ke pejabatnya. Selesai sahaja makan tengah hari dan solat zohor seperti mana
yang dijanjikan peguam syarikatnya En. Bakri datang. En. Bakri dibawa masuk ke
biliknya oleh syafikah, Lia mempelawanya duduk. Syafikah keluar menyambung
kerja-kerjanya.
“Alia apa khabar?” Tanya En.Bakri.
“Alhamdulilah”. Jawab Alia. En.Bakri adalah peguam
syarikatnya dan merupakan kawan karib En.Helmi.
“Macam mana keadaan Lia dan Arsyraf selepas papa dan mama tiada.?
Boleh ke Lia handle syarikat ini sorang-sorang?” Soalnya seperti seorang ayah.
“Setakat ini Alhamdulilah semuanya berjalan dengan
lancar uncle”
“Alia, ada beberapa dokumen yang perlu uncle baca dan jelaskan
kepada Alia. En. Helmi ada membuat wasiat untuk Alia dan Arshraf. Boleh uncle
bacakan?”
“Boleh, uncle teruskan”
“Syarikat HH Holding Sdn.Bhd, 60% saham En.Helmi
diserahkan kepada Cik Alia. 20% untuk Arshraf dan 20% lagi untuk suami Cik Alia. Manakala AAH
Development Sdn.Bhd saham Cik Alia sama banyak dengan En.Arshraf iaitu 50%
setiap seorang.” Jelas En.Bakri.
Alia tidak faham dan tidak jelas kenapa saham 20%
untuk suaminya. Berkerut dahinya lalu bertanya
“Kenapa saham 20% untuk suami Lia. Sedangkan Lia belum
kahwin lagi?”.
“Betul ini wasiat daripada papa Lia. Sesiapa yang
menjadi suami Cik Alia berhak mendapat saham 20% dengan syarat Cik Alia sendiri
tentukan siapa suami pilihan Cik Alia dan Cik Alia berpuashati dengannya dan
dia mencintai Cik Alia sepenuh hati, kerusi bilik En.Helmi untuk suami Cik
Alia.” Jelas En,Bakri lagi.
Termenung Alia seketika difikirnya sejenak. “Kenapa
papa buat semua ini, apa yang papa nak terangkan kepada aku sebenarnya.
“Kalau Lia kahwin tiba-tiba Lia bercerai bagaimana
pula?” Soalnya
“Alia tidak puashati dan suami Alia tidak mencintai
Alia, suami Alia belum boleh duduk di atas kerusi itu.” Jelas peguamnya sekali
lagi.
Lagi fikirkannya, “wasiat apa papa ni”
“Kenapa adik saya dapat 20% sahaja?”
“Itu uncle tidak boleh jawab Alia” Jawab En. Bakri.
“Kalau saya serahkan 20% saham saya kepada Arshraf
boleh ke?”
“Apabila saham itu milik Cik Alia. Cik Alia berhak
memberi kepada sesiapa sahaja”
“Kalau begitu serahkan saham milik saya 20% kepada
Arshraf” Arah Alia.
“Baiklah. Ada satu lagi wasiat yang perlu saya baca
kepada Cik Alia. Tapi wasiat ini boleh dibaca setelah Arshraf tamat
pengajiannya. ” Terang En. Bakri lagi. Alia menarik nafas panjang mendengar
penjelasan dari peguam syarikatnya.
“Baiklah uncle, ada lagi?” Tanya Alia. En.Bakri
menggelengkan kepalanya.
“Satu lagi. papa saya ada FD di Bank CIMB atas AAH
Developemnt Sdn.Bhd ada ditangan uncle, boleh uncle terangkan pada Lia.”
“Betul. Nanti uncle jelaskan semuanya kepada Alia
sedikit masa lagi.” Jelasnya lagi. Berkerut dahi Alia mendengarnya.
“Kenapa?” Soalnya hairan.
“Itu juga termasuk dalam wasiat En.Helmi”.
“Boleh Lia tahu bila papa buat semua wasiat ni?” Soal
Alia seperti seorang pegawai polis.
“Ada yang lama papa Lia buat dan ada yang baru dibuat”
Jawabnya
“Paling baru?”
“Kalau tidak silap uncle dua minggu sebelum papa Lia
meninggal.Ok, Lia rasanya tidak ada apa lagi uncle beransur dulu.”
Alia mengangguk. En.Bakri bangun dihantar oleh Alia
hingga ke pintu biliknya. Petang itu Alia akan ke rumah Puan Anis, dia menoleh
jam tangannya hampir pukul 5.00petang.
Dia mencapai handbagnya lalu beredar dari biliknya menemui syafikah di luar.
“Syaf, aku pinjam kereta kau. Nah…kau bawa balik
kereta aku”. Alia menyerahkan kunci keretanya kepada Syafikah.
“Kau nak pergi mana?” Tanya Syafikah kehairanan kerana
setahu dia Lia tak ada temujanji petang ini.
“Aku nak ke Bangi rumah ummi aku” Jawab Lia
“Alahhhh…mentang-mentanglah dia ada ummi sekarang.
Habis tu dinner kita malam ini macam mana jadi tak?. Kau janji nak belanja
makan ikan bakar. Kau pakai ajerlah kereta kau.
“Kau gila ke…aku bagitahu Puan Anis aku kerja kerani
ajer…Dinner malam ni jadilah, aku pergi kejap ajer. Kau tak mahu bergaya dengan
kereta aku ke? Bak sini kunci kereta kau.” Syafikah menghulurkan kunci
keretanya kepada syafikah
“Lia, kau isi minyak. Kereta aku minyak kurang, kau
isi penuh ya” Syafikah membertitahu Alia sambil bermanis muka dan senyum sambil
mengangkat kening kepada Alia.
“Haaa…baguslah aku isi penuh minyak kereta kau…Kau isi
minyak kereta aku, minyak kereta aku pun kurang juga nanti tak sampai kau kat rumah.”
Lia menyerkap Syafikah mengangkat kening kearah Syafikah sambil melangkah
meninggalkan Syafikah. Terkejut Syaf dibuatnya…Syafikah melaung dengan kuat…
“Liaaaaa… jaga kau”.